Archive for the ‘islam’ Category

Definitely NOT on valentine. Bukan!

Kita semua tahu, berkasih-sayang tidak perlukan sebarang tarikh tertentu. Tapi kerana dalam setahun kita punya 365 hari, ditolak dengan segala kerja dan kesibukan (unless korang memang totally tade kerja sampai boleh celebrate kasih sayang setiap jam, twit sayang sana, up status sayang sini, totally macam loser yang kurang perhatian ops), rasanya adalah tidak salah sekiranya kita memilih satu tarikh tertentu, tarikh yang pada harinya semua orang akan ingat untuk mengungkapkan kasih sayang.

Macam hari raya, orang akan bermaafan. Walaupun hakikatnya, kita boleh bermaafan setiap hari. Tak gitu?

But again, jangan hari ini.

Sebab apa? Anda semua tahu sebab apa. Sejarah hari valentine sememangnya menyebabkannya tidak layak diraikan oleh umat Islam. Malah sambutan terhadapnya jelas meningkatkan begitu banyak masalah sosial sehingga kemungkaran bermaharajalela di mana-mana. Tiada malu, tiada segan, malah begitu bangga menampilkan kekufuran.

Aku cukup bersetuju dengan cadangan faisal tehrani mengenai alternatif terhadap hari valentine. Baca sini. FT mencadangkan 1 Zulhijjah yang juga merupakan hari ulang tahun perkahwinan Saidina Ali dan Saidatina Fatimah Zahra. Oh, maaf kalau ada unsur syiah. Silalah kecam aku. Tapi di sini, aku bukan nak bincangkan isu sunni-syiah. Maka sebarang komen mengenai isu sunni-syiah tidak akan dijawab di sini.

Siapa yang tidak tahu betapa tinggi cinta antara saidina ali dan saidatina fatimah? Sehingga herba tempatan seperti Eurycoma Longifolia dipanggil tongkat ali manakala Labisia Pumila dipanggil kacip fatimah. Sekiranya anda musykil dengan kaitan dua herba ini terhadap kisah cinta, bawak-bawaklah meng-goggle.


Oke, tidak semestinya 1 Zulhijjah. Mungkin ada tarikh lain yang juga sesuai dan cantik. Yang lebih islamik menurut sejarahnya. Kerana apabila ianya islamik, maka kita akan gentar untuk melakukan sesuatu yang menjurus kepada maksiat. Setuju?

Sebagai contoh, masa sambutan merdeka dan new year, kita tidak rasa bersalah untuk ke konsert atau karaoke. Tapi tergamakkah kita mengisi ramadhan, hari raya puasa, hari raya haji atau maulidurrasul dengan perkara seumpamanya?

Aku yakin ramai yang masih mandakap iman. Cintakan Allah, kasihkan Rasul.

Justeru, sekiranya diwartakan satu tarikh, contohnya 1 Zulhijjah sebagai hari kasih sayang, sebagai dedikasi ulang tahun perkahwinan Saidina Ali dan Saidatina Fatimah Zahra, apakah agenda kita untuk meraikannya?

Tentunya dengan tidak melakukan kemungkaran. Tentunya bukan dengan cinta yang terlarang.

Kalau semasa meraikan itu mereka yang kemaruk berkasih sayang ini teringat akan sandaran tarikh tersebut ialah hari nikahnya Saidina Ali dan Fatimah; tentu tersedik dalam hati untuk malu berbuat tidak senonoh dan lebih-lebih. (Faisal Tehrani)

Bagi suami isteri pula, tentunya bukan di pertunjukan, karaoke mahupun panggung wayang.

Mungkin cara terbaik meraikan hari kasih sayang adalah di rumah. Bukankah bainati jannati? Dan kasih sayang antara suami isteri khususnya, bagi aku tak seharusnya dipamerkan kepada umum. Ianya adalah misteri dua hati dan cukup eksklusif. Kalau dah asyik dipertontonkan merata-rata, ia menjadi murahan, akan selalu mengundang keji. Bersederhanalah. Islam itu sungguh sederhana sifatnya.

