Archive for the ‘penyusuan ibu’ Category

Hey ini sebuah entri sticky…

untuk maklin… aku tolong promosi

kelik gambar ini

amacam? ada berani?

saya berani… weeeeeeee

*****

*****

Saya adalah Sweet Bonda kerana…

sentiasa comel beraksi remaja,
meski sibuk berkeluarga dan berkerjaya.

sentiasa melapangkan masa mengepam di mana-mana,
pabila tak bersama anakanda tercinta.

sentiasa awal ke tempat kerja,
untuk mengepam sebelum sesiapa.

sebaik pulang ke rumah nan syurga,
terus menyusukan dengan gembira.

sentiasa tekun memenuhkan peti ais,
dengan harapan stok susu tak akan habis.

sanggup tersengguk berjaga malam,
memujuk anak jangan meragam.

kadang tertido semasa di office,
nasib baik dapat bos yang sporting abes.

sentiasa ceria walaupun renyah,
sentiasa sabar di dalam payah,
sentiasa ketawa tatkala penat,
asal dengan menyusukan anak kan sihat.

sentiasa berusaha dan berusaha,
penyusuan eksklusif matlamat utama.

kerana itu tiada keraguannya,
bukankah saya ini “a sweet bonda”?


she said the medela harmony will make her meals more yummy

saye: majulah penyusuan ibu untuk negara

Related posts:

Aku benci orang yang mengkhianati janji. Sungguh!

Allah juga tidak suka hambaNya mengabaikan janji. Betul!

Maka untuk tidak menyamakan diri aku dengan golongan di atas, akan aku sempurnakan kisah seperti yang tertera pada tajuk.

Bahagian ketiga.

Al kisah.

BERPANTANG

Kerana mahukan kesederhanaan, aku memilih untuk berpantang selama 44 hari. Kalau la boleh dikirakan 44 hari. Hee~. Nama pun kerja makan gaji. Takkan nak berpantang sampai 100 hari? Kalau nak 100 hari, ada yang akaun banknya segan nak berisi. Lain la kalau laki aku tu pak menteri.

Aku menyempurnakan acara berpantang ini di tapak jajahan aku di Cheras. Sepanjang tempoh nan bahagia itu, aku ditemani oleh puan emak terchenta. Selalunya puan emak cuma ingatkan aku buat itu dan ini, sebab kebanyakan kerja-kerja menjaga baby dilakukan sendiri oleh encik asben sebagai superdaddy. Cuma kalau encik asben tidak berada di tempat kejadian, barulah puan emak menghulur tangan memberi bantuan. Tapi bab menu-menu berpantang, kebanyakan memang puan emak yang masakkan.

Sape kata aku mengelat berpantang? Aku berpantang macam orang Melayu lain juge. Pakai bengkung, sarung kain batik, sarung stokin, berurut, lulur (sekali dua aje :P ), pakai param (again… sekali saje), mandi air panas, mandi herba (dua kali), tak makan benda sejuk, tak makan benda gatal dan lain-lain. Puan emak pulak memang masak yang sedap-sedap. Takde la macam aku baca cerita bloggers lain, yang kena makan nasi ngan lada itam setiap masa. Oh! Mengambil kata-kata emak Cik IsmellMe, yang mana diturunkan kata-kata itu dari emaknya pula,

“kau bersalin dah banyak hilang darah, hah makan sedap-sedap”

Hamik.


cik ismellme yang selalu di sisi tak kira senang atau susah, kaya atau sengkek, gembira atau sedih

Aku paling suka menu ikan haruan goreng. Perghhh! Tapi bila disuakan kepala dia, serentak aku meloncat lalu mencampak ikan tu jauh-jauh. Sempat pulak jeling-jeling sambil menguis dan mencubit-cubit dagingnya tanpa memandang kepalanya itu. Bley gitu?

Berpantang cara orang dulu-dulu, kena sukat-sukat masa minum air. Tak boleh banyak. Aku pun sukat jugak. Sukat kasi banyak. Har har har. Ko gile musim panas nak catu aku minum air? Tambah-tambah baru lepas bersalin. Ada nanti yang melolong terpekik sembelit kau tahu!

Makan jamu? Mintak ampun. Secara tidak sengaja, aku telah contribute meng-kaya-kan tokey Salindah. Promosi sikit. Takde testimonial, makan tak proper.

