Archive for the ‘macam-macam’ Category
Contoh situasi:
A seorang wanita yang telah lama berkahwin tetapi belum mempunyai anak. B pula baru berkahwin. Satu hari, B dapat berita gembira – hamil. Maka dikhabarkan pada A tentang perkara tersebut. Sebagai kawan, A tumpang gembira. Dalam hati tetap sentap. Maklumlah, kawan yang baru kawin dah positif hamil sedangkan beliau yang lama berumahtangga masih ternanti-nanti.
B pula, sejak mengandung sampai terberanak, asek bercerita tentang pregnancy pada A tanpa mengambil kira sama ada A suka atau tidak. Bila dah beranak, cerita pulak pasal anak pada A. Tidakkah B terfikir, apa perasaan A? Suka? Sedih? Iri hati? Menyampah? Sakit hati?
____________________
Ustaz Hasrizal dalam satu entrinya pernah menyatakan bahawa kehilangan salah satu definisi manusia mukallaf iaitu sebuah common sense dikelaskan beliau sebagai ‘penyakit misteri’. Adakah situasi di atas boleh dikatakan ‘penyakit misteri’? Mungkin ya. Tapi aku lebih suka mengkelaskannya sebagai satu sikap yang tidak peka kepada hati dan perasaan orang lain.
Mungkin sengaja berbangga-bangga.
Mungkin terlebih excited.
Atau childish.
Kalau ya pun terlebih excited dengan apa yang kita alami, lontarkanlah perasaan itu kepada individu, tempat dan masa yang sesuai. Kesilapan melakukannya mengakibatkan kejengkelan.
Silalah bina common sense dalam diri masing-masing.
saye: sharing is caring, tapi kalau silap sharing… irritating!
Related posts:
Mebi ramai dah tau dari mana datangnya gelatin babi dalam serbuk kopi kluang tu.
Dari sini.
*
Oke now dah tau tade unsur sabotaj di sini. Katanya butter tu ada logo halal dari new zealand. Tu yang depa konpiden gunakan sebagai salah satu ramuan serbuk kopi tu. Ini cerita yang disampaikan sendiri oleh tokey berkenaan. Sama ada tokey tu cakap betul or tak, wallahualam.
More info boleh baca di sini.
Dekat entri part 1 aku yang aku publish pada 4/4/2011, aku ada cadangkan yang gomen patut arahkan sume premis makanan supaya tayangkan status HALAL atau TIDAK DITANGGUNG HALAL kat luar premis. Pada 23/5/2011, Sue Anna Joe memberikan idea yang sama dekat entri beliau di sini.
Jadi aku rasa idea tu mesti telah difikirkan oleh banyak pihak. Tadelah aku yang macam syok sensorang kan.
Apa pun, masing-masing punya pendapat. Tapi kalau nak kata menyalak dekat blog tak memberi apa-apa kesan kepada dunia luar, aku rasa itu mungkin silap. Ada je banyak aduan dan pendapat yang disalurkan bukan melalui kertas keje, memo atau apa2 hitam putih kepada pihak kerajaan lebih didengar dan diberi perhatian. Cuma of cos, buat masa ni, bukan melalui blog aku ni la kan.
Hew hew.
saye: aduan rakyat bersamamu
Related posts:
Rasanya aku takkan sambung kot cite ni. Sebab utamanya, aku malas.
Siot je kan, beriya-iya tulis panjang2, pastu tak abeskan.
Malas, tade mood.
Tapi aku buat part 5 ni sebab saje nak cite, yang file rekod isrol kat hkl selama seminggu dirawat kat hkl pada mac 2011 tu dah hilang.
Ye… tade rekod berkenaan.
Pelik woo.
Pelik woo.
Depa cuba trace guna no ic tade.
Try guna no polis pun tade.
Padahal kejadian baru 2 bulan lepas. Mana pegi?
saye: hospital winning brand 2008? podah!
Related posts:
Selain telah hampir sebulan tidak tido di sisi suami, gadjet murahan aku juga telah berputar serentak dengan kain baju di dalam washing machine. Mujur aku berjaya menyelamatkan sim card yang turut menyelamatkan aku daripada terkial-kial mendapatkan sim card baru kerana sim card berkenaan didaftarkan atas nama mohdiszrolealhalmy yg mana tuan punya badan berserta mycardnya adalah berada dalam simpanan pulapol. Dan mujur juga aku berjaya menyelamatkan memory card yang membolehkan aku menguplod yang berikut di facebook pada hari kejadian.

