Archive for the ‘malaysia’ Category
Adalah normal bagi sesebuah karya yang menjadi fenomena untuk memasuki ruang diskusi yang akan diisi dengan kritikan, pujian dan kutukan. Ianya membuktikan bahawa karya tersebut mempunyai aura tersendiri sehingga diperdebatkan sebegitu rupa.
Sebelum ini, satu ulasan berkenaan filem Ombak Rindu (OR) telah dinaikkan di blog ini. Ulasan ini sebetulnya cenderung menyentuh isu adaptasi karya novel ke filem. Ia sama sekali tidak memberi tekanan terhadap isu moral yang menjadi kontroversi dalam filem ini. Namun kemelut Ombak Rindu yang dimainkan beberapa pihak di sana-sini telah membangkitkan beberapa persoalan di benak saya. Malah, sewaktu artikel ini ditulis, beberapa status di facebook yang memaut trailer Hafalan Shalat Delisa (HSD) telah dinaikkan dengan sebahagian besarnya mengaitkan atau membandingkannya dengan OR. Hampir kesemua status ini termasuk deretan komen yang diberikan menjurus kepada kritikan yang menonjolkan kerendahan mutu dan nilai karya filem anak tempatan. Situasi ini benar-benar membuatkan saya terfikir, salah siapa semua ini?

Bukan tidak ada karya kita yang bermutu tinggi. Tetapi bagaimana dengan sambutannya? Kita sendiri yang banyak mengkritik kebobrokan karya tempatan, kita sendiri juga sebenarnya tidak sedar dengan kewujudan karya-karya terbaik yang pernah terbit atau telah diharamkan.
Adakah fenomena OR membuka mata kita untuk mencari karya-karya ini? Tidak! Kita hanya sibuk mengutuk hasil karya anak tempatan sedangkan kita sendiri tak pernah mampu walau untuk mengedit sebuah video peribadi. Lebih buruk lagi, untuk menaikkan sebuah entri yang bermanfaat di blog pun kita tidak mampu. Malah, selepas gagal menjawab pelbagai isu dan persoalan yang kita naikkan ke facebook pun, kita lebih suka lari dan mengambil jalan pintas menuding kepada pihak lain untuk menjawab.

HSD berkait rapat dengan tragedi alam. Malah, kalau kita amati, Indonesia sendiri akrab dengan pelbagai tragedi tidak kira tragedi alam mahupun tragedi manusia. Rakyat negara jiran ini telah bertahun bergelumang dengan tragedi dan perjuangan sebagai rencah kesinambungan hidup. Sedarkah kita bahawa tragedi dan perjuangan ini telah sekian lama mencorak pemikiran seterusnya menjadi pencetus kepada lahirnya karya mereka?
Bagaimana dengan pemikiran kita?
Kalau kita fikir pengkarya perlu menghasilkan karya yang bernilai, bermoral, kritis dan menonjolkan tahap pemikiran yang tinggi, kita inilah yang perlu mula membuktikan telah menjadi manusia yang bernilai, bermoral, kritis dan mempunyai daya pemikiran yang tinggi. Kerana pengkarya tidak mahu rugi menghasilkan karya yang tidak boleh dijiwai oleh penontonnya seterusnya merencatkan keuntungan.
Perhatikan sahaja facebook kita. Isu apakah yang paling banyak kita naikkan? Kisah peribadi? Dialog suami isteri? Perkembangan anak-anak? Maklumat agama? Isu semasa? Isu politik? Ekonomi? Ilmiah? Nah, masing-masing lebih tahu facebook sendiri. Itulah antara cerminan pemikiran kita. Dan kita tidak malu pula memperlekeh karya tempatan yang hakikatnya mencerminkan jiwa dan minda sebenar kita. Maka bagaimana pula anda mengandaikan pemikiran pengkarya kita?