Tak kuar umah? Hari ke-4 aku dah kuar umah. Aku tak pegi Ikea. Aku tak pegi Mid Valley. KLCC jauh sekali. Hee~. Mana boleh ummi duduk melangok kat rumah bila baby kena duduk dalam incubator sebab jaundice. Tengah pantang, emosi rapuh 24 jam. Tahu-tahu baby kena tahan wad, aku masuk bilik air nanges puas-puas. Baru kau tahu perasaan menjadi seorang ibu. Sarat berat tenat bila masuk bab anak. Even Safi menonggeng dalam incubator dengan darjah kecomelan yang mengagumkan pun aku tak sanggup nak snap gambar. Sentap betul masa tu.

Aku rela Safi memekak sampai aku tak tido malam. Jangan dia takde kat sebelah aku bila aku terjaga tengah malam.

Pernah satu malam, rasanya malam kedua lepas bersalin. Aku pegang Safi yang berbedung sambil sandar kat katil. Mata yang mengantuk tak hengat tetiba terlelap pulak. Dan Safi yang molek di tangan berguling-guling jatuh. Nasib baik atas katil. Aku yang saspen gile, “astaghfirullah astaghfirullah astaghfirullah”, yang Safinya lena memejam mata. Aduhai anak!

Aku tak menghadapi sindrom kebosanan melampau sepanjang tempoh berpantang. Ini disebabkan aku dikelilingi oleh sekian ramai hamba Allah yang sukerela melayan dan menjaga aku tanpa banyak komplen. Juga diziarahi saudara-mara dan sahabat handai terhebat yang takkan terlupakan.


pinjam model saya… sila bayar sewa

Malah perayaan Chinese New Year tahun ini juga bersambut dengan BBQ ala Rob Rainford di samping pertunjukan bunga api percuma tanpa henti di kawasan sekitar.


license to grill versi malaya


tak payah pegi klcc

Okey cerita pasal perkembangan lain pulak.

Berat badan aku? Perlu ke nak tahu? Wuwuwu~ Aku naik 23 kilo. Sudah turun 13 kilo. Okey… amik kalkulator dek. Kira la sendiri how many kilos to go. Tapi kadang-kadang aku rasa body skang cam solid gitew! Takde la lagi orang panggil aku papan. Problemnya, baju-baju aku yang dah super sendat tu nak taruh mana? Ouch!


dalam pantang… debab to the max (gambar curik dari fb fizza, tqs)


hujung tempoh berpantang… 43 hari… masih debab debab debab


terkini… helah gambar kabur… hakikatnya tidak seindah gambar… (kalau la gambar pun indah) ohooo… tolonglah kata saya telah comel… pls pls pls

Berat Safi? Bagai juara. Berketak membulat membelon. Mau tidak, makan tido berak. Lebih berat dari sekampit beras lima kilo. Ramai duk tanya, Safi minum susu apa. Jawabnya, susu termahal di alam buana. Tidak terdapat di pasaran.


bulat bulat bulat


minah lasak sudah tersasar dari tempat parking… hoih


hokey… describe sendirik


posisi tido feberet

3 minggu pertama, Safi bantai tido siang, malam-malam dia bikin orkestra. Bak nenek-nenek si bongkok tiga, siang mengantok malam berjaga.

3 minggu berpantang, aku balik Kluang… cukur jambul kecil-kecilan.

5 minggu berpantang, aku holiday kat Penang. Hahaha! Jangan mare la. Aku masih pantang makan. Tak caya tanya mak aku.


very nice view dari bilik2 hotel ini… view ajelah

InsyaAllah later nak cerita pasal cuti-cuti ni.

Nak cerita pasal majlis aqiqah dan cukur jambul Safi.

Nak cerita pasal pindah umah terkini.

Semuanya berlangsung masa aku cuti materniti.

InsyaAllah akan masuk satu-persatu ke dalam entri.

Tapi tak janji.

Hehehee~

Anak dara aku

saye: macam nak join the biggest loser… rasa-rasa diterima tak? tsk

Related posts:

BERSALIN

Memang la penantian tu satu penyeksaan. Mak aku pun pernah bitau, masuk minggu-minggu akhir kehamilan memang melelahkan. Setiap masa aku dok cek kalau-kalau dah kuar tanda-tanda bersalin. Dari masuk minggu ke-36 lagi aku dah me-ready-kan diri. Maklum le, perut dah besar tahap tak larat nak bawak lagi dah. Letih tu jangan cakap la. Asek termengah-mengah. Tido malam lagi la. Bila nak ubah posisi, rasa berat sungguh… kerana sesungguhnya memang ada budak dalam perut kan… huhuhu.

