Archive for the ‘makan-makan’ Category

Minggu rezeki Penang Village. Dua kali jilat pinggan dalam seminggu. Terima kasih kepada tukang belanja yang sentiasa menawan iaitu puan emak dan tukang belanja dengan job baru iaitu puan kaklong. Semoga berkah. InsyaAllah.

Berkonsepkan malaysian local food, penang nyonya dan chinese cuisine, most of menu adalah superb. Malah drinks dan desert juga boleh diberi thumbs up.

Ini betul-betul recommended… char kuey teow yang sedap gila lah!

Fish ball soup. Bagi yang berdiet.

Dry wantan mee… untuk peminat chinese food. Cuma agak sweet.

Western kids meal.

Satu lagi menu recommend… village fried rice apatah… tapi sodap meh.

Kerabu manggo.

ABC

Cendol.

Belacan fried rice. Also recommended.

Nasi lemak… sangat-sangat recommeded.

Pilih-pilih…

Malam yang dibelanja oleh puan tudung merah yang dapat job baru.

Tengah hari yang dibelanja oleh puan emak sebagai meraikan kakak sebelah itu yang akan menyambung phd di UK.

Penang Village Alamanda.

Kecuali harga yang quite expensive, lain-lain adalah sungguh menyenangkan. More info lepak dekat penang village official website.

saye: my family my forever

Related posts:

Mengancam punya tajuk. Entri dedikasi untuk perempuan zombie. Yang mengidam apam balik rangup nipis yang didakwa tidak terdapat di klang valey. Aku kata tipu… melambak aje. Beliau tak caya.

Nah bukti!

 

Betul-betul area tempat keje aku. Baru wujud. Aku baru pasan petang tadi. On the way balik, lepas diskasi ilmiah tru YM kita tuu… Memula pandang aje… sanggup aku patah balik weh… sebab teringat kau la.

 

Maka aku pun rembat sket. Sekeping lima posen. Rasa okey la… mebi sampai umah da sejuk maka da tak rangup sgt. Klu makan panas2, mabelos kan?

 

Isi dalam. heh… ekceli kan, tempat makan kat much tu ade je brader jual apam balik hari2. Mintak yang rangup pun dia ada. Siap tambah coklet rice. Perghh… cemano aku bley lupa nak kabo kat kau? Wakaka.

Sekian terima kasih.

Related posts:

Dah sampai mood raya.

Konpem buat apa pun tade mood. Rasa nak setat cuti dah tapi bukan nak pegi mana-mana pun so macam membazir aje kalu amek cuti. Balik johor bukan macam balik negeri-negeri atas kl, tadenye jem berjam-jam plus jalan pun elok highway mendatar saje. Pagi tadi pegi keje jalan raya da setat lengang, so kuar lambat pun bole sampai cepat. Demi menyedapkan hati yang rawan dan sawan dengan mood raya, aku claim ini sebagai satu keadaan yang sangat best.

Rabu lepas pegi iftar dengan geng opis dekat red wok bangi. Red wok ni restoren chinese muslim. Menu besar dia ialah steamboat. Satu kepala dia charge rm30 untuk buffet. Pilihan banyak. Better than nelayan i think. Manusia pun banyak. Makin malam makin banyak. Sudanya aku ngan encik asben blah sebelum abis magrib lagi. Mebi next time aje la angkut family ke sini dan up entri hanya pasal restoren ini.

Amaran: Entri ini tamak gambar… Sangat tamak gambar

Jumat lepas macam biasa pegi iftar umah parents encik asben dekat sg buloh. Cuma kali ini angkut emak dengan kaklong sekali. Lepas itu nak membayar keinginan tekak terhadap cheese kek so pegi la carik secret recipe. Masalahnya da dekat pukul sepuluh maka konpem la secret recipenya da tutup. Tapi tetap mau kek jugak maka encik asben suggest coffee bean tapi aku tanak. Aku rasa brownis dekat bergerking lagi sedap kot maka drive lah ke mutiara damansara. Betul-betul depan ecurve ternampak secret recipe yang masih open. Hoyeh…. ingat nak jalan-jalan pusing kl lagi tapi kaklong keje esoknya. Apakes la kene keje hari sabtu… patetik!

