Archive for the ‘cuti-cuti’ Category

Date: 6 – 13 Jun 2009…

Masih ingat aku ada stori pasal trip neyh? Sila baca part 1. Laporan penuh terlalu lewat… sebab saya tak sehat… hihih. Untuk pengetahuan masa trip ni aku baru tahu yg aku preggy. Masa ni rasanya baru 5 weeks. Dan baru bermula alerginya di pertengahan holiday ini. Agak spoil tapi nak wat cane pun….

Aku gi Medan dengan family encik asben. Dalam 10 orang gitu. Kat Medan, kitorg duk umah sedara, call him abg am. Umah dia kat Jalan Helvetia. Tapi 3 malam terakhir, aku n encik asben check in Hotel Semarak. Saje nak privacy plus senang nak jalan-jalan. Hotel Semarak ni owner dia orang Malaysia. 3 star saje, tapi harge mak ai… tak berbaloi ngan servis dan rupa. But again, nak wat cane? Nak check in Marriot takut kena bom pule… hadap aje le~

Inilah laporan comel nan tertangguh. Sila kelik gambo untuk view yang lebih super.

LCCT – Medan. Flight tengah hari dalam kul 12 gitu. First time aku naik air asia. Mak aih sempit tak terkata. Pastu kena berjalan sejauh-jauhnya. Isk, kalu naik MAS konpem dapat layanan macam raja. Nak wat cemana?

A wedding. Yang kawen n ialah adik pada maid mak sedara encik asben. Tatau la konsep apa. Minang rasanya. Style wedding ni macam jamuan raya je. Amek food (buffet) then duduk la mana-mana (takde meja). Food dia nasi putih, lauk ntah apa. Tapi aku cam tak selera. so aku makan pisang je. Cuba carik pisang setandan dalam gambar di atas kalu korang terer.

Istana Maimon. Tak banyak yang menarik melainkan kena pau dengan encik penjaga meriam puntung yang kononnya kerabat kesultanan deli. Nak duit RM pulak tuh. Tak lupa kena pau juga untuk parking keta rp 5000. Mahalnye oi tak berbaloi ngan lawatan.

Masjid Raya. Solat sekali saje di sini. Tu pun kena make sure ada yang menunggu kasut kat luar. Klu tidak alamat balik kaki ayam.

Makan-makan kat gerai. Berani kitorang makan kat gerai kan? Sebab abg am yang bawak, kitorg bedal je la. Roti telur dia dah macam telur dadar kalu kat sini. Pastu teh o dia… manis macam lori gula tumpah tepi dapur. Dah 2-3 kali campur air kosong pun still manis lagik.

Pantai Chermin. Ihh… tak selera nak mandi. Dah la panas gilos. Port lepak pun kena sewa rp70k. Mak aih. Cekik darah betul org2 Medan neyh.

Wajib gi bookstore. Ni la tempat yang aku tergedik2 nak pegi. Tak abis2 aku bodek abg am mintak bawak gi bookstore. Akhirnya berjaya melengkapkan siri tetralogi laskar pelangi versi indonesia yang sangat diidamkan. Yg menariknya bookstore sini, banyak buku yang dah translate bahasa indonesia. Malah encik asben pun berjaya membeli buku spss yang amat murah harganya. Tak lupa adek ipar aku yang memborong buku-buku perubatan herba. Kat Malaysia bukan tak ada, tapi mahal amat coz imported punya. Yang kat sini sume sudah alih bahasa.

Jalan-jalan kat Carrefour. Jakun nak makan fastfood versi indonesia. KFC – out, A&W – ok, Mc Dee – sedap, Pizza Hut – boleyla.

Makan sate n mee rebus medan. Ada sikit lain tapi boley la. Sodap. Sate minang cam ni ada gak kat kampung baru kl. Kuah dia bukan kuah kacang tapi kuah tepung, dia bungkus sekali dengan sate.

Otw to danau toba. Banyak jumpa kampung org batak. Jalan raya sini memang tak best btol ah. Walaupun aku naik avanza, tapi aku rasa dah macam koboi amatur naik kuda.

Dah sampai danau toba. Mangga comel yang sungguh yummy. Jarang dah nak jupe kat malaysia. Lepak2 tepi danau sambil makan nasik di samping menghirup udara sejuk.

