Archive for the Category »much «

Senarai Penuh Tahap Universiti Berdasarkan SETARA 2009

Click Untuk Gambar Besar

saye: hari ni cuti blogging

Untuk Cemerlang Kita Perlu Sayang

Ingat nak letak full list tapi tak terbuat. Rasanya list cemerlang sudah cukup ok.

Kalaulah list ini menunjukkan ranking… warga msu dan bekas warga msu boleh melompat ke langit.

Sebab dulu dah puas makan hinaan. Berbakul-bakul. Betul?

Hati mana tak tersagat, bila tempat menimba ilmu diperlekeh. Dulu KUTPM… depa kutuk, kutepem, kutepem. Bila dah jadi msu… mesu mesu… eh!

Bila tanya belajar mana – KUTPM… spontan la kuar statement… K.U what? Mana tu?

Siyes terasa hina.

Hari ni kau tengok… kalau tak lagi hebat pun, universiti cabuk tempat aku belajar tu dah sebaris dengan universiti tua kau tuh.

Ingat main-main ke?

Universiti kau dah berpuluh-puluh tahun. Universiti aku baru sepuluh tahun. Kalau nak kira ukuran persegi, universiti aku tak sampai persepuluh pun universiti kau. Takde pun gila subsidi. Tade pun official support by any agency and company.

Tapi tengok, tengok, tengok la kini.

Gambar ini curik dari fb ciknus.

Pesanan aku kepada semua yang bergelar students, esp students kat MUCH, sayangilah tempat kita menimba ilmu. Bila kita hargai apa yang kita ada, barulah kita akan rasa gembira. Kalau kita asek merungut tak tentu hala, itu tak kena, ini tak kena… susah untuk kita berjaya.

Macam kalau kau kawin, tapi kau tak sayang. Boleh bahagia? Tak boleh kan?

Dulu, masa aku belajar, aku memang sakit hati bila orang kutuk MSU. Nak nak, student MSU sendiri. Kalau kau rasa MSU tu haprak gila, pegila belajar kat UTP ke, Uniten ke, MMU ke… IPTA ke. Tak layak? Ha, sila la redo aje. Dan belajar bersyukur dengan apa yang ada.

Sebab tu lah anak melayu susah nak berjaya. Berjaya komplen aje.

Hari ni kau tengok MSU yang kau hina tu dekat mana? Kalah Lim Kok Weng semua. Kalau tak, takkan ada students MSU yang dapat 4.00 flat segala? Dia pun sama macam kau. Belajar dengan lecturer yang sama, kelas yang sama, lab yang sama, makan kat stall yang sama. Boleh aje?

Lagi satu, kau komplen-komplen. Kau tu best sangat ke? Toksah tanya apa yang universiti boleh bagi pada kau. Kau tu, apa yang kau boleh bagi pada diri sendiri?

Sebenarnya, kalau kita nak berjaya, jangan buat alasan. Tak cukup fasiliti lah, lecturer bangang lah, komputer kat lab tak update ngan technology lah. Bagi aku, tak ada satu perkara yang boleh menghalang kita kalau kita nak berjaya. Allah akan membantu hambaNya yang gigih berusaha. Persetankan apa orang nak kata. Kalau kita bagus, dari Harvard ke, dari MSU ke, dari MUCH ke, kita tetap akan bagus. Benih yang baik, campak ke darat jadi gunung, campak ke laut jadi pulau. Faham kah?

Tak payah la kalau belajar kat oxford sekalipun, abes belajar jadi pendusta anak bangsa. Seumur hidup kau makan sumpah maki orang. Berkat ke hidup?

Bak kata presiden MSU dulu (Datuk Syukri terchenta), kalau yang berjaya tu students dari Harvard, ada kau pelik? Tapi kalau yang datang dari universiti yang tak glemer… barulah salute habis. Sama jugak macam most of best student masa SPM. Ingat Nor Amalina? Datang dari sekolah ulu tiram aje. Tak payah pun belajar kat ssp ke, tkc ke, stf ke, mrsm ke segala.

