Archive for the ‘ict’ Category

Oke tak… itu tajuk saje nak kasi gegak-gempita. Supaya blogwalker click blog aku dari blogroll blogger lain, terutama blogger yang glamer. Haha… sadis.

Ekceli aku terpanggil nak up cerita ni sebaik sahaja mendapat komen zombie yang suh aku tukar header image karya.widura.org. Ngee~ fine header tu mebi buat aku nak dapat penyepak… sebagai graduate multimedia, skill design aku memang tak boleh diharap langsung.

Statement di bawah adalah untuk men-defend diri;

 

Saje cut sampai astaghfirullah sebab nak bitau aku telah kembali muhasabah diri. Ngahkahkahkah…

Oke oke… kembali kepada mauduk.

Ekceli sebelum buat bachelor in ICT, aku terlebih dulu buat dip in bisnes. Both course yang aku tak terpk nak wat masa skolah. It just happen bila aku quit dari buat pre-law dekat uitm dengan alasan takbley nak cope both study n life kat situ pada masa tu. Dan aku tak regret langsung sebab aku tau kalu aku terus buat law maka aku akan end up jadi lawyer yang kalah terus-menerus sebab aku paling malas nak argue dengan org. Ko nak menang??? Hamek! Tu la perangai aku.

Jadi keputusan terjun ke dunia IT telah aku buat tanpa mengkaji terlebih dulu apa-apa mengenai bidang ni. Siyes tatau pape. Aku just rasa best nak wat course ni, sebab aku ketagihan komputer dan internet setiap hari. No no… aku bukan ketagih chatting, tapi aku ketagih buat website. In fact, aku belajar html code tanpa guru. Jumpa sendiri dan explore sendiri. Semua aku buat sebab minat.

Jadi aku rasa, aku seswai buat IT. Itu saje.

First year bwat degree, aku slowly realize, yang aku agak tersilap amik bachelor in ICT. Sebab masa itu, dekat MSU, cabang bachelor in ICT hanya ada dua, multimedia atau graphic design. Kalu nak selari dengan minat aku, sepatutnya aku amek computer science dan majoring dalam software engineering. Barulah betul-betul berenang dalam lautan coding dan programming.

Tapi memandangkan background aku dari bisnes, mula-mula tu tak seswai nak amek com sci. Kata dorang lah. Padahal bila da masuk, aku dapati subjek2 1st year lebih kurang sama je. Bila da majoring je totally different. Aku banyak kali rasa ralat masa tu tapi tanak tukar course sebab pertukaran course akan membabitkan banyak perkara termasuk urusan ptptn yang confirm menyusahkan. Nak tak nak, aku teruskan aje buat multimedia. Better lah dari wat graphic.

Tetiba teringat subjek graphic yang beriya-iya aku beli pensil kaler luna 24 batang, lepas tu bagi cikzu untuk lukis n kalerkan assignment logo veterinar clinic aku… punyala enjoy minah tu dapat mengaler setelah sekian lama… ngehehe.


 

design makhluk pemalas mmg macam ni la hasilnya

Tapi setelah go tru semester demi semester… aku rasa berbaloi jugak buat multimedia. Sebab syllabus multimedia agak meluas dari basic IT, basic programming, basic networking, basic database, basic web-based, basic graphic, video, authoring dan lain-lain. Dalam erti kata lain, walaupun belajar banyak benda basic, tapi belajar sume benda. Yang at least kalau org tanya, tadelah terkial-kial aku nak menjawab. Contohnya kalu orang tanya, “tau java?”… aku bley kata “tau”… tapi nak menaipnya tanpa rujukan, ya ampun pak. Lupa sudah!

Java memang superb! Sape stuju?

Dari aku practical, sampailah da grad, tak habis-habis aku dapat offer keje dalam bidang multimedia. Contohnya, post aku sebelum jadi cikgu dekat masterskill ialah Interactive Media Developer. Malah aku jugak pernah dapat panggilan intebiu untuk post Audio apatah… which wattefrog??? Aku tau edit audio pun setakat soundforge yg aku explore sendiri-sendiri.

Iya… belajar bidang IT is about exploring. Explore la kau semua benda sorang-sorang kerana hanya itu sajelah caranya untuk meningkatkan skill. Belajar dalam bidang IT takkan kenal erti suap. Everything diguide from A-Z. No no no… toksah mimpi. Sebab kalau kau dengan mentaliti macam tu, bukannya ko tak bley grad. Ko mmg akan grad, tapi dengan zero skill. Haprak! Useless!