Danau toba nak dekat2 maghrib. Pusing-pusing keliling. Singgah kedai makan meggi goreng. Pun mahal rasa cam nak tempeleng.

Shopping time. Dok gaduh ngan satu tokey kedai sebab asik mintak diskaun sana-sini. Tapi kitorg hadap jugak kedai dia sebab kena marah pun dapat jugak diskaun.

Kitorg stay kat parapat. Sejuk dowh. Menggigil subuh-subuh mandi air kolah. Malam sebelum tu aku kena kacau ngan makhluk halus pulak… wuwuwu.

Masa ni atas bot nak ke tomok. Ada pulak 2 boys wat show. Best gaks lagu dorang. Gambar bukit batu tu ialah batu tergantung. Tapi kecik sgt. Nak tunjuk pun tak nampak clear. Lagendanya, ada sorg perempuan yang kena paksa kawen nak bunuh diri dengan terjun ke danau tapi tersangkut so trus jadi batu yang tergantung dengan anjingnya.

Dekat silintong hotel. Lepak2 je. View bole tahan. Pe lagi masing-masing mula la berposing sakan. Cuba tenung gambar aku masa tu, selim kan? Keh keh keh

Ni kat pulau samosir. Shoping kat sini mmg murah2. Nyesal tak shop kat sini sebab dah tak cukup masa. Sempat singgah kat kuburan tua raja sidabutar (stone grave) dan si gale-gale (batak dance). Yang mcm umah minang tu ekceli ialah umah batak. Aku tak bape ingat la si pakcik tua tu explain pasal kubur tu. Panjang ceritanya oh. Tapi yang tongkat dia pegang tu aku ingat. Hahaha… kalu nak tahu sangat, baca la sini. Yang pastinya, ktorang sekali lagi dipau dalam RM. Nak kaler ijau… hamik! Sib bek dia tak mintak purple. Mau aku tampar sekali.

Ni la 5 jenis orang batak. Batak karo, batak simalungun, batak toba, batak pakpak dan batak mandailing.

Kat brastagi. Macam cameron je. Cuma lebih murah. Strawberi longgok2 je. Masa ni aku dah mual-mual. Malas nak shoping apa-apa.

Otw balik. Lepak makan jagung bakar. Kaya sekajap tokey jagung tu dek rombongan cik kiah ktorang.

Sun plaza. Gedix nak tgk ketika cinta bertasbih. Berjaya menontonnya pada hari pertama tayangan di indonesia. Bangga tak ingat. Org malaysia hujung tahun tu baru nak tengok. Kah kah kah.

Merdeka walk. Tatau nak makan apa. Last-last lepak mc dee je. Lagipun aku dah loya.

Aik, da balik? Gitu le gamaknya. Flight delay. Pukul 12 pagi baru sampai Malaysia.

Ikutkan banyak lagi nak cerita. Tapi sebab dah lama banyak dah lupa. Gambar n video pun tatau dah gi mana.

saye: holiday dengan mabuk dan loya

Related posts:

Raya yang memenatkan… dari tengah ke atas, dari atas ke tengah, dari tengah ke bawah, pastu naik atas sket, patah balik bawah, turun lagi, patah balik atas, atas lagi and finally balik ke tengah kembali. Hari-hari balik malam, hari-hari tido kul 2-3 pagi. Upload gambo kecik-kecik sudah… kalu besar nanti nampak cacat cela… hiii. Terimalah gambo raya saya yang bertambah 7 kilo ini.

kat kuang, kampung mader-in-law

 

kat muar, kampung fader-in-law

 

kat kluang and jaybe, bersama my kawan yg gediks and syami yang sibuk nak gambo juge

 

kluang dan jaybe juge

 

kat bahau, umah paklong n makngah

Baru pasan kat Temerloh takde gambo langsung… huhuh

saye: baju raya yang tempah awal2 ampeh ar tak le pakai… beli jubah siap saje :)

 

 

 

 

 

 

 

 

Related posts:

haih… sangat rindu nak blogging tapi ada halangan2 kesibukan dan kesehatan yang tak mengizinkan aktif macam dulu… wuwuwu… skema tak?

anyway juz nak share some pic hasil holiday 8 hari di medan pada 6-13 june lepas… more pic n story akan dipost later… :)

Ini ialah pemandangan di Danau Toba. Sangat2 cantek dan amazing… macam laut tak bertepi dan sejuk pulak tu.

