Archive for the ‘cuti-cuti’ Category
Kembali dari USS Februari lepas, masing-masing kemaruk nak bercuti lagi. Dan ianya mestilah a family trip. Dalam family kami, kalau feeling2 nak honeymoon ataupun nak bikin trip anak-beranak sendiri (baca: suami-isteri-anak2), memanglah susah untuk direalisasikan. Sebab akan pasti datang unsur-unsur godaan yang akhirnya akan menjadikan perancangan percutian 5 orang menjadi berbelas orang (rujuk Berkubang @ Legend International Water Homes PD). Malah percutian Fraser’s Hill hampir 3 tahun dulu pun terpaksa warning dan highlight ‘honeymoon’ berkali-kali.
Rancangan Kuching Trip bermula dengan promosi RM10 AirAsia. Masa ni Isrol baru je dapat offer ke Pulapol. Mengikut jangkaan, date yang kami booking ni suppose Isrol dah tamat latihan. Tapi nak buat macam mana, nama pun perancangan manusia.

Secara kasar, harga return tiket seorang adalah RM103. Ini termasuk harga tambang (RM10x2), airport tax (RM7.50×2), insurance (RM9x2), dan pre purchase baggage 15kg (RM25x2). Kalau tolak baggage dan insurance, harga return tiket adalah hanya RM35.
Trip kali ini melibatkan 7 dewasa, 3 kanak2 bawah 12 tahun dan 1 infant. Twin kena tinggal. Tak seswai nak dibawa berjalan sangat. Lagipun masa beli tiket bulan Februari lepas, twin ni belum lahir pun. Untuk infant, harga tiket tak dapat harga promo. Harga dia statik RM50. Macam tak aci la pulak kan. Dah la tade sit, kena pangku. Alih2 tiket lagi mahal pulak.
Untuk perjalanan pergi-balik Kajang-LCCT, kami chater satu van. Senang, tayah pening2 fikir pasal parking.

Kanak-kanak riang memang macam ni. Dari semenanjung sampai ke kuching, kalo tak berebut sit memang tak sah. Err yang tengah tu ketua dia. Paling kuat mengalah jenisnya.
.

Ini taiko rombongan. Nak anggap macam maskot pun boleh jugak. Kalo bab bergambar, memang dia yang conquer. Nak buat macam mana, anugerah Ilahi katanya.
.

Yang tengah dan paling depan itu adalah pengurus itinerary. Selain boss dan banker, beliau juga adalah satu2nya warga separuh emas.
.

Pemilik blog, anak dan entiti terselit di belakang.
.
Sampai kat LCCT, terus buat kaunter check in. Mudah sebab dah buat web check in kat rumah beberapa hari sebelum. Jadi tinggal uruskan baggage saje. Settle, terus masuk terminal.

Wajah keriangan anak-beranak sebab tak payah mengelek, mendukung dan melayan kerenah twin yang ditinggalkan.
.

Mem-bajet duit yang akan dihabiskan.
.

Excitement tiga beradik yang first time naik flight.
.

Taiko duduk sit mahal. Al maklumlah, oversize. Kenalah layanan first class.
.

Minah ini tido b4 takeoff dan bangun hanya selepas landing.
.

Sesampai di Kuching International Airport. Kak long snap this foto sebab tu dia xde dlm gambar. Hanya Toktak dan Abg Ashraff je lelaki. Isrol terkurung d pulapol… burn tiket dia, cuti Bang long (Amer) plak xlulus….
.

Abang baju hitam di sebelah kanan itu adalah driver merangkap tourist guide kami sepjg di Kuching. Namanya Syaza..sangat gentle dan very co-operative… antara factor happening-nya trip kali ini. Oh ya, kat sana pun kami charter van. Kos sehari RM280. Boleh dapat diskaun bergantung pada keadaan.
.



Restoran where we have our 1st lunch. Untuk makan2, kami bayar RM30/sehari setiap orang pada bendahari (Puan Kak Long). Maka setiap kali sesi makan, puan bendahari yang akan uruskan. Yang lain-lain order dan melantak saje. Easy!
.
To be continued….
saye: berhabuk entri ni dalam draf. Mencari masa dan mood untuk siapkan n publish.
Related posts:
Mari sambung part 2 (baca part 1). Beriya je ada 2 part. Padahal pegi Singapore balik hari je.
Oke theme zone seterusnya ialah The Lost World. Lebih berkonsepkan Jurassic Park. Merata-rata dinasor. Ada banyak attraction kat sini. Tapi aku cuma sempat masuk satu iaitu Jurassic Park Rapids Adventure. Naik bot melawat dinasor.
Kat sini korang digalakkan pakai raincoat. Sama ada korang nak beli kat situ (S$2) atau beli dari awal. Kitorg dah beli siap-siap kat Guardian Malaysia. Harga kat Guardian adalah half dari harga kat USS.
Kat sini memang konpem akan basah. Cuma sama ada basah sikit atau basah lencun. Takde tips untuk elak basah. Sebab bergantung pada nasib. Kalu nasib korang baik, masa air mencurah tu korang berada pada kedudukan selamat, maka tak basah. Mebi tempias-tempias saje. Kalau nasib macam aku, masa air mencurah tu, out of 8 orang, dia memula jatuh kat aku, tepat-tepat.
Memang lahanat!
Aku malas sebenarnya nak cakap pasal tempat ni. Queue aje dah sejam. Sakit segala sendi aku. Buang masa lagi. Eeeee… eeeee… benci!
Enjoy memang enjoy. Naik bot sambil disergah-sergah oleh dinasor. Part yang best bila bot terhentak-hentak, pastu air pun masuk dalam bot. Beriya je aku senseng suar sampai lutut (aku dalam bot oke, sume pompuan maka sila jangan kata aku tayang orat), pastu letak kaki kat atas. Memula iya, berjaya tidak basah. Sampai satu tempat, zraaaaass….
Setangki air jatuh dari atas. Tepat ke aku.
Mujur aku pakai raincoat. Tapi dari pinggang ke bawah sume basah. Lencun!
Korang pernah rasa pakai sport shoes basah? Cara terbaik untuk menjahanamkan mood sepanjang hari.
So nasihat aku, sila bawak sepersalinan lengkap baju termasuk underwear dan jugak selipar. Korang tau la bila korang kena pakai mendalah ni nanti. Masuk tempat2 yang akan basah camni, tukar selipar. Takde la kena seret kasut basah sampai balik. Erghhhh!
Macam biasa, depa akan ada snap gambo kita masa dalam boat. Gambo aku? Nampak kepala je. Warna kuning plak tu. Blah!
Yang aku tau best giler kat theme zone ni ialah Waterworld. Kita bley tengok live show dengan stunt menyerupai filem waterworld tu. Tapi disebabkan sume orang da moody, esp aku yang basah lencun, mak aku pulak da bad mood sebab anak aku meragam dan tumpahkan air kat baju sendiri (heeheehee, aku balik je tgk baju safi suda tukar), maka kami teruskan aje ke theme zone yang lain.