 

Minggu ke-38

Masa ni kadang-kadang aku ada rasa false labor contraction. Bila aku letak status “false labor contraction again n again” kat facebook, ramai ingat aku dah nak bersalin. Ngoh hoh hoh. Kontroversi btol. Padahal tu false alarm je. Hakikatnya, aku mmg tertunggu sangat setiap kali ada contraction. Tapi semuanya rasa biasa je, tak menyakitkan dan tak konsisten. Hmphh!

Minggu ke-39

Sehari sebelum masuk minggu ke-39, aku gi check up kat HUKM. Doktor memula nak set next appoinment lagi 2 weeks. Ayo! Aku kata kat doktor, due aku next week. Terkebil2 doktor nak setkan appoinment before due. Dia kata kalu lepas hari due tak bersalin lagi, boleh tunggu 9 hari lagi. Aku pulak yang terkebil2. Doktor jugak kata, kalu takde masalah dorang takkan induce. Dia nak normal delivery. Tapi sebenarnya aku yang dah risau n tak sabar sungguh. Sebab masa mak aku bersalin dulu, sume awal 2-3 minggu. Huu~

Waktu menunggu hari ni jugak, aku belasah makan sedap-sedap. Pertamanya sebab nanti masa pantang banyak menda tak bley makan. Keduanya, aku nak memujuk diri yang agak down sebab blom bersalin lagik. Hak hak, lawak btoi la perangai aku masa tu. Tapi mmg puas la aku makan masa tu. Segala benda aku bedal.

 

2 Februari 2010

Tiga hari sebelum due. Hari ni aku gi keje cam biasa. Siap attend meeting lagi. Selagi belom nak bersalin, aku gagahkan jugak diri gi opis. Padahal memang dah takde jiwa langsung nak keje. Sehari sebelum tu, memangla aku rasa nak menangis masa nak gi keje, sebab letih tunggu bila nak bersalin.

Petang tu dalam kul 3 lebey, aku rasa dada tak sedap. Nak kata sakit tak jugak. Cuma rasa tak selesa. So dalam kul 6.30 ptg, aku g klinik cek BP. Masa tu bacaan 140/80. Doktor klinik suruh dtg esok, kalu tinggi lagi baru dia referkan ke HUKM.

Malam tu, aku bitau encik asben. Dia nak bwk aku g HUKM trus tapi aku tanak. Aku nak tggu esok. Tapi lepas solat magrib tu, dada aku tak selesa balik. So aku baring utk rehat. Bila tgk gitew, encik asben insist utk bwk aku g hukm gak. Aku mintak tggu waktu isyak utk solat n trus siap g HUKM. Masa n mak n kaklong aku antar sampai pintu. Aku dah cuak, sebab aku dah mula rasa saspen untuk bersalin.

Bila sampai emergency, aku rasa cam takut-takut. Padahal rasanya kalau sakit biasa, boleh je mengadu kat emergency tu. Tapi sebab tau ada potential akan bersalin, aku rasa cam tak best sket. So aku duduk je tunggu encik asben cari parking. Tapi sebab lama sgt, aku pi jugak bitau kat kaunter.

Aku cuma kata sakit dada. Dalam bilik emergency tu, nurse letak satu alat kat perut untuk tgk bacaan heartbeat baby n contraction. Ikut graf situ patut dah ada contraction, tapi aku tak rasa apa-apa lagi. Pastu doktor datang, cek juga kalau2 dah ada bukaan. Cuak juge sebab selalu dengar n baca org kata masa cek bukaan n sakit dan ngilu. Tapi serius aku tak rasa sakit atau ngilu pun. Rasa biasa je. Masa tu dah bukak 3cm. So apa lagi, warded la. Kalau dah 4cm baru bley masuk labor room. Yang paling best sebelum kena antar ward, terserempak ngan maklin yang tengah tunggu nak amek darah. Dia tak abes2 wish aku caiyok. Aih rosak program. Hehehe.

