Archive for the ‘kawan-kawan’ Category

Cerita bermula hari Jumaat. Company tutup tepat pukul satu sebab malam itu annual dinner yang aku telah rsvp not attending. Maka sebaik pulang, bergegas pulak bersiap-siap untuk ke flamingo. Sampai di flamingo, setting sikit-sikit sementara tunggu ciknus datang, repair here and there, adjust itu ini, pap pap pap siap terus pegi mentekedarah sebab lapor sangat.

Al kisah masa nak lintas dari flamingo ke gerai makan depan tu, maklang kol sebab ternampak kitorg kat situ. Dorang kata dah jerit pekik hon hon tapi kitorg tak pasan. Hahaha… sori la kami model fofular maka setakat hon hon jerit jerit panggil nama tu mmg dah biasa so sebab bongkak maka kami tak pandang. Wakaka… sebenarnya sibuk sgt gossip maka tak sedar ada orang memanggil di situ.

Teringat esoknya adalah besday cikzu maka sempat beli kek konon-konon boleh kasi surprise. Kek ini ciknus yang rekemen, terima kasih sebab sedap. Mereka yang makan suke.

 

Al kisah masa nak balik ke flamingo pulak, ada tourist tanya cane nak pegi times square. Tapi cara depa pronounce tu alamak… sumpah la kami tak paham siap kena eja nasib ciknus dapat teka huruf T, aku dah ingat toy r us je… hehhehheh. Kalau depa nak g toy r us aku nak kirim buzz lightyear satu.

Malam itu mission accomplished. Boleh la dianggap begitu biarpun ada sket kejadian yang tak memuaskan berlaku tapi customer tak pasan sgt maka kira ok sajelah. Ambil lesson di situ untuk kebaikan masa depan.

 

 

Tapi kami tak tunggu sampai dinner habis. Cuma tunggu sampai menu udang harimau, terus cabut pulang. Sempat ambil gambar begini.

 

 

Tiba di umah, nampak cikzu sedang melantak. Err… melihat beliau suda menjadi petak. Taulah robot petak-petak, tapi beliau juga suda jadi petak. Ngehehe takpelah petak, asal tidak jadi batak. Btw, tahniah sebab dapat excellent award dan best mentor award.

Tepat pukul dua belas, aku nyalakan lilin sampai nak terbakar jari. Sebab terjengket-jengket nak bersenyap-senyap buat surprise dari dapur. Bila aku dan yang lain-lain nyanyi lagu, beliau terharu. Sambil-sambil itu kami amek gambar. Ada banyak gambar. Tapi… tapi… tapi… AKU TERDELETE SEMUA ITU GAMBAR-GAMBAR!!! waaaaaaaaaaaaa… ini pun ada satu gambar nasib baik cikzu sempat snap guna henpon dia.

 

Sabtu itu pegi beraya ke ampat tin. Kemudian pegi umah bujun. Di situlah kejadian aku terdelete gambor-gambor sepanjang hari itu berlaku sebab aku tertekan Delete All In Date Range… bijakbukan bijakbukan? Cik Safi pulak melantak kueh raya secara lapar tak hengat sehingga terpaksa dimandikan di situ juga. Sebab itu dalam gambar ramai-ramai di bawah, beliau tidak pakai baju.

 

 

Dan kemudian jalan-jalan tengok masjid besi dekat putrajaya. Masjid tutup tapi toilet dia bukak. Maka walaupun tak dapat solat dekat masjid, dapat la kodokhajat saje. Ngehehehe. Lepas itu pegi supper dekat mamak. Malam itu kami sampai di umah pukul tiga pagi.

 

 

 

Besoknya pagi-pagi breakfast dekat umah bangngah yusri. Terus ke umah zie kawan cikzu masa dekat sarawak, masih dalam pantang 35 hari. Kemudian pegi pulak umah badin dekat bukit subang. Terus ke sg. buloh sebelum say baibai dengan cikzu dan acu dan angah dan paklong yang mahu balik kluang.