 

Ini pulak patung2 di Kuburan Tua Raja Sidabutar dan Stone Grave di Tomok, Danau Toba.

 

Peminat filem Indon and karya Habiburrahman El Shirazy… jangan jeles kerana saya berjaya menonton filem ini pada hari pertama tayangannya di Indonesia… confirm best dan sangat memuaskan hati. Jauh lebih hebat dan kualiti berbanding Ayat2 Cinta. Owh!

 

Buku-buku yang sempat shopping di gedung buku di Medan. Puas hati even shop buku lebih banyak dari baju… aiyai!

 

Sempat g pesta kawin adik pada family maid… different!

 

To be continued ok…. :)

Continue di Medan… Laporan Tertangguh

Related posts:

Okay, saya mendapat arahan lagi. Kali ini untuk melaporkan aktiviti terkini family yang sgt sempoi. Jumaat lepas, sempena cuti labour day, dengan hati yang tabah lagi gumbira, kami berduyun2 pulang ke Kluang. Helo, sape yang tak excited balik kampong kan? Tu pun pasai kaklong cikzu punya wedding. Klu tak, takdo la can nak balik coz dengan bertuahnya hari isnin 4 mei tu saya exam kat ukm. Tekanan kan? Miahaha….

Kami berangkat dengan xcitednya pada khamis malam. Sampai kluang around 11.30pm. Biasa la, balik selatan musim2 cuti ni, jam memanjang. Xciden sana-sini. Ditambah dengan keprihatinan rakyat malaysia yang memperlahankan keta untuk melihat xciden-xciden tersebut. Sabo ajelah.

Tomoro morning, even dah jaga awal pagi, seperti hari2 cuti biasa, maleh je nak membangunkan diri. Ngan tiba2 dikejutkan oleh sang kakak yang menyuruh kami siap. “Kita gi jalan-jalan. Copek siap! Copek g, bley copek balik.” Ayo mana mau pigi? “Mana-manalah yang si isrol nak. Dia yang sebok nak jenjalan.”

Iya. Balik Kluang for me is rest rest rest. Lepak as long as i can. Huhuhu. Tp my abg hasben mau jenjalan johor. Tak kesah la p mana pun. Even Kahang pun dia dah redah (poyo kan? kahang pun nak tgk? ceyh!). So after breakfast kat umah, kitaorg naik keta dan amek jalan ke bandar tenggara. Destinasi? Masih belum decide. After sampai satu simpang antara mersing dan kota tinggi, barulah abg hasben decide utk ke kota tinggi. Okay, lets check it out.

Memula sampai kota, kami trus ke air terjun. Tapi sampai pintu gerbang jelah. Tak masuk pun. Masuk kena bayar, kita org bukan nak mandi-manda pun. Pastu, abg hasben mau jenguk2 Institut Penyelidikan LGM Pelepah. Adoi, kalu dah org LGM tu, nampak je logo LGM, cam budak2 nampak funfair. Gedik betul! Tu la antara sebab kenapa abg hasben nak ke kota. Sebab ada 3 institut penyelidikan LGM kat situ.

 

Then kitaorg lepak makan kat restoren minang kat bandar. Pastu trus ke Desaru. Wuhuu… tgk beach pulak. Lama sgt dah tak g desaru. Seingat saya, mmg tak penah pun mandi-manda kat sini. Selalu cam n la, juz jadi tourist guide utk org2 yang tak penah g desaru. Desaru n pantainya ala-ala laut dalam. Sampai satu part, dia terus tenggelam tak ingat punya. Ombak dia plak, jenis ombak 3 beradik tambah jenis mengaut. Kira kalu tak ingat2, mmg bley hilang la. So for safety reason, jgn mandi. Cuma pantai dia cantik dan sgt meriah. Sonok! Masa kitaorg g tu, ada macam bazar coz esoknya ada pertandingan joran. Manusia toksah kata la… sgt2 ramai esp chinese. Singaporian kot?

kena bayar rm2 satu keta

After lepak minum abc, ktorg pun blah. Kali ni jalan2 tgk jeti2 yang saya pun tak tau sgt. Kira kalu ikut jeti A bley naik bot g B, jeti C g tempat D. Gitulah gamaknya. Tak arif sgt. Dan tak ambik pot sgt sebab cuaca sgt2 panas plus saya mengantuk tak ingat dunia. Singgah jugakla coz abg hasben sgt xcited utk bertanya harga tiket.