Subjek di dalam gambar adalah sedang melakukan pembacaan yang sangat mencerahkan. I guess. Walau apa pun genrenya, sang penulis tersebut telah banyak menyelamatkan kami daripada diskusi yang dulunya kerap membawa masalah. Semoga perancangan Allah akan terus membawa kita semua ke gerbang kemuliaan. Ewah!
Lambakan gadjet di dalam kemajuan teknologi hari ini telah membawa kita jauh dari kaedah penulisan secara manual. Kalau dulu, aku sendiri mampu menulis sebuah cerpen lengkap dengan tulisan tangan. Lebih sedekad ini, kalau cuba dihitung kembali, bilakah kali terakhir kita menulis sesuatu yang boleh dikatakan panjang dan memerlukan daya fikir serta kreativiti dalam menstruktur ayat yang baik lantas menghasilkan satu perenggan yang bermakna?
Err… sila ketepikan keterpaksaan menulis sewaktu menjawab soalan peperiksaan.

Ah ye… hanya mereka yang tiada pilihan saje akan melakukannya. Memegang pen dan bercerita panjang lebar di atas kertas, satu amalan kuno yang semakin tidak popular dan jauh ketinggalan.
Namun, setiap kepayahan pasti mempunyai cabang nikmat dan kemanisan bukan?
Tak kisahlah sama ada menulis dengan pen di atas kertas atau menaip kemudian cetak, tulislah apa yang anda tahu.
Jangan menulis dengan buat-buat tahu. Kerana kesannya sungguh hodoh. Katakan kita mahu menulis tentang fesyen, tetapi tidak mempunyai asas dan teorinya malah tidak pernah pulak mahu mengkajinya. Apatah lagi mahu menulis tentang agama, tetapi buta Al-Quran dan hadis, berani pula mengeluarkan fatwa dan hukum.
Hentikan cara begini.
Menulis tanpa rujukan adalah cukup bahaya. Ia akan tambah bahaya apabila sang penulis tidak pula boleh menerima teguran dan kritikan sedangkan apa yang terpapar di atas platform yang digunakan ternyata sesuatu yang perlu diberi ingatan. Kadang-kadang, bukan sahaja pendapat yang kita usulkan itu tidak sesuai. Ada masanya kita malah tersilap menggunakan sesuatu istilah sehingga menjadikan penyampaian lari dari tajuk dan tujuan.
Kita jangan terlalu yakin. Perlu rajin menyemak. Medan rujukan hanya di hujung jari.
Ada gadjet yang gempak dan mahal, maka apa salahnya merajinkan diri menggunakan GOOGLE selain facebook, twitter dan blogspot. Sebelum menulis tentang sesuatu di blog terutamanya (aku stresskan blog sebab ia merupakan satu platform yang sangat mudah dicapai pada kadar masa yang singkat), fikirlah masak-masak sama ada isi yang kita sampaikan itu benar-benar tepat sehingga ianya mampu mencerminkan diri sebagai seorang yang berilmu atau hanya tin kosong.
Dan jangan pula menulis demi mempertahankan kehendak sedangkan kita tahu bahawa matlamat tidak pernah menghalalkan cara.
Sekiranya kita tidak pasti tentang kebenaran sesuatu fakta, kenyataan, istilah, hatta penggunaan tatabahasa sekalipun, google mempunyai kaedah tersendiri dalam membantu kita menyelesaikan masalah. Meskipun tidak menyeluruh, kita masih memiliki kecerdasan akal untuk menganalisa maklumat yang dikeluarkan oleh google seiring dengan carian yang dilakukan.
Tak guna ada gadjet mahal kalau tak boleh dimanfaatkan dengan baik. Berposing bajet2 diri cun dan hot itu tak salah. Yang salahnya, kalau kita bajet2 diri pandai dan meletup, sekali terkonpiden guna istilah yang salah dengan terang dan nyata dan kemudian berbangga-bangga pula.
Paling masalah, bila dah salah, tak boleh pulak ditegur atau dikritik. Sentap! Mahunya dipuji aje. Tak kool habes! Widura, jangan begitu. Tolong lah cekal!
Kalau takut dilambung ombak, jangan menggatal nak tulis blog. Tulis surat pun perlu gigih perah otak dan merujuk hokey!

Tak caye tanya subjek pada gambar paling atas.
p/s: tapi kalau merujuk tu, toksah la copy-paste membabi buta pulak. Itu gile tade idea. Nak nak menda yang di-paste tu, sudah tersangat la basi.
saye: posto posto… ya sahabat ana pistol… bukan pistol, posto… ana tau la, ana tau