Bolehlah beri-beri bunga ros dan kue donut pada hari tersebut tetapi pastikan jangan sampai terlebih-terlebih. Nanti hilang berkat; yang dapat ialah laknat. (Faisal Tehrani)

Jadi bagaimana? Mahukan alternatif terhadap valentine?

saye: revolusi kasih sayang

Related posts:

Baru-baru ni, safi meragam waktu malam, start dalam pukul 10 lebih. Normally, cik kak ni jarang tido awal. Tapi waktu ni, dalam pukul 9 dia dah mula lembik dan tertido. Then, dalam pukul 10 lebih dia akan terjaga dan menangis. Lepas puas dipujuk, dia tido balik dalam 15 minit. Later dia terbangun balik dan menangis. Dan ianya berterusan hampir satu malam.

Kejadian yang sama berulang pada keesokkan malam. Melihat kepada sikapnya yang tak ceria macam selalu, aku pasti bahawa safi tak mengalami sakit fizikal tetapi mebi mendapat gangguan. Kebiasaannya, kalau ada rasa macam dapat gangguan, ayat yang kami amalkan cuma ayat kursi dan tiga kul. Tapi kali ni macam tak berapa mujarab. Mujarabnya sekejap, lepas tu jadi balik.

Jadi, dekat office, ada sorang ustazah yang ajarkan supaya membaca surah Al-Baqarah kerana khasiatnya untuk melindungi rumah dari gangguan syaitan. Katanya, ayat kursi tak cukup power walaupun ianya juga merupakan ayat dari surah Al-Baqarah. Sebaiknya memanglah kena baca satu surah. Tapi panjang gile kan. Jadi memadai baca dari ayat 1 hingga 30. Baca kuat-kuat.

Khasiat surah Al-Baqarah untuk melindungi rumah dari gangguan syaitan telah banyak diajarkan oleh Rasulullah di dalam banyak hadis sahih. Malah menariknya, khasiatnya boleh tahan sehingga 2-3 hari untuk melindungi rumah.

Daripada Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya : “Janganlah kamu jadikan rumah-rumah kamu perkuburan (hanya untuk tidur sahaja) sesungguhnya syaitan akan lari dari rumah yang dibaca padanya surah al-Baqarah”. (Riwayat Muslim)

Rasulullah SAW pernah bersabda yang maksudnya : “Bacalah surat al-Baqarah di rumah kalian, kerana sesungguhnya syaitan itu tidak akan memasuki sesebuah rumah yang di dalamnya dibacakan surat al-Baqarah”.

Intipati surah Al-Baqarah menceritakan tentang asal usul kejadian manusia, dan asal usul kemurkaan Allah kepada syaitan. Ia mendedahkan kelemahan syaitan dan kehormatan manusia yang dilantik sebagai khalifah di dunia oleh Allah SWT. Hal inilah yang melemahkan syaitan apabila manusia membaca surat tersebut.

Lepas dapat tau perkara ni, aku terus praktikkan membaca surah Al-Baqarah ayat 1 hingga 30 selepas solat maghrib. Dan keajaiban itu berlaku. Khasiat surah ini memang nampak kemujarabannya serta-merta. Malam tu, safi tak lagi meragam.

Malah situasi yang sama turut dialami oleh maklin yang babynya sebaya dengan safi. Memang selepas baca surah Al-Baqarah ini dalam rumah, takde lagi baby meragam. Sungguh mujarab.

Kelebihan surah Al-Baqarah juga boleh digunakan apabila berpindah rumah. Sebelum memasuki rumah baru, bacakan surah Al-Baqarah di dalam rumah tersebut. InsyaAllah selamat dari gangguan syaitan selama ianya diamalkan.

Jadi parents di luar sana, sekiranya berhadapan dengan masalah anak yang meragam akibat gangguan makhluk lain, bolehlah cuba amalkan surah ini dengan ikhlas dan yakin.

Wallahualam.

saye: entri sopan :D

Related posts:

Wear It Right Campaign

Sebaran yang bermakna dari Sue Anna Joe. Dada tu sebenarnya lebih menggiurkan dari rambut. Covering the chest is the best!

