Archive for the ‘makan-makan’ Category
Dah lama tak cakap pasal makan.
Kalau cakap pasal makan, saya adalah sangat suke akan bangi. Sebab bangi banyak kedai makan. Dan kedai makan dekat bangi adalah bukan sahaja gerenti halal tanpa perlu menggodek website jakim, malahan kebanyakannya adalah memberi kepuasan yang kalau tak maksimum pun, adalah memadai dan berbaloi.
Awal bulan ni, kitorg pegi Islamic Kitchen. Selalu dah lalu depan restoren ni. Sape yang selalu pegi bangi akan perasan yang lately ni ada banyak kedai baru bukak. Boleh kata semuanya nampak menarik dan… mahal. Nampak mahal walaupun bukan restoren exclusive sebab tebiat penjualan makanan di bangi adalah… mahal.
Mahal la kalu nak compare dengan kampung baru or keramat. Ngeee~

*
Lokasi adalah di Seksyen 9, Bandar Baru Bangi. Dari jalan besar tak bley nampak sebab dia terletak dekat blok belakang. Ekceli tujuan mentekedarah dekat sini adalah meraikan umur tiga puluh insan di bawah ini.


Fries ini datang dengan sos apatah. Macam mayonis tapi ada makhluk2 sket digaul bersama. Aku tak sure sama ada mayo ni adalah dari dalam botol, ataupun mayonis yang digaul bersama makhluk2 berkenaan. Tapi keputusannya adalah sedap.


Mashed potato ini recommended. Sedap lah wei. Macam sos mayo tadi, kalau mashed potato tempat lain selalunya plain, tapi yang ni macam banyak campuran makhluk2 penyedap di dalamnya.

Laksa johor. Bapak la banyak. Selalu kalu order laksa, jangan mimpi le dapat banyak ni. Portion macam ni memang kenalah dengan aku yang jarang-jarang dapat melantak laksa johor yang lazat. Cuma masa ni aku tak rasa pun laksa ni, sebab aku sibuk duk makan menda lain.

Ini Chicken Nachos. Harga sebenar adalah tak ingat. Tapi dalam belas-belas kot? Ke rm9 gitu. Really tak sure. Tapi nachos ini sedap. Seswai kalau takmo makan berat dan nak yg light gitu. Seswai bagi yang mahu diet. Seswai sebagai menu sampingan. Seswai bagi yang temboloknya kecik tapi feeling nak makan banyak-banyak menu.

Mix grill. Semua ada. Ayam lembu kambing. Sedap adalah dijamin. Penyumbang kepada kerosakan usus sebab hidangan campuran haiwan di situ. Steak medium cook adalah terbaek. Juicy owh! Juga penyumbang kepada perut penuh secara maksimum. Brppppp!

