Archive for the ‘much’ Category
“Aku tak reti mengajar. Aku tak mungkin jadi cikgu.”
Itu titah aku… satu masa dulu.
Mungkin titah telah makan tuan. Hari ini, aku terpaksa tunduk akur kepada ketentuan Tuhan yang lebih kenal jalan yang terbaik untuk aku jadikan pilihan.
Nanti la aku cerita sikit-sikit macam mana aku boleh tiba ke jalan yang ini. Later.

Guru adalah pemandu arah kehidupan. Aku sesungguhnya tidak menafikan, bahawa peranan guru dalam membina jati diri insan telah memberi pengaruh besar kepada siapa diri kita pada hari ini. Secara langsung atau pun tidak.
Di ruang ini, pernah aku katakan dulu (sini).. guru itu terlalu ramai jumlahnya, terlalu luas pengertiannya. Dari seawal pelajaran pertama ~ sehingga telah melelapkan mata. Guru mengiringi sepanjang usia.
Justeru guru… walau siapa pun mereka, walau apa pun pelajaran meraka yang telah aku kunyah dan hadamkan, terima kasih ke akhir nyawa. Selagi tubuh ini bernafas, selagi ilmu itu bermanfaat, jasa kalian utuh takkan pernah pudar.
Kepada cikgu tadika, cikgu sekolah rendah, cikgu sekolah menengah, cikgu uitm, cikgu ktc college, cikgu msu, dan cikgu ukm. Tidak ketinggalan cikgu penulisan, cikgu php, cikgu wordpress, cikgu flash dan bermacam-macam cikgu lagi.
HAPPY TEACHER’S DAY.
Kalian akan abadi di dalam hati ini.
saye: the best teachers teach from the heart, not from the book.
Related posts:
Macam best je dapat bunga.

Walaupun bukan aku yang dapat.
Ini untuk mereka…

Sempena hari jururawat antarabangsa.

Kadang-kadang MUCH memang pandai amek hati.
Promosi sket… sini
Semoga menjadi generasi jururawat yang hebat.
saye: nanti teacher’s day ada bunga jugak tak? ngeee~
Related posts:
Hari-hari pun terasa malas nak pegi keje. Celik je mata, first masuk pale otak aku ialah CUTI! Kalau la diikutkan hati dan perasaan yang melara ni, memang la aku bley dapat oscar worst attendance dari company. Maka untuk tidak membuang masa lagi, ku kuatkan hati ~ bangun dan melangkah ke opis… (sila baca ala-ala bersajak)
Aku ni macam-macam menda nak buat. Tapi tak jugak aku buat-buat. Last week baru je abes exam kat ukm. Ingatkan dah boleh rest dengan jayanya. Tapi tak pesal-pesal lecturer pulang satu essemen suruh buat balik. Ngee~~~ Nak ikutkan pengalaman essemen kena reject n memang cam hampir takde. Btw, biar le aku terus-terang aje, sebab essemen tu bukan aku yang bwat. Aku outsource sebab time tu aku ke-morning-sickness-an yang menyebabkan aku temporarily tenat. Heh sib bek bukan jenis outsource berbayar ok. Tambah2 lagi aku memang takdo le pengalaman meng-outsource essemen sebelum nih. (note: saya student baik… ekeh keh keh)
Jadi secara tak langsung, elok-elok patut aku dah lapang otak dan dada, jadi serabut juge dek keje. Paling-paling melara jiwa bila semalam dapat pulak perutusan lecturer kata aku tak anto lab exercise lagi. Pulak dah! Jadi dengan semangat raksasa, hari tu jugak aku belasah siapkan sume keje dan anto kepada lecturer dan tutor labnya. Pegi fakulti dah petang benor, dah takde manusia. Card matrix aku pulak tak bley akses pintu utama… adoi la apa la malangnyer. Balik le aku dengan hati yang lebih melara.
Maka hari ini…
Pagi-pagi buta aku dah terpacak kat fakulti. Tu belom nak cite sadisnya perjalanan yang amek masa sejam dek kesesakkan keta-keta nak pegi bangi. Nasib baik sket ada makhluk dekat tempat yg aku nak masuk tu. Ketuk-ketuk, dia tulung buka pintu. Heeee~~ aku pun sengih-sengih sebagai ucap time kaseh. Dah le ujan pepagi buta ni, i really need toilet ok. Hahaha. So after sumbat CD kat bawah pintu (memang sah le pepagi buta they all ni tak masuk opis lagi kan) aku pun blah dengan girang nyer. Harapan berbunga-bunga maklum le dah lepas azab sengsara. Kononnya.
Sampai opis, aku trus emel tutor. Bitau sudah anto CD. Later dia reply kata suda trima. But tgh hari pulak dia emel lagi, katanya CD nombor 2 tak boleh buka. Huwaaa….. ko nak suro aku nanges apa? Maka aku pun cam biol-biol cakap kat tutor, yang cd no 2 tu cume file video yang boleh dirender dari source kat cd 1. Cam bangang tak aku? Kah kah kah. Paling bwat aku rasa cam bangang ialah apsal la aku tak zip je sume file2 tu baru burn? Takde la sampai kena burn 2 cd. Memang la tak muat. Dah dasar laptop zaman jepun mana nak ada dvd burner pulak. Hai…
Nak celoteh sket lagi.
Kat opis.
Exam syndicate mmg confusing. Bila orang submit paper lambat, kena marah. Bila aku submit paper awal, they all sengih-sengih sambil berkata;
“awal ni kak, kitaorg tak decide lagi nak bape set”
Aku … (tercungap-cungap);
“kalu gitu bukak je la file, boleh saya setlekan mana yang patut. takyah le saya datang dua tiga kali”
Budak exam syndicate (sengih-sengih);
“takpe nanti kami bitau bila dah decide nak bape set”
Aku…
Otak ko! senang je ko cakap, bukan ko yang kena maraton mengharungi panas ujan ribut petir masa nak submit dokumen…
Tapi tu aku cakap dalam hati je la… haa haa
Biol betol la!
metaphor mood aku ketika ini… zzzzz dalam keadaan yang comel sekali, bak kata akak aku… muka suci! hiii
Haih! Bila la nak balik n? Ade je yang aku berceloteh lagi nanti.
saye: nak pegi beach nak pegi beach