Ayuh!

saye: dada menggiurkan? benar benar benar

Related posts:

P/S: Entri ini adalah usahasama antara widura.org dengan sudugarpu.net

Ia memang satu pilihan.

Justeru kami merasa terpanggil untuk menyertai perbahasan ini setelah melihat perjalanan isu ini selama beberapa ketika. Ingin ditekankan di sini, apa yang ingin kami perkatakan bukan hanya mengenai isu bersanggul tinggi tetapi isu meletakkan dan menyebarkan hukum sesuka hati.

Juga ditegaskan di sini, ini hanyalah satu pandangan. Dan bukan hukum secara total. Kerana melalui tinjauan kami, individu yang layak tidak pernah melatakkan hukum terhadap isu bersanggul tinggi di internet. Sekiranya ada, hujah dan rujukannya diragui kerana tidak bersandar kepada ayat al-Quran atau penerangan hadis secara terperinci.

Namun melalui pertanyaan verbal, ada ahli agama (akademik) yang pernah menjatuhkannya sebagai haram dengan hujah bahawa hadis tersebut adalah hadis sahih dan bersanggul tinggi itu seumpama tubuh yang memakai pakaian yang ketat sehingga menampakkan bentuk badan di mana bentuk badan yang terpamer itu adalah aurat. Maka ianya tidak menepati konsep menutup aurat yang mengikut syariat. Berpakaian sehingga menutup semua punca aurat belum boleh dianggap sebagai menutup aurat. Konsep sebenar menutup aurat yang menepati syariat boleh dihadam di sini.

Ada yang memilih untuk bersanggul tinggi dengan alasan rambut yang di dalam tudung memang perlu disanggul. Kalau tak disanggul nanti serabut. Perlu pula disanggul tinggi kerana kalau disanggul rendah nanti panas. Munasabahkah alasan bersanggul rendah menyebabkan panas? Ramai wanita bukan Islam sendiri seringkali mengajukan pertanyaan adakah bertudung tidak panas dan kita sebagai muslimah Islam dengan bangga mengatakan bahawa bertudung langsung tidak menyebabkan panas. Malahan berapa ramai muslimah Islam yang menyanggul rambut mereka dengan rendah tidak pernah merungut panas.

Apakah rambut yang panjang itu tidak boleh disanggul ke dalam sebagaimana sanggul ibu-ibu zaman dahulu? Apakah perlu sanggul itu dinaikkan tinggi ke atas? Sekiranya muslimah tersebut pandai mengikat sanggul yang tinggi, mustahil tidak pandai mengikat sanggul yang rendah dengan rapi dan kemudian dikemaskan dengan anak tudung. Ianya langsung tidak akan mengganggu bahagian tengkuk sehingga menyebabkan panas.

Dan kalau betul yang disanggul tinggi itu adalah rambut sendiri, bagaimana dengan penggunaan getah berambut yang khusus untuk menebalkan rambut supaya sanggul itu nampak besar dan terletak? Lebih menyedihkan, ada pula anak tudung yang siap berspan untuk menampakkan efek sanggul yang tinggi. Dengan keadaan yang sebegini, layakkah menggunakan alasan bahawa sanggul tinggi itu adalah rambut sendiri?

Ramai juga yang menggunakan alasan bersanggul tinggi bukan atas niat menunjuk. Rasanya bukan asing kita dengar bahawa niat dan matlamat tidak menghalalkan cara. Sebagai contoh, wujud beberapa blogger di internet yang memberi tips bermekap dan kemudian mengeluarkan kenyataan berbunyi: bermekap/berhias untuk suami. Betul, niat itu murni. Tapi pelaksanaannya bagaimana? Kalau hanya bermekap dan berhias untuk tatapan suami, itu tersangatlah dianjurkan agama. Tetapi apabila gambar mata, hidung, mulut, pipi, dahi, dagu yang penuh berhias itu di uplod ke blog dan facebook umpamanya, adakah pelaksanaan seperti itu dianjurkan agama? Mungkin niat mereka untuk berkongsi tips berhias untuk suami itu bersama para isteri yang lain. Tapi bukankah gambar-gambar tadi turut menjadi tontonan jutaan lelaki yang sahih bukan muhrim?