1, 2, 3 & 4 – Ni sume kat The Lost World.
5 & 6 – Ni le rapid adventure yang queue panjang gile dan melencunkan aku.
7 – See, ramai gile kan?
8 – Bot yang melencunkan aku.
9 – Beraksi girang sebelum terkena sumpahan potion fairygodmother.
*
Sebelah The Lost World ialah Ancient Eqypt. Kat sini sume ala-ala negara firaun. Background music pun firaun. Ada ke lagu firaun? Ada la kot. Sebab bila lalu theme zone ni, serta-merta terasa sungguh kefiraunan. Haha, maksud aku, menjadi la efek suasana egypt tu. Terus teringat dajal.
Ekceli kat sini langsung…….. kitorang tak masuk mana-mana. Oh sadis. Tak silap aku, dia ada Tresure Hunters dan roller coaster jugak. Attraction sini lebih berkonsepkan filem The Mummy. Mamat-mamat firaun yang tinggi-tinggi tu memang bersepah-sepah kat sini. Muka kontrol bengis! Nasib baik agak hensem.
Aku tatau nak cakap banyak pasal theme zone ni. So tade caption detail untuk gambar-gambar di atas. Ngehehe.
*
Next, Sci-Fi City. Feeling-feeling berada dalam dunia masa depan. Macam masuk mesin doremon pi zaman akan datang la kot. Dapat tengok dunia dengan teknologi pada masa depan. Kat sini terasa cam manusia dan alien dapat hidup dengan rukun dan damai. Huhu!
Attraction terbesar kat sini ialah, roller coaster!!!!! Yeah me like it. Ada 2 roller coaster yang bergerak serentak tapi melalui landasan yang berbeza. Satu ialah Battlestar Galactica: HUMAN. Yang ni, dia punya sit macam roller coaster biasa. Satu lagi Battlestar Galactica: CYLON, sit dia tergantung. Aku naik yang ni. Masa nak gerak, dia akan bergerak serentak dengan roller coaster Battlestar Galactica: HUMAN. Tapi lepas tu, setiap satu akan jadi bersilang ikut landasan masing-masing.
BAPAK BEST!
Masa queue, aku rasa masa yang diperuntukkan bagi satu round tak sampai pun seminit. Kejap giler. Ialah, roller coaster mana bley lama-lama kan? Kang stop pulak jantung orang! Tapi bila aku sendiri yang naik, aku rasa lama, dan terasa landasan tu panjang. Sebab memang laju gile. Gile laju. Uuuu tatau aku nak describe cemana. Memang tak leh compare yang kat Genting or Sunway. This is the best roller coaster yang aku pernah naik.
Sampai berpusing kepala otak aku. Terus jadi tongong.
Masa nak naik roller coaster ni jugak, korang dibenarkan/digalakkan bukak kasut. Sape yang pakai spek, disuruh bukak. Klu tanak, suh kawan/family korang sambut kat bawah. Muahaha.
Kat sini pun depa ada snap gambo masa kita terpekik atas roller coaster. Gambo aku? Nampak tudung aje oke! Blah!
Untuk masuk ke Battlestar Galactica ni, korang tak boleh bawak apa-apa barang pun kecuali badan korang sehelai sepinggang. So, segala beg dan barang-barang lain, boleh la disumbat ke dalam locker kat sebelah Battlestar Galactica: HUMAN. Untuk 20 minit pertama, tade charge dikenakan.
Elok je kuar dari Battlestar Galactica, mohdiszrolealhalmy tu pun sampai. Datang ngan baju opis tu. Huahuahua.
1 – Aku tatau apa nama maskot ni. Macam ni gak la ketinggian firaun kat ancient egypt tadi. Yang bestnye gambo ni, maskot ni sama tone dengan makwan kan? Hehehe
2 & 4 – Accelerator. Aku tak naik, budak2 tak cukup umur yang naik. Ala macam cawan pusing.
3 & 5 – Sci-Fi City, macam masa depan kah? Eh mana tau kan?
5 – Ini le roller coaster gile best yang aku naik. Aku naik yang landasan biru.
*
Theme zone terakhir, New York. Attraction kat sini kebanyakan replika bangunan femes dekat New York. Sempat gak la aku masuk satu show – Lights! Camera! Action! Hosted by Steven Spielberg iaitu live show of special effect yang dilakukan oleh pembuat filem tentang cemana satu hurricane menghentam bandar New York.
Best? Mesti la best.
Yang lawaknya, masa hurricane tu hentam tingkap sampai pecah, si makwan beriya-iya peluk aku. Masa kapal besar datang nak hentam kitorg pun, dia peluk aku. Helo, live show dengan live malapetaka bole beza tak? Lempang kang!
Pastu efek-efek angin dengan api membahang tu pun bley rasa. Air percik-percik tu konpem! Kalu tanak basah, jangan masuk! Nama kalu masuk USS nak maintain anggun,baik tayah!
1 – Replika New York Public University Entrance. Bley berangan jadi budak sekolah berdating kat tangga ni.
2 – Mari bersila atas jalan raya New York.
3 – Ala-ala bangunan dekat New York. Selalu tengok filem, ni apartment kan?
4 – Ini le entrance Lights! Camera! Action! Hosted by Steven Spielberg.
5 – Ni plak rupa dalam Lights! Camera! Action! Hosted by Steven Spielberg. Tingkap-tingkap tu la yang pecah dan terbang masa show.
6 – Aksi berjimba atas jalan.
7 – Loui’s NY Pizza Parlor, setakat posing jela, sini tak halal.
8 – Acu pose kat meter parking oldskul kat new york.
9 – Encikinspektorsahab bergambo kat keta polis new york.
*
Gambar atas ialah masa aku aku mentekedarah kat Mel’s Drive-In. Mel’s Drive In ni adalah salah satu fast food yang halal, terletak dekat Hollywood. Burger dia, yeah… mantap! Cheese Burger rasanya, harga dalam S$13.00. Aku tak sure sebab bukan aku yang pesan or bayor. Aku mentekedaroh je.
Feeling-feeling nak makan hotdog tepi jalan? Kat sini ada. Tapi tak pasti status halal dia. Sebab tade mention dalam pamplet. Maka boleh beli nanchos saje. See, drooling tak tengok cheese tu? Harga S$5.00. Kojap aje dah licin. Haieeeeee….
Gambar rawak sepanjang kat USS.
1 – Signboard
2 – Pops Jr. Depa jual snack.
3 – Dekat tangga New York Public University entrance.
4 – Ini kat depan Guest Service kalu tak salah. Masa ni dah nak kuar dari theme park.
5 – Kungfu Panda. Comei!
6 – Safi and her giant cup, dalam tu ice je pun, saje dia memang obses dengan menda macam tu. Cuba ko amek dari dia. Mampus dia pekik satu USS bley dengor.
7 – Test2 bercamwhore, oke tak layak.
8 – Ini dekat New York, tengah sakan bergambo.
9 – Panas, penat, tido… dan kasut yang basah… huuuuuuu.