Hanya pengkarya dengan jati diri yang tinggi sahaja yang sanggup menongkah arus. Tetapi berapa ramai yang sanggup melaburkan berjuta-juta ringgit untuk mengangkat moral, etika dan pemikiran manusia yang belum tentu memberi pulangan? Sedangkan penonton/pembaca hanya melabur RM8 – RM30 untuk menghadam hasil keringat dan idea orang lain.
Saya tentu sekali bukan seorang pengkarya semasa. Namun pengalaman menghasilkan beberapa karya kecil membuatkan saya faham perit jerih berkarya. Ianya umpama anda bersusah-payah memasak, dan orang yang menghadam makanan itu dengan mudah memberi komen “tidak sedap! Sedap lagi makanan Indonesia”.
Seperti mana saya bukan peminat Aaron Aziz (telah disebut dalam ulasan OR), saya juga bukan peminat OR. Namun saya kira, menghukum OR sebagaimana yang dilakukan ramai sekarang ini agak tidak adil. Berapakah peratus kerosakan dilakukan oleh OR sehingga disifatkan sebagai tragedi murahan di sini? Berapa banyakkah penderhakaan plot OR terhadap nilai agama dan kemanusiaan? Adakah di antara anda di luar sana yang pernah cuba membandingkan jumlah kerosakan itu dengan tingkat kerosakan dan penderhakaan yang disajikan dalam banyak filem Melayu yang lain? Jika tidak, anda sama sekali terlalu bias!
Cuba kaitkan sebentar perenggan di atas dengan tragedi Superman Faizal Tahir yang telah dihukum Vs trend pakaian tidak senonoh sesetengah selebriti wanita tanah air yang tidak pernah dihadapkan ke muka pengadilan sebagai satu bentuk pengajaran kepada diri sendiri dan individu lain. Dapatkah anda menterjemahkan konotasinya? Adilkah kita menghukum satu pihak sedangkan pihak yang lain terus ghairah berkarya dalam kemaksiatan?
Di sisi saya, OR memang bukan sebuah filem moral. Ia hanya sebuah filem yang mempertaruhkan idea asal sebuah novel yang laris, barisan pelakon pujaan dan dendangan lagu yang menusuk jiwa untuk bermain dengan emosi penonton rakyat Malaysia yang memang gemarkan melodrama. Ia adalah kehendak pasaran sendiri.
Sekiranya kita masih diulit perkembangan lilitan terbaru hijab muslimah, ghairah mempromosi konsert rock tanah air, masih hanyut mengulit majalah fesyen/keluarga terkini, rasanya lebih molek kita muhasabah diri. Bak kata kawan-kawan facebook saya, carilah cermin.
OR bagaimanapun masih lebih baik dalam beberapa sisi moralnya berbanding lambakan filem-filem tempatan sebelum ini. Ia telah menunjukkan satu peningkatan dan telah pun mendapat sambutan (di sini saya menegaskan bahawa saya 100% menolak keperluan wujudnya adegan ranjang atas sebab apa sekalipun). Sebagai penonton/pembaca yang menikmati hasil kerja pengkarya, buktikan bahawa kita telah bersedia untuk menerima dan memberi sambutan terhadap sebuah karya yang kuat dengan isu kemanusiaan, jati diri dan moral hasil dari pemikiran yang tinggi. Dan semoga lebih ramai pengkarya filem/novel kita akan mampu menghasilkan karya bermutu yang bukan hanya mampu menjadi medan sebaran dakwah dan moral, tetapi mampu meraih keuntungan berganda hasil sambutan pasaran yang hakikatnya adalah terhad.
Berilah peluang kepada karya kita untuk bergerak di atas landasan ‘sokong dan dorong’ rakyatnya sendiri. Kurangkan kritikan membunuh. Keparahan nilai moral dalam karya perlu dibimbing, dipapah, dimotivasikan serta dirawat. Jangan biarkan ianya jadi seperti pokok-pokok yang mati selepas dicaci-maki oleh satu kaum di Pulau Solomon (sumber).
