Archive for the Category »dedikasi «

Kerana Kita Manusia

Jumaat. Bangun pagi, teruskan hidup dan… mengeluh. Pernah rasa?

Aku pernah. Tapi bukan hari ini.

Kehidupan hari-hari kadang macam jadi musuh. Buat itu tak kena, buat ini tak jadi. Kerja jadi statik, bosan, tak ada kepuasan dan langsung tidak menggembirakan. Belajar jadi susah, stressful dan macam mustahil untuk dihabiskan. Orang keliling mula look stupid dan me-menyampahkan. Sistem pemerintah jadi makin membebankan, subsidi kena tarik, tax sana-sini, blr meningkat – tak sampai setahun beli rumah, blr naik dua kali, payment naik almost seratus (annoying dan sgt nonsense). Harga barang naik tak munasabah, murtabak comot dan cenonet pun sudah rm2.50. Kata encik asben, dorang meniaga nak cepat naik haji. Perbelanjaan jadi terlalu banyak, sebab kehendak sudah jadi keperluan. Bil letrik bukan lagi puluh-puluh, bil air bukan lagi satu angka, bil astro naik sesuka hati, bil strimix, bil celcom, bil broadband, maintenance kereta jadi kerap, minyak naik harga, insurans medical, insurans nyawa, insurans kereta, roadtax, belum masuk bil-bil tak terancang macam ekon umah rosak terus kena ratus-ratus, betri keta kong sebab tak start berminggu-minggu, betri motor pun nak kong jugak padahal baru tak start 4 hari, henpon hilang maka kena beli henpon baru dan macam-macam lagi.

Malam, sebelum tido, kalau mula pk, konpem takkan tido sampai pagi. Sebelum aku jadi stressful macam bangsa jepun yang hidup untuk kerja kerja kerja, lebih baik aku pasang angan-angan nak jadi macam penulis buku harry potter dan tido dengan hati yang suka. Kira bersyukur lagi at least aku tak payah tido dalam flat uzur macam jk rowling masa tulis the sorcerer’s stone. Tulis belog pun dalam tahap keamanan yang tinggi maka aku patut zikir dan syukur saje tak henti-henti.

Aku kan manusia. Biasala nak rasa down dan mengeluh untuk benda-benda yang biasa-biasa. Padahal kesenangan depan mata tak pulak nak rasa bagus dan bahagia.

Maka kawan, kau pun manusia. Semua orang pun lalui benda yang sama. Antara dorang nak mengeluh atau nak cerita yang bagus dan baik-baik saje.

Hari ini kau down, esok kau mesti up balik. Hidup ini mesti jatuh dan bangun. Takkan kau nak mati berdiri?

Kita tak boleh menongkat langit. Pasrah dulu, lepas tu berlari balik.

Boleh?

saye: emosi macam atas adalah oke, tapi jangan mati macam ini

Tisu dan Bahu Untuk Kamu

Jumaat lagi. Aku mohon kepada Tuhan, berikan kau iman, berikan kau keberanian. Aku di sini sedang membekalkan doa – moga kau tabah.

Setiap manusia dijadualkan kesempatan untuk meniti minit-minit menangis. Dalam hayat kita, walau sekali, saat getir mesti ditempuh. Ia menjelaskan kepada kita, bahawa dunia bukan syurga… bukan untuk selalu ketawa. Ia memberitahu kita, bahawa menangis itu juga kehidupan… satu simpang untuk menuju masa depan.

Manusia normal akan menangis. Jika tidak menangis, kau bukan manusia. Mungkin kau adalah batu… atau pokok.

Tiap-tiap seorang daripada kita, diperuntukkan bahagian yang berbeza-beza. Nisbahnya sama. Andai kau rasa hidup kau sering dilimpahi suka, bersyukurlah. Andai sebaliknya, yakinlah bahawa rencana Tuhan itu lebih bijak, lebih saksama. Dengan kesusahan, kita diangkat sedarjat lebih tinggi di sisiNya.

Tuhan maha adil. Percaya?

Garisan hayat ini tidak mungkin selalu lurus. Ia normal berbelok-belok, bersimpang-siur dan berliku-liku. Jatuh bangun itu perlu. Jika tidak, kita tidak belajar menjadi tabah. Kerana hidup tanpa cabaran, bukanlah hidup yang sebenar. Watak yang hidup tanpa cabaran, tidak pernah wujud dalam mana-mana buku, filem, hikayat atau sejarah.

Aku mungkin jauh untuk menghulur tisu atau bahu. Aku hanya ada sedikit kata-kata.

Kawan, melangkahlah. Sinar di hadapan menunggu.

saye: life without challenges is not worth living

Ayah Terunggul

Dulu, masa kecik-kecik, masa umur dalam tiga ke empat tahun, kalau mak tanya sayang mak banyak mana, sayang ayah banyak mana… aku tunjuk dengan jari.

Aku sayang ayah tujuh jari. Balance tu mak punya.