*
Kuar aje dari theme park, terus serbu Hershey’s. Dalam ni ada banyak produk Hershey’s yang belum masuk pasaran kat Malaysia. Boleh la borong sampai pokai. Harga standard. Err, standard pakai currency S$ la. Aku kalu currency yang lebih mahei, aku takkan convert. Aku shopping ikut bajet aku dalam currency tu saje. Kalu rajin men-convert, konpem aku tak beli apa-apa.
Aku kedekut. Kadang-kadang la.
1 – Gambo dengan encik hershey’s… safi tak suke, dia itam….
2 – Kedai untuk menghabiskan wang dollar anda.
3 – Satu lagi encik hershey’s yang tercicir dari paket.
4 – Dalam kedai.
5 & 6 – Coklat coklat coklat.
7 – Borong, spent min S$28, dapat free gift. Free gift dia plak kena pi kutip kat Candylicious.
8 – Hershey’s bar size besau tu S$5.00. Yang paket kecik, S$2.00.
9 – Hershey’s paket kecik yang telah dibogelkan.
Aku beli yang kecik untuk makan, yang besar untuk kasi orang. Baik hati kan?
Menyesal!
Gambar di atas sume adalah view di luar theme park. Gambar no. 4 tu, aku pegang free gift dari Candylicious. Kedai Candylicious tak leh amek gamba kat dalam. Depa kata candy dia shy.
Aku tak jumpe pun free gift tu lepas hari tu. Sape makan? Sket tak tinggal kat aku.
Amek gambo ramai-ramai sebelum meninggalkan USS. Itu le rupa luar mini bas yang kami naik. Gambo no.4 dan 5, masa menunggu kat ruang parking USS. Muka penat, sengal dan tensen sebab kasut masih basah.
Eee tatau la bape kali nak bitau yang kasut aku basah.
Disebabkan attraction pun tak habis ronda, maka sebanyak-banyak kedai souvenir kat dalam USS, bape ketul je yang aku masuk. Rasanya cuma kat Far Far Away dengan Hollywood je yang aku ronda-ronda kedai souvenir. Yang lain-lain setakat jenguk-jenguk tapi tak usik apa-apa.
Kalau compare dengan sume theme zone, aku paling suka souvenir shop dekat Far Far Away. Sebab barang-barang dalam tu cute-cute.
1 – Magnetic fridge. Yang kartun-kartun tu dari Far Far Away. Yang hitam tu, Hollywood. Souvenir wajib pilihan aku selalunya madnetic fridge. Aku tak suke beli keychain.
2 – Botol-botol potion dari Far Far Away. Ekceli dalam tu air buah je, ye put. Bukan potion yang ada sumpahan. Aku buat lawak je, tak sangka plak ko caye… wakaka.
3 – Gingerbread man, come to safi, he love safi, he like safi… terus buat lagu sendiri.
4 – Souvenir shop kat Hollywood.
5 – Oscar.
6 – Menatang macam ni memang bersepah kat souvenir shop.
7 – Far Far Away Souvenir Shop. Aku snap ni dari atas fun fair.
8 – Marilyn Monroe souvenir
*
Kesimpulannya, USS memang tak terkira bestnya. Aku nak pi lagi nak pi lagi nak pi lagi.
Oke di bawah ni aku bagi sket tips kalau korang nak pi USS. Ni setakat yang aku tau dan teringat je. Lain-lain pertanyaan, bley email or PM aku.
GUIDE AND TIPS
TIKET YANG RECOMMENDED
1. Minimum 2 hari. Minimum oke. Dan tambahkan dengan universal express pass. Klik sini untuk detail harga tiket.
2. Ada jugak pakej tertentu disediakan bergantung pada musim. Rajin-rajin tgk website USS.
ACCOMODATION
Terdapat 3 hotel di dalam Sentosa Island iaitu Hotel Micheal, Hard Rock Hotel dan Festive Hotel. Semua hotel ini terdapat dalam pakej yang boleh ditempah di laman web Resort World.
MAKANAN HALAL
Terdapat beberapa outlet yang menjual makanan halal dalam USS seperti berikut;
1. Mel’s Drive-In – Hollywood (ini yang kitorang bedal dalam gambar tadi)
2. Friar’s – Far Far Away
3. Goldilocks – Far Far Away
4. Celebrity Cafe & Bakery – Hollywood
5. Oasis Spice Cafe – Ancient Egypt
6. Gloria’s Snack Shack – Madagascar
PAKAIAN
1. Paling kasual yang boleh dipakai. Like t-shirt dan tracksuit mebi?
2. Kalau pakai tudung, aku really tak encourage shawl, pashmina or anything yang serabut. Syria atau tudung sarung awning shud be the best choice.
3. Sport shoes adalah terbaik.
4. Sila bawa selipar extra. Ini boleh dipakai untuk aktiviti yang berisiko untuk basah lencun.
5. Bawa sepersalinan pakaian untuk spare. Persalinan ini mestilah termasuk underwear ye. Diulangi, underwear!
BAG DAN LOCKER
1. Bagpack is the best. Senang diangkut dan ruang storage yang besar membolehkan korang menyumbat segala tok nenek wallet, henpon, paspot, camera, food, botol air, baju + selipar spare dan macam-macam lagi.
2. Locker turut disediakan merata. Free untuk tempoh tertentu. Selebihnya kena charge kot. Contoh, kalau kat tempat roller coster, dia bagi 20 mnts free sebab estimate org naik roller coster + masa menunggu less than 20 mnts.
SURAU & BABIES ROOM
1. Prayer room ada kat Guest Services. Hanya ada satu bilik untuk lelaki dan wanita. So, pandai-pandai la.
2. Baby Room ada kat sebelah Guest Services. Both tempat ni terletak berhadapan entrance.
Oke abes.
saye: kasut basah… ah lagi!
Related posts:
Aku dah sampai Universal Studio Singapore (USS). Hurrah!
*mood excited + jakun
Baiklah, aku tatau nak start cemana. Mungkin aku patut berikan bintang dulu. Hari tu aku cakap dengan kai, aku bagi seratus. Tapi sebenarnya aku tatau nak bagi berapa. Sebab aku tak habis ronda semua attraction kat situ. Jadi bintang yang aku bagi tu mewakili apa yang berjaya aku tengok dan alami.
Ayong plak kata, terasa kerdilnya Genting berbanding USS. Padahal USS ni sendiri pun memang Genting punya. Apsai depa tak buat kat Malaysia eh? Tade investor kot? Ke sebab depa nak bukak casino terbesar kat south-east asia? Walau apa pun sebabnya, no doubt USS ni telah menjadi attraction yang pasti memberi kesan terhadap industri pelancongan depa.
Kalau nak compare dengan Sunway pulak, sila gelak saje. Unless korang nak lebihkan Sunway dekat part mandi-manda. Sebab USS bukan waterworld untuk mandi-manda. Kalau sebagai themepark, aku comparekan Sunway vs USS ni macam Broga vs Gunung Kinabalu, macam Kolej PTPL vs Harvard University, macam BUM vs Coach, macam 99Speedmart vs Carrefour, macam KFglam vs Zara. Eh!
