Archive for the ‘politik’ Category

SMS from a cousin to my mom lewat petang Sabtu.

cousin: Wa..widura, so pro Bersih. Rumah dia Bersih tak? Ha!ha!3

mak: Bersih laa kita bersih sgala2nya, umah, hati, mind, behavior, niat sbb tu anak dnamakan safi yang ertinya bersih dan suci.. How abt u? X suka bersih?

cousin: I suka bersih tapi I x suke BERSIH..

mak: He he shud read bersih or BERSIH dgn hati n minda yg bersih…

____________________________________________________

Dear lovely cousin,

Peace be upon you.

Secara tepatnya, saya pro demokrasi.

Saya tidak pernah terlibat atau menyertai mana-mana parti politik mahupun pertubuhan NGO bagi menjamin keBERSIHan jiwa dan minda supaya tidak TAKSUB kepada mana-mana fahaman dan ideologi.

Saya hanya rakyat Malaysia yang bukan setakat cintakan keamanan negara tapi turut mendambakan sebuah sistem pemerintahan yang BERSIH yang dipilih oleh rakyat dari sebuah pilihan raya yang BERSIH.

Saya seorang rakyat Malaysia yang menyokong kebangkitan rakyat bagi menuntut hak rakyat Malaysia sendiri meskipun dihentam, dimaki, dicerca, ditertawa dan direndahkan oleh rakyat Malaysia lain yang berfikiran sempit dan selfish (kerana masing-masing berada dalam zon selesa).

Saya begitu bangga dengan semangat dan keberanian rakyat Malaysia yang sanggup menempuh seribu satu kesulitan dan kesakitan demi mempertahankan kecintaan kepada negara. Jalan cinta sejati hanya dapat ditempuhi oleh mereka yang siap untuk melupakan diri mereka. Demi cinta, kesetian harus dibayar dengan darah dari jantung kita, dari ketenangan jiwa kita. Jikalau tidak, cinta kita tidak bererti apa-apa  (kitab cinta). Acap kali, pengorbanan perlu menjadi harga terhadap sebuah kebenaran dan kebebasan selepas segala saluran dinafikan oleh kezaliman.

Saya salute kepada RAKYAT yang tidak menghiraukan lagi keselamatan diri malah sanggup dipukul, ditampar, disepak demi memperjuangkan demokrasi yang umumnya diperlukan oleh segenap lapisan rakyat termasuk yang mengutuk tindakan ini (sambil bergoyang kaki di atas sofa empuk di rumah). Tentunya keberanian ini belum mampu saya miliki hari ini. Saya hanya mampu menulis ayat-ayat ini – di sini. Semoga Allah memberkati usaha kecil saya ini.

Malaysia yang tercinta adalah milik RAKYAT. Semoga rahmat dan kasih sayang Allah tidak akan pernah berkurang di bumi ini.

HIDUP RAKYAT. HIDUP MALAYSIA.

____________________________________________________

saye: terima kasih kepada polis yang menjalankan tugas dengan penuh rasa tanggungjawab terhadap RAKYAT dan NEGARA. Kepada yang tidak, semoga Allah segera menghidupkan hati dan jiwa kalian dengan rasa kesedaran dan keinsafan dalam memikul amanah sebagai anggota pengaman di Malaysia.

Related posts:

“Mengapa saya buat ini? Ada had untuk menipu, ‘cukup, cukuplah’ dan sudah tiba masanya untuk orang ramai mengetahui kebenaran,” katanya. – Berita Harian, 22 Mac 2011 (sumber).

Bila kuar cite yg ni, maka akan terjungkirlah balik kes-kes terdahulu. Dulu dengan lelaki, now dengan pelacur pulak. Cukup-cukuplah!

Mak aku kata, yang peliknya pasal kes yang lama, nak mengadu awak kena liwat, kenapa mengadu dengan TPM ye? Kenapa tak mengadu kat bini peliwat? Kenapa tak buat repot polis? Kenapa tak bitau kat reporters?

Tapi yang tu aku tak pelik sangat. Yang aku paling pelik ialah, betapa mudahnya dia dapat jumpa TPM. Dan yang bertambah peliknya, TPM yang bizi nak mampus tu, ada plak masa nak layan aduan dari rakyat biasa macam dia. Dan cane dia dapat buat appoinment dengan TPM ek?