 

 

Hokey sampai sini saje catatan untuk kali ini. Sungguh tak bernapsu nak hapdet sebab letih tapi tamau simpan kisah ini lama-lama sebab takut lupa dan hilang keexcitedan untuk bercerita. Akhir kata, selamat minggu akhir raya.

saye: mahu weekend banyak-banyak lagi

Related posts:

Jumaat lepas pegi jumpe perempuan zombi. Matlamat perjumpaan adalah gosip. Ehem. Kerana kami zombi, sampai saje di lokasi perjumpaan, tak ada lagi meja dan kerusi kosong. Tapi kami tak kisah, sebab walaupun sudah mahu tiba waktu maghrib, kami tidak termasuk dalam kumpulan individu yang wajib iftar. Tuhan kasi kami mc pada waktu yang hampir sama.

Kami perempuan zombi yang tak kenal apa itu mekap. Selalunya lah. Sebab itu aku selesa sama ini zombi. Tapi tak apa, sebab aku flawless, dia fearless. Ini maklumat tidak relevan, encik asben kata yang mekap tebal itu cuma pondan. Tapi sebenarnya, even nak gosok tudung pun aku da tak sempat. Orang genius selalu sibuk. Ahaks!

Masa skodeng-skodeng F&B dekat laman sesawang, aku jupe dave’s deli dalam list. Waaa… suda banyak tahun tidak makan. Seingat-ingat aku, emak yang introduce ini tempat. Lasagna dia superb walaupun presentation dia agak cinabeng. Plus dekat setengah branch macam dekat lokasi yang kami pegi ni, kena layan diri. Tapi servis dia cepat, lagi cepat dari kfc.

Lasagna dia curah sama kuah yang rasa sama macam kuah mashed potato. Dulu aku rasa ada sekali mashed potatonya. Eh ada ke? Tak kisah la sebab portionnya telah menyendatkan perut aku. Gambar itu nampak cenonet. tapi sebenarnya coslow dia banyak dan hebat. Aku makan sampai licin.

Itu aku tengah posing-posing macam nak setat makan. Ketika itu telah jam 2030. Masa itu menu si perempuan zombi belum sampai.

 

Ini menu si perempuan zombi. Carbonara yang rich dengan cheese di atasnya. Rupanya sangat menggiur di samping menggemukkan. Tapi beliau cikeding dan gastrik maka tak apa. Masalahnya beliau cuma makan separuh, itu ada hati mahu claim diri kuat makan. Porahcit.

Err… beliau sedang test shawl itu dan memaksa aku men-snap begitu. Aku rasa macam agak sepalis sebab posing begini. Ini kedai rejek… aku sibuk cari jumper beliau sibuk cari tudung raya berteme spring. Aku tak tahu kaler spring sebab sekarang suda masuk autumn. Tahun ini aku raya dengan kaler sejuk dingin.

Kami pulang sambil gosip pasal pengetua sekolah aku dulu yang kutuk bapak aku bagi nama aku macam benih kelapa sawit. Lepas itu beliau singgah umah in law aku untuk peluk cium donut yang gebu gebu dan gebu.

Besoknya aku iftar dekat majlis buka pose besar-besaran al jabbar. Satu kampung kami serbu. Kali ini dapat makan ala buffet hotel for FOC. Cuma badan berlengas sebab outdoor plus duduk betul-betul depan kambing guling maka kami bukan saje makan kambing tapi makan asap sekali.

Donut pun suda jadi bau asap.

 

Itu dia geng kuat lantak yang serender di hujung majlis. Mereka adalah wajah-wajah kesayangan hamba. Kalau mereka ada, dunia aku jadi huru hara. Tapi aku sangat suka.

 

Siapa tidak kenal, yang terpejam mata itu ialah putera shazlan. Di tangan beliau ialah kambing segar. Ow lihat la wajah menggedik kakngah bila bergambar dengan artis.

 

I love them love them love them love them love them love them love them love them love them love them love them love them love them love them love them love them love them love them love them love them.

 

Besoknya lagi, kami main masak-masak dan beli-beli. Macam biasa, kalau makan dengan wajah2 kesayangan hamba tadi, aku jadi tak ingat mana letak kamera. Mujurla sempat snap tauhu sumbat ini sebab nak beritau intinya aku yang garit-garit dan sumbat-sumbat. Iftar itu encik asben masak kari ayam. Kelebihan memiliki suami yang kaki lantak, beliau juga pandai masak. Malangnya setiap kali beliau masak, aku juga jadi lupa pada kamera sebab kreativiti beliau itu akan buat aku hilang ingatan sekejap.