cium pintu itu hobi baru… rite in front of secret recipe

muka boy kan? macam hensem lah

Hari sabtu pulak pegi shoping. Terima kasih kerajaan malaysia untuk duit raya lima ratus yang menandakan tahun ini macam tak akan ade bonus dah macam tahun lepas. Tak tahu sama ada mahu gembira dengan duit raya ini atau tidak tapi bole la buat beli kasut dan hairband donut tak abis-abis. Ni la jadinya kalu dapat gegirl kerjanya menata rias tak sudah-sudah. Nasib baik emaknya si donut bukan jenis yang go pada branded item kalau tak alamatnya jahanam la aku sendiri tak berbaju raya. Yang penting walaupun emaknya puasa, donut tetap mendapat bekalan susu ibu sepenuhnya. Harap dapat ban susu lembu, susu kambing, susu soya dan segala jenis susu formula sehingga jejak hari jadi beliau yang ke dua. Jangan ketagih sampai kena berubat sudah la ye. (Ini kes dengar cerita betapa susahnya nak ceraikan anak dengan susu badan… urgh)

beli kasut ini sebab tersangat suka… tade baju yang match pun tapi nak pakaikan jugak… ini jawapan kepada baju dan seluar feberet yang diulangpakai ye auntie nus

Iftar itu berlokasi di rumah wajah kesayangan hamba. Kami sempat beli dominos aje masa shoping dekat ampang point. Macam biasa la, kalu iftar dekat umah orang, konpem akan sampai ngam ngam waktu iftarnya. Memang bijak bajet time supaya tak payah tolong masak dan sediakan meja makan. Muahahahahah. Maklang masak bolognese yang diketahui peberet aku dan gulai rebung yang mintak mahap la memang aku tak bape reti nak makan. Macam yang aku kata kat previous entri, bila jupe mereka-mereka ini, aku jadi tak kenal apa itu kamera… maka tade gambar.

Hari Ahad pulak pegi kubur arwah ayah. Ikutkan pegi sabtu tu, tapi sebab shoping terlebih masa maka tunda hari esoknya. Lepas itu iftar dekat nz garden cafe. Ini memang baik punya port lah. Sebelum tu argue sakan nak pegi makan mana. End up mamak jugak sebab kaklong mahu kandar juge. Masa masuk cafe, aku nampak satu minah saleh amek capati. Terdrooling la pulak. So aku pun order la set capati. Set capati ni comes with dua keping capati dan kuah dal dan kentang dal (yang nama sebenarnya aku tatau). Order lagi tandori ciken yang superb lembut menjadi terangkat apatah lagi donut enak menganyam mempi indah di atas meja besar.

buku menu yang sangat selebet sebab dah hancur-hancur

baryani ayam

sebenarnya kami empat orang aje

nasi kandar 1

nasi kandar 2

err ini macam pisang goreng… tapi tatau apakah sebab depa letak lepas tu kami suh amek balik

 

hidangan… dan… perhiasan

ingat nak bawak balik sekeping buat sahur… tapi telah licin di situ… tsk

sape tau apa nama menatang ini?

nampak cosy kan

NZ Garden Cafe ni berlokasi betul-betul sebelah Public Bank dan berhadapan dengan KLCC. Maka bole bajet lah kan betapa beyutifulnya view dia waktu malam esp kalu korang makan dekat meja luar. Maka aku dapat satu idea plus projek bes untuk perempuan zombi yang sungguh-sungguh budak seni itu. Amacam? After raya oke? Tak sabar tak sabar.

gambar ini malap sebab pakai flash

mesti nak membebel jugak masa aku snap

kalau tak flash dia akan jadi terang macam ini

err… ini air kopi panas dalam tin… pernah rasa? aku fes time rasa maka agak jakun di situ

 

Lepas tu stret to downtown jalan reko. Downtown ni kecik aje. And guess wat, stall tudung kat sini murah-murah belaka. Tudung yang jual online rm8 tu, kat sini rm5 aje. Rasa macam bes tapi tatau la kalu aku saje yang tatau harga market berapa.