Aku nak jumpa komanden Pulapol mintak laki aku bley balik umah pun susah!

saye: hari-hari bangun liwat… eh lewat!

Related posts:

Gambar sebelum selepas yang aku tepek dalam entri semalam hanya disambut dengan gelak menggelegak dari tuan punya gambar. Kata beliau, “ada simpan eh gambar tu? bak sini nak print.” Cis cis cis.

Anyway, last week aku tengok satu video “Dunia Akhir Zaman” dekat facebook. Video ini datang dari blog Jalan Salafus Sholih. Dah banyak kali ternampak orang share video ni dekat fb tapi agak malas nak tengok sebab panjangnya dekat 20 minit. Tapi aku dapat rasa video itu macam best sebab baca komen-komen kat situ so bila dapat online dari rumah, finally aku manage jugak untuk tengok video ni. Sesiapa yang belum tengok, jemput-jemputlah tengok.

Bagi aku sebaran begini bagi impact yang besar kan, sebab kalau diedarkan tru buku, majalah, atau entri dalam blog, entah berapa ketul aje orang nak baca. So sebaran tru video adalah superb dan tidak membosankan. Siapa kata mendalami ilmu teknologi tidak sebaik mendalami ilmu agama?

Video ini membuatkan aku penasaran untuk mengetahui lebih banyak tentang isu yang berbangkit di dalamnya. Antaranya adalah tentang bagaimana dajjal menjalankan konspirasinya ~ melalui bisikan jin-jin pendamping individu berpengaruh dalam masyarakat dunia terutama golongan ulama-ulama. Salah satu cara dajjal merosakkan akidah umat Islam adalah dengan menghalang ibadah zikir yang diketahui mampu mengubah hati dan menjernihkan roh seseorang. Konspirasi ini dilakukan dengan mengeksploitasi mazhab ciptaan dajjal iaitu Wahabi. Golongan Wahabi ini mengharamkan majlis-majlis zikir, doa selepas solat jemaah, talqin dan tahlil dengan mengatakan semua itu bidaah. Menakutkan bukan? Kalau betullah. Tapi logik sekali. Wallahualam.

Mengetahui ini membuatkan aku faham kenapa terdapat golongan ulama, pemimpin dan ahli politik yang kita lihat melakukan kesilapan besar dalam kerjaya masing-masing. Mungkin bukan niat mereka untuk melakukan perkara yang menyalahi agama dan boleh merosakkan akidah masyarakat, tetapi mereka melakukannya tanpa sedar. Tanpa sedar bahawa mereka juga mungkin salah seorang yang termakan dengan bisikan jin yang dihantar dajjal tadi. Mudah untuk kita menuduh orang dan menyuruh mereka membetulkan kesilapan. Hakikatnya bukan kita yang terbeban dengan tanggungjawab seperti yang dipikul oleh golongan sebigini.

Tentang maklumat dan fakta dalam video itu, ada yang aku setuju, ada yang aku no komen. Kesahihannya aku tak tahu tapi at least membuatkan kita berfikir. Kesimpulan yang boleh aku buat di sini, oleh kerana kita diasak oleh perbezaan maklumat dan pendapat yang bertindan, apa yang paling penting untuk kita lakukan ialah menjaga akidah, meninggikan iman dan memperbanyakkan ilmu. Seboleh mungkin jauhi perkara yang tersangat duniawi dan cubalah back to basic. Susah untuk dilakukan, tapi bolehlah mencuba.

Dunia makin sukar dijangka, jalan yang salah menjadi luas dan besar pulak godaannya.

Bagaimana?

saya: berdoalah.

Related posts:

 

Saya pernah menulis entri ini pada April 2009 lalu (pada blog terdahulu) yang mengundang perbezaan pendapat di antara pembaca. Hingga kini pendirian dan prinsip saya tetap utuh dan sama. Sempena bulan bahasa kebangsaan ini, saya post kembali entri ini. Selamat membaca (kalau rajin :) )

PENGKHIANAT BANGSA YANG BANGSAT

 

Pesanan sebelum membaca: sila jangan terasa kalau kau orang tak ada kena-mengena. Ini cuma luahan saya yang beremosi.