Karya kita, cerminan bangsa kita. Tak percaya? Semak profile facebook masing-masing.
saye: ini belum masuk lagi kekangan berkarya akibat dictatorship. Ada beran?
Related posts:
Sebagai anak Kluang yang juga membesar sebagai anak KTM (baca: kuartes KTM Kluang), tentunya isu ni memberi tamparan yang bukan sedikit pada aku. Aku rasa, sume anak-anak Kluang esp anak KTM Kluang (kak dilla hope u read this) rasa yang sama. Coz yang tersebar meluas kat fb pun, antara warga kluang jugak.
Masa berita ni mula tersebar kat fb, aku semacam malas nak amek peduli. Satu, sebab aku dah jarang balik Kluang. Dua, sebab aku dah muak dengan isu halal haram.
Dari dulu lagi, bagi aku, isu halal haram adalah tanggungjawab besar pihak pemerintah. Bagi aku jugak, kerajaan perlu mewujudkan peraturan baru dengan mewajibkan semua restoren di Malaysia ni menampal/menggantung status halal haram masing-masing. Maksudnya, kalau premis makanan tersebut dah dapat lesen halal, maka mereka akan tampal status HALAL. Kalau tidak, mereka MESTI menampal status TIDAK DITANGGUNG HALAL. Tak kisahlah sama ada makanan depa tu halal atau tidak, tapi selagi tak mendapat kelulusan JAKIM, depa mesti jugak tampal status tu sebagai memenuhi syarat membuka premis di mana-mana sekalipun, sehinggalah restoren berkenaan mendapat status HALAL.
Ini bermakna, semua restoren kat Malaysia ni akan mempunyai satu dari 2 status yang logonya WAJIB dipaparkan di pintu depan premis masing-masing iaitu HALAL atau TIDAK DITANGGUNG HALAL.
Boleh tak macam tu?
Cuba korang bayangkan, kalau TGI Friday, Chillis atau Tomy Roma’s tu tampal status TIDAK DITANGGUNG HALAL. Agak-agak, ko sebagai muslim ada beran nak masuk tak? Kalau tak kerana tegas terhadap makanan yang bakal menjadi darah daging sekalipun, mesti korang akan rasa segan nak masuk sebab dah terang-terang status dia macam tu. Maka aku rasa, tanggungjawab pihak berwajib akan tertunai kat situ. At least!
Berkenaan Kluang Rail Coffee yang sangat disayangi oleh warga Kluang, aku memang terkilan dengan isu ni. Baca sumber.
*
Masa kuar cite ni, bukan main la front page. Sah sah la pastu bisnes depa drop. Baca sumber.
Kalau betul depa ni ada intention nak aniaya customer muslim, memang pun aku tepuk tangan dengan situasi ni. Tapi kalau betul ada unsur sabotaj, HM kena bantu Kluang Rail Coffee membersihkan semula nama depa seperti mana HM dah buat keadaan bisnes depa tu merudum akibat news kat front page sebab front page punya effect sgt besar ooo.
*
*
Tapi kalau betul-betul mengikuti perkembangan depa ni, rasanya pihak management Kluang Rail Coffee memang concern untuk memperbetulkan kembali keadaan. Mungkin ramai yang tak tau, kopi Kluang sebelum ini diproses sendiri oleh Kluang Rail Coffee di kantin berkenaan. Tapi mebi setelah bisnes semakin maju, space dan mesin yang ada kat kantin tu dah tak cukup untuk menampung permintaan kopi Kluang yang semakin tinggi. Justeru itu, depa proses dekat sebuah kilang dengan menggunakan ramuan yang sama.