Ingatlah, apa yang kita nak, tak semestinya kita dapat. Dan apa yang kita dapat, adalah yang terbaik untuk kita. Hargai apa yang kita ada, selagi ia masih ada. Syukurlah kalau belajar kat universiti tak glamer pun. Ada orang lain, tahap akademik jauh lebih layak, tapi kesempitan hidup, family sakit, langsung tade peluang belajar.

Kau nak yang mana?

Hidup kita, pilihan kita. Memilih untuk selalu komplen is about torturing ur ownself. Orang lain tak kisah pun. Instead of complaining that the rosebush is full of thorns, be happy that the thorn bush has roses.

Daripada kau longgok benda negative untuk dicaci, baik kau kumpul benda positif untuk disayangi. Kalau tak, sumpah kau tak bahagia sampai mati.

p/s to warga much>> tak masuk list sebab universiti baru (baru naik taraf KU), belum ada graduate degree… sila sabar ye…

saye: sayang msu sayang much sayang ukm sayang semuanya

Game

Kejadian berlaku di sebuah computer lab sebuah ipt…

Cikgu X: Ni pahal budak2 ni terjenguk2 dari luar? Ada kelas ke?

Cikgu Y: Nak main game la tu… (sambil muncung-muncung)

Tak lama lepas tu…

Cikgu Y: Isk… punyalah banyak donlod game dalam pc nih… budak-budak nih (sambil geleng2 pale)

Cikgu Z: Banyak? Eh bak mai nak copy… (sambil hulur pendrive)

Tamat.

saye: err……..

Category: much  Leave a Comment

Akak Ke?

Semalam, masa aku berjalan nak gi kelas, ada la satu group students depan aku. Aku agak students baru. Sebab dorang tak pakai uniform, pakai t-shirt putih je sume. Mebi baru 1-2 weeks, or mebi baru sebulan kat sini.

Coz dorang jalan macam bercinta, so aku nak pintas la group tu kan. Bila geng2 yang kat belakang tu perasan aku nak pintas dorang, one of them cakap…

“Oi korang, tepi. Akak ni nak lalu.”

Erk!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Ok ok, bertenang. Be positive.

Mebi aku comel, kiut-miut and look very very very young. Young enough untuk dipanggil… akak!

Akak?

saye: adei!

Category: much  5 Comments

Cikgu Di Hati

“Aku tak reti mengajar. Aku tak mungkin jadi cikgu.”

Itu titah aku… satu masa dulu.

Mungkin titah telah makan tuan. Hari ini, aku terpaksa tunduk akur kepada ketentuan Tuhan yang lebih kenal jalan yang terbaik untuk aku jadikan pilihan.

Nanti la aku cerita sikit-sikit macam mana aku boleh tiba ke jalan yang ini. Later.

Guru adalah pemandu arah kehidupan. Aku sesungguhnya tidak menafikan, bahawa peranan guru dalam membina jati diri insan telah memberi pengaruh besar kepada siapa diri kita pada hari ini. Secara langsung atau pun tidak.

Di ruang ini, pernah aku katakan dulu (sini).. guru itu terlalu ramai jumlahnya, terlalu luas pengertiannya. Dari seawal pelajaran pertama ~ sehingga telah melelapkan mata. Guru mengiringi sepanjang usia.

Justeru guru… walau siapa pun mereka, walau apa pun pelajaran meraka yang telah aku kunyah dan hadamkan, terima kasih ke akhir nyawa. Selagi tubuh ini bernafas, selagi ilmu itu  bermanfaat, jasa kalian utuh takkan pernah pudar.

Kepada cikgu tadika, cikgu sekolah rendah, cikgu sekolah menengah, cikgu uitm, cikgu ktc college, cikgu msu, dan cikgu ukm. Tidak ketinggalan cikgu penulisan, cikgu php, cikgu wordpress, cikgu flash dan bermacam-macam cikgu lagi.

HAPPY TEACHER’S DAY.

Kalian akan abadi di dalam hati ini.

saye: the best teachers teach from the heart, not from the book.