Saya memang emosi dengan isu PPSMI. Saya memang marah kepada makhluk2 yang mempertahankannya. Pedulik hape orang kata saya poyo. Siapa yang tidak emo kalau bahasa ibunda (baca IBUNDA = ibu) dipijak-pijak dan dinafikan haknya. Walau atas alasan apa sekalipun, meminggirkan bahasa ibunda serupa seperti meminggirkan ibu kandung sendiri.

Iya, saya menulis entri ini kerana marah. Seronok menulis apabila emosi mengepalai akal kerana idea tidak perlu dicari. Ia memenuhi kotak marah, tinggal dimuntah-muntah biar kena pada orang yang disasar.

Ini satu metafora….

Kau orang mesti punya ayah. Ayah yang menjadi sebab lahirnya kau orang, yang menjaga kau orang, yang berpenat lelah, berisau susah membesarkan kau orang. Sampai masa, kau orang ada ayah angkat. Itu tak apalah, tidak salah. Tetapi kemudian kau orang lebihkan ayah angkat. Sebab ayah angkat kaya, banyak duit, banyak ilmu, banyak kenalan dari golongan bagus-bagus. Kau orang secara sedikit-sedikit lupakan ayah kandung. Abaikan ayah kandung. Sebab ayah kandung tidak lagi menguntungkan. Tidak lagi memanfaatkan. Kau orang kejam tapi kau orang rasa itu tidak salah sebab hidup ini perlu ke hadapan. Ayah kandung adalah masa silam meskipun dia banyak berjasa. Ayah angkat adalah masa depan sebab dia ada segala-galanya. Kau orang derhaka tapi kau orang tak peduli. Kau orang masih rasa ia tidak salah.

Kau orang punya ibu. Ibu yang mempertaruhkan nyawa demi melahirkan kau orang. Ibu yang memberi susu dari badannya, yang mendidik dan bersengkang mata demi kau orang. Sampai masa kau orang ada bini. Kau orang rasa tanggungjawab kepada bini besar, maka kau orang lebihkan bini. Kau orang sedikit-sedikit lupakan ibu. Kau orang rasa ibu tidak secantik bini kau orang. Kau orang rasa ibu tidak membahagiakan sebagaimana bini kau orang. Kau orang anggap bini lebih pandai sebab dia masuk universiti. Kau orang lama-lama bosan dengan ibu. Kau orang pun mula meracuni ibu perlahan-lahan. Kau orang membunuh ibu secara paling tersembunyi. Kau orang kejam tapi kau orang tak peduli. Kau orang fikir buat apa bebankan hidup dengan ibu yang tidak lagi kau orang perlukan? Kau orang berdosa tetapi kau orang tak kisah sebab kau orang anggap hidup ini adalah pilihan kau orang dan kau orang rasa itu tidak salah.

Tamat metafora….

Menyokong pelaksanaan PPSMI bagi saya menunjukkan kau orang menghalalkan pemusnahan bahasa ibunda kita secara terhormat. Iyalah, PPSMI kan usaha menteri-menteri cerdik pandai. Mula-mula matematik dan sains, lepas itu?

Hei, kau orang fikir semua perkataan sains dan teknologi itu wujud dalam bahasa inggeris sejak zaman nabi Adam ke? Kau orang ingat perkataan download, upload, spam, firewall dan segala mangkuk hayun tu wujud sebelum Al-Quran diturunkan ke? Hari ini kau orang tidak tahu apa itu download di dalam Bahasa Malaysia. Besok-besok anak kau orang tidak tahu apa itu fraction di dalam Bahasa Malaysia. Lusa-lusa, cucu kau orang tidak tahu apa itu one two three dalam Bahasa Malaysia. Masa itu baru nak terhegeh-hegeh nak rombak sistem pendidikan kah?

