Archive for the ‘educator’ Category
“Aku tak reti mengajar. Aku tak mungkin jadi cikgu.”
Itu titah aku… satu masa dulu.
Mungkin titah telah makan tuan. Hari ini, aku terpaksa tunduk akur kepada ketentuan Tuhan yang lebih kenal jalan yang terbaik untuk aku jadikan pilihan.
Nanti la aku cerita sikit-sikit macam mana aku boleh tiba ke jalan yang ini. Later.

Guru adalah pemandu arah kehidupan. Aku sesungguhnya tidak menafikan, bahawa peranan guru dalam membina jati diri insan telah memberi pengaruh besar kepada siapa diri kita pada hari ini. Secara langsung atau pun tidak.
Di ruang ini, pernah aku katakan dulu (sini).. guru itu terlalu ramai jumlahnya, terlalu luas pengertiannya. Dari seawal pelajaran pertama ~ sehingga telah melelapkan mata. Guru mengiringi sepanjang usia.
Justeru guru… walau siapa pun mereka, walau apa pun pelajaran meraka yang telah aku kunyah dan hadamkan, terima kasih ke akhir nyawa. Selagi tubuh ini bernafas, selagi ilmu itu bermanfaat, jasa kalian utuh takkan pernah pudar.
Kepada cikgu tadika, cikgu sekolah rendah, cikgu sekolah menengah, cikgu uitm, cikgu ktc college, cikgu msu, dan cikgu ukm. Tidak ketinggalan cikgu penulisan, cikgu php, cikgu wordpress, cikgu flash dan bermacam-macam cikgu lagi.
HAPPY TEACHER’S DAY.
Kalian akan abadi di dalam hati ini.
saye: the best teachers teach from the heart, not from the book.
Related posts:
“Educators of the world, thank you for pouring your heart and soul in educating the future generations. Happy Teacher’s Day! Enjoy your special day.”
SMS dari fizza menjadikan sambutan 16 Mei tahun ini berbeza dari yang sebelumnya. Lucu tetapi berbangga. Seloroh emak, guru itu terlalu ramai jumlahnya, terlalu luas pengertiannya. Sepatutnya tidak dipanggil Hari Guru, tetapi Hari Pendidik.
Pendidik, satu kerjaya bukan pilihan saya dan keluarga. Namun hari ini saya bersyukur kerana sekurang-kurangnya menjawat satu jawatan kerjaya yang mulia. Ketika menerima tawaran kerjaya ini lagi saya sudah bertitah kepada diri, menjadi pendidik bukan kerjaya yang bermotifkan keuntungan. Niat perlu dimurnikan. Saya tahu saya tidak akan kaya-raya dengan menjadi pendidik. Tetapi satu yang saya yakini, keikhlasan sepanjang menjalankan tanggungjawab dalam bidang ini akan memuliakan wang ringgit dari keringat yang berjuang untuk meninggikan martabat anak bangsa dari sudut ilmu. Syukurlah.
Sempena hari yang istimewa ini, saya mengucapkan jutaan terima kasih dan cinta yang murni kepada semua guru-guru dan pensyarah yang pernah mendidik saya secara langsung ataupun tidak. Semoga segala niat dan amalan yang mulia akan memberikan hasil yang baik serta mendapat keberkatan dan rahmat dari Ilahi. Syabas guru. Selamat Hari Guru.
saye: cikzu, kita jadik cikgu akhirnya… huhu