Yang last tu provokasi je. Kai sila jangan mare. Aku buat lawak sebab aku tau ko tengah baca. (sempat plak aku promote, mari-mari beli baju beli baju, sila klik link di atas).
Point aku ialah, buat masa ini, dalam radius lima juta kilometer persegi ini, USS menduduki ranking nombor satu.
Agaknyalah.
Ada banyak cara untuk ke USS. Ini aku akan guide dari awal hingga habis entri nanti. Itupun sekadar yang aku tau sahaja. Lain-lain, korang boleh google sendiri.
Sekarang ni aku nak cerita pengalaman aku kat USS. Kita start dengan perjalanan dari Kluang boleh?
*
p/s: Untuk view gambar yang lebih besar, sila click pada gambar berkenaan.
1 - mak wan dan safi kat umah… guess ada bape makhluk hidup dalam perut mak wan?
2, 3, 4 - otw to JB, budak ni memang susah dipakaikan kasut, manjang tercicir… dah la langsung tak reti duduk diam… stress mak!
*
Since kitorang ni johorian, setakat nak pi Singapore tu adalah celah-celah gigi je. Riak oke! Tak main la booking-booking flight kan (padahal kampung kau mana ada tempat flight nak landing widura?). Unless korang nak straight dari tempat lain macam KL, dan tamau buang masa turun JB, flight adalah pilihan terbaik sebab tempoh masa cuma 1 jam berbanding kalau drive ikut highway, KL-Singapore adalah lebih kurang 5 jam. Aku rasa la. Tak sure sebab aku tak pernah buat. Sebab sebelum Singapore dan JB, tengah-tengah tu ialah kampung aku.
Kluang.
Oh i heart you… muah muah muah. Oke gedik!
Kami bertolak dari Kluang on monday morning, 14 Februari 2011. Perjalanan Kluang-JB ekceli amik masa 1 jam 30 minit. Kalau terer, bolehla dapat 45 minit. Perjalanan highway Ayer Hitam-Skudai amek masa kurang dari 1 jam. Tapi dah nama JB. Sesak dia lebih teruk dari KL. Nak nak hari kerja, isnin plak, waktu pagi… MASAK!
Kitorg bertolak dalam pukul 6.45 am. Masing-masing dibekalkan dengan satu pack penuh makanan berisi mineral water, air kotak, biskut, sandwich, telur rebus (ini very oldskul, sape lagi punya idea kalu bukan mak aku), nugget, ayam goreng dan coklat. Sume ni kasi sumbat dalam bag pack dengan harapan boleh la bertahan at least sampai tengah hari. Sebab food kat USS mahei. In S$ kan. Masa kitorg pegi ni, S$1.00 bersamaan RM2.38. Jadi, kalau satu set Big Mac Meal $7.10, adalah bersamaan dengan RM16.90.
Murah? Oke korang kaya, aku tak.
Kitorg park keta kat Kotaraya. Kalau tak salah, RM2.oo sejam. Nak parking sampai malam ni. Mampus la nak membayornya malam nanti. Oh ye, kitorg pegi Singapore ni, balik hari je. Sebab misi hanya untuk USS. Bukan nak round Singapore. Gud idea?
NO! NO! NO! NO! NO! NO! NO!
One day is just not enough. Believe me. Ditolak dengan masa beratur, masa menunggu, masa makan, dan lain-lain masa urusan manusiawi, satu hari memang tak cukup. USS ni plak, hanya beroperasi dari 10 am sehingga 7 pm. Jadi hanya ada sembilan jam sahaja untuk meronggeng kat situ setiap hari.
Berbalik kepada kisah perjalanan aku tadi, sampai kat kotaraya, dah ada bas tunggu. Kitorang sume berjumlah 14 orang. Itu planning asal. Tapi perjalanan pergi ni telah berkurang satu, maka jadi 13. Satu tu kurang sebab beliau ada urusan seri paduka baginda kat KL. Maka beliau akan fly KL-Singapore pada waktu tengah hari. Kesian beliau.
Laki aku la tu.
1 - Mari naik bas. Driver bas hari ni namanya pakcik nazri.
2 – Ibu dan abang dalam bas. Bas ini sentiasa wangi. Freshner dia berbau macam perfume Emporia Armani.
3 – Baru lepas imigresen kat Tambak Johor.
4 – Isi form untuk masuk Singapore, berkecah nak siapkan 13 form. Sebab Kotaraya-Tambak Johor-Woodlands semua sebelah-menyebelah je. Maka tak cukup masa nak siapkan dalam bas.
5 – Tambak Johor. Tak pernah aku tak adore dengan tempat ni. Kenapa? Aku sendiri pun tak pasti.
6 - Peace depan pakcik imigresen. Ni namanya jakun tak berkesudahan. Perangai tak boleh nak kontrol sopan.
7 - Uwan, abang, safi dan makda dalam bas. Tarik rambut dia, tarik tarik!
8 - Budak yang langsung tak boleh diam. Kalau boleh satu bas dia nak explore.
9 - Kitorg… yeah. Ini mini bas. Bukan bas mini. Sesuai untuk +-20 penumpang. Kool, cozy dan yang paling penting, hanya kami.
*
Masa ni bas terus ke Tambak Johor. Turun kat Imigresen kat sini, bawak pasport saje. Bawak jugak IC in case muka kat passport korang tak sama dengan muka korang masa tu. Iyolah, gambar passport pakai spek, ko masa tu pakai lens. Gamba passport banyak kumis, ko masa tu da shave. Contoh je la kan. Jadi kadang-kadang, pegawai kat kaunter tu akan mintak IC. Mana la tau kot-kot passport curi.
Sampai kat Woodlands, kena turun bawak segala beg yang ada. Sebab if not, nanti driver bas susah. Mebi barang tu kena rampas ke apa ke. So angkut la segala tok nenek yg korang bawak, untuk discan.
Bila masuk Singapore, aku macam tetiba rasa terpaksa cakap omputih. Padahal depa sume cakap Melayu. Cakap terima kasih pun, aku pi buat correction, thank you. Terasa sengal dan bodoh kat situ. Malu!
Gambar di atas ialah map perjalanan ke Sentosa Island. Bagi yang tatau, USS berada di dalam Sentosa Island. Kalau dari Woodland Checkpoint macam kitorg, perjalanan ambek masa 30 minit. Sama jugak kalau korang dari Tuas Checkpoint.
Kalau korang landing kat Changi Airport macam mohdiszrolealhalmy hari tu, korang ada banyak option. Mengikut direction dari beliau, kalu korang dari bajet terminal, pegi terminal 2, amek shuttle bus pegi terminal 1. Dekat terminal 1, amek MRT ke Tanah Merah. Sampai Tanah Merah, tukar ke platfom B dan amek train pi Outram. Sampai Outram, pegi ke platform East-West Line, amek train pi Harbourfront. Sampai Harbourfront, pegi tingkat 3. Kat sini korang ada pilihan sama ada nak amek monorail (S$3) cable car (S$2) atau bas (S$1) untuk ke Resort World. Tapi yang paling cepat ialah monorail. S$3 tu ialah satu charge dari Changi. Murah! Plus boleh tengok pemandangan dan kerenah orang Singapore sekaligus.