Yang tak seronoknya HUKM gomen ni, ward dia takde bilik2. Sume open ward. Aiye, down sungguh. Dah la tu, family tak leh tunggu walau sorang. Sedey aku. Disebabkan aku masuk ke emergency sebab mengadu sakit dada, aku diletakkan katil no.1, mmg depan kaunter nurse. Dorang siap bwat ecg lagi. Tapi takde apa2 abnormality. Doktor kata maybe aku sakit dada sebab contraction. Tapi sebenarnya aku tak rasa contraction pun waktu tu. Doktor kata maybe aku panik je kot. Hohoho.

 

3 Februari 2010

Pukul 4pagi, air ketuban pecah. Masa tu aku tido2 ayam. Rasanya memancut n aku konpius kalau2 itu air ketuban? Aku bitau nurse n lepas tu doktor cek. Mmg betul air ketuban. Tapi bukaan masih 3cm. Masa ni aku belum sakit lagi. Dalam setengah jam lepas tu baru mula sakit. Sakitnya pulak… mak tuan! Trus 3mnt sekali. Aku pelik jugak sebab selalu org sakit start setengah jam – 20 mnt – 10 mnt – 5mnt… aku 3 mnt trus.

Pukul 7 pagi aku mengadu kat doktor, contraction terlalu kerap. Doktor cek, dah 5cm. Bley masuk labor room. Doktor pesan suruh amek epidural, sebab dia kata “takkan awak nak tahan 7-8 jam kat labor room dengan sakit macam n?” Dia jugak suruh kol asben utk teman masa dalam labor room. Bila sampai labor room, aku cuma baring je. Semuanya nurse yang bwatkan. Baju pun nurse tukarkan. Mmg best betul layanan dalam labor room HUKM. Staff dia cukup ramai. Kalau nurse baju merah tu, bidan yang dah expert. Dorang ni garang sket tapi baik and sgt concern. Yang baju biru pulak ialah nurse yang sambung stadi utk jadi bidan.

Disebabkan aku nampak lemah, ada satu nurse senior tegur – “awak minum air selusoh ye?” Aku ngaku jelah. Dia kata – “patut pun awak sakit macam n”. Doi! Apsal pulak? Sebab katanya air selusoh tu patutnya minum bila betul2 baby nak keluar nanti. Fungsi air selusoh n untuk menambah sakit supaya senang nak teran. Yang aku pulak, dah minum ¾ botol 1.5liter tu sebelum air ketuban pecah lagi. Adoyai… manolah makcik tau!


alat-alat dalam labor room ~ yang hitam itu ialah lampu yang digunakan masa acara menjahit :P

Sakit cam n, mmg wat aku hilang tenaga. Risau nanti tak larat nak teran plak. Rasanya aku bley pengsan je klu dibiar-biar. So aku mintak la epidural. Dorg explain blablabla… jarum… kail tali pancing… tulang belakang… blabla… rasa cam cuak pulak. Aku mintak gas dulu. Sedut punya sedut, mamai jadinya. Sakit tak kurang pun. Huuuu. Epidural jelah ye. Tawakal je la. Takut sangat sebab selalu dengar pengalaman orang pasang epidural ni sakit gila! Tapi aku plak tak rasa apa pun. Tau-tau dah siap je. Aik magik? Hehehe, alhamdulillah la tak sakit langsung.

Lepas epidural… senyum aku! Hee~ Cuma effect epidural ni pada aku, rasa gatal-gatal. Tapi tak lama, 10 minit je. Pas tu dia hilang. Elok je lepas pasang epidural, ramai-ramai nurse masuk bilik. Dorg pelik sebab heart beat baby jatuh. So nurse yang senior tu cek bukaan… rupanya dah 8cm. Patutla heart beat baby jatuh. Dah turun bawah dah anak ummi ni. Rasa tak berbaloi plak pasang epidural. Tapi satu nurse tu kata takpe, at least aku bley rehat, kumpul tenaga. Then tunggu jelah sampai cukup waktu untuk bersalin. Coz ini first baby, dorg nak tunggu lama sket sampai kepala baby dah boleh nampak. So lama la sket nak tunggu. Yang encik asben aku dah mula boring-boring, gi merayap sana-sini. Sampai nurse mintak masuk balik dalam bilik untuk temankan aku. Biasa aku dengar kebanyakan hospital gomen agak payah nak benarkan asben masuk. Tapi kat HUKM memang digalakkan malah macam kena paksa lak untuk temankan wife dalam labor room. Bagus!