Ok sekian sahaja cerita iftar minggu ini. Nanti kalu aku makan dengan artis lagi, aku mesti up dalam entri.

saye: iftar tapi tak pose

 

Related posts:

Dah tengok gambo-gambo cik safi kat fb? Terima kasih besar-besar kepada ceeka lensa.

Heart korang…

Memposing dengan aksi ataupun secara candid adalah… horror. Walaupun pernah terpaksa memposing semasa wedding dulu, tapi posing outdoor was soooooooo tiring. Mebi sebab terpaksa menguruskan dua budak kicik.

Bapak penat okeh!

Cik safi boleh la. Penat je, tido. Lapar je, mintak susu. Mak ni haa yang sangap nak carik port angkat baju. Ngahaha….

Tu belum masuk exercise free mendukung cik safi seberat tujuh setengah kilo sejauh satu kilometer (kot?), disebabkan tahap konpiden cik-cik ceeka yang akhirnya tersosek jalan. Weh, kamera korang tak sampai tujuh kilo okeh! Aku yang hongeh! Sabau je la.

Eh tak cakap lagi lokasi ek? Ala tau kan. Ini sume kat bukit tinggi, pahang. Kitorang landing kat tiga tempat. Japanese village, colmar tropicale dan rabbit park.

Of cos la japanese village paling best. Bagi aku la. Sebab masa tu masih pagi, sejuk dan tempat itu wangiiii.

Ini sesi tido yang pertama. Nak je aku join sekali. Dah le aku bangun pukul lima pagi weekend tuh. Siap masak lagi nak bagi cik-cik ceeka makan

Sebelum kena maki, baik aku ngaku aje. Bukan aku yang masak. Itu mi, encik asben yang goreng. Amacam ceeka girl? Boleh kami bukak warung? Aku jadi manager aje la. Sambil bungkus sandwich. Boleh?

Err… bukak warung dekat parking lot strategik tak? Lalalalala….

Snap sampai abis bateri. Tak aci, memory belom abis, bateri dah abis. Saje je korang eh? Ngahahahaha!

Naik sawan aku handle keinginan dia nak naik donkey. Berjaya jugak naik. Tapi sangat respek sama ini pakcik. Mana la dia warisi semangat kesukanan macam ni?

Conclusion, hepi enough. Len kali boleh panggil ceeka lagi. Diskaun okeh? Jangan riak. Tak baik untuk kesihatan. Hahahaha… eh tak kelakar ek?

saye: kalau dah best, jangan dengki kat orang yang tak berapa nak best… tapi ceeka memang best… apalagi… promosiiiiiiiiiii

Related posts:

Aku tak terpk pun akan buat entri ni. Tapi sebab ina ada, aku pun takmo kalah juge. Kadang best bila wat entri-entri dedikasi ni. Boleh bukak cerita lama sambil kritik-kritik. I suke!

Cik put, cik put. Ko dah nak nek pelamin ye? Dulu ingat lagi ko kata ngan aku…

“heh cane neyh, yang muda kawin dulu?”

Yob… tu namanya jodoh.

Alah aku bukan kisah pun sape-sape yang kawin dulu.

Mula aku jupe cik put ni, masa minggu ke-2 kat msu. Masa tu masih KUTPM atau nama glamernya KU. Berpeluh-peluh aku panjat sampai tingkat tiga carik kelas. Maka berjumpalah dengan Koman n Budi (mana la pegi pakwe2 neyh). Straight ktorg kenal2 pastu dorg bawak aku ke lab. Dan aku pun berkenalan lah dengan sang puteri.

Kalo ko ingat cik put, mekna kaki ponteng kelas zaman manusia awal ni.

Cik put, cik put… memula dia menggelarkan diri dia ‘kakak’ dengan aku. Maklum ler, dia lahir tahun berdahulu dari aku. Tapi mahap la, even mit yang bertahun lebih usia tu pun aku selamba aku panggil mittotoyo. Ada apa dengan usia?

Teringat aku kat Intan Respek! Kah kah kah kah kah.

Aku tak akan lupa detik bersama 3 minah-minah yang dok memberatkan kancil aku saban hari.  Cik Put, Mek na dan Mit. Mereka-mereka inilah juga punca kelewatan aku ke kelas setiap kali. Haa… pedulik apa korang kata aku  bajet bagus blame korang… i dulu miss punctual okeh (wahhhhh)… sebab tu aku kena speedtrap masa nak gi kelas data comm padahal bila sampai kelas lecturer pun tak nampak batang idung. Ceyt! (sape hah name lecturer arab tuh?)