Err apa nama benda ni? Aku rasa korang tau kan menda ni? Luar garing2, dalam lembut, creamy (sampai muak tapi nak makan jugak). Ada sos strawberry tak silap kat pinggan tu. Ada cream jugak. Sedap.
saye: tulis entri ini ketika sedang berpose adalah kerja gile… tsk
Related posts:
Sebagai anak Kluang yang juga membesar sebagai anak KTM (baca: kuartes KTM Kluang), tentunya isu ni memberi tamparan yang bukan sedikit pada aku. Aku rasa, sume anak-anak Kluang esp anak KTM Kluang (kak dilla hope u read this) rasa yang sama. Coz yang tersebar meluas kat fb pun, antara warga kluang jugak.
Masa berita ni mula tersebar kat fb, aku semacam malas nak amek peduli. Satu, sebab aku dah jarang balik Kluang. Dua, sebab aku dah muak dengan isu halal haram.
Dari dulu lagi, bagi aku, isu halal haram adalah tanggungjawab besar pihak pemerintah. Bagi aku jugak, kerajaan perlu mewujudkan peraturan baru dengan mewajibkan semua restoren di Malaysia ni menampal/menggantung status halal haram masing-masing. Maksudnya, kalau premis makanan tersebut dah dapat lesen halal, maka mereka akan tampal status HALAL. Kalau tidak, mereka MESTI menampal status TIDAK DITANGGUNG HALAL. Tak kisahlah sama ada makanan depa tu halal atau tidak, tapi selagi tak mendapat kelulusan JAKIM, depa mesti jugak tampal status tu sebagai memenuhi syarat membuka premis di mana-mana sekalipun, sehinggalah restoren berkenaan mendapat status HALAL.
Ini bermakna, semua restoren kat Malaysia ni akan mempunyai satu dari 2 status yang logonya WAJIB dipaparkan di pintu depan premis masing-masing iaitu HALAL atau TIDAK DITANGGUNG HALAL.
Boleh tak macam tu?
Cuba korang bayangkan, kalau TGI Friday, Chillis atau Tomy Roma’s tu tampal status TIDAK DITANGGUNG HALAL. Agak-agak, ko sebagai muslim ada beran nak masuk tak? Kalau tak kerana tegas terhadap makanan yang bakal menjadi darah daging sekalipun, mesti korang akan rasa segan nak masuk sebab dah terang-terang status dia macam tu. Maka aku rasa, tanggungjawab pihak berwajib akan tertunai kat situ. At least!
Berkenaan Kluang Rail Coffee yang sangat disayangi oleh warga Kluang, aku memang terkilan dengan isu ni. Baca sumber.
*
Masa kuar cite ni, bukan main la front page. Sah sah la pastu bisnes depa drop. Baca sumber.
Kalau betul depa ni ada intention nak aniaya customer muslim, memang pun aku tepuk tangan dengan situasi ni. Tapi kalau betul ada unsur sabotaj, HM kena bantu Kluang Rail Coffee membersihkan semula nama depa seperti mana HM dah buat keadaan bisnes depa tu merudum akibat news kat front page sebab front page punya effect sgt besar ooo.
*
*
Tapi kalau betul-betul mengikuti perkembangan depa ni, rasanya pihak management Kluang Rail Coffee memang concern untuk memperbetulkan kembali keadaan. Mungkin ramai yang tak tau, kopi Kluang sebelum ini diproses sendiri oleh Kluang Rail Coffee di kantin berkenaan. Tapi mebi setelah bisnes semakin maju, space dan mesin yang ada kat kantin tu dah tak cukup untuk menampung permintaan kopi Kluang yang semakin tinggi. Justeru itu, depa proses dekat sebuah kilang dengan menggunakan ramuan yang sama.
Tak tau la sama ada memang wujud unsur sabotaj bila tiba-tiba tertambah pulak satu ramuan lain oleh kilang berkenaan. Tapi aku percaya dengan dakwaan pihak Kluang Rail Coffee yang depa tatau menahu pasal penambah rasa ni. Sebab resepi turun-temurun keluarga depa ni dah lama… 70 tahun lebih dah. Plus, ada antara family members depa yang dah convert menjadi muslim lama dulu.
*
*
Usaha owner Kluang Rail Coffee untuk membetulkan sume keadaan termasuk dengan mendapatkan nasihat Jabatan Agama bukan setakat perlu dihargai, tapi turut perlu disebarkan supaya nama baik Kluang Rail Coffee dapat dipulihkan kembali.
Aku just berharap, usaha pihak Kluang Rail Coffee untuk mengembalikan kepercayaan customer depa akan dipermudahkan dan semoga Kluang Rail Coffee boleh cepat dapat pengesahan halal supaya aku bley kembali mentekedaroh kat situ tiap2 kali balik Kluang seperti biasa.
tu dia… berkati-kati dah masuk perut masing-masing… patut la solat susah nak khusyuk… wakaka
*
saye: Munkin Govt perlu spend more fund utk employ more pegawai JAKIM so they can work fast n efficient. Bukan spend utk rakaman video or curi senjata api k atau bom kerajaan…. (copy paste modified from komen EMAK)
Related posts:
Lately ni, gemor sangat ke cyber or putrajaya. Dulu kalau sebut putrajaya or cyber, macam bercinta je aku nak pegi. Macam jauh. Tapi sejak dua menjak jadi warga kajang, putrajaya dengan cyber tu dah macam kedai runcit belakang rumah.
Sket-sket putrajaya, sket-sket putrajaya. Dah tu, nak pegi plak mesti dah malam. Menyampah pun ada. Tapi aku pegi juge.
Walaupun macam dah selalu lepak putrajaya, tapi mesti sesat. Aku pun tak paham kenapa putrajaya dengan sesat tu sangat close. Mebi sebab drivernya yang haru-biru. Ala, korang tau kan sape driver tu?
Dan walaupun macam dah selalu ke putrajaya, tiap-tiap kali pegi pun, mesti tade idea nak melantak kat mana. Mesti jugak balik-balik lepak mamak. Melencong sket ke cyber pun, mamak jugak.
Hari tu berjaya melantak kat restoren saba. Omaigat… bukan mau tutup bisnes orang deh. Tapi dari korang dok ingat menu kat sini yang the best, ada baiknya korang ke rawsha atau al-maghreb saje. haiyeee!
So pasal mamak dekat cyber tadi. Lepas pusing-pusing, lalu dekat saba la, rahim bistro la, iranian la, last-last berkenan dekat hassan. Ingat-ingat balik, first time aku melepak kat hassan ni masa menggagau cari cikgu php. Dan dan member isrol kat mmu yang tolong ajarkan (tapi aku wonderpet la, apsai budak bijak tu tak grad2 lagi? kuikuikui). So bila lalu dekat hassan, tak jadi pulak. Sebab ternampak D Arif. Macam kool dan cozy lah.
Memang pun.