Tak tau la sama ada memang wujud unsur sabotaj bila tiba-tiba tertambah pulak satu ramuan lain oleh kilang berkenaan. Tapi aku percaya dengan dakwaan pihak Kluang Rail Coffee yang depa tatau menahu pasal penambah rasa ni. Sebab resepi turun-temurun keluarga depa ni dah lama… 70 tahun lebih dah. Plus, ada antara family members depa yang dah convert menjadi muslim lama dulu.
*
*
Usaha owner Kluang Rail Coffee untuk membetulkan sume keadaan termasuk dengan mendapatkan nasihat Jabatan Agama bukan setakat perlu dihargai, tapi turut perlu disebarkan supaya nama baik Kluang Rail Coffee dapat dipulihkan kembali.
Aku just berharap, usaha pihak Kluang Rail Coffee untuk mengembalikan kepercayaan customer depa akan dipermudahkan dan semoga Kluang Rail Coffee boleh cepat dapat pengesahan halal supaya aku bley kembali mentekedaroh kat situ tiap2 kali balik Kluang seperti biasa.
tu dia… berkati-kati dah masuk perut masing-masing… patut la solat susah nak khusyuk… wakaka
*
saye: Munkin Govt perlu spend more fund utk employ more pegawai JAKIM so they can work fast n efficient. Bukan spend utk rakaman video or curi senjata api k atau bom kerajaan…. (copy paste modified from komen EMAK)
Related posts:
Balik Johor lepas empat bulan tak balik, excitement dia macam perantau yang dah bertahun tak pulang ke pangkuan keluarga. Satu minggu aku takde hati nak pegi keje, berharap-harap masa akan jalan laju-laju sampai weekend pun tiba.
Antara agenda balik kampung kali ni ialah Mersing. Mohdiszrolealhalmy tu, sejak kawin lagi mengendeng nak pi Mersing. Aku bukan tamau layan, korang pun tau betapa indoornya aku. Eh korang tau ke? Wah… ada hati nak bajet glamer.
Plan dengan cikzu, kul 6.45am nak gerak. Maka, bangun la aku subuh-subuh ahad. Mandi, ironing, siapkan safi sume, 7.15am jugak baru aku kuar umah. Ingatkan da lambat, bajet kena perli dengan cikzu punye. Sekali, sampai depan umah cikzu, sonyap. Bila kol, dengar sore orang baru bangun tido. Dem!
Blabla gitu gini, pi breakfast sume, dalam kul 8.30 baru gerak dari Kluang. Dan sampai Mersing nak dekat kul 10.00am. Masih tak panas. Maka terus pi kat pantai air papan.
Last aku pi sini masa sekolah. Huhuhu!
safi dan mamazu masa otw to mersing
*
Sampai aje kat pantai, aku punya excitement mencanak-canak. Padahal yang kecoh nak pi mersing ialah mohdiszrolealhamly. Tapi then, aku yang lebih. Tu la, kutuk orang tak ingat-ingat. Sampai masa, aku yang over.
Cemana aku tak over? Pantai masa ni kool gile doh. Sebab baru lepas musim tengkujuh, maka pantai jadi bersih (teori aku je, kalau sesat sila abaikan). Nak nak orang tak ramai, padahal hari ahad. Ni sebab, last week baru je cuti cny. Maka orang dah tak berjalan masa ni. Tu yang pantai lengang.
Cuaca memang superb. Tak hujan, tak panas. Angin pulak, perghhh. Memang syok la kalu nak main layang-layang.
Aku punya plan, memang tade nak mandi. Maka aku tak bawak sebarang persalinan pun. Sebab tujuan asal pi mersing adalah untuk menunaikan cita-cita mohdiszrolealhalmy untuk sampai ke mersing je. Tapi dah alang-alang sampai beach, aku nak la bawak safi merasa pasir pantai ngan air laut. Ni kira first time la. Tapi aku lupe, kalau aku nak bawak safi main pasir, aku pun kena duduk atas pasir sekali. Kalau nak bawak dia berendam dalam air laut, dengan aku aku sekali la kena masuk laut.