Being IT graduates adalah satu cabaran kerana masyarakat pasti melabel golongan ini mempunyai kefahaman maksima tentang teknologi komputer dan IT. Sedangkan cabang IT itu sendiri banyak. Ia seperti engineering. Kalau sebut engineering sahaja terlalu umum, sebab ada civil, electrical, mechanical, design dan sekian banyak cabang engineering. Begitu jugak IT. Sebagai contoh, kalau orang tanya aku tentang networking, terlalu sedikit yang aku tau. Setakat terminologi dan teorinya, aku tau sikit2, tapi nak suh aku design atau pegi tertonggeng sambungkan kabel, ampun!

Seperti engineering, IT is about designing and developing. Graduan IT yang tidak mampu sikit pun untuk design and develop sesuatu produk tertentu, macam yg aku sebut tadi ~ useless. Pegi rendam cert korang dalam tab mandi! Dan develop yang aku maksudkan bukanlah setakat register dengan blogger kemudian buat satu blog. No nehiiiiiii… itu bukan develop yang aku maksudkan. Develop  yang aku maksudkan adalah from scratch. Dari kosong, dari zero. Bukan setakat gunakan content management system yang telah siap dan telah maju.

Btw, aku sendiri gunakan cms untuk blog ni. Aku guna wordpress.org. Tapi aku pernah buat blog sendiri. Aku beli hosting, dan design database sendiri. Ianya aku lakukan dengan penuh minat. Aku bertukar kepada cms bila aku start keje kat masterskill di mana aku dah tak punya masa yang banyak untuk mengadap sistem aku tu sorang-sorang.

Bila dah gunakan cms, slowly aku edit template. Dari image ke css ke php. Mana-mana yang aku mampu ubah, aku ubah. Cuma setakat ni, aku belum pernah design template sendiri. Aku just modified theme yang ada. Selain lemah dalam design, aku belum kental lagi nak men-code template sendiri.

Baik designing atau programming, both memerlukan minat dan bakat. Bagi aku minat come first. Bakat tu gifted. Tapi skill boleh ditrain. Jadi kalau ada minat, tambahkan effort. InsyaAllah takde yang mustahil.

Aku tak segan nak mengaku yang aku tak berbakat dengan designing. Imaginasi photographic aku mmg limited. Kalau orang lain bley nampak siling bilik bertukar jadi langit, aku cuma nampak lampu dengan kipas aje. Tak boleh imagine jauh. Lembab! Sebab tu kot aku susah nak ingat jalan kalau drive?

Tapi aku senang pk logik. Aku teruja nak tahu apakah cacing kerawit di sebalik sebuah interface yang cun, walaupun selalunya aku tak paham pun cacing kerawit berkenaan. Aku jakun bila just ubah satu variable dekat code tadi akan mengubah fungsi aplikasi. Ianya macam magik. Dan aku mendapat kepuasan yang tak terkata.

Tapi aku tadelah terer coding sangat pun.

Aku dah realize yang aku lebih into programming dari designing masa aku 1st year bachelor lagi. Sampai skang, aku masih macam tu. Lagi la da kerja jadi lecturer, harem la nak upgrade skill. Setakat tau ciput-ciput pasal website. Itupun usaha dan minat sendiri, kalau nak harap job yang aku makan gaji tiap-tiap bulan ni…… sendiri jawab lah.

Bagusnya aku ada partner bisnes macam zombie. Beliau buat design, aku buat apa-apa selain design. Jadi apa-apa projek adalah projek bersama. Sebab tu aku kata, Kalau Aku Pandai Design, Nescaya Aku Kaya-Raya. Maksudnya… aku tayah kongsi projek dengan beliau. Jadi duit masuk poket aku sorang. Wakakakakakakakakaaaa….

Tapi Allah maha kaya. Allah mahu aku berkongsi rezeki yang ada. Sharing is caring. Lagipun rezeki kalau dikongsi akan menjadi berkat. Kalau makan sorang, rezeki jadi tersekat-sekat.

Jadi zombi… projek baru nak makan sorang kaaaaaaa???????

HAHAHAHAHHAHAHAHHHA

saye: Allah ~ Ar-Razzaq

Related posts:

Howeee… waktu produktif datang kembali. Bulan lepas sakit-sakit belakang duk menggodeh e-commerce plugin kat wordpress, kali ni sampai tak tido malam duk termimpi-mimpi css. Oh betapa i addicted kepada mereka sekarang ini.

Dah lama sangat nak bwat sume n tapi asek tertangguh n rasa malas sungguh. Cik cycledevies memang patut buat parti masa launcing website harmana dengan memberi ucapan dedikasi khusus untuk aku cam ni..

“… dan penghargaan serta jutaan terima kasih yang tak terhingga kepada kawan saya wie atas kerjasama dan tunjuk ajar beliau membangunkan website ini sehinggalah siap sepenuhnya dan boleh digunakan pada hari ini.”