Maka di mana konsep berhias hanya untuk suami itu?

Islam bukan tidak menggalakkan umatnya untuk berhias dan bercantik. Malah itulah yang sangat dianjurkan. Islam sangat menyukai kecantikan. Tetapi kecantikan yang dianjurkan itu cenderung kepada kesederhanaan. Dan bagaimanakah konsep kesederhanaan itu? Ini adalah isu yang jarang diperdebatkan berbanding isu tudung, sanggul, mekap, wangian dan legging.

Bersederhanakah kita sekiranya perlu bermekap sehingga sukar dibersihkan? Susah untuk mempercayai bahwa masih ramai muslimah yang jahil tentang status wudhuk yang tidak sah sekiranya air tidak melepasi kulit. Wudhuk yang sah juga tidak akan berhasil dengan kesan solekan yang masih cantik terlukis seperti eyeliner dan maskara yang kini terdapat dalam bentuk kalis air. Berapa ramai muslimah yang berasa leceh untuk bersolat di luar kerana merasa leceh untuk mencuci mekap dan menanggalkan lilitan tudung apatah lagi kalau bersanggul tinggi pula.

Kalaulah kita benar-benar mencari keserasian antara berhias tanpa mengetepikan syariat, kita akan mendapati bahawa konsep kesederhanaan yang telah lama dianjurkan Islam itu sangat menepati keperluan seorang muslimah.

Kami tahu sebab kami turut tersepit dalam kondisi yang sama. Rugi rasanya membersihkan solekan untuk berwudhuk.

Jika banyak di internet sebaran tentang sanggul tinggi itu membuatkan muslimah sekalian gundah gelana, meradang tanpa sebab atau apa sahaja perasaan kalian, sila jangan menyumpah seranah. Ini adalah satu informasi yang baik. Peringatan datang kerana Allah masih sayangkan kita. Soal suka atau tidak, demi kebenaran, kita perlu bangun mencari seorang yang berilmu bagi mendapatkan keterangan lanjut.

Selain merujuk dengan maklumat dari internet dan buku, sangat perlu untuk kita berusaha mencari Ustaz/Ustazah untuk mendapatkan jawapan atas segala persoalan selain dari mengkaji sendiri dengan didorong oleh perasaan ingin mendapatkan sesuatu yang akan memihak pada kehendak sendiri.

Allah SWT mengajar kita supaya beradab dalam menimba ilmu iaitu kita tidak boleh memandai-mandai menafsirkan sesuatu perkara yang kita tidak tahu. Oleh itu, Allah SWT menyarankan kita supaya bertanya kepada pakar-pakar ilmu jika kita tidak faham atau tidak tahu tentang sesuatu perkara seperti firmanNya yang bermaksud;

“…maka tanyakanlah olehmu kepada orang-orang yang berilmu, jika kamu tiada mengetahui” (Al-Anbiya’: 7)

Dari ayat ini dapatlah kita mengambil pelajaran bahawa, jika kita tidak faham sesuatu permasalahan semasa membaca buku, carian di internet membuatkan keliru atau ingin kepastian lanjut, maka ketika itu, seharusnya kita bertanya kepada orang yang tahu iaitu pakar-pakar dalam bidang yang dibaca ataupun orang yang tahu permasalahan tersebut.

Sedarkah kita berapa banyak perkara agama yang tidak boleh disandarkan kepada lojik akal semata-mata disebabkan terbatasnya akal manusia untuk berfikir. Adakah kita akan berpuas hati jika hujah itu datang dari seorang yang juga pernah menghalalkan pelacuran? Cukup berpuas hatikah jika hujahnya juga pernah mengharamkan hukum hudhud yakni hukum Al Quran? Cukup puaskah jika hujahnya pula datang dari seorang penyanyi/pelakon? Atau dari seorang duta ‘slim body & kecantikan’? Mungkin juga dari seorang pembela wanita memakai selendang jambul terkeluar? Berpuas hatikah kamu?