lagi… alat-alat dalam labor room ~ bacaan BP dan heartbeat mommy and baby

So after tunggu tunggu… tibalah masa nak meneran. Hehe, doktor dah ajar cara nak teran, tapi tak berapa nak pandai teran. Teran-teran tak cukup napas, aku sedut napas, baby masuk balik. Punyalah ramai ‘pom pom girl’ dalam bilik tu. Satu doktor pakar, datu doktor biasa, bidan-bidan expert dan bidan-bidan pelatih semua berpom pom keliling aku. Asben aku pun ikut berpom pom. Dia kata, dia pun rasa macam nak teran. After try 2-3 kali, pop! Aku bley nampak satu menda warna putih keluar selepuk atas katil. Nurse tunjuk baby n suh aku sebut, boy or girl. Aku n dah tau nak dapat girl, tapi sebab mamai plus tak pakai spek, aku nampak cam boy, aku sebut boy. Keh keh keh. It’s a girl la ummi. Masa tu aku dengar nurse sebut, pukul 2.40ptg. Aku nak bagi kredit la kat team labor room HUKM. Dorang mmg superb. Baik, tangkas, pantas, cergas plus plus plus. Tambah lagi doktor nye cun abes. Heheh.

Pas bersalin, doktor kuarkan uri dari perut. Aku memula konpius apsal la doktor dok godeh2 my perut. Rupanya nak kuarkan uri. Dan saat yang aku paling takut… kena jahit! Alhamdulillah, ngan bantuan epidural dan bius, aku tak rasa sakit langsung. Bley la rasa benang tu berjalan kat kulit tapi tak sakit. Nurse kata nanti epidural abis mesti sakit. Tapi syukur, aku takde rasa sakit apa pun lepas tu.

Masa jahit tu, ada nurse hantar baby masuk bilik. Sebelum tu tatau la dorg bwk gi mana. Maybe bersihkan dan cek keadaan baby. Dorg suspek kaki kanan baby maybe talipes. So dorg panggil doktor kanak-kanak untuk confirmkan. Doktor kanak-kanak tu pun suspek jugak, so dia kata akan referkan kepada ortopedik. Tapi alhamdulillah, lepas refer kat ortopedik seminggu lepas tu, doktor confirmkan takde apa-apa abnormality. Dia kata memang biasa baby baru lahir kena suspek talipes. Huhuh, saspen aje.

Lepas settle jahit, aku mintak doktor air coz dahaga gilos. Doktor yang cun melecum tu siap suapkan air kat aku.  Lepas nurse tukarkan baju aku, dia bagi aku pegang baby dan ajar cara nak breastfeed. Ada nurse hantarkan air milo, air suam ngan sandwich. Aku makan sket je untuk isi perut. Encik asben pun masuk balik dan terus azan n iqamatkan baby. Masa ni mmg nampak betul muka baby sebijik muka ayah dia. Alahai, besarnya kuasa Allah. Baby pun dah bukak mata. Dia diam je n tak tido. Asik menggigil, sejuk la kot dunia luar ni. Kat dalam perut, warm kot. Hehehe.


baby safi, kurang sejam selepas dilahirkan

Tak lama pas tu, dorg bwk katil untuk pindah balik dalam wad. Lega! Dalam kul 4ptg, mak aku dtg and so surprise tgk baby yang sebijik muka encik asben. Sebelum tu, aku sempat type sms, bitau dah selamat bersalin pada nama-nama yang ada dalam hp aku. Then paklang, maklang n kaklong pun sampai. Ini le org2 yang tak sabor2, asek duk kol2 tanya perkembangan sepanjang aku dalam labor room. Bila tau aku selamat bersalin, masing2 dah panas punggung nak dtg melawat.

Malam tu, baby asik merengek. Aku dah banyak kali try breastfeed, tapi masa ni yang ada hanya kolostrum. Ada satu nurse datang jenguk, dia bagi susu botol sebab kesian takut baby lapar. Lepas bagi, memang pun baby terus tido. Betul la dia lapar.

Esoknya kami discharge dalam pukul 2ptg. Balik umah. Yeay!

Kisah berpantang bakal menyusul selepas ini…

saye: sakit tapi ouh… best experience ever… setuju?

 

Related posts:

Adv
About Me

the name is widura.

seorang anak, isteri, ibu, pendidik, pelajar.

suke pada kesederhanaan, bukan kesempurnaan.

Facebook

Widura Abd Kadir

Archives
Categories
Recent Comments