Tapi aku tak kisah. Lambat-lambat pun, dorang akan reserve kan sit depan kita kan? Kita-kita kan student kesayangan dan kegemaran? Oww perasan!!!

Ingat lagik tak saat-saat melepak? Menunggu waktu next class masa gap yang kadang lama kadang kejap? Lepak dalam kedai, luar kedai kadang belakang kedai. Masa tu kita tak kisah pun panas, hujan, ribut or pengap. Tah la, zaman tu… apa pun tak kisah… janji dapat meneruskan hidup dengan tabah.

Cik put, cik put… aku teringat ada sorang lecturer panggil ko kecik/kancil? Sape tah lecturer tu, aku lupa (Macam mana aku lupa nama student, macam tu lah aku lupe nama lecturer. Melampau gile!)

Memori kegemaran, saat-saat wat drama untuk kelas communicative english. Kecoh kalut ribut. Siap kena tengking lagik dengan si KAKAK tuh! Gila aku geli korang tau. Tapi thanks to korang yang sangat budiman. Membantu aku di saat yang paling aku perlukan. Budi baik dan jasa korang hanya Allah yang boleh balaskan.

Saat aku sakit, saat aku hilang ayah, saat aku berumah tangga, saat aku susah, saat mak aku sakit…

Juga saat encik kancil over heat, korang bagi dia minum kelapa ais. Ingatkan?

Eh eh, korang ingat tak masa kita shooting clip video ngam ho? Hohoho best woh. cikput pakai gayung, mekna pakai plastik, mit tocang macam budak 3 suku. Sib bek aku tak jadi mangsa kerakusan korang kan. Mit/Ina, tolong haplot gambo2 mereng tu. Aku rindu.

Lagi satu… murah hati derma darah kat nyamuk2 estet getah. Sib baik aku pakai baju muslimah. Kalu tak, konpem kena masuk spital terima 3 pain darah.

Cik put, cik put…

Sambil2 belakon, ko ajar aku masak kari ayam. Pastu kita bedal melantak itu malam.

Cik put cik put…

Mungkin ko masih ingat, saat kita tergedik pegi wat survey kat skolah tu. Tergedik mintak tolong cikgu kaunseling tuh. Pastu tergedik wat testing yang tak berapa nak ikut plan tuh. Juga saat aku temper sebab analisis dan flash ko yang tak berapa nak menjadik tuh. Ketahuilah masa tu aku tertekan tahap tak menentu. Mood turun naik, Allah aje yang tau. Eh eh, tak lupa di bulan poser kita giat mem-print documentation yang tebal tahap phd tuh? Ngahahaha… itu lah saat yang paling best ko tau… sebab sesudah itu, lepas segala azab aku.

Oh ye aku juga ingat cik put pernah bitau, cita-cita dia mmg nak jadik cikgu. Ah… boleh le tu dah jadik pun satu.

Cik put, cik put… dari dulu dah le kecik… tapi stil kepoh nak jaga badan. Apa punya spesis la kan. Dalam semua jenis teguran, cuma cik put je yang komen aku naik berat badan. Sampai aku pun naik heran.

Apa lagi ye aku nak cita pasal cik put dan kawan-kawan? Banyak sebenarnya. 3 tahun ngan dorang. Macam-macam versi ada. Tapi aku tak dapat nak recall semua. Nanti mintak cik put n mit update kan yang selebihnya.

Cik put, cik put. Ko dah nak jadik puan ye? Sokmo announce panggilan puan tu dalam kelas ye. Kalu aku, panggilan miss lagi aku prefer. Sweet and young forever and ever.

Anyway, selamat pengantin baru cik put. Selamat menempuh alam rumah tangga, dan selamat meningkat dewasa melaluinya. Semoga diberkati Allah dan kekal berada di bawah lindunganNya.

saye: msu dah tukar kampus… cantik dowh… x puas hati!

Related posts:

Buat teman-teman msu…

Rindu kamu, kamu, dan kamu…

kelik gambar… kasik dia besar

saye: mature in mind, young and wild at heart

Related posts:

Adv
About Me

the name is widura.

seorang anak, isteri, ibu, pendidik, pelajar.

suke pada kesederhanaan, bukan kesempurnaan.

Facebook

Widura Abd Kadir

Archives
Categories
Recent Comments