On the way, asal nampak tempat yg menarik kitaorg stop. Cth, kitaorg stop kat ostrich farm. Saya yg tgh tdo trus bukak mata, harapan nak makan daging ostrich… sekali tgk2 farm tu cina punya daa. Aiya, keciwa, bila tgk kat luar, siap ada bakuteh pulak. Sib bek tak singgah. Miahaha. Sempat jugak tgk2 ostrich tu tapi dari jauh je la. Tak amek gamba pun.

Pastu, on the way jugak kitaorg jumpa chocolate house. Kira cam kilang coklat. Made in Malaysia n. Kitaorg singgah n membeli la barang sekeping dua coklat buatan Malaysia n. Bley la tahan sedap dark chocolate dia.

 

 

Paling beriya, saya nak tunjuk makam sultan mahmud mangkat dijulang. N if kau orang tak penah tau sejarah dia, bley lepak sat kat sini. But my abg hasben nampaknya tak interested ngan history plus hari dah mulai ujan, so amek gamba jelah. Tak singgah pun. Huhu.

 

Settle kota tinggi, kitaorg trus ke jb lak. Tp tatau nak g mana. So lepas sampai jb, kami decide ke danga bay je. Uuuu dah lama gler tak g danga bay. Jakun tahap maksimum siyot. Best gler. Nasib tak bek camera penuh n camera hp saya plak tak lawa amek gamba malam. Tapi mmg best tahap gaban la.

 

 

shami hepi dapat naik tren

 

meriah gler… xcited

 

ada marching band lagi

 

ntah apa la nama menatang n… tapi tak sempat nak nek… sume dah lesu

Haih, tak sabau nak cuti-cuti n jenjalan johor lagi.

saye: love johor foreva n eva

 

Related posts:

It has been such a long time since the last time we have our vacation which i can’t even remember where n when.  So after waiting months and months and organizing vacation here and there, it was comforting to arrive at Fraser’s Hill just before the Chinese New Year.

kabus or awan?

It was an exciting journey though i feel pening2 sometime. Pelik jugak coz before this selalu naik Cameron n Genting takde pulak rasa camtu. Maybe sebab juz 2 of us, so relax n takde rush langsung, we can simply stop anywhere we like juz utk amek gambar small2 things macam pokok-pokok yang pelik, air yang kuar kat celah-celah bukit, pucuk2 buloh n beruk-beruk tepi jalan. Disebabkan jakun sgt ngan beruk-beruk tu, sekor beruk sempat lompat bertenggek kat side mirror keta… seb bek tingkap tak bukak. Hehehe… sayang tak sempat snap this incident coz terkejut. Hehehe…  but its so fun.

waktu naik & turun

We reach the Fraser’s Hill Gate (The Gap) around 10.30 am. Here, we noticed that going up the ‘Gap’ are odd hours, so we have to wait until 11.00 am to continue our journey. So we juz park and lepak. It was misty outside but i believe it was actually the cloud. Pernah nampak puncak bukit yang diselaputi awan? Juz imagine korang berada kat atas tu, n menda yang korang rasa kabus tu actually ialah awan. So we turn the air cond off and open the window so that we can breath the fresh air outside.

menara jam

The last time i went to Fraser’s Hill was back in 1990++. Can’t remember. But must be so long ago. All i can remember about this place is the clock tower in the town centre. And it’s still there… the same.

