Archive for the ‘buku’ Category

Buku yang paling senang nak baca. Cepat dan mudah. Tak perlu banyak fikir, tak perlu mengulang perenggan, tak perlu bukak Kamus Dewan. Pendek kata, senanglah!

Itulah Almad Al Kebab. Karya Wan Azlan – sebuah novel parodi, baca tak kering gusi.

credit gambar kepada KakWa (kakaknya dr. sudugarpu)

.

Akhir-akhir ini, istilah parodi jadi terkenal. Atau aku yang rasa macam ia baru terkenal? Menurut Kamus Dewan Online, parodi adalah karya sastera, seni, dsb yang meniru gaya pengarang atau pencipta lain dengan cara yg me­lucukan atau menyindir.

Novel ini bermula dengan watak Dimanosajo, seorang warga Thailand yang menjalankan perniagaan kebab sebagai punca rezeki di Kota Permaisuri. Unsur parodi hanya muncul dengan meluas (dan jelas) selepas terhentinya (seketika) watak Dimanosajo yang awalnya disangkakan sebagai watak utama dalam karya ini.

Parodi bermain di sekitar watak Sediakawal, Sakurakura, Sihuruhara, Mergastura, Murrahan dan Sifar. Kambing menjadi burung unta. Pening lalat menjadi Tahi Lalat. Sayuran menjadi ikan. Pintu menjadi perut (penyebab kepada munculnya Al Kebab).

Ya. Ahmad Al Kebab memparodikan Ahmad Albab.

Selain sesuai sebagai bacaan pelbagai peringkat umur, Ahmad Al Kebab boleh menjadi permulaan bagi yang mahu bermula atau mahu kembali berjinak2 kepada naskah penuh teks. Lambakan pilihan di toko buku adalah satu isyarat kepada kita untuk kembali kepada asas, kembali kepada kaedah tradisi sebagai sumber pencerahan. Iya, itupun setelah mendahulukan ayat-ayat Tuhan di dalam naskah Al Quran. Ayuhlah, resam dunia pun tak disuruh untuk tidak dipedulikan.

Mari jadi manusia lively.

saye: siapa kita untuk memandang rendah dan melabel hidup orang lain sebagai tunggang langgang? Tegurlah sikapnya, bukan hidupnya.

Related posts:

Aku teringat term ‘menangis lelaki’ yang keluar dari mulut sorang kawan isrol kat Pulapol. Bunyinya janggal tapi unik. Bukan tak biasa tengok lelaki menangis. Dalam hindustan bersepah. Tapi kebanyakannya tak begitu menepati kedalaman maksud ‘menangis lelaki’. Sehinggalah aku menemuinya dalam Ombak Rindu versi filem.

Membaca review dari pengkritik filem / wartawan memang lebih adil. Review begini hampir menyeluruhi segenap aspek Ombak Rindu termasuk novel dan penulis. Kalau baca review dari bloggers (tak semua), apa yang kita akan dapat hanyalah… Aaron Aziz.

Jujur, aku bukan peminat Aaron. Tapi, sebab utama aku pegi tonton Ombak Rindu adalah Aaron juga. Akibat menggatal tonton klip video ost-nya, terpaksalah terkinja2 penasaran nak menonton.

Advantage untuk aku kali ini ialah, aku tak pernah baca novel Ombak Rindu. Maka risiko filem ini menjadi pemusnah jurus bayangan memang tak ada sama sekali. Tapi, meskipun tak pernah baca novel Ombak Rindu, aku memang dapat rasakan scene2 dalam filem ni melompat-lompat. Pastinya sebab nak compact-kan isi cerita nan panjang kepada durasi filem yang hanya 2 jam.