Belajar tinggi-tinggi, when come to simple things, mula la jadi bangang.
Oleh yang demikian, terpaksa la membeli-belah. Beli yang tak boleh blah langsung. Janji ada je. Seluar kaler oren, t-shirt kaler biru. Selipar pun terpaksa rembat sepasang. Total kerugian RM55.00.
*
First time safi pijak pasir pantai. Aku yang terkinja lebih. Beliau ni pulak kena ikut mood. Kalau time malas, umpan dengan mc dee pun takde hingin dia nak bangun amek. Masa jejak kaki, konpem jingkit. Nak tanak terpaksa la heret.
Aku saje tak buttonkan romper tu. Agak-agak kalu dia buat hajat besar, bley terus cabut diaper tu dan buat dia jadi macam bot kertas… muehehehe
.
Nampak tak pokok-pokok jadi senget. Angin kuat woo. Best!
Ntah-ntah pokok tu memang senget tak? Tak kisahla, tapi angin hari tu memang best.
mamat di belakang itu sedang sexi… maka beliau disamarkan dalam entri ini
Beliau tak suke air. Beliau menggigil. Air laut hari tu memang sejuk. Hakikatnya, beliau memang takut dengan air sejuk walaupun tetiap hari aku mandikan beliau dengan air sejuk. Iye, aku tak percaya dengan fungsi air panas kepada bayi. No no no. Dari masa pantang lagi aku sudah simbah beliau dengan air sejuk supaya beliau tidak membesar dengan takutkan air sejuk terutama di pagi hari. Air sejuk adalah terapi yang baik. Sape nak sanggah? Bolehlah aku kuarkan entri pasal air sejuk pulak lepas ni.
tapi beliau enjoy dengan pasir itu
*
aku mohon nak bersentimental sket bley? betapa aku berharap agar masa berhenti, memberi ruang untuk aku nikmati saat sebegini lebih lama lagi. terima kasih Allah untuk anugerah terhebat ini.
*
Motif gambo rm1 dua keping itu ialah, nak cite yang duit tu berterbangan dan aku mengejornya agak jauh gak la. makin aku nak capai, makin dia terbang. sib bek depa tak sempat rakan video. klu tak, sure tambah sakai.
Ingatkan lepas abes mandi-mandi nak main layang-layang. Tapi masing-masing dah lapor perut. Gile lapar. So, terus la kuar dari pantai untuk cari makan. Masa otw nak pi town, ternampak menda ni.
Kedai keropok lekor ala-ala kopok losong. Fresh. Buat kat situ jugak. Goreng kat situ jugak. Sos buatan depa jugak. Cikzu cakap, depa ni ada yang memang berasal dari terengganu dan move ke mersing lama dulu. Tapi slang, still slang ganu.
Woh unik tu. Tak pernah aku tau orang johor cakap ganu.
After lunch, terus la pulang. Terpaksa balik awal sebab mohdiszrolealhalmy kena balik kl petang tu jugak. Tapi dia balik naik bas. Sebab ikutkan, kitorg punya cuti sampai selasa. Cuma disebabkan beliau ada masalah teknikal yang tak boleh dielakkan, maka terpaksalah gagahkan diri balik kl naik bas.
Next time balik kampung, harus gigih ke sini lagi. Tu pun harap-harap weather yang sempoi macam masa ni. Kalau panas kedaung tu, mahap la, sanggup aku tunggu lepas musim tengkujuh tahun satu lagi.
Sekian.
saye: johor tetap di hati
Related posts:
Ahad after chinese new year aku pi broga.
Sebenarnya dah dua tiga kali si mohdiszrolealhalmy tu amuk nak pegi broga. Aku bukan tamau pegi, bukan sebab aku tak suka hiking, aku suke… suke sangat. Yang buat aku bertangguh-tangguh nak pegi ialah sebab mohdiszrolealhalmy tu nak pi broga bukan sebab nak hiking, tapi sebab nak makan sate arnab. Sungguh kurang sopan.