Sadly, most of places at Fraser’s Hill were temporarily closed for renovation. Really really no place to walk around. Makcik yang jual jagung kat kedai tepi kedai makan tu cakap may be sampai May. Oyyo! Anyway, according to the map of Fraser’s Hill yang ada kat merata tempat tu, there’re paddock (yes i remember ada naik kuda masa datang kecik2 dulu), woodball, archery and boating. There’re also many trails… but i’m not interested so we just pass by. The only activity yang kitaorg dapat bwat ialah mini golf. Hahah!

ye olde smokehouse

halcyon lodge 2

english and old

We decided to stay at the Smokehouse from beginning. That’s what brought us here. Rumah penginapan ni mmg lain dari hotel standard yang lain. Ekceli, kat Fraser’s Hill ni lebih banyak banglo berbanding hotel. But after survey2, rasanya mmg Smokehouse paling besh la. It’s so english (may be not “so” but kat malaysia it is :) ). The feel of it is a typical English style living. The staffs are friendly and the Front Desk Manager (FDM) was really GREAT! I can still remember his name – Amjeed Hafiz. The rooms may appear old as they are. The FDM told us that all the furniture was there since 1920++.

jalan-jalan fraser’s hill

i found ukm fst research centre

inside smokehouse

waiting for our welcome drink

walking to nowhere

smokehouse lobby

We redeem our welcome drink during tea time (after having a long nap at the room… hehe).  Sayangnya, patut masa tu kami order cream tea. But sebab dah ada welcome drink, we juz add sandwich and fries. The sandwich damn mahal but the fries… wahla… cant say a word… mmg marveles (ke sebab lapa n sejuk?). Then, kami jalan-jalan menggunakan kaki sampai ke taman permainan kat bawah. Adventure la konon, padahal keta kena blok. Hehe. Oh lupa nak bitau, disebabkan sume tempat under renovation, sampai kedai souvenir pun pupus.

it’s a candlelight dinner tp lilin kat sbelah tu tak nampak la… hehe

Our unplanned dinner turn out to be a lovely candlelight dinner. I’m so excited when the FDM pull out the chair for me, and then put the napkin on our lap. Maybe rezki kitaorg, sepanjang kat situ, kitaorg dapat dilayan oleh FDM sdnri. The dinner was great. I ordered Rib Eye Steak, medium. Boleh tahan sedap, the daging so lembut but i’m already full that time, so a bit rugi la. My hubby ordered Mixed Grill, n macam biasa even dia kata dia pun kenyang, pinggan dia tetap licin. Malam tu ujan lebat….

We sleep early that night as there’s nothing much to do. That’s how we managed to wake up early the next morning. Hehe. It sounds like raining outside but actually it’s juz the dew drop from the trees yang begitu banyak. So sejuk sampai cakap pun kuar asap. Jakun kejap. Compared to Cameron Highland, Fraser’s Hill ni mmg less develop, or mmg dorg nak maintain gitu. Yang best bila less develop ni, pokok2 banyak, hutan tebal, so sentiasa sejuk tak kira masa. Kalau kat Cameron, tengah hari sket je dah terik kan… but not Fraser’s Hill. Pukul 11 kabus masih ada (or awan… i stil believe it’s awan). Kul 1, cuaca stil like mendung2 gitu.

breakfast for 2

my breakfast… sedap gile tp tak abes coz sgt mengenyangkan

We were the first guest yang datang breakfast so the FDM suggest us to sit beside the window (port yang sgt best utk breakfast yang romantik ala-ala omputeh). It was an English breakfast, served dan bukan buffet macam hotel2 biasa. They serve us a slice of bread (roti potong yang rasanya dibwat sndri), croissant, sausage, baked bean and eggs cooked anyway you like. I choose scramble and my hubby cam biasa… omlette. Kalau amek scramble, they will add satu lagi roti. Air cam biasa la, coffee or tea plus juice, mango or orange. Oh heaven… i love the breakfast soooooo much esp roti dia yang lemak2 tu… Heaven! Heaven!

in front of smokehouse





berangan tepi tingkap dalam bilik

Pastu, kami jalan2 tanpa tujuan sampai ke pukul 12 siap2 utk turun. Good bye Fraser’s Hill, it was a pleasant stay and i’ll come again. (Surely after renovation siap ok! hehe)





with front desk manager yang sgt best…

P/s: Kat atas ni, takde petrol station n takde ATM machine ye. But should be no prob sgt sebab sepanjang kat atas, kita selalunya takkan pasang air cond.

Related posts:

Adv
About Me

the name is widura.

seorang anak, isteri, ibu, pendidik, pelajar.

suke pada kesederhanaan, bukan kesempurnaan.

Facebook

Widura Abd Kadir

Archives
Categories
Recent Comments