Oke, first – ice aream cakes. Yang gambar atas tu ialah triple chocolate chips. Harga RM5.50 kot. Lupe. Rasa oke la sedap. Dia more to ice cream dari cake. Dengan erti kata lain, dia sememangnya ice cream yang berbentuk cake.

Baiklah, menu seterusnya… korang bley tau sendiri seperti di atas. Black paper chicken, chicken shop, grill chicken chop blablabla… tu sume western yang biasa dan rate yang aku bagi ialah 3.5 out of 5. Kira oke la. Tapi yang char kuey tiow tu, woh! woh! Dulu aku pernah kata char kuey tiow kat penang village tu sangat recommended kan? Haaa… yang ni sama je rasa. Except, presentation dia yang biasa-biasa, tapi harga… MURAHnyeeeeeeeeee. Tak ingat bape, tapi dalam RM 5.00++ compare to penang village tu more than RM10 aku rasa.

Kemudian kita ada baryani juge. Sila ambil perhatian, bahawa baryani ini adalah lebih sedap dari baryani restoran saba yang terkenal full house tu (pakai hantu apa? keji tau tuduh2). Dan sebenarnya yang aku tersangat nak rekemen ialah BEEF SPAGHETTInya yang lazat dan nikmat.
Maka bagi penggemar-penggemar spaghetti bolognese, mari cuba melantak di restoren ini. Kalau sedap, cakap terima kasih banyak-banyak kat aku. Kalau tak sedap, sila buat tak tau.

Ini lah D Arif. Betul-betul sebelah Hassan. Ekceli building yang sama. Connected. Tu yang gambo dengan keta peronda tu, aku tak ingat keta apa. Tapi 3 boys tu mati-mati ingat keta polis. Keta polis takpe. Jangan berangan keta batman sudah. Teringat aku si abang pakai baju batman yang ada sayap kat belakang, siap tanya kat mak aku, “wan, boleh terbang tak?”. Ngeeeeeeee… ngeri betul budak kalau salah ajaran ni. Maka sebelum beliau terjerumus ke kancah permasalahan, lebih baik antor dia pi mengaji cepat-cepat. So bila kat umah dia sibuk bukak buku iqra, bukan sibuk cari dvd power rangers dan kemudian menggusti adik beliau yang masih terkutik-kutik tak reti melawan.

Kenapa belum jemu dengan putrajaya di malam hari? Sebab itu adalah lokasi indah terdekat buat masa ni. Dua budak buas di atas adalah pembikin kecoh yang menyebabkan aku tak dapat nak feeling-feeling santai bila berjalan.
Singgah dekat padang kecik depan perbadanan putrajaya, baru aku tau boleh berpiknik di malam hari. Oke len kali mau bawak roti, ayam panggang, mihun, meggi, kambing masak kuzi, spageti… err nak bbq terus agak-agak depa kasi tak buat kat sini?