Broga Hill ni dekat je dengan persemayaman aku kat saujana impian tu. Jalan masuknya sama dengan jalan masuk ke nottingham university kat semenyih tu. Kiranya, untuk sampai ke broga, korang memang akan pass by depan universiti tu.
Caption untuk gambar di atas.
Kiri: gps ke broga hill. Sila kata aku poyo. Kakak aku tu memang jenis ber-gps kalu tatau jalan. Teknologi dah ada kan? Maka sila gunakan walaupun sekadar nak cari jalan balik umah. Disebabkan belum tergamak nak invest untuk beli GPS letak terpacak kat keta, dan keta pun tak secanggih keta yang pakej datang dengan GPS, maka bolehla gunakan henpon aje. Malangnya, henpon aku takde GPS sebab screen kecik maka toksah mengada nak instal GPS. Eleh, masa henpon ko screen besar canggih manggih pun bukan ko reti guna GPS kan widura? Wakakaka… saya bodoh jalan, maka GPS pun bodoh jugak tak reti nak guna. Bagi peta pun aku tak reti nak baca.
Tapi geografi aku A tau (wah nak bitau jugak).
Kanan atas: Muka-muka separa excited nak ke broga. Dia jadi separa sebab kena kerah bangun pagi. Kalau tak kerana broga, mau depa ni, pukul sebeleas baru terpisat-pisat nak bangkit. Aku? Aku solehah, aku sentiasa bangun subuh hari… lalalalala. 3 boys kat belakang tu terpaksa berdiri supaya muka depa dapat masuk dalam gamba. If not, depa duduk atas bangku kecik yang mak aku beli khas untuk sesi ziarah ke kubur arwah ayah. Belakang tu bonet oke. Ni MPV jadian. Mana ada sit baris ketiga? Kalau kena tahan polis, 3 boys tu konpem kitorg suh baring dan tutup dengan kanvas.
Kanan bawah: Mit, Ina dan Put……. Ingat tak kambing ni???????? Yeeeeeehaaaa. Dua beranak yang namanya aku sendiri pun tak ingat ni (louie? leeya? entah… cikzu ingat tak?), telah selamat berpindah ke keta baru sebab my beloved kancil suda berpindah milik kepada tok mail iaitu atuknya cik safi. Hurrah!
Eh jangan ingat aku beli keta baru. Kambing-kambing ni cuma menumpang kasih kat keta mak aku. Huhuhu!
Lupa nak habaq. Aku pi broga ni beramai-ramai. 2 keta. Keta kedua ialah keta tok mail & kampeni. Didrive oleh mohdiszrolealhalmy. Dan lupa juge nak habaq, yang plan nak pi broga kali ni ialah adek ipar aku yang annoying tu (wahkahkahkah lantak la kalu ko baca epie, memang aku selalu annoy ngan ko pun, ade ko kisah?). Mamat ni memang selalu bersemangat kesukanan. Bajet best pun selalu. Berlagak tak terkira lagi lah. Kalau bercakap nak membangga-bangga diri tu, satu kilometer dah dengar. Dia je yang best, yang pandai, yang alim ulama, yang tau sume menda. Apa yang dia buat sume best. Orang lain takkan se-best dia. Dia je yang bizi mengalahkan perdana menteri sampai tak terpikul sume tanggungjawab semasa. Cakap berdegor-degor beb.
Tapi anak mak. Duduk moscow setahun, menggigil nak balik. Alasan – sakit. Tapi aku tak pernah pecaya. Wakaka.
Wah bestnya aku mengutuk. Blog aku kan, aku punya suka la. Kalu nak kutuk aku balik, sila buat blog sendiri.