Sifat bahasa itu sentiasa berkembang. Sama dan seiring dengan berkembangnya teknologi. Cuba kau orang baca surat khabar atau tonton berita dalam Bahasa Malaysia. Ada tak dia orang tulis atau sebut perkataan download? Tak ada tau! Yang ada ialah muat turun. Itu bermakna bahawa perkataan itu bukannya tidak ada. Ia ada dan diwujudkan seperti perkataan yang sama diwujudkan dalam Bahasa Inggeris. Cuma penggunaanya tidak meluas menyebabkan saya dan kau orang buta bahasa kebangsaan sendiri. Sampaikan nak tulis tesis dalam bidang sains dan teknologi di dalam bahasa kebangsaan pun rasa susah dan lebih mencabar berbanding menulis di dalam Bahasa Inggeris. Habis tu kalau semua tesis dalam Bahasa Inggeris, macam mana nak ada hasil kajian dalam Bahasa Malaysia? Habis dah semua penyelidik ralit menulis hasil kajian dalam Bahasa Inggeris saje? Kalau nasib baik, adalah yang peka sedikit untuk terus membuat terjemahan kepada versi Bahasa Malaysia. Padanlah bahasa kebangsaan tidak menjadi bahasa ilmu. Golongan bijak pandai pun tak mahu guna.

Pelaksanaan PPSMI memang kurang ajar. Saya tidak mahu membuka muka surat sejarah pada kala Bahasa Melayu menjadi bahasa ilmu ketika zaman kegemilangan Melayu Melaka. Sebab orang akan kata itu dulu. Dulu dulu dulu. Habis buat apa kita belajar sejarah? Cuma nak melengkapkan matapelajaran sekolah? Itulah kau orang tak suka subjek baca-baca. Matematik tak payah baca dan lebih perlu untuk menongkah arus perubahan masa. Sains lebih praktikal sebab keperluan masa kini yang lebih menyeluruh… itu kata kau orang. Bukan kata saya.

Kalau orang Jepun dan Korea tergagap-gagap berkomunikasi dalam bahasa inggeris, kenapa mereka tetap mengungguli dunia dalam banyak hal? Kenapa mereka tetap berjaya? Mereka belajar semuanya dalam bahasa ibunda. Sehingga dunia sendiri terpaksa mempelajari bahasa mereka untuk membongkar rahsia-rahsia mereka. Kenapa? Kenapa? Kenapa?

Kau orang mungkin tidak sedar bahawa semakin ramai anak-anak muda Malaysia termasuk dari keluarga Melayu tulen sudah tidak boleh bertutur dalam bahasa ibunda dengan baik. Cakap dalam Bahasa Malaysia tersangkut-sangkut tetapi bangga tidak fasih bahasa itu. Well, i sound silly when i speak in Malay. Podah! Ingat bagus sangat? Saya lebih hormat kepada orang yang fasih Bahasa Inggeris ala-ala British, American dll tetapi dalam masa yang sama begitu fasih dalam bahasa kebangsaan masing-masing.

Penerapan nilai budaya perlu dilakukan sejak zaman sekolah. Percaya tak kau orang kalau saya kata murid darjah 5 kini tidak tahu siapa bapa kemerdekaan? Dan kau orang sendiri kenalkah siapa sasterawan negara kita yang pertama? Kau orang kisah tak berapa ramai rakyat tempatan yang pakar dalam pelbagai bidang sudah pun berkhidmat di negara lain? Jika penerapan nilai budaya gagal diterapkan kini, habis mahu cantas lagi nilai bahasa yang sedia ada? Kau orang tak ada otak ke?

Bahasa Inggeris boleh dipelajari dan digunakan tetapi penggunakan Bahasa Malaysia wajar dioptimum. Selepas memasuki alam universiti, mahu atau tidak pelajar akan menguasai Bahasa Inggeris sewajarnya kerana keperluannya yang luas. Tetapi jika penggunaan Bahasa Inggeris dimaksimumkan sejak zaman sekolah, demi mengejar kehendak semasa, tiada siapa akan peduli untuk mempelajari Bahasa Malaysia. Tolonglah, sekiranya kau orang menghalalkan PPSMI, maka sedikit-sedikit penggunaan Bahasa Malaysia akan pudar. Lama-lama ia luntur dan hilang warna.