Acara duduk-duduk dan baring-baring atas rumput diikuti lumba lari oleh peserta lelaki. Selepas puas menggatalkan badan atas rumput, boleh la berangkat pulang.
saye: pakej makan sambil berpiknik di padang perbadanan putrajaya
Related posts:
Entri makan dedikasi kepada si pemakan-pemakan di dalam dan luar negara. Wada sila jangan meleleh ye. Nanti air liur tu beku dengan salji seoul. Wakaka.
Plan nak balun nasi arab dekat restoran saba cyberjaya terpaksa diubah sebab restoran itu sarat macam tin sardin ditambah dengan sardin2 yang baru datang bersepahan wait to be seated. Macam konpiden sangat pegi al rawsha kat jalan damai. Tapi pun penuh maka dengan senang hatinya kami cross sahaja restoren seberangnya. Al Maghreb.

Ini arab jugak. Morocco. Kawasan yang sama dengan al rawsha, just beberapa meter ke seberang. Masa lalu dekat depan al maghreeb ni, sumpah macam tak laku je restoren ni sebab kalu compare dengan al rawsha, macam nak comparekan kedai makan mamak dengan restoren melayu yang malap. Hoh!
Tapi itu buruk rupa dari kabar. Kabar di dalamnya boleh lempar bintang banyak-banyak.

Keadaan dalam al maghreb ni agak cozy. Even kalau lepak kat luar pun nampak cozy if compare dengan rawsha yang macam warung-warung je. Menu dia pun tak jauh beza. Cuma dari segi price dia up sket dari rawsha aku rasa. Sket je la.

Masa ni memang la satu family tak sihat. Tapi dah nama nak dapat makan free… takdonye nak tolak rezki. Buat aje le muka hepi. Asal boleh makan sampai perut tak ada space lagi.

Ini menu pertama yang sampai. Dipilih oleh tukang belanja yang rezki bonus berganda. Lamb tagine kot nama dia. Kalau dah nama lamb dari tangan arab, memanglah tekstur lembutnya tak boleh dinafikan langsung. 
Budak demam yang semakin sukar dikawal. Macam ulat. Tak reti duduk diam. Kadang dah letih memang aku panggil aje, “woi ulat”. 

Mandy lamb. Memang mandi aku. Satu pinggan rm28 boleh makan empat orang. Kalau korang perati betul2, ada 2 jenis baryani kat situ. Lamb nye pulak, aduiyai………….. meloncat-loncat aku nak describekan kesedapan dia. 
Ni mushroom soup. Tak recommend. Pelik rasa dia. Tawar hebeh. Sape la yang order ni? Tahamak! Sudahnya walaupun tapau pun tak makan jugak.
Encik gebu. Gebu… ye gebu. Datang sekali dengan lamb tangine, mix grill dan kebab.
Mix grill. Ada ayam, kambing dan daging. Sos yang dia bagi tu aku tatau jenis apa tapi rasanya memang lain sket. Tapi sodap sampai rasa nak menangis. Boleh?
Ini kebab kambing kot. Lebih kurang sama je dengan mix grill. Err, memang sama pun. 
Arabian Tea. Before that kitorg order moroccan tea. Rasanya arabian tea ni lagi sodap. Sebab dia teh biasa aje cuma tambah pudina. Moroccan tea tu rasa dia agak pelik dan kaler dia lebih light. Tapi sape yang suka, suka la kot.

Cozy kan? Selesa dan tenang. Nak melepak lama-lama dengan family memang seswai sgt. Err untuk makluman para ibu bapa, terdapat juga wanita yang sexy giler bekerja di sini. Tapi bukan belly dancer ye, konpem bukan!

Sedikit cadangan sekiranya makan di sini, lebih baik amek menu yang berbeza bagi setiap orang dan sila jangan tamak. Sebab portion yang diberikan adalah sederhana besar selain makanannya yang terlalu sedap membolehkan korang rasa muak dengan cepat. Tapi kalau bercadang nak tapau aje yang tak abes, ye silakan.

Malam itu pulang dengan perut kenyang, hati senang dan sedikt tapau untuk esok siang. Puas hati berganda. Alhamdulillah.
Untuk map boleh klik sini dan sini.
saye: mari makan