Caption pukal untuk gambar di atas: Perjalanan awal ke broga hill. 3 boys tu hanya hiking 30 persen saje. Depa memang bersemangat. Tapi mak-mak pulak jadi lemah semangat. Sebab broga ni agak tak selamat (ni bomba yang cakap). Part-part yang curam kebanyakkan tade tempat paut, macam tali ke apa ke. Nak naik mungkin tak susah. Kang nak turun yang masalah. Budak-budak tu sangat bersemangat kesukanan, mak-mak lenggang kangkung, depa dah sampai puncak. Terpekik-pekik nak suh depa stop. Siap terkekeh-kekeh memperlekeh kitorg, “mana ada penat? mana ada penat?”. Sepak kang!
Yang sampai puncak cuma aku, mohdiszrolealhalmy dan si epie (eh aku tamo panggil ko epie la kat sini, aku panggil ko episotomi bley? oke set!) saje. Ok tipu. Cuma si episotomi je yang betul2 sampai puncak brogal hill. Aku ngan mohdiszrolealhalmy cuma sampai puncak pertama. Ekceli dah dekat je nak sampai puncak broga hill. Dan mudah je sebab dah landai. Tapi aku dah tak tahan panas. Panas wo, panas! Tu le, start hiking pukul 8.30am. Orang dah berdedai-dedai turun, kitorang baru nak naik. Lembab! Lepas tu bawak budak kecik dengan warga emas. Masak ah. Kena pulak dengan tok mail yang tak penat-penat membebel. Pak metua aku punya tenaga memang 1000 kuasa kuda tau. Walaupun body beliau begitu mantap, tapi bab tenaga membebel, belum ada jaguh yang mampu bertanding. Hebat! Kalau baran, cuma ada sorang je yang bley cairkan hati beliau.
Iaitu cik safi. Weeeeeeee. Cucu sulung la katakan.
Sape nak kata aku dressing macam budak skolah sila angkat tangan. Tu namanya misi menyahut kempen WIR. Yep, lets wear it right. So sesiapa yang nak kecam aku, aku redo je la. Maklum la dulu i sexi, i freehair. Maka kalu tetiba nak buat khutbah agama, konpem kena kecam punya. But everybody deserve a second chance rite? So take one step at a time. Kang pakai aje macam wanita solehah, tapi perangai sungguh bermasalah.
Sebenarnya t-shirt muslimah tu aku beli masa berbadan dobok masa 9 bulan pregnen. Masa tu t-shirt triple xl mohdiszrolealhalmy pun aku dah tak muat nak pakai.
Haa… ni cite best. Masa kami naik broga hill ni, ada kejadian orang jatuh. Kepoh la sepanjang perjalanan. Sebab sepanjang kami mendaki, orang yang tgh turun akan warning, sila hati-hati sebab ada orang dah jatuh kat atas. In fact masa nak naik jugak, ambulan baru sampai. Jadi attenden tu la yang kena daki bawak ubat2 sume. Sampai empat kali attenden tu muntah ko. Lawak la ko pakcik. Muka je konpiden. Tapi muntah. Hewwwww. Tu pakcik pakai baju biru yang posing pandang kamera tu la attenden yang muntah 4 kali.
Kakak yang jatuh ni bunyinya agak teruk la. Darah kuar ikut telinga, idung sume. Pinggang da tak ley gerak, tu yang tak leh turun. Masa aku nak turun tu, terserempak pakcik bomba. Bomba tu cakap, ni dah kali ke empat dalam sebulan. Sabau je la pakcik yek. Berkhidmat untuk menyelemat. Hidup Bomba!
Tetiba!
Eh aku dulu kadet bomba tau. Lalalala.
Sila abaikan superman gemok bersayap merah di atas. Yang baju kelabu dan bagi peace di belakang supermen gemok bersayap merah tu ialah episotomi yang annoying tu. Dua-dua gemok. Hai gemoks… peace!!!!!!!!
Oke selesai acara mendaki. Dah selamat turun tanpa kecederaan kekal. Alhamdulillah.