Sebenarnya, amat menakutkan untuk menonton filem yang diadaptasi daripada sebuah novel. Aku pernah mengomel pasal benda ni kat entri Ayat-ayat Novel Versi Filem. Aku percaya, adalah mustahil untuk memuaskan hati semua pihak terutama pembaca tegar sesebuah novel apabila kisahnya diadaptasi ke filem. Novel dan filem memberikan impak yang berbeza terhadap penceritaan masing-masing. Filem memberikan cerita dan imej visual dengan serentak. Penonton secara langsung akan mendapat gambaran latar tempat dan watak hasil garapan produksi filem. Contohnya, kalau watak Hariz dalam Ombak Rindu dipegang oleh Aaron Aziz, maka itulah gambaran yang terpaksa diterima oleh penonton mengenai watak Hariz. Ianya berbeza dengan novel yang memerlukan pembaca membina imaginasi tersendiri dengan panduan penulis. Bermakna, setiap pembaca akan mungkin mempunyai imaginasi yang berbeza terhadap latar tempat dan watak. Oleh itu, gambaran watak Hariz dalam novel Ombak Rindu juga adalah berbeza-beza bagi setiap pembaca.

Hanya pembaca tegar sahaja yang tahu bagaimana seronoknya melayari pembacaan dengan lakaran imaginasi sendiri.

Dalam banyak2 adaptasi novel ke filem, aku kira hanya Ketika Cinta Bertasbih sahaja yang betul2 menepati kisah sebenar tanpa terlalu merosakkan imaginasi pembaca. Tapi ini tidak bermakna filem perlu menurut sepenuhnya intipati novel. Adunan semula untuk meringkas, memperbaik dan memperkemas jalan cerita dan latar watak adalah juga penting kerana tak mungkin setiap plot dalam novel sesuai dimasukkan ke dalam filem. Asal saje kisah asal dan watak2-nya tidak teruk dirosakkan, ayat-ayat novel versi filem pasti setidak-tidaknya mampu memberi kepuasan minimum.

Ombak Rindu mungkin tidak sebaik dan sekemas yang aku harapkan. Cukuplah ianya berjaya meringkaskan kisah dalam novel tanpa mencacatkan. Malah perubahan pada beberapa latar watak juga aku kira satu usaha untuk memperbaik. Ini berbeza dengan apa yang aku kesalkan dalam filem Ayat-Ayat Cinta yang bagi aku merosakkan beberapa latar watak terutama watak Aishah isteri Fahri. Begitu juga pemansuhan watak bapa Maria yang ketara merosakkan jalan cerita termasuk maklumat dakwah yang sangat penting.

Alangkah bagus kalau filem melayu boleh melebar lebih dari 2 jam asalkan plotnya disusun kemas, skrip natural dan mantap serta tidak meleweh2.

Secara peribadi, aku rasa kekuatan ombak rindu versi filem ini adalah pada Aaron Aziz. Lakonan Aaron adalah terbaik. Terbaik sebab sangat bersahaja. Macam aku kata tadi, aku bukan peminat Aaron. Maka tak timbul unsur bias di sini. Aku bukan pengikut tegar Aaron dalam sebarang drama bersiri. Malah, aku pernah berasa hairan melihat kegilaan orang ramai terhadap Aaron. Sebab sebelum ni, aku tatau apa best-nya Aaron Aziz.

Nak kata hensem, hensem lagi Hans Isacc.

Tapi aku mula admire beliau dalam KL Gangster. Lakonan selamba. Effortless. In fact, aku memang prefer lakonan yang bersahaja rather than yg beriya2 berlakon macam Rosyam Nor ke, Shahrukh Khan ke. Sebab tu aku lagi prefer Salman Khan. Ops, terkeluar topik.

Dalam Ombak Rindu, tahap admire aku dah tak terbendung lagi. Aku mmg kagum secara melampau dengan lakonan Aaron Aziz. Nak nak tang leleh (rujuk scene Hariz + Izzah kat dalam bilik umah Pak Dolah). Serta-merta rasa ralat kenapa beliau bukan warganegara Malaysia yang dengan tidak adilnya menghalang beliau daripada dicalonkan dalam FFM.

Maya Karin bagi aku nod bad. Cuma masih canggung melihatnya bertutur dengan intonasi Bahasa Melayu yang asli. Aku terbayang-bayang andainya watak Izzah dipegang oleh Fazura, lebih feel agaknya. Sebab aku pernah tengok Fazura berlakon jadi perempuan kampung. Untuk watak Izzah ni, aku rasa Fazura lebih sesuai. Natural dan effortless.

Lisa Surihani juga boleh tahan bagus. Cuma untuk watak Mila, imaginasi aku melihat alangkah cantiknya jika watak Mila dilembutkan sedikit lagi. Tak perlulah Mila terjerit-jerit memberontak setiap kali keinginan tak dipatuhi. Dengan kedudukan, kuasa dan pesonanya, Mila mungkin hanya perlu bertegas dalam nada yang lembut tetapi persistent. Dan aku membayangkan watak itu dipegang oleh Maya Karin.

Secara keseluruhan, Ombak Rindu adalah Aaron Aziz. Tanpa Aaron Aziz, Ombak Rindu mungkin tidak berombak mana pun. Sebab aku quite sure, at least 50% jumlah penonton yang berkejar ke panggung adalah kerana Aaron. Tapi itu tidak pelik kerana kombinasi ego dan air mata Hariz yang diperan Aaron adalah pesona yang langsung tidak menghampakan.

Kerana Aaron Aziz, aku mengerti apa itu ‘menangis lelaki’.

saye: Aaron = 2 thumbs up

Related posts:

Sesekali, bila balik hometown aku kat Kluang, aku akan pasti menjenguk koleksi remaja kesayangan aku ni.

Aku tak ingat aku baca sampai volume berapa. Mebi sampai 30++ kot. Cuma yang pastinya, aku tak baca sampai habis. Kiranya aku sendiri tatau apa ending series ni. Gambar kat atas tu boleh nampak frame spek aku yang lama.

Fearless series ini adalah tulisan Francine Pascal yang juga menulis Sweet Valley High yang femes tu. Watak utama series ini ialah Gaia Moore, seorang remaja perempuan berusia 17 tahun yang mempunyai masa silam yang tragis dan tidak mempunyai rasa takut secara total, di mana sifat ini merupakan semacam penyakit psikologi. Sifat fearless Gaia bagaimanapun secara seimbang telah memberi kelebihan dan keburukan kepada beliau.

Koleksi ni cuma aku sorang yang baca. Pernah aku cuba-cuba lobi orang lain baca koleksi ni sebab aku suka share buku with others. Sayang rasanya kalau dah invest duit beli banyak-banyak tapi cuma aku sorang je yang manfaatkan. Malangnya, tade sape yang sudi nak baca. Hahah.

Selain bloging dan web, membaca adalah kegilaan aku. Cuma lately, aku da tak banyak masa untuk membaca buku fiksyen. Ada beberapa buku fiksyen yang masih queue untuk dihadamkan. Tak kisahlah kalau cuma boleh hadam empat lima buah aje setahun dari tak ada langsung.

Ilmu adalah penyuluh hidup dan membaca adalah jambatan ilmu. Selain sumber pengetahuan yang tidak terbatas, membaca adalah satu-satunya kaedah untuk menambah perbendaharaan kata (vocabulary). Jadi kita boleh bezakan tulisan dan percakapan individu yang banyak membaca dengan yang tidak.

Satu lagi, koleksi ini juga sesuai bagi mereka yang mahu bahan bacaan dalam bahasa inggeris yang ringkas dan mudah difahami. Kiranya kalau sebelum ini korang takut kepada bahan bacaan dalam english, koleksi ini memang a good start.

Hopefully koleksi ini boleh diwariskan kepada generasi akan datang. Tapi kepada sesiapa yang berminat untuk share koleksi ini, boleh bitau aku anytime.

saye: biar fearless jangan freak

Related posts:

Semasa membaca Padang Bulan, aku jumpa satu perkara yang menarik dalam mozaik Rahasia 23 oktober.

Pada muka surat 28, Andrea Hirata menceritakan tentang teori konyol yang beliau cipta sendiri lantas berpegang kepadanya sepanjang hidup. Teori Andrea Hirata itu ialah, sekiranya musim hujan di kampungnya bermula pada petang 23 Oktober, maka musim hujan itu akan bermula, berjalan dan berakhir dengan baik. Manakala kalau hujan bermula sebelum atau selepas dari jangka waktu itu, keadaan akan menjadi sebaliknya.

Apa yang menarik mengenai mozaik ini ialah, aku rasa ramai antara kita yang mungkin mempunyai teori masing-masing tentang sesuatu dalam hidup. Teori yang pelik, yang kalau dikongsikan dengan orang lain akan menjadi sangat lucu dan nonsense. Tapi kita tetap berpegang kepada teori itu dan senang menggunakannya.

Teori yang konyol tentu saja sehingga tak pernah kukisahkan pada siapa pun. Ia telah menajdi rahasiaku yang terpendam lama.

Aku turut ada beberapa teori konyol sendiri yang tak pernah aku ceritakan. Antaranya, aku tak boleh memakai sesuatu dalam keadaan terbalik. Contoh, kalau nak pakai tuala, aku takkan pakai dalam keadaan terbalik, kalau dah terpakai terbalik, aku sanggup bukak dan betulkan semula. Atau pakai comforter, mesti pada kedudukan yang betul. Kalau bercorak, kepala corak mesti bahagian atas. Dan jangan harap aku nak berselimut dengan membalikkan comforter tu, maksudnya, bahagian luar jadi bahagian dalam dan sebaliknya. Aku akan rasa tak selamat buat macam tu.

Psycho kot?

Walau apapun, teori konyol macam ni lah yang mewarnakan kehidupan kita. Bunyinya kadang childish, tapi bak kata Andrea lagi:

Namun, bukankah adakalanya, menyerahkan diri pada godaan dan memelihara rahasia, menjadi bagian dari indahnya hidup ini?

Cuma jangan sampai teori konyol itu menyusahkan atau menyesatkan sudahla. Huh!

saye: sarung kasut kaki kanan dulu

Related posts:

Semasa membaca novel Laskar Pelangi, saya menemui banyak quote yang menarik untuk dikongsi bersama. Antaranya dialog yang diucapkan Lintang dalam Bab 11: Langit Ketujuh (m/s: 108) berbunyi;

“Jangan kekenyangan kalau makan malam, itu akan membuat telingamu tuli dan otakmu tumpul”

Terkesan dengan dialog itu, saya segera teringat akan kata-kata Imam Ghazali tentang perut yang kenyang, yang pernah saya baca entah di mana. Dengan bantuan search engine, saya menemui ini (sumber: Madrasah Ad-Diniah Al-Bakriah);

Imam al-Ghazali di dalam kitabnya Minhajul ‘Abidin telah menukilkan tentang 10 bahaya terlalu kenyang:

1. Banyak makan menyebabkan hati menjadi keras

2. Banyak makan membangkitkan segala anggota dalam berbuat perkara yang sia-sia dan kejahatan

3. Banyak makan membinasakan kecerdikan dan kepintaran serta menyebabkan sedikit faham dan kurang pengetahuan

4. Banyak makan mengurangkan amal ibadat kerana manusia apabila banyak makan menyebabkan berat badannya yang membawa kepada mengantuk dan malas

5. Banyak makan menyebabkan kurang selesa ketika menunaikan ibadat

6. Banyak makan ditakuti jatuh kepada yang haram atau syubhat

7. Banyak makan menyebabkan hati sentiasa risau berkenaannya, memenatkan badan untuk mencari serta menyediakannya. Begitu juga untuk memakannya dan melepaskan mudharatnya

8. Banyak makan menyebabkan bersangatan sakit ketika mati kerana kesakitan dan kesusahan ketika mati bergantung kepada sekadar mana kesedapan dunia yang dinikmati oleh kita

9. Banyak makan menyebabkan kurang pahala akhirat

10. Banyak makan menyebabkan banyak hisab diakhirat

saya: makan makan makan

Related posts:

Adv
About Me

the name is widura.

seorang anak, isteri, ibu, pendidik, pelajar.

suke pada kesederhanaan, bukan kesempurnaan.

Facebook

Widura Abd Kadir

Archives
Categories
Recent Comments