Hari ini isnin. Termasuk hari ini, tinggal empat hari saje lagi untuk pose. Besok dah mula ramai-ramai cuti sorang demi sorang. Terpaksalah aku melangut sorang-sorang sambil on ym untuk mencari mangsa. Masalahnya sampai kerem jari aku buzz mereka pun, satu soalan aku tanya, lagi sejam baru depa jawab. Oh kejamnya. Kau orang sedang anyam ketupat, aku anyam entri saje.

Selamat Hari Raya.

saye: balik johor balik johor

 

Related posts:

Jumaat lepas pegi jumpe perempuan zombi. Matlamat perjumpaan adalah gosip. Ehem. Kerana kami zombi, sampai saje di lokasi perjumpaan, tak ada lagi meja dan kerusi kosong. Tapi kami tak kisah, sebab walaupun sudah mahu tiba waktu maghrib, kami tidak termasuk dalam kumpulan individu yang wajib iftar. Tuhan kasi kami mc pada waktu yang hampir sama.

Kami perempuan zombi yang tak kenal apa itu mekap. Selalunya lah. Sebab itu aku selesa sama ini zombi. Tapi tak apa, sebab aku flawless, dia fearless. Ini maklumat tidak relevan, encik asben kata yang mekap tebal itu cuma pondan. Tapi sebenarnya, even nak gosok tudung pun aku da tak sempat. Orang genius selalu sibuk. Ahaks!

Masa skodeng-skodeng F&B dekat laman sesawang, aku jupe dave’s deli dalam list. Waaa… suda banyak tahun tidak makan. Seingat-ingat aku, emak yang introduce ini tempat. Lasagna dia superb walaupun presentation dia agak cinabeng. Plus dekat setengah branch macam dekat lokasi yang kami pegi ni, kena layan diri. Tapi servis dia cepat, lagi cepat dari kfc.

Lasagna dia curah sama kuah yang rasa sama macam kuah mashed potato. Dulu aku rasa ada sekali mashed potatonya. Eh ada ke? Tak kisah la sebab portionnya telah menyendatkan perut aku. Gambar itu nampak cenonet. tapi sebenarnya coslow dia banyak dan hebat. Aku makan sampai licin.

Itu aku tengah posing-posing macam nak setat makan. Ketika itu telah jam 2030. Masa itu menu si perempuan zombi belum sampai.

 

Ini menu si perempuan zombi. Carbonara yang rich dengan cheese di atasnya. Rupanya sangat menggiur di samping menggemukkan. Tapi beliau cikeding dan gastrik maka tak apa. Masalahnya beliau cuma makan separuh, itu ada hati mahu claim diri kuat makan. Porahcit.

Err… beliau sedang test shawl itu dan memaksa aku men-snap begitu. Aku rasa macam agak sepalis sebab posing begini. Ini kedai rejek… aku sibuk cari jumper beliau sibuk cari tudung raya berteme spring. Aku tak tahu kaler spring sebab sekarang suda masuk autumn. Tahun ini aku raya dengan kaler sejuk dingin.

Kami pulang sambil gosip pasal pengetua sekolah aku dulu yang kutuk bapak aku bagi nama aku macam benih kelapa sawit. Lepas itu beliau singgah umah in law aku untuk peluk cium donut yang gebu gebu dan gebu.

Besoknya aku iftar dekat majlis buka pose besar-besaran al jabbar. Satu kampung kami serbu. Kali ini dapat makan ala buffet hotel for FOC. Cuma badan berlengas sebab outdoor plus duduk betul-betul depan kambing guling maka kami bukan saje makan kambing tapi makan asap sekali.

Donut pun suda jadi bau asap.

 

Itu dia geng kuat lantak yang serender di hujung majlis. Mereka adalah wajah-wajah kesayangan hamba. Kalau mereka ada, dunia aku jadi huru hara. Tapi aku sangat suka.

 

Siapa tidak kenal, yang terpejam mata itu ialah putera shazlan. Di tangan beliau ialah kambing segar. Ow lihat la wajah menggedik kakngah bila bergambar dengan artis.

 

I love them love them love them love them love them love them love them love them love them love them love them love them love them love them love them love them love them love them love them love them.

 

Besoknya lagi, kami main masak-masak dan beli-beli. Macam biasa, kalau makan dengan wajah2 kesayangan hamba tadi, aku jadi tak ingat mana letak kamera. Mujurla sempat snap tauhu sumbat ini sebab nak beritau intinya aku yang garit-garit dan sumbat-sumbat. Iftar itu encik asben masak kari ayam. Kelebihan memiliki suami yang kaki lantak, beliau juga pandai masak. Malangnya setiap kali beliau masak, aku juga jadi lupa pada kamera sebab kreativiti beliau itu akan buat aku hilang ingatan sekejap.

Ok sekian sahaja cerita iftar minggu ini. Nanti kalu aku makan dengan artis lagi, aku mesti up dalam entri.

saye: iftar tapi tak pose

 

Related posts:

Semalam cuma aku dan encik asben yang pose. Maka otak kami mula mencarik port yang indah untuk mentekedarah di luar umah. Mula ingat mau port yang dekat-dekat umah saje. Aku hanya boleh membayangkan kenny rogers dan juge papa john. Tetapi itu direjek oleh sang pelantak yang bernafsu naga itu. Kata beliau, muak. Maka aku pun mencadangkan chillis ka, tgi friday ka, bombay palace ka. Itu juge direjek beliau dengan alasan tak ada dalam list web halal jakim. Apakah?

Lepas itu beliau mencadangkan order saje dominos dilevery. Hoi……….. baik aku beli murtabak dekat bazar aje okeh! Dan mak aku pun ketawa berdekah-dekah kerana carik port makan punyalah beriya-iya sampai cek halal jakim, tapi at last nak order dominos. Sangat tak cool.

Disebabkan aku bengang dengan insan-insan yang dengki dengan rezeki insan lain yang berpose, aku gagahkan jugak otak untuk memikir jenis makanan apekah yang aku teringin sangat hendak makan. Tiba-tiba encik pelantak yang bernafsu naga itu menjadi sangat bijak.

Arab!!!!!!!!

Dari zaman batu lagi aku nak kebab arab yang ori. Teringat-ingat kebab dekat mekah. Kebab dia kan, roti dia tu, lebar dan panjang, pastu tak lembik macam roti hotdog ramley tu (sila jangan imagine benda lain), pastu daging dia tukan, dia hiris nipis-nipis, bukannya ketul-ketul macam kebab kat psar malam tu, lepas tu kan, daging dia tu adalah daging yang terpanggang dengan panggangan yang tersedap, di mana aku tatau apakah rahsianya sebab masa makan kebab jenis ini aku masih budak yang hanya tau makan dan tidak cuba untuk melihat apakah ingredient dalamnya yang menjadikannya sedap tidak munasabah. Termabelos lah.

Bulan pose, sila tahan air liur anda.

Dan juge, aku super terpedaya dengan cerita ustaz zaman aku belajar pasal kebab ditambah lagi cerita encik-encik ustaz kat department aku nih pasal baryani kambing yang mahal tapi portionnya boleh masuk tangki dua tiga orang. Aku kan, kalau korang cakap pasal makan, telinga aku akan jadi lebih besar daripada tangkai kuali walaupun tangki aku hanya muat untuk makan megi satu bungkus sekali.

Nikmat makan bukan hanya di perut. Ia mula-mula sampai ke tekak dan ditafsir oleh otak barulah ia turun ke perut.

Maka selepas itu aku pun mem-buzz encik naza si gaban buncit untuk bertanya apakah beliau boleh mensuggest restoren makanan arab yang femes. Dan beliau mencadangkan rawsha. Jadi aku pun menggoogle rawsha dan menjumpai menu penuh siap dengan harga lagi.

Sila kelik gambar di bawah yang akan membawa korang kepada full list makanan dekat rawsha.

Kami pun memilih-milih makanan sambil mengira total harga sambil kena gelak lagi sekali dengan emak aku. Dia adalah insan yang jeles, maka abaikan. Oh ye, sebelum korang tuduh aku tinggalkan emak aku untuk bermakan-makan sedap, aku explain di sini bahawa cik kakak aku adalah demam panas waktu itu maka beliau tidak mahu keluar dan emak mahu menemankan beliau di rumah.

Mula-mula aku bajet tamau angkut ini budak, tapi encik ayah nya tidak selera makan sekiranya minah ini tidak me-messykan beliau dan aku di meja makan.

Oleh kerana ini bulan pose, maka secara tiba-tiba restoren ini ada menu buffet. Satu kepala dewasa adalah rm40 manakala budak-budak rm15. Dan oleh kerana aku mempunyai nafsu yang tidak setimpal dengan saiz tangki, maka aku menukar plan untuk makan buffet saje dengan alasan aku boleh rasa banyak benda.

Aku tak amek banyak gamba suasana restoren sebab masa sampai sedang ujan, lepas tu aku pilih untuk duduk inside restoren rather than luar, lepas tu aku rasa sangat tak kool untuk keluar kat tempat buffet semata-mata untuk snap here and there lagipun kamera aku bukannya dslr so nampak macam jakun padahal orang lain sungguh sopan duduk menunggu makan. Jadi korang google image aje lah ye.

Lepak inside agak okeh sebab meja dan kerusi dia ada partition lepas tu ada langsir sehingga aku sempat breastfeed cik safi dengan sungguh aman.


Menu buffet adalah agak susah untuk aku listkan sebab aku tatau pun apakah nama menu-menu berkenaan. Tapi yang boleh aku list adalah macam segala jenis sup macam mushroom soup, baryani, ayam, kambing, ikan, kebab, roti yang macam roti pita, yang macam roti nan, pastu ada spagethi, yogurt, bermacam dessert yang aku tatau nama tapi adala macam samosa, pudding, kek, buah, air teh o, teh susu, air anggur yang macam blueberi pun ada dan air oren kot.


Sedap.

Kambing lembut gemalai ah bila aku kunyah dan telan. Ayam pun besar dan lembut secara extrim. Nasi toksah cakap la, dah la beras panjang-panjang (of cos la kan), pastu bape kali suap aje dah kenyang macam melantak satu pinggan penuh. Dessert bagi aku ada yang sedap ada yang just ok, tgk selera memasing kot.

Orang yang paling berpuas hati pastilah encik pelantak yang bernafsu naga. Dia makan baryani kambing dua kali. Dia bertangki airbus. Aku bertangki proton saga. Life is not fair. Sepatutnya aku datang sini masa mengandung sembilan bulan hari tu. Itu adalah jawapan tentang selera makan cik safi yang sungguh bagus.

Kesimpulannya, rawsha adalah tidak seswai bagi mereka yang dalam program penurunan berat dan pembentukan badan. Ia adalah restorenku syurgaku dan ianya wajib untuk dimasuki sekurang-kurangnya sekali, dua kali, tiga kali atau berkali-kali sebelum mati.



Ini adalah budak yang telah totally bosan melihat mak bapaknya mentekedarah sambil melupakannya di kerusi bayi.

saye: boleh tak produk papa john yang dapat halal jakin cuma doh piza itu saje? habis nak suh aku makan doh aje ke? aku caples jugak si jakim ni karang!

Related posts:

Adv
About Me

the name is widura.

seorang anak, isteri, ibu, pendidik, pelajar.

suke pada kesederhanaan, bukan kesempurnaan.

Facebook

Widura Abd Kadir

Archives
Categories
Recent Comments