Dah bakar lemak, mestila kena ternak lemak balik kan. Maka tercapai la cita-cita mohdiszrolealhalmy untuk melantak sate arnab. Berhadapan dengan starting point broga hill tu ialah sebuah rabbit farm. Aku tak ingat pulak nak snap pemandangan hadapan. Sebab sistem perpeluhan aku sungguh aktif masa ni. Berlengas!
Rabbit farm dan tempat makan tu obviously own by chinese. Aku sebenarnya musykil sama ada halal or not. Tapi sebab mohdiszrolealhalmy pernah tgk rancangan kat tivi pasal tempat ni, dan depa claim halal, maka on ajelah (kalau dah kat tivi kata halal, aku tawakal je boleh?). Dia ada la banner tunjuk pak aji tengah cucuk sate. Cucuk je, bukan sembelih. Huwaa… huhuhu. Tapi pekerja kat sini 70% memang malay muslim. Bukan indon. Sah malaysian. Maka dengan bismillah, aku yakinkan diri, halal.
Bedal!!!
Tapi sate arnab tu liat la. Dan makanan kat situ dem mahal. Cuma yang jadi daya penarik tempat ni ialah, dia ada mini zoo. Ada rabbit, kambing, biri-biri, lembu, kera dan donkey. Sekadar nak luangkan masa dengan family esp kanak-kanak riang, memang seronok. Bley bagi haiwan-haiwan ni makan, kena beli food depa kat situ gak. Satu bungkus lengkap ada food untuk sume jenis hewan. Harga mak datuk… memang amek riba owner ni. Rm10 okey.
Cik Safi dah menunjukkan ciri-ciri mewarisi kecintaan kepada kambing. Siap panggil kambing macam pangil kucing. Cuk cuk cuk. So bapak dia buat correction. Bukan cuk cuk cuk, tapi bak bak bak. Oke gua baru tau! Sebab ini team memang handal pasal kambing. Sebab tok mail dulu pernah handle projek ternakan biri-biri kat LGM. Sampai mohdiszrolealhalmy tu pernahla masuk paper masa sekolah rendah. Tapi bukan sebagai penggembala kambing ye, sekadar aksi menyusukan kambing. Menyusukan? Huhuhu. Tetiba aku imagine laki aku menyusukan kambing. Bukan menyusukan la bai, tapi bagi kambing minum susu guna botol.
Sampai sudah, tok mail tu dipanggil mail kambing. Korang pi la mana-mana LGM, jumpa staff lama, tanya kenal tak mail kambing? Kalau kenal, haa, tu le my fader in law. Yeehaa. Dan ni macam nak start ada panggilan isrol kambing. Omaigat, brader, sila move ke department lain as soon as possible oke! Kang tak pesal-pesal aku dapat tempias.
Widura kambing!
TIDAKKKKKKKKKKKKKKKKKKK!
Di kesempatan ni, aku terasa gatal nak uplod gambo lama masa hiking kat frim. Ni tahun 2007. Masa ni aku tade blog lagi. Yang ada cuma friendster yang tak bape rajin aku nak update. Wuiyo slimnya aku masa ni. Ke sebab aku pakai seluar ketat? Tak solehah sungguh! Mengade eh? Lempang sket!
Tak… motif aku bukan nak tunjuk “me – before and after”. Sekadar nak flash back kejadian hiking yang buatnya empat tahun sekali. Patut la tak cergas. Dah la pi hiking pakai jeans. Siap bawak henbeg tu yang aku tak tahan. Dan kejadian paling menarik masa ni ialah, kakak aku muntah labu…….. wakakakakaka gelak sama dia. Tu la, ada ke pi melantak just before hiking. Pandai kan? Sukenya aku gelakkan orang. Keji!
Ok da abes.
saye: nak hiking nak hiking nak hiking lagi……





