Kau orang pandai-pandai kata penulis tempatan yang menulis dalam Bahasa Malaysia tidak berkualiti. Sekurang-kurangnya mereka lebih bersemangat kebangsaan tahu? Inilah impak yang diterima apabila bahasa lain menjadi keutamaan. Rakyat tempatan tidak sudi membaca karya dalam bahasa ibunda kerana tidak ada kelas akibat kegagalan penerapan nilai budaya dengan mencukupi. (Saya sendiri rasa bangga ala-ala poyo kalau membaca novel Inggeris di tempat-tempat awam)

Saya mahu cakap banyak-banyak tapi saya yakin entah berapa kerat yang peduli dengan catatan panjang saya yang tidak ada gambar gedik-gedik dan tidak ada tajuk yang comel-comel. Kalau ada satu dua orang yang pedulik dan mahu baca sampai habis pun tak apalah. Asal isi hati saya dapat luahkan meskipun di medan yang cukup terhad pengunjungnya.

Saya bukannya anti Bahasa Inggeris. Kau orang tahu tak betapa saya panasaran mahu fasih Bahasa Inggeris? Saya tahu kepentingan Bahasa Inggeris. Saya sendiri suka bahasa itu tetapi tidaklah sampai meminggirkan dan menafikan hak bahasa ibunda sendiri. Saya memang patriotik, sebab itu saya marah siswazah tempatan berkhidmat di luar negara. Ke mana perginya semangat mahu berkhidmat untuk anak bangsa sendiri? (Peringatan untuk diri sendiri>>> saya sendiri pernah berhasrat mahu berkhidmat di negara lain kerana bayaran yang lebih lumayan… aduh!). Sedarlah kita semua, jangan kera di hutan disusukan, anak di rumah mampus kelaparan!

Moga saja kemarahan ini tidak mencacatkan hubungan kawan-kawan yang berlainan pendapat dengan saya. Tetapi anggap saje bahawa kita sedang berperang dengan musuh, maka saya sama sekali tidak akan membela kawan yang berdiri di pihak yang salah. Maaf, saya memang patriotik. Malaysia adalah tanah air kebanggaan saya, tanah tumpah darah tercinta. Kalau kau orang tidak suka dan tidak setuju, pergi la mana-mana kau orang suka dan matilah di tanah sana. Saya tidak peduli satu sen pun!

saya: mungkin kau orang tak belajar sejarah malaysia masa dekat sekolah… patutlah!

LAGU BAHASA JIWA BANGSA

Gunakanlah Bahasa Kebangsaan Kita
Marilah Amalkan Ramai-ramai
Bahasalah Menyatukan Kita Semua
Yakinlah Bahasa Jiwa Bangsa

Marilah Mari Rakyat Semua
Buktikan Taat Setia dengan Satu Bahasa
Maju Bangsa dan Maju Negara
Megahkan Bahasa Kita
Bahasa Jiwa Bangsa

Lagu/Lirik: Dol Ramli

Related posts:

Kami tergelak besar apabila Sizuka menggelarkan dirinya dianggap seperti raksasa gorgon dan kemudian ada pula yang mahu datang menjadi ultraman. Ianya sungguh-sungguh benar dan ironi. Namun, menurut kanak-kanak bawah umur yang ketagih siri superhero yang bersilih-ganti di puluhan rangkaian tv, penyelamat bumi yang diserang raksasa gorgon ialah mask rider dan bukannya ultraman. Sumpah saya tak tau!

Semasa raksasa gorgon sebenar yang bertopengkan mask rider melebarkan pengaruh dan menjana misi, kelihatannya Sydney Bristow mencelah di tengah-tengah. Berbanding superheroin Alias yang asli, Sydney Bristow ini terang-terangan mengaku sebagai double agent, mengangkat diri sebagai liberalis, sang pendamai dan menjadi reporter part time secara sukarela.

Kata sesetangah watak kecil, get a life! Ianya benar. Benar kepada banyak watak yang menghidupkan siri kehidupan ini. Juga benar untuk watak yang berkata-kata itu. Benar untuk raksasa gorgon, benar untuk ultraman, benar untuk mask rider, benar untuk Sydney Bristow, juga benar untuk si pengulas yang menggelarkan diri sebagai blogger. Namun sang blogger hidup dengan blognya atas kepercayaan bahawa satu masa nanti kebenaran akan pasti menampakkan diri.

Dunia ini bulat. Ia berputar dan berjalan di atas paksi yang juga membentuk satu bulatan. Kerana Tuhan itu maha adil, maka maafkanlah semua watak-watak yang tidak bahagia dan berdