Archive for the ‘family’ Category
Weekend tiga hari. Terima kasih kepada sambutan deepavali. Lepas celebrate besday emak hari rabu lepas, kazen-kazen terus tak reti nak balik padahal hari kamis tu still sekolah. Masing-masing pakat ponteng sekolah dan pinjam baju-baju aku untuk meneruskan hidup di kajang. Haih!
Tapi sebenarnya aku suke. Ada ramai dayang-dayang boleh aku arahkan itu ini.
Pagi deepavali bangun dan terus brunch di on the run.


Malam itu sampai sabtu esoknya ter-up status ini d fb.

Dan ini bukti kejadian-kejadian itu.



Aktiviti melepak di weekend berjalan seperti biasa. Cuma kali ini bertambah ahli-ahlinya.

aku tgk toktak da macam jin botak aje

minum petang di saat kebuluran memang mengasyikkan

kira dari kanan, BESAR kecik kecik kecik

ultraman yg demam selsema

bukan setakat makan secara ganas, beliau juga boleh makan tin


ini hari ahad, aksi gembira makan nasi minyak
Ok bai.
saye: satu lagi weekend burn tanpa progres…
Related posts:
Cerita bermula hari Jumaat. Company tutup tepat pukul satu sebab malam itu annual dinner yang aku telah rsvp not attending. Maka sebaik pulang, bergegas pulak bersiap-siap untuk ke flamingo. Sampai di flamingo, setting sikit-sikit sementara tunggu ciknus datang, repair here and there, adjust itu ini, pap pap pap siap terus pegi mentekedarah sebab lapor sangat.
Al kisah masa nak lintas dari flamingo ke gerai makan depan tu, maklang kol sebab ternampak kitorg kat situ. Dorang kata dah jerit pekik hon hon tapi kitorg tak pasan. Hahaha… sori la kami model fofular maka setakat hon hon jerit jerit panggil nama tu mmg dah biasa so sebab bongkak maka kami tak pandang. Wakaka… sebenarnya sibuk sgt gossip maka tak sedar ada orang memanggil di situ.
Teringat esoknya adalah besday cikzu maka sempat beli kek konon-konon boleh kasi surprise. Kek ini ciknus yang rekemen, terima kasih sebab sedap. Mereka yang makan suke.
Al kisah masa nak balik ke flamingo pulak, ada tourist tanya cane nak pegi times square. Tapi cara depa pronounce tu alamak… sumpah la kami tak paham siap kena eja nasib ciknus dapat teka huruf T, aku dah ingat toy r us je… hehhehheh. Kalau depa nak g toy r us aku nak kirim buzz lightyear satu.
Malam itu mission accomplished. Boleh la dianggap begitu biarpun ada sket kejadian yang tak memuaskan berlaku tapi customer tak pasan sgt maka kira ok sajelah. Ambil lesson di situ untuk kebaikan masa depan.
Tapi kami tak tunggu sampai dinner habis. Cuma tunggu sampai menu udang harimau, terus cabut pulang. Sempat ambil gambar begini.
Tiba di umah, nampak cikzu sedang melantak. Err… melihat beliau suda menjadi petak. Taulah robot petak-petak, tapi beliau juga suda jadi petak. Ngehehe takpelah petak, asal tidak jadi batak. Btw, tahniah sebab dapat excellent award dan best mentor award.
Tepat pukul dua belas, aku nyalakan lilin sampai nak terbakar jari. Sebab terjengket-jengket nak bersenyap-senyap buat surprise dari dapur. Bila aku dan yang lain-lain nyanyi lagu, beliau terharu. Sambil-sambil itu kami amek gambar. Ada banyak gambar. Tapi… tapi… tapi… AKU TERDELETE SEMUA ITU GAMBAR-GAMBAR!!! waaaaaaaaaaaaa… ini pun ada satu gambar nasib baik cikzu sempat snap guna henpon dia.
Sabtu itu pegi beraya ke ampat tin. Kemudian pegi umah bujun. Di situlah kejadian aku terdelete gambor-gambor sepanjang hari itu berlaku sebab aku tertekan Delete All In Date Range… bijakbukan bijakbukan? Cik Safi pulak melantak kueh raya secara lapar tak hengat sehingga terpaksa dimandikan di situ juga. Sebab itu dalam gambar ramai-ramai di bawah, beliau tidak pakai baju.
Dan kemudian jalan-jalan tengok masjid besi dekat putrajaya. Masjid tutup tapi toilet dia bukak. Maka walaupun tak dapat solat dekat masjid, dapat la kodokhajat saje. Ngehehehe. Lepas itu pegi supper dekat mamak. Malam itu kami sampai di umah pukul tiga pagi.
Besoknya pagi-pagi breakfast dekat umah bangngah yusri. Terus ke umah zie kawan cikzu masa dekat sarawak, masih dalam pantang 35 hari. Kemudian pegi pulak umah badin dekat bukit subang. Terus ke sg. buloh sebelum say baibai dengan cikzu dan acu dan angah dan paklong yang mahu balik kluang.
Hokey sampai sini saje catatan untuk kali ini. Sungguh tak bernapsu nak hapdet sebab letih tapi tamau simpan kisah ini lama-lama sebab takut lupa dan hilang keexcitedan untuk bercerita. Akhir kata, selamat minggu akhir raya.
saye: mahu weekend banyak-banyak lagi
Related posts:
Kenapa tah, dah tak terasa mood raya. Tiga empat hari ni banyak pk pasal agenda bulan oktober. Ada perancangan awal yang exciting terpaksa dibatal dan ditunda supaya boleh diperkemas dengan agenda lain. Kata lain, boleh jalan sekaligus supaya jimat masa, jimat tenaga dan jimat belanja.
Sepatutnya pertengahan oktober ni plan baik punya mau balik kluang untuk attend wedding tiha. Tersangat mahu pegi wedding dia, tapi nampak macam terpaksa rsvp not attending sebab terpaksa pulak attend konvo much yang macam sangat tidak boleh untuk mengelat. Mau jadi penjenayah dalam company nanti. Maka tiha, bole tak kalu kita jupe next weekend nye supaya aku tak jadi macam penjenayah besar sebab tak attend wedding kau pulak, bole tak? Wuwuwu~ Mana-mana pun bole jadi penjenayah. Hidup kadang tak adil. Wuwuwu~
Cakap pasal raya, masih ada hutang banyak umah yang belum pegi. Weekend lepas hanya sempat pegi satu open house dalam hujan lebat yang lepas tu black out (cis…) dan pegi potluck raya dengan geng satu department dekat masterskil. Nasib baik juge sempat singgah umah jiran sebelah sebab kalu tak raya nampaknya yang jarak sekangkang kera pun takkan pernah jejak. Geng ampat tin dan team abg gemok juge suda sampai makanya adoiii… cane la aku nak berterabur pegi sana sini supaya hutang-hutang ini bole dibayar sesegera mungkin sebelum raya habis? Kalu lepas raya pun oke je kan? Ngee~
anak-anak 2010 general studies… patut ada tujuh… tapi ini saje yang available
di tengah itu ialah orang besar ampat tin yang tergolek depan gate sebab ketulahan lawan cakap pak sedara… ngehehehe
Berbalik pasal agenda bulan oktober, macam yang aku da cakap kat previous entri, aku suda rsvp not attending kepada annual dinner much. Pro nye aku tayah pecah pale pk nak ngamkan baju supaya bole ikut tema star wars yang wattefish itu, tak payah pk jammed untuk ke sunway convention centre, tak payah haru-biru nak mekap muka yang memang aku tak suka which surely aku takkan spend untuk benda-benda yang aku akan guna setahun sekali. Macam masa annual dinner last year, aku terbeli satu eyeshadow konon nak mekap sgt lah tapi end up aku hanya guna sekali sahaja dan tak guna lagi lepas tu sampai ke hari ni. Cons nye pulak, aku akan rugi door gift, terlepas peluang lucky draw (yg tak pernah lucky pun sblm ni) dan mebi terlepas makanan yang sedap, itupun kalau sedap sebab menu last year nama aje dekat palace of golden horses tapi menu yuck… makan dekat mamak pun lagi sedap.
Tapi sebab utama aku tak attend tu da bitau dulu kan? Well, to win something we have to loose something… ayat ini bole pakai ka? Bole la kan? Macam kos lepas gituh. Ahah! Da la tado experience sume, belasah aje la mengharungi dunia yang penuh pancaroba ini. Janji jiwa-jiwa yang bersama-sama dengan aku sanggup menempuh bersama sehati sejiwa. Sanggup tak perempuan zombie?
Oke di kesempatan ini jugak aku nak cakap, in case ada readers yang berkenaan. Bila baca entri aku, sila berfikir secara matang sebelum membuat apa-apa assumption. Baca ayat aku berulang kali, spuloh kali kalu boleh sebelum nak tuduh aku yang bukan-bukan. Btw, kalau kau tak salah, takkan kau nak rasa takut kan? Bertaubat lah ye. Hargai apa yang ada pada diri anda dan jangan sibuk mengejar yang belum pasti dapat lepas tu apa yang kau kendong keciciran. Berhentilah perasan bagus dan berlagak tak habis-habis bukannya orang pandang tinggi kat kau pun, orang ketawakan kau lagi ada. Berhentilah pretend sebab nak jadi best padahal orang lagi respek kalau kau just be urself dan jadi humble. Orang suka dan sayang kita kerana diri kita bukan sebab apa yang kita ada. Kalau orang suka dan sayang kita sebab status dan harta kita, itu namanya materialistik dan tak ikhlas maka tak rugi pun tak disayangi untuk sebab itu.
Dan aku mintak maaf atas segala kerumitan yang berlaku kerana statement aku walaupun aku tak pernah sebut nama mereka-mereka tapi mereka yang terasa tu bagi aku sape makan cili kau pedas lah sendiri. Err mintak maaf lagi… selamat hari raya.
saye: semalam tengok magika… speechless… jakun x?
Related posts:
12 syawal… kembali kepada rutin asal… kembali untuk serius… kembali untuk bekerja keras.
Kalau nak cari mood sampai bila-bila pun macam tak akan jumpa. Maka mesti cuba-cuba menghidupkan semangat untuk meneruskan hidup. Kembali kena masuk kerja pukul tujuh setengah dan harapnya otak boleh memecut dengan kelajuan lebih daripada biasa sebab sudah boleh sarapan dan makan tengah hari di samping boleh mengudap pada bila-bila masa.
Bercakap pasal raya yang masih separuh masa pertama, ikutkan aku cuma suka satu syawal yang disambut dekat kluang. Sebab sambutan raya pertama dekat kluang hanya ada family kecik kami. Kerana kami perantau yang telah menjadi penduduk tetap tanpa sedara-mara dekat kluang, maka kami bukan sahaja tidak perlu keluar beraya ke mana-mana rumah malahan tidak ada juga individu atau keluarga yang akan datang beraya ke rumah kami pada hari raya pertama. Raya pertama di kluang bagi kami adalah solat hari raya, makan, sesi bermaafan, sesi duit raya, sesi bergambar, kembali makan, tido, kembali makan, tengok tv, kembali makan, tengok tv, kembali makan, tido dan sakit perut di malam hari sebab makan macam orang bela jin.
Raya pertama di kluang adalah tersuperb sebab ianya juga bermakna hari tido lepak bersama family. Ia tidak akan sama kalau sambut raya pertama di tempat-tempat lain. Contohnya, masa kecik-kecik zaman sekolah, selang satu tahun akan bergilir beraya di temerloh pahang. Beraya dekat temerloh bermakna, selepas sesi bermaafan dan bergambar pasti kena setat enjin kereta dan beraya ke rumah atok-atok sedara pula. Ianya sama dengan beraya dekat sungai buloh rumah parents in law aku. Tapi agak tak best sebab bila balik solat raya dorang dah tukar baju dan tak pakai lagi baju raya. Lepas makan boleh pulak pak mertua menyapu laman rumah sementara tunggu tengah hari untuk pegi beraya dekat kuang. Bila beraya dekat kuang akan meleret sampai ke kl semua. Perasaannya sungguh tak best sebab mentaliti aku mahu melepak tengok tv sambil makan kueh raya di hari raya pertama. Kalau dekat kampung negeri sembilan pulak, konpemnya la raya pertama sudah kena keluar masuk dapur siapkan makan minum dan basuh pinggan tak henti-henti sebab sedara-mara yang datang umah dah macam open house menteri. Sungguh tak rilex.
Itu cerita raya pertama le. Bila dah masuk raya kedua ketiga dan lepas-lepas tu, kalu kena beraya sampai amerika pun aku tak kisah punya. Sebab tu la aku mention tadi yang aku cuma suka raya pertama yang disambut dekat kluang. Raya pertama dekat kluang macam holiday untuk melapangkan kepala dan melupakan stress. Best.
Tahun pertama beraya dekat kajang ada sikit lain. Dulu tak bape ramai sedara-mara nak datang. Ada pun setakat mak bapak adek badek dan sedara terapat. Alhamdulillah lokasi umah baru ni agak strategik maka dengar saje saujana impian kebanyakan orang suda bole imagine dekat mana. Maka belum sampai enam raya, sedara-mara suda banyak sampai which means aku suda hutang banyak rumah yang wajib kena pegi. Memang tiring tapi kehandalan tukang masak ini bolehlah dipuji-puji walaupun beliau suka membazir bahan masak untuk campur banyak-banyak kononnya nak bagi sedap. Ekceli aku perlu bersyukur banyak-banyak juga sebab tak payah berlengas ketiak memasak. Masih ramai orang yang hairan bila lelaki yang memasak padahal dorang tak tengok ke channel 703 afc yang lapan puluh peratus chef terkenal dunia adalah lelaki? Aku tak hairan langsung sebab dah membesar melihat arwah ayah yang hobinya bukan setakat bertukang dan berkemas tetapi juga memasak sampai kalau aku tengah masak paling jaki bila beliau masuk dapur sebab pastinya beliau akan menyibuk mengacau apa yang tengah aku prepare hingga tak menjadi apa yang aku rancangkan.
Lelaki dan memasak pelikkah?

ini gambo campur-campur… ada hasil tangan encik asben, ada hasil tangan puan emak, ada hasil tangan puan kaklong… yang pastinya hasil tangan aku tak ada di situ… terima kasih
Lelaki yang tidak ego untuk memasak adalah golongan lelaki yang agak hebat. Tapi kalau dah memasak untuk bini lepas tu mengutuk bini dekat luar itu namanya lahanat. Ada jugak manusia begini yang berbangga-bangga dekat blog yang dia suami mithali memasak makanan berkhasiat buat isteri mengandung tapi rupanya dekat member lain mengutuk dan mengondem bini dengan berbekalkan dalil-dalil palsu dan jahil. Kesian betullah. Nama aje sekolah agama, tepek firman Allah dengan hadis tak hengat dalam blog tapi rupanya bodo piang juge.
Err… perenggan atas ini bukan laki aku eh. Buat masa ini… lagipun dia tade blog… ngehehehe.
Sehingga awal bulan depan weekend pasti sarat aktiviti menjamu dan dijamu. Jadi tengok sajelah kalu berkesempatan hapdet yang best-best sebab selalunya kalu aktiviti menarik mesti akan tidak ingat amek gambo. Selain telah rsvp untuk absen annual dinner much tahun ini, harap dapat tengok robot ciptaan cikzu weekend nanti. Caiyok la di peringkat kebangsaan semoga sekola bukit tongkat bole menang mana-mana kategori.
Sekarang ada banyak kerja dah on due. Mari kerja keras ya ciknus. Mana tahu ada rezeki lebat lagi lepas ini. Go go go!
saye: majulah robot untuk negara
Related posts:
Catatan setakat raya ke empat. Sila click untuk view gambar besar.
Malam ramadhan terakhir selamat tiba di kluang. Singgah rumah, terus ke mc dee sebab encik asben mengaruk lapar. Order double big mac dan buka mulut luas-luas. Tak sangka pulak jupe cikzu sedang buat skandal… ngahaha. Mari amek gambo dengan muka comot dan kesejukan.
Budak-budak adalah golongan paling hepi tentunya. Loncat satu hari sampai terbongkang sendiri di malam hari. Cik donut pulak tersangat suka dengan bantal tilam semulajadi makwan. Peluk, landing dan terus tido. Hey, kau mahu ummi bina body macam itu ye? Ohoh tidak!
Preparation on makan-makan. Tahun ini masak ayam merah dan rendang daging resepi campur emak dan maklang. Sedap oh. Masih belum pernah jumpa resepi rendang emak di johor dan kl. Lontong dan kuah lodeh imported from cik ana emaknya cikzu. Di bawah ialah orang kuat masak-masak. Juga orang yang tidak puasa. Heh!
Petang itu budak-budak plus mak budak ini mandi kolam. 1st time cik donut mandi kolam. Aku pulak bertahun-tahun tak terjun kolam. Weeeeeeeehuuuuuuuuu macam jakun lah! Nak nak masa pose. Nasib tak terkentut dalam air.
Pasang pelita dan main bunga api. Malam tu cikzu sempat singgah kejap. Apalagi… gosip! Tak lupa si abang terlanggar pintu sliding sebab berlari laju dan tak sedar yang pintu sebenarnya tertutup. Saspen lah aku ingat laki aku mengamok sebab aku mengumpat dengan cikzu luar umah sambil tinggalkan beliau mendodoikan cik donut sendirian.
Makanan raya. Err… macam tak cukup snap aje. Aku sibuk makan la oke. Makanan pertama pagi raya aku wajiblah ketupat or lontong dengan kuah kacang. Tapi yang tersedap hari itu ialah rendang versi emak dan maklang iaitu campuran versi negeri sembilan dan perak. Pedas terangkat sampai tertonggeng aku sakit perut itu malam.
Amek gambar raya. Susah betullah nak suruh donut ceria. Sebab sdang enak tido semasa disuruh bergaya. Asik meragam ajelah jawabnya. Baju raya donut itu emak aku yang jahitkan. Of cos perlu kredit dekat sini sebab kalau tidak beliau pasti tak mahu jahit lagi. Hoyeh!
Belum pun tengah hari, encik asben da tukar unifom sebab mahu kipas sate. Hari itu juga kenyang sate hangus bercucuk-cucuk.
Destinasi mesti ~ rumah cikzu. Bagus betullah kau tak jadi balik kampung hari tu. Jupe cik ana yang pakai tudung terbalik. Pak Buang pulak duk usung so donut kulur kilir, konpem sangat la rindu dengan si cucunya aiman yang tak jadi-jadi balik.
Raya dua operasi ke muar. Before tu pegi umah pengantin baru puan tiha. Tapi tak amek gamba. Beliau baru nikah dua hari. Nikah malam raya. Umah beliau sungguh banyak kucing cantek-cantek. Lain kali nak pegi lagi untuk main kucing aje. Dekat muar sempat cikzu jupe kawan UM yang da bertahun tak jupe. Best korang eh!
Raya tiga. Pagi-pagi jadi zombi sebab nak makan dekat kluang rail coffee. Hampeh korang buat muka selamba nak blah tanpa tinggalkan duit ye? Kau ingat aku ni banker? Lepas itu pegi salon exclusive untuk rawatan rambut yang murah gile. Sambil ditemani oleh encik asben, cik donut dan cikzu dengan setia. Aku punya FIL dan MIL pulak masa tu la singgah beraya. Sempat jugak aku dengan encik asben campak goreng cekodok kentang yang rasa macam kentaki. Sedap hingga menjilat jari kaki. Ke aku yang perasan sendiri?
Raya empat pegi bahau. Jupe paklong makngah paklang makitam dan segala sepupu duapupu dan kupukupu.
Sekian catatan raya setakat ini. Gambar lain dekat facebook later.






