Ngoh hoh hoh…

Godeh wordpress ni tak susah mana pun. Sesape pun buleh bwat asalkan ada keinginan n sedikit effort. Bukannye complicated macam joomla yang encik naza gaban buncit sebuk jaja ke hulur ke hilir tuh. Berlagak, nyampah aku. (to naza:aku penah instal joomla tapi tak wat menda pun :) )

Kepada uols yang sedang atau bercadang untuk menjalankan bisnes secara online, aku nasihatkan uols belajar sendiri cane nak godeh web tu. Takde la terkial-kial bergantung pada web developer tu nanti. Buang masa n duit je sebab menda tu senang aje. Bley je upah orang untuk install n bwat setting sket masa mula-mula tapi pastu upah dia untuk ajar skali cane nak godeh perkara-perkara tertentu cthnya nak tukar theme. Alahai, takkan theme pun tak leh tukar sndri kan. Pastu kalu tambah sket lagi effort n kreativiti, boleh tukar2 design dia. Belajar la sket guna css. Senang ajes. Jangan kata tatau sebab boleh stadi ok. Online tutorial pun melambak2. Budak skolah pun boleh bwat. Inikan plak graduan IT, klu tak reti… mak aih, rendam je la diploma/degree tu dalam tab mandi.

Sorry… hee….

Macam cik cycledevies neyh… demi bisnes dia yang aku tak pernah dapat diskaun sesen tu pun, aku telah berjaya mengalahkan sifat pemalas dan tak produktif aku pada teknologi dengan menggodeh theme crafty cart ini kepada theme aku sndri.

ni theme crafty cart

nilah hasil menggodeh css, php dll – versi hijau

theme sama versi oren

Theme hasil menggodeh ni takde nama lagi. Hopefully pas n akan berhasil menjayakan theme yang pelbagai lagi. Tapi biasanya hasil keje aku kalu bab-bab design memang hancus punye. Ngeeee…. nak demo boleh layan kat sini. Tapi belum siap sepenuhnya. Ada kureng here and there. Akan diupgrade dari semasa ke semasa. Banyak lagi nak kena tambah.

Sila ambil perhatian bahawa web ini hanya demo sahaja. Tiada apa-apa sale kat situh ok. Jangan le uols gatal2 nak order. Nak try form dia buleh tapi barang nyer takde le. Hohoh.

Pada uols yang nak berbisnes online, atau sudah berbisnes online tapi mahu web/blog yang lebih efisien (dengan shopping cart, of course), boleh contact aku untuk maklumat lanjut. Charge? Boleh dirunding. Heh heh heh….

saye: encik naza, cepat la bwat web ngan shopping cart guna joomla… promot je banyak, hasil takde bwat apa? hohoh….

Related posts:

Walaupun tau akan kena gelak, tapi aku tetap tabahkan hati mengaplod skrinshot pojek animasi untuk subjek multimedia innovation semester ni. Asben aku kata macam hasil keje budak diploma je… tsk tsk. Aku ni punya le gigih membuatnya di antara keje-keje kat opis bersama perut yang semakin membulat. Kecik ati i. Tsk tsk.

Walaupun terselit kepoyoan, aku tetap nak arkibkan skrinshot ni sebagai kenang-kenangan sendiri pada masa akan datang. Ngee~~

Kalu uols ada terbaca entri aku pasal kembali kepada adobe hari tuh, ketahuilah bahawa aku tak antar pun hasil logo yang mengerikan tu. Aku buat logo lain yang tak kurang patetik nyer. Tak kisah la… janji anto assemen, daripada tak antar langsung….

Pojek animasi flash ni aku buat ngan kumpulan ibu-ibu yang sungguh gigih. Kak Nida masa aku datang umah dia, sempat breastfeed baby sambil buat drawing storyboard. Kak Ani pulak selamat deliver twin babies masa exam dah mendekat. Tabik kakak-kakakku. Uuu~~

(boleh kelik untuk view gambor besor)

Dulu aku ingat course industrial computing yang aku amek n lah yang paling teribel syllabusnyer. Rupanya multimedia jauh lebih teribel daripada sekian banyak course… pada aku lah – walaupun pada hakikatnya aku tak lebih daripada mengulang balik apa yang aku dah telan bulat-bulat masa bwat degree dulu. Pada uols yang pandai dan hebat designing, multimedia ni kacang je dok? *_____*

saya: nak jimat pakej broadband 3Gb, aplod gambar suda… hehee

Related posts:

Adv
About Me

the name is widura.

seorang anak, isteri, ibu, pendidik, pelajar.

suke pada kesederhanaan, bukan kesempurnaan.

Facebook

Widura Abd Kadir

Archives
Categories
Recent Comments