Ini mungkin lebih bersifat peribadi tetapi kami lebih mengiktiraf kata-kata yang terbit dari lidah dan pena seorang ahli akademik. Dan tentunya bukan seorang ahli akademik bertaraf selebriti. Maksudnya bukan seorang ahli akademik yang part timenya sebagai politician, artis, penyanyi, komposer, pelakon atau apa sahaja yang berkepentingan luar dari asas akademik itu sendiri. Lebih tepat lagi, ahli akademik yang bersih.

Kerana seorang ahli akademik yang bersih akan mengeluarkan fakta atau pendapat yang tidak memihak kepada apa-apa kepentingan lain selain dari ilmu itu sendiri. Sebagai contoh, ahli akademik atau ulama yang juga merupakan ahli sesebuah parti politik akan pasti mengeluarkan hujah yang memihak kepada ideologi yang dibawa oleh parti yang dinaungi mereka. Begitu juga dengan selebriti.

Kami sedar yang kami bukan orang yang layak untuk bercakap pasal hal-hal membabitkan agama. Kerana itu dari awal telah kami tegaskan entri ini lebih bersifat pendapat. Namun kami tetap sempat bertanya secara verbal dengan ahli akademik dalam bidang agama yang berkaitan.

Oleh itu, secara peribadinya kami melihat hujah yang mengatakan sanggul tinggi itu ‘tidak haram’ adalah agak lemah dibandingkan dengan hadis-hadis yang telah dinyatakan oleh ustaz zaharudin tadi. Hujah yang digunakan lebih kepada lojik akal dan tidak disandarkan dengan penerangan daripada ayat Al-Quran dan hadis. Sedangkan lojik akal bila bertembung dengan nas, maka nas perlu diutamakan.

Entri ini tidak berniat untuk menjatuhkan sesiapa apatah lagi didorong oleh perasaan cemburu atas kejayaan orang lain. Entri ini berkaitan untuk menyedarkan diri sendiri dan kawan-kawan yang lain bahawa jangan sewenang-wenangnya meletakkan hukum tanpa benar-benar mendapatkan jawapan.

Jangan mengeluarkan keterangan yang kita sendiri belum jelas kesahihannya. Dan jangan mudah untuk terus meletakkan hukum. Halal atau haram bukan tugas kita. Itu adalah satu hal yang hanya boleh dijatuhkan oleh mereka yang ahli sahaja.

Untuk menyelidik, kita perlu tahu adakah hadis itu sahih atau tidak? Dari siapa perawinya? Apakah penafsiran hadis boleh diberikan hanya pada zahir kejadian masa kini?

Kita harus sentiasa sedar bahawa penyebaran berkenaan hukum menyebabkan kita menggalas satu tanggungjawab yang besar terhadap setiap individu yang membaca dan menjadi pengikut terhadap apa yang kita sebarkan. Sekiranya sebaran itu tepat, maka beruntunglah kita. Sekiranya tidak?

Walau berapa banyak pun perbahasan tentang isu ini, ia berbalik kepada tuan punya diri. Bersanggul tinggi atau tidak, itu satu pilihan. Tetapi menyebarkan dakyah dan pendapat yang konyol demi memihak kepada kehendak diri itu salah.

Bukankah kita semua tahu amaran Allah bahawa apabila yang bodoh mula berlagak pandai mengenai hukum maka kiamat akan tiba?

Rasulullah SAW pernah ditanya: “Bilakah akan berlaku qiamat?” Lalu Nabi s.a.w bersabda: “Apabila amanah dipersiakan, maka tunggulah qiamat”. Dan ditanya lagi: ”Bagaimana dipersiakan amanah?” Lalu Nabi s.a.w menjawab: “Apabila diserahkan urusan pentadbiran kepada orang yang bukan ahlinya (tidak beriman dan tidak mahir), maka tunggulah qiamat (kehancuran)”.

Secara peribadi, kami melihat kebanyakan muslimah bersungguh benar menegakkan perihal sanggul tinggi itu, walhal adakah kita cuba menitik beratkan pakaian yang disarung ke tubuh kita ini menepati syariat atau tidak?

Entri ini tidak berniat sebagai satu pertikaman lidah atau yang seumpamanya. Sekali lagi, ini hanya satu pandangan yang dirasakan sesuai untuk dikongsi. Janganlah selepas ini kita pula bermusuh lantas membiarkan para syaitan melompat keriangan tatkala ada yang bermasam muka dengan isu yang masih tidak berkesudahan ini.

Hukum itu jelas!

Al Quran itu tidak pernah berubah walaupun zaman berubah.

Syaitan juga tidak akan berputus asa walaupun berjuta tahun makhluk durjana itu menggoda kerna janjinya akan merosakkan ummat hingga kiamat tiba untuk menjadi teman mereka di neraka.

Mari muhasabah bersama, jika masih ragu-ragu, apakata kita pegang beberapa ayat supaya kita dijauhkan dari sifat leka dan alpa..ayuh!

ADAKAH KITA FAHAM BAHAWA AURAT ITU ADALAH MENYEMBUNYIKAN SEGALA YANG ADA?

ADAKAH HANYA KERANA KITA INGIN DILIHAT TRENDY, CANTIK DAN BERGAYA MAKA HUKUM ALLAH ITU DIPERLEKEHKAN?

TAHUKAH KITA BAHAWA SYAITAN SENTIASA BERBISIK MENYATAKAN YANG HARAM ITU HALAL DENGAN BERMACAM CARA?

TAHUKAH KITA BAHAWA RASULLAH MENANGIS DI HARI AKHIRAT KERANA UMMATNYA RAMAI KE NERAKA?

TAHUKAH KITA UMMAT ITU KEBANYAKKANNYA WANITA?

ADAKAH KITA TIDAK TAKUT AKAN SEMUA ITU ATAU PALING TIDAK, TIDAKKAH KITA SEDIH MELIHAT RASULULLAH YANG KITA SAYANGI ITU AKAN MENANGIS KERANA UMATNYA MENGKHIANATINYA APA YANG DIAJARNYA?

Wallahua’alam.

saye: cikgu aku cakap tepuk dada tanya iman, bukan tanya selera

Related posts:

Semasa membaca novel Laskar Pelangi, saya menemui banyak quote yang menarik untuk dikongsi bersama. Antaranya dialog yang diucapkan Lintang dalam Bab 11: Langit Ketujuh (m/s: 108) berbunyi;

“Jangan kekenyangan kalau makan malam, itu akan membuat telingamu tuli dan otakmu tumpul”

Terkesan dengan dialog itu, saya segera teringat akan kata-kata Imam Ghazali tentang perut yang kenyang, yang pernah saya baca entah di mana. Dengan bantuan search engine, saya menemui ini (sumber: Madrasah Ad-Diniah Al-Bakriah);

Imam al-Ghazali di dalam kitabnya Minhajul ‘Abidin telah menukilkan tentang 10 bahaya terlalu kenyang:

1. Banyak makan menyebabkan hati menjadi keras

2. Banyak makan membangkitkan segala anggota dalam berbuat perkara yang sia-sia dan kejahatan

3. Banyak makan membinasakan kecerdikan dan kepintaran serta menyebabkan sedikit faham dan kurang pengetahuan

4. Banyak makan mengurangkan amal ibadat kerana manusia apabila banyak makan menyebabkan berat badannya yang membawa kepada mengantuk dan malas

5. Banyak makan menyebabkan kurang selesa ketika menunaikan ibadat

6. Banyak makan ditakuti jatuh kepada yang haram atau syubhat

7. Banyak makan menyebabkan hati sentiasa risau berkenaannya, memenatkan badan untuk mencari serta menyediakannya. Begitu juga untuk memakannya dan melepaskan mudharatnya

8. Banyak makan menyebabkan bersangatan sakit ketika mati kerana kesakitan dan kesusahan ketika mati bergantung kepada sekadar mana kesedapan dunia yang dinikmati oleh kita

9. Banyak makan menyebabkan kurang pahala akhirat

10. Banyak makan menyebabkan banyak hisab diakhirat

saya: makan makan makan

Related posts:

Adv
About Me

the name is widura.

seorang anak, isteri, ibu, pendidik, pelajar.

suke pada kesederhanaan, bukan kesempurnaan.

Facebook

Widura Abd Kadir

Archives
Categories
Recent Comments