Kalau malas nak susah-susah, dari Changi, amek cab. Bayor je S$30.00.
1 - Mohdiszrolealhalmy amek Firefly dari Subang Airport.
2 – Firefly, servis out. Beliau kata la. Huhu!
3 – Dari dalam MRT.
4 – Hari tu valentine, banyak kapel dlm train bercumbuan. Balak baju itam ngan awek sebelah tu bertekak sepanjang otw.
-Laporan oleh mohdisrolealhalmy-
*
Settle kat Woodlands, terus ke Sentosa Island. Last aku pi Sentosa Island ni adalah pada tahun 2005. Masa tu arwah ayah ada lagi. Seingat aku, attraction dalam Sentosa Island zaman tu memang tak bley blah langsung.
Gambar di atas ialah map Sentosa Island. Yang dalam circle merah itulah USS. USS ni meliputi kawasan seluas 20 hektar atau 49 ekar. Besar? Kalau ko round setiap inci, memang besar. Tapi kalau korang just buat satu pusingan tanpa menyinggah mana-mana attraction, dia jadi biasa-biasa je.
1 – Masa baru sampai Sentosa Island.
2 & 3 - In front of USS entrace. Kat luar ni ada macam-macam kedai macam Hershey’s, Candylicious, Chillis etc.
4 – Tiket.
5 – Cik kak ni masih membuta masa kitorg sampai.
6 – Rabbit besar sempena tahun arnab.
*
Di atas ialah map USS. Pamplet dengan map dan info berguna boleh didapati masa mula-mula masuk USS. Atau korang bley tengok map yang terdapat dalam website USS sendiri – klik sini.
Harga tiket bermula dari S$66 (adult), S$48 (umur 4 – 12), S$32 (umur 65++). Ini ialah harga weekday yang kitorang amek. Lain-lain harga boleh tengok kat sini. Tiket ini ialah tiket per-day, bukan per-entrance. Means, korang bley kuar masuk mengikut tempoh tiket yang korang beli. Jadi kalu agak-agak korang nak kuar dari theme park untuk makan ke, apa ke, tade masalah untuk masuk balik.
Ada satu pass dipanggil Universal Express. Kalau korang ada pass ni, korang ada kelebihan untuk tidak queue dekat certain attraction. Sangat best dan menjimatkan masa. Tapi aku tatau kewujudan pass ni sampai la aku pelik-pelik tengok visitor lain yang bley potong queue. Ingatkan diskriminasi. Heh heh. Sumpah aku akan amek pass ni bila nak pi USS next time. Untuk dapat pass ni, korang kena tambah S$30 (off peak), S$48 (peak), S$68 (super peak) bagi setiap tiket yang korang amek.
Kitorang masuk USS dah pukul 11.00am. Dah bazir 1 jam. Ditambah dengan cuaca panas, masing-masing belum dapat energy nak terkinja kat dalam.
One thing yang aku suke sangat pasal USS ni ialah dia berbentuk circle. Jadi, kalu korang berjalan, buat satu pusingan, cukup untuk jumpa semua theme zone yang disenaraikan. Bermula dari Hollywood, korang boleh choose untuk start from right or left.
Berikut ialah senarai theme zone yang terdapat dalam USS. Aku senaraikan ikut arah pusingan jam.
1. Hollywood
2. Madagascar
3. Far Far Away
4. The Lost World
5. Ancient Egypt
6. Sci-Fi City
7. New York
Dan satu credit kepada staff USS. Korang memang best! Tahniah kepada management USS yang berjaya train staff depa dengan begitu baik sehingga mereka sume dapat memberi layanan yang super hebat kepada visitor. Mereka bukan saje friendly dan helpful, tapi pandai amek hati visitor. Syabas!
1 - Baverly Hills Garage, tempat untuk sewa stroller, wheelchair dan scooter.
2 – Strollers, wheelchair n scooter sample.
3 – Bila sewa, nama korang ditulis macam ni.
4 – Dua budak noti dalam stroller.
Kalau nak sewa stroller, wheelchair atau scooter, pegi ke Beverly Hills Garage, sebelah kanan selepas entrance. Rental price adalah seperti berikut:
~ single stroller – S$10
~double stroller – S$15 (ekceli aku pakai letak je nama double ni)
~wheelchair – S$20 < tak sure
~scooter – S$40
Oke, now lets start kisah perjalanan kitorg dalam USS. Masuk je, terus Hollywood. So u know Hollywood rite. Segala menda berkaitan perfileman, actor actress blablabla, ada kat sini. Maskot-maskot kat sini pun macam charlie chaplin and so on. Tak banyak menda aku bley cakap pasal zone ni. Sebab kitorg cuma pass by, snap here n there dan teruskan perjalanan.
1 – Pamphlet yang sangat membantu. Pastikan tiap sorang ada satu. Supaya korang tahu ke mana arah mahu dituju.
2 – Statue seorang director tengah mengarah filem. Very oldskul.
3 - Aku sebenarnya tatau menatang ni, nus kata dia ni hantu dari cite Adam’s Family.
4 - Charlie Chaplin, sape tatau, lempang muka sendiri.
5 – Awek-awek Superstar Candies kalu tak salah, sempat la tengok live show depa. Menyanyi dan menari secara gedik.
6 – Ini topi dari The Brown Derby, ada macam-macam topi/wig yang menarik kat sini.
7 – Aku kat depan statue Universal Studio yang dikelilingi oleh fountain.
8 - Pemandangan bahagian depan Hollywood theme zone.
9 – And the oscar goes to… yang aku pegang tu ialah oscar Super Mom, harga dalam S$30++ rasanyalah.
*
Theme zone kedua yang kitorg lalu ialah Madagascar. The truth is, kitorg tak stop by langsung. Jalan menonong macam orang tatau nak tuju mana. Padahal dah ada direction dalam pamplet. Pulak tu, kat A Crate Adventure tu, dia tulis coming soon. Oh ye, kat USS ni, sume attraction akan ada tunjukkan jangkaan tempoh masa menunggu. Contohnya, kalau queue panjang, tempoh menunggu kat luar tu tulis, 80 minutes. So, ko pk la sendiri sanggup queue atau tidak.
1 – Eh ini dah petang, aku datang balik ke Madagascar sebab mohdiszrolealhalmy tak lalu sini lagi.
2 – Gloria, sangat cute, aku peluk-peluk-peluk… tapi nus kata, tak haram ke peluk kalu dalam tu jantan? Ngee~ sumpah ambo tak terpk, sori.
3 – Kapal yang ditumpangi oleh Alex, Gloria, Marty dan Melman ke Madagascar.
4 – King Julien. Tak sempat nak tegur dia. Snap curi aje.
5 – Salah dua ekor dari penguin yang aku tak pasti nama mereka sebab rupa 4 ekor penguin Madagascar ni sama saje.
6 – Ini ialah The Baobab Tree yang lazim terdapat kat Madagascar. Comel.
7 – Ni dalam souvenir shop kat Madagascar, dekat siling tu ada kotak-kotak dengan penguin kalu korang pasan.