Kalau hari ni mak tanya aku soalan yang sama, mesti aku kerut dahi, kerut kening, kerut mata. Tapi mak takkan tanya punya.

Kasih itu, kalau dihitung tak pernah nampak nilai dan bahagian-bahagiannya. Kalau dikongsi tak pernah rasa sempadan-sempadannya. Kalau diberi, tak pernah terasa pergi dan datangnya. Ia bukan seperti wang. Semakin diberi, lahiriahnya semakin kurang. Kasih itu, semakin diberi, semakin banyak yang datang.

Aku belajar mengasihi ayah dalam senyap. Kerana kasih itu, Allah takdirkan aku duduk menyaksikan helaan nafas terakhirnya.

Semakin lama ayah pergi, semakin kekar kasih untuk ayah dalam jiwa ini.


tak banyak gambar ayah dalam harddisk aku… dia pergi masa digital camera tercanggih masih 4MP

Dedikasi ini sedikit lewat. Untuk semua ayah yang dikenali… ketahuilah anda semua hebat.

Buat ayah Safi… selamat menyambut hari ayah buat pertama kali. Sungguh menyenangkan memiliki kamu dalam hidup kami.

Buat abah @ atok mael… didoakan semoga sihat sepanjang usia. Kurangkan gula dalam makanan, maniskan dalam senyuman… cewah.

Buat alang @ toktak… semuga dilimpahi rezeki yang berterusan dan menjadi superabah yang bersinar sepanjang hayat. Katakan taknak pada rokok… please……….

Buat pak anjang @ atok anjang… semoga panjang usia dan dikurniakan kesihatan yang lebih baik. Wajah dan senyummu itu penawar rindu.

Buat paklong bahau… juga semoga panjang usia dan dikurniakan kesihatan yang lebih baik. Suaramu itu, kalau ada… kadang memekakkan telinga, kalau takde… sure rindu punye.

Bagi senarai 2,4 dan 5, jangan lupa renew stok gigi masing-masing.

Buat abg long @ abah ameer… semoga berjaya menemui kehidupan yang lebih baik dan menjadi abah yang disayangi dan disegani.

Selamat Hari Ayah… love uols foreva and eva.

saye: my heroes

Pu-Tiga dan Kawan~Kawan

Aku tak terpk pun akan buat entri ni. Tapi sebab ina ada, aku pun takmo kalah juge. Kadang best bila wat entri-entri dedikasi ni. Boleh bukak cerita lama sambil kritik-kritik. I suke!

Cik put, cik put. Ko dah nak nek pelamin ye? Dulu ingat lagi ko kata ngan aku…

“heh cane neyh, yang muda kawin dulu?”

Yob… tu namanya jodoh.

Alah aku bukan kisah pun sape-sape yang kawin dulu.

Mula aku jupe cik put ni, masa minggu ke-2 kat msu. Masa tu masih KUTPM atau nama glamernya KU. Berpeluh-peluh aku panjat sampai tingkat tiga carik kelas. Maka berjumpalah dengan Koman n Budi (mana la pegi pakwe2 neyh). Straight ktorg kenal2 pastu dorg bawak aku ke lab. Dan aku pun berkenalan lah dengan sang puteri.

Kalo ko ingat cik put, mekna kaki ponteng kelas zaman manusia awal ni.

Cik put, cik put… memula dia menggelarkan diri dia ‘kakak’ dengan aku. Maklum ler, dia lahir tahun berdahulu dari aku. Tapi mahap la, even mit yang bertahun lebih usia tu pun aku selamba aku panggil mittotoyo. Ada apa dengan usia?

Teringat aku kat Intan Respek! Kah kah kah kah kah.

Aku tak akan lupa detik bersama 3 minah-minah yang dok memberatkan kancil aku saban hari.  Cik Put, Mek na dan Mit. Mereka-mereka inilah juga punca kelewatan aku ke kelas setiap kali. Haa… pedulik apa korang kata aku  bajet bagus blame korang… i dulu miss punctual okeh (wahhhhh)… sebab tu aku kena speedtrap masa nak gi kelas data comm padahal bila sampai kelas lecturer pun tak nampak batang idung. Ceyt! (sape hah name lecturer arab tuh?)

Tapi aku tak kisah. Lambat-lambat pun, dorang akan reserve kan sit depan kita kan? Kita-kita kan student kesayangan dan kegemaran? Oww perasan!!!

Ingat lagik tak saat-saat melepak? Menunggu waktu next class masa gap yang kadang lama kadang kejap? Lepak dalam kedai, luar kedai kadang belakang kedai. Masa tu kita tak kisah pun panas, hujan, ribut or pengap. Tah la, zaman tu… apa pun tak kisah… janji dapat meneruskan hidup dengan tabah.

Cik put, cik put… aku teringat ada sorang lecturer panggil ko kecik/kancil? Sape tah lecturer tu, aku lupa (Macam mana aku lupa nama student, macam tu lah aku lupe nama lecturer. Melampau gile!)

Memori kegemaran, saat-saat wat drama untuk kelas communicative english. Kecoh kalut ribut. Siap kena tengking lagik dengan si KAKAK tuh! Gila aku geli korang tau. Tapi thanks to korang yang sangat budiman. Membantu aku di saat yang paling aku perlukan. Budi baik dan jasa korang hanya Allah yang boleh balaskan.

Saat aku sakit, saat aku hilang ayah, saat aku berumah tangga, saat aku susah, saat mak aku sakit…

Juga saat encik kancil over heat, korang bagi dia minum kelapa ais. Ingatkan?

Eh eh, korang ingat tak masa kita shooting clip video ngam ho? Hohoho best woh. cikput pakai gayung, mekna pakai plastik, mit tocang macam budak 3 suku. Sib bek aku tak jadi mangsa kerakusan korang kan. Mit/Ina, tolong haplot gambo2 mereng tu. Aku rindu.

Lagi satu… murah hati derma darah kat nyamuk2 estet getah. Sib baik aku pakai baju muslimah. Kalu tak, konpem kena masuk spital terima 3 pain darah.

Cik put, cik put…

Sambil2 belakon, ko ajar aku masak kari ayam. Pastu kita bedal melantak itu malam.

Cik put cik put…

Mungkin ko masih ingat, saat kita tergedik pegi wat survey kat skolah tu. Tergedik mintak tolong cikgu kaunseling tuh. Pastu tergedik wat testing yang tak berapa nak ikut plan tuh. Juga saat aku temper sebab analisis dan flash ko yang tak berapa nak menjadik tuh. Ketahuilah masa tu aku tertekan tahap tak menentu. Mood turun naik, Allah aje yang tau. Eh eh, tak lupa di bulan poser kita giat mem-print documentation yang tebal tahap phd tuh? Ngahahaha… itu lah saat yang paling best ko tau… sebab sesudah itu, lepas segala azab aku.

Oh ye aku juga ingat cik put pernah bitau, cita-cita dia mmg nak jadik cikgu. Ah… boleh le tu dah jadik pun satu.

Cik put, cik put… dari dulu dah le kecik… tapi stil kepoh nak jaga badan. Apa punya spesis la kan. Dalam semua jenis teguran, cuma cik put je yang komen aku naik berat badan. Sampai aku pun naik heran.

Apa lagi ye aku nak cita pasal cik put dan kawan-kawan? Banyak sebenarnya. 3 tahun ngan dorang. Macam-macam versi ada. Tapi aku tak dapat nak recall semua. Nanti mintak cik put n mit update kan yang selebihnya.

Cik put, cik put. Ko dah nak jadik puan ye? Sokmo announce panggilan puan tu dalam kelas ye. Kalu aku, panggilan miss lagi aku prefer. Sweet and young forever and ever.

Anyway, selamat pengantin baru cik put. Selamat menempuh alam rumah tangga, dan selamat meningkat dewasa melaluinya. Semoga diberkati Allah dan kekal berada di bawah lindunganNya.

saye: msu dah tukar kampus… cantik dowh… x puas hati!

Category: dedikasi, kawan-kawan, msu  Tags: ,  13 Comments

Cikgu Di Hati

“Aku tak reti mengajar. Aku tak mungkin jadi cikgu.”

Itu titah aku… satu masa dulu.

Mungkin titah telah makan tuan. Hari ini, aku terpaksa tunduk akur kepada ketentuan Tuhan yang lebih kenal jalan yang terbaik untuk aku jadikan pilihan.

Nanti la aku cerita sikit-sikit macam mana aku boleh tiba ke jalan yang ini. Later.

Guru adalah pemandu arah kehidupan. Aku sesungguhnya tidak menafikan, bahawa peranan guru dalam membina jati diri insan telah memberi pengaruh besar kepada siapa diri kita pada hari ini. Secara langsung atau pun tidak.

Di ruang ini, pernah aku katakan dulu (sini).. guru itu terlalu ramai jumlahnya, terlalu luas pengertiannya. Dari seawal pelajaran pertama ~ sehingga telah melelapkan mata. Guru mengiringi sepanjang usia.

Justeru guru… walau siapa pun mereka, walau apa pun pelajaran meraka yang telah aku kunyah dan hadamkan, terima kasih ke akhir nyawa. Selagi tubuh ini bernafas, selagi ilmu itu  bermanfaat, jasa kalian utuh takkan pernah pudar.

Kepada cikgu tadika, cikgu sekolah rendah, cikgu sekolah menengah, cikgu uitm, cikgu ktc college, cikgu msu, dan cikgu ukm. Tidak ketinggalan cikgu penulisan, cikgu php, cikgu wordpress, cikgu flash dan bermacam-macam cikgu lagi.

HAPPY TEACHER’S DAY.

Kalian akan abadi di dalam hati ini.

saye: the best teachers teach from the heart, not from the book.