8 – Alex, tak sempat bergambo ngan dia ni. Sangat cute doh. Arhhh mereka sume adalah cute!
9 – Safi… maskot baru, di samping beliau ialah coke large cup dan gingerbread man yang aku beli kat Far Far Away souvenir shop. Aku beli gingerbread man sebab paling murah S$13.90. Ngehehe. Since beliau belum pandai meminta-minta, biar aku decide beli yang cheapest aje. Muahahahaha!
*
Theme zone seterusnya ialah Far Far Away. Aku rasa korang tau, Far Far Away ni ialah negeri dalam movie Shrek.
1 – Castle dekat Far Far Away.
2 - Inilah rumah Shrek.
3 – Ini jamban Shrek kot, ngehehe.
4 – Crown yang dikelilingi fountain depan castle.
5 – Encik Shrek.
6 – Raja Katak, bapak fiona kan?
7 – Ini dalam castle, rite after tgk 3D Show.
8 – Masa menunggu nak tgk Donkey Live.
9 – Err, bukan, ini bukan anak ogre.
*
Enchanted Airways ialah game pertama yang kitorg naik. Dia ni kira junior roller coaster. Bukan yang paling thrill yang ada kat USS tu. Sesuai la untuk kids. Height yang dibenarkan ialah 92cm ke atas. Bagi kids yang height antara 92cm – 122cm, mesti ditemani orang dewasa.
Lepas tu kitorang masuk Shrek 4-D Adventure. Dia terletak betul2 dalam castle Far Far Away. Shrek 4-D Adventure ni ialah 3D show dengan effek sekaligus. Masa masuk dalam show tu, depa panggil kita prisoner. Ceyt! But the show was superb, if compare dengan 3D show kat Genting la. Pasai mak aku kata 3D show kat Universal Studio Hollywood lagi superb. Yang aku pasan, setiap kerusi, effek dia agak berbeza. Contoh, kerusi makwan tak banyak effect, mebi sebab dia pregnen. Tapi cano lak depa tau dia ni pregnen? Dan kerusi aku pun tak banyak effect, mebi sebab aku duk sebelah mak sedara aku. Warga tua kot. Agaknyalah! Takkan kerusi aku rosak kot? Apa pun, 3D dia memang menjadi. Effect dia memang kelas. Thumb up!
Lepas tu masuk pulak Donkey Live, tgk donkey buat show. Image kartun, tapi dia beraksi live. Bley sembang dengan visitor lagi. Cemana depa buat? Malas aku nak pk.
1 & 2 - Masa queue nak naik enchanted airways.
3 & 7 – Masa queue nak masuk Shrek 4-D Adventure.
4 – Ni mukadimah sebelum masuk panggung 3D Show tu.
5 – Yang ni le tempat berlangsungnya 3D show.
6 – Donkey Live Show Entrance.
8 – Ni macam fun fair dalam souvenir shop Far Far Away. Gile bosan. Budak bawah umur bley la layan.
9 – Oke proof pix aku kat fb buat masa ni, tgh minum potion, sedap… dan lepas tu aku basah lencun!
*
Oke cukup untuk part one. Kang korang muntah baca (padahal aku yang malas siapkan).
To be continued…. (baca part 2)
Related posts:
Balik Johor lepas empat bulan tak balik, excitement dia macam perantau yang dah bertahun tak pulang ke pangkuan keluarga. Satu minggu aku takde hati nak pegi keje, berharap-harap masa akan jalan laju-laju sampai weekend pun tiba.
Antara agenda balik kampung kali ni ialah Mersing. Mohdiszrolealhalmy tu, sejak kawin lagi mengendeng nak pi Mersing. Aku bukan tamau layan, korang pun tau betapa indoornya aku. Eh korang tau ke? Wah… ada hati nak bajet glamer.
Plan dengan cikzu, kul 6.45am nak gerak. Maka, bangun la aku subuh-subuh ahad. Mandi, ironing, siapkan safi sume, 7.15am jugak baru aku kuar umah. Ingatkan da lambat, bajet kena perli dengan cikzu punye. Sekali, sampai depan umah cikzu, sonyap. Bila kol, dengar sore orang baru bangun tido. Dem!
Blabla gitu gini, pi breakfast sume, dalam kul 8.30 baru gerak dari Kluang. Dan sampai Mersing nak dekat kul 10.00am. Masih tak panas. Maka terus pi kat pantai air papan.
Last aku pi sini masa sekolah. Huhuhu!
safi dan mamazu masa otw to mersing
*
Sampai aje kat pantai, aku punya excitement mencanak-canak. Padahal yang kecoh nak pi mersing ialah mohdiszrolealhamly. Tapi then, aku yang lebih. Tu la, kutuk orang tak ingat-ingat. Sampai masa, aku yang over.
Cemana aku tak over? Pantai masa ni kool gile doh. Sebab baru lepas musim tengkujuh, maka pantai jadi bersih (teori aku je, kalau sesat sila abaikan). Nak nak orang tak ramai, padahal hari ahad. Ni sebab, last week baru je cuti cny. Maka orang dah tak berjalan masa ni. Tu yang pantai lengang.
Cuaca memang superb. Tak hujan, tak panas. Angin pulak, perghhh. Memang syok la kalu nak main layang-layang.
Aku punya plan, memang tade nak mandi. Maka aku tak bawak sebarang persalinan pun. Sebab tujuan asal pi mersing adalah untuk menunaikan cita-cita mohdiszrolealhalmy untuk sampai ke mersing je. Tapi dah alang-alang sampai beach, aku nak la bawak safi merasa pasir pantai ngan air laut. Ni kira first time la. Tapi aku lupe, kalau aku nak bawak safi main pasir, aku pun kena duduk atas pasir sekali. Kalau nak bawak dia berendam dalam air laut, dengan aku aku sekali la kena masuk laut.
Belajar tinggi-tinggi, when come to simple things, mula la jadi bangang.
Oleh yang demikian, terpaksa la membeli-belah. Beli yang tak boleh blah langsung. Janji ada je. Seluar kaler oren, t-shirt kaler biru. Selipar pun terpaksa rembat sepasang. Total kerugian RM55.00.
*
First time safi pijak pasir pantai. Aku yang terkinja lebih. Beliau ni pulak kena ikut mood. Kalau time malas, umpan dengan mc dee pun takde hingin dia nak bangun amek. Masa jejak kaki, konpem jingkit. Nak tanak terpaksa la heret.
Aku saje tak buttonkan romper tu. Agak-agak kalu dia buat hajat besar, bley terus cabut diaper tu dan buat dia jadi macam bot kertas… muehehehe
.
Nampak tak pokok-pokok jadi senget. Angin kuat woo. Best!
Ntah-ntah pokok tu memang senget tak? Tak kisahla, tapi angin hari tu memang best.
mamat di belakang itu sedang sexi… maka beliau disamarkan dalam entri ini
Beliau tak suke air. Beliau menggigil. Air laut hari tu memang sejuk. Hakikatnya, beliau memang takut dengan air sejuk walaupun tetiap hari aku mandikan beliau dengan air sejuk. Iye, aku tak percaya dengan fungsi air panas kepada bayi. No no no. Dari masa pantang lagi aku sudah simbah beliau dengan air sejuk supaya beliau tidak membesar dengan takutkan air sejuk terutama di pagi hari. Air sejuk adalah terapi yang baik. Sape nak sanggah? Bolehlah aku kuarkan entri pasal air sejuk pulak lepas ni.
tapi beliau enjoy dengan pasir itu
*
aku mohon nak bersentimental sket bley? betapa aku berharap agar masa berhenti, memberi ruang untuk aku nikmati saat sebegini lebih lama lagi. terima kasih Allah untuk anugerah terhebat ini.
*
Motif gambo rm1 dua keping itu ialah, nak cite yang duit tu berterbangan dan aku mengejornya agak jauh gak la. makin aku nak capai, makin dia terbang. sib bek depa tak sempat rakan video. klu tak, sure tambah sakai.
Ingatkan lepas abes mandi-mandi nak main layang-layang. Tapi masing-masing dah lapor perut. Gile lapar. So, terus la kuar dari pantai untuk cari makan. Masa otw nak pi town, ternampak menda ni.
Kedai keropok lekor ala-ala kopok losong. Fresh. Buat kat situ jugak. Goreng kat situ jugak. Sos buatan depa jugak. Cikzu cakap, depa ni ada yang memang berasal dari terengganu dan move ke mersing lama dulu. Tapi slang, still slang ganu.
Woh unik tu. Tak pernah aku tau orang johor cakap ganu.
After lunch, terus la pulang. Terpaksa balik awal sebab mohdiszrolealhalmy kena balik kl petang tu jugak. Tapi dia balik naik bas. Sebab ikutkan, kitorg punya cuti sampai selasa. Cuma disebabkan beliau ada masalah teknikal yang tak boleh dielakkan, maka terpaksalah gagahkan diri balik kl naik bas.
Next time balik kampung, harus gigih ke sini lagi. Tu pun harap-harap weather yang sempoi macam masa ni. Kalau panas kedaung tu, mahap la, sanggup aku tunggu lepas musim tengkujuh tahun satu lagi.
Sekian.
saye: johor tetap di hati
Related posts:
Ahad after chinese new year aku pi broga.
Sebenarnya dah dua tiga kali si mohdiszrolealhalmy tu amuk nak pegi broga. Aku bukan tamau pegi, bukan sebab aku tak suka hiking, aku suke… suke sangat. Yang buat aku bertangguh-tangguh nak pegi ialah sebab mohdiszrolealhalmy tu nak pi broga bukan sebab nak hiking, tapi sebab nak makan sate arnab. Sungguh kurang sopan.
Broga Hill ni dekat je dengan persemayaman aku kat saujana impian tu. Jalan masuknya sama dengan jalan masuk ke nottingham university kat semenyih tu. Kiranya, untuk sampai ke broga, korang memang akan pass by depan universiti tu.
Caption untuk gambar di atas.
Kiri: gps ke broga hill. Sila kata aku poyo. Kakak aku tu memang jenis ber-gps kalu tatau jalan. Teknologi dah ada kan? Maka sila gunakan walaupun sekadar nak cari jalan balik umah. Disebabkan belum tergamak nak invest untuk beli GPS letak terpacak kat keta, dan keta pun tak secanggih keta yang pakej datang dengan GPS, maka bolehla gunakan henpon aje. Malangnya, henpon aku takde GPS sebab screen kecik maka toksah mengada nak instal GPS. Eleh, masa henpon ko screen besar canggih manggih pun bukan ko reti guna GPS kan widura? Wakakaka… saya bodoh jalan, maka GPS pun bodoh jugak tak reti nak guna. Bagi peta pun aku tak reti nak baca.
Tapi geografi aku A tau (wah nak bitau jugak).
Kanan atas: Muka-muka separa excited nak ke broga. Dia jadi separa sebab kena kerah bangun pagi. Kalau tak kerana broga, mau depa ni, pukul sebeleas baru terpisat-pisat nak bangkit. Aku? Aku solehah, aku sentiasa bangun subuh hari… lalalalala. 3 boys kat belakang tu terpaksa berdiri supaya muka depa dapat masuk dalam gamba. If not, depa duduk atas bangku kecik yang mak aku beli khas untuk sesi ziarah ke kubur arwah ayah. Belakang tu bonet oke. Ni MPV jadian. Mana ada sit baris ketiga? Kalau kena tahan polis, 3 boys tu konpem kitorg suh baring dan tutup dengan kanvas.
Kanan bawah: Mit, Ina dan Put……. Ingat tak kambing ni???????? Yeeeeeehaaaa. Dua beranak yang namanya aku sendiri pun tak ingat ni (louie? leeya? entah… cikzu ingat tak?), telah selamat berpindah ke keta baru sebab my beloved kancil suda berpindah milik kepada tok mail iaitu atuknya cik safi. Hurrah!
Eh jangan ingat aku beli keta baru. Kambing-kambing ni cuma menumpang kasih kat keta mak aku. Huhuhu!
Lupa nak habaq. Aku pi broga ni beramai-ramai. 2 keta. Keta kedua ialah keta tok mail & kampeni. Didrive oleh mohdiszrolealhalmy. Dan lupa juge nak habaq, yang plan nak pi broga kali ni ialah adek ipar aku yang annoying tu (wahkahkahkah lantak la kalu ko baca epie, memang aku selalu annoy ngan ko pun, ade ko kisah?). Mamat ni memang selalu bersemangat kesukanan. Bajet best pun selalu. Berlagak tak terkira lagi lah. Kalau bercakap nak membangga-bangga diri tu, satu kilometer dah dengar. Dia je yang best, yang pandai, yang alim ulama, yang tau sume menda. Apa yang dia buat sume best. Orang lain takkan se-best dia. Dia je yang bizi mengalahkan perdana menteri sampai tak terpikul sume tanggungjawab semasa. Cakap berdegor-degor beb.
Tapi anak mak. Duduk moscow setahun, menggigil nak balik. Alasan – sakit. Tapi aku tak pernah pecaya. Wakaka.
Wah bestnya aku mengutuk. Blog aku kan, aku punya suka la. Kalu nak kutuk aku balik, sila buat blog sendiri.
Caption pukal untuk gambar di atas: Perjalanan awal ke broga hill. 3 boys tu hanya hiking 30 persen saje. Depa memang bersemangat. Tapi mak-mak pulak jadi lemah semangat. Sebab broga ni agak tak selamat (ni bomba yang cakap). Part-part yang curam kebanyakkan tade tempat paut, macam tali ke apa ke. Nak naik mungkin tak susah. Kang nak turun yang masalah. Budak-budak tu sangat bersemangat kesukanan, mak-mak lenggang kangkung, depa dah sampai puncak. Terpekik-pekik nak suh depa stop. Siap terkekeh-kekeh memperlekeh kitorg, “mana ada penat? mana ada penat?”. Sepak kang!
Yang sampai puncak cuma aku, mohdiszrolealhalmy dan si epie (eh aku tamo panggil ko epie la kat sini, aku panggil ko episotomi bley? oke set!) saje. Ok tipu. Cuma si episotomi je yang betul2 sampai puncak brogal hill. Aku ngan mohdiszrolealhalmy cuma sampai puncak pertama. Ekceli dah dekat je nak sampai puncak broga hill. Dan mudah je sebab dah landai. Tapi aku dah tak tahan panas. Panas wo, panas! Tu le, start hiking pukul 8.30am. Orang dah berdedai-dedai turun, kitorang baru nak naik. Lembab! Lepas tu bawak budak kecik dengan warga emas. Masak ah. Kena pulak dengan tok mail yang tak penat-penat membebel. Pak metua aku punya tenaga memang 1000 kuasa kuda tau. Walaupun body beliau begitu mantap, tapi bab tenaga membebel, belum ada jaguh yang mampu bertanding. Hebat! Kalau baran, cuma ada sorang je yang bley cairkan hati beliau.
Iaitu cik safi. Weeeeeeee. Cucu sulung la katakan.
Sape nak kata aku dressing macam budak skolah sila angkat tangan. Tu namanya misi menyahut kempen WIR. Yep, lets wear it right. So sesiapa yang nak kecam aku, aku redo je la. Maklum la dulu i sexi, i freehair. Maka kalu tetiba nak buat khutbah agama, konpem kena kecam punya. But everybody deserve a second chance rite? So take one step at a time. Kang pakai aje macam wanita solehah, tapi perangai sungguh bermasalah.
Sebenarnya t-shirt muslimah tu aku beli masa berbadan dobok masa 9 bulan pregnen. Masa tu t-shirt triple xl mohdiszrolealhalmy pun aku dah tak muat nak pakai.
Haa… ni cite best. Masa kami naik broga hill ni, ada kejadian orang jatuh. Kepoh la sepanjang perjalanan. Sebab sepanjang kami mendaki, orang yang tgh turun akan warning, sila hati-hati sebab ada orang dah jatuh kat atas. In fact masa nak naik jugak, ambulan baru sampai. Jadi attenden tu la yang kena daki bawak ubat2 sume. Sampai empat kali attenden tu muntah ko. Lawak la ko pakcik. Muka je konpiden. Tapi muntah. Hewwwww. Tu pakcik pakai baju biru yang posing pandang kamera tu la attenden yang muntah 4 kali.
Kakak yang jatuh ni bunyinya agak teruk la. Darah kuar ikut telinga, idung sume. Pinggang da tak ley gerak, tu yang tak leh turun. Masa aku nak turun tu, terserempak pakcik bomba. Bomba tu cakap, ni dah kali ke empat dalam sebulan. Sabau je la pakcik yek. Berkhidmat untuk menyelemat. Hidup Bomba!
Tetiba!
Eh aku dulu kadet bomba tau. Lalalala.
Sila abaikan superman gemok bersayap merah di atas. Yang baju kelabu dan bagi peace di belakang supermen gemok bersayap merah tu ialah episotomi yang annoying tu. Dua-dua gemok. Hai gemoks… peace!!!!!!!!
Oke selesai acara mendaki. Dah selamat turun tanpa kecederaan kekal. Alhamdulillah.
Dah bakar lemak, mestila kena ternak lemak balik kan. Maka tercapai la cita-cita mohdiszrolealhalmy untuk melantak sate arnab. Berhadapan dengan starting point broga hill tu ialah sebuah rabbit farm. Aku tak ingat pulak nak snap pemandangan hadapan. Sebab sistem perpeluhan aku sungguh aktif masa ni. Berlengas!
Rabbit farm dan tempat makan tu obviously own by chinese. Aku sebenarnya musykil sama ada halal or not. Tapi sebab mohdiszrolealhalmy pernah tgk rancangan kat tivi pasal tempat ni, dan depa claim halal, maka on ajelah (kalau dah kat tivi kata halal, aku tawakal je boleh?). Dia ada la banner tunjuk pak aji tengah cucuk sate. Cucuk je, bukan sembelih. Huwaa… huhuhu. Tapi pekerja kat sini 70% memang malay muslim. Bukan indon. Sah malaysian. Maka dengan bismillah, aku yakinkan diri, halal.
Bedal!!!
Tapi sate arnab tu liat la. Dan makanan kat situ dem mahal. Cuma yang jadi daya penarik tempat ni ialah, dia ada mini zoo. Ada rabbit, kambing, biri-biri, lembu, kera dan donkey. Sekadar nak luangkan masa dengan family esp kanak-kanak riang, memang seronok. Bley bagi haiwan-haiwan ni makan, kena beli food depa kat situ gak. Satu bungkus lengkap ada food untuk sume jenis hewan. Harga mak datuk… memang amek riba owner ni. Rm10 okey.
Cik Safi dah menunjukkan ciri-ciri mewarisi kecintaan kepada kambing. Siap panggil kambing macam pangil kucing. Cuk cuk cuk. So bapak dia buat correction. Bukan cuk cuk cuk, tapi bak bak bak. Oke gua baru tau! Sebab ini team memang handal pasal kambing. Sebab tok mail dulu pernah handle projek ternakan biri-biri kat LGM. Sampai mohdiszrolealhalmy tu pernahla masuk paper masa sekolah rendah. Tapi bukan sebagai penggembala kambing ye, sekadar aksi menyusukan kambing. Menyusukan? Huhuhu. Tetiba aku imagine laki aku menyusukan kambing. Bukan menyusukan la bai, tapi bagi kambing minum susu guna botol.
Sampai sudah, tok mail tu dipanggil mail kambing. Korang pi la mana-mana LGM, jumpa staff lama, tanya kenal tak mail kambing? Kalau kenal, haa, tu le my fader in law. Yeehaa. Dan ni macam nak start ada panggilan isrol kambing. Omaigat, brader, sila move ke department lain as soon as possible oke! Kang tak pesal-pesal aku dapat tempias.
Widura kambing!
TIDAKKKKKKKKKKKKKKKKKKK!
Di kesempatan ni, aku terasa gatal nak uplod gambo lama masa hiking kat frim. Ni tahun 2007. Masa ni aku tade blog lagi. Yang ada cuma friendster yang tak bape rajin aku nak update. Wuiyo slimnya aku masa ni. Ke sebab aku pakai seluar ketat? Tak solehah sungguh! Mengade eh? Lempang sket!
Tak… motif aku bukan nak tunjuk “me – before and after”. Sekadar nak flash back kejadian hiking yang buatnya empat tahun sekali. Patut la tak cergas. Dah la pi hiking pakai jeans. Siap bawak henbeg tu yang aku tak tahan. Dan kejadian paling menarik masa ni ialah, kakak aku muntah labu…….. wakakakakaka gelak sama dia. Tu la, ada ke pi melantak just before hiking. Pandai kan? Sukenya aku gelakkan orang. Keji!
Ok da abes.
saye: nak hiking nak hiking nak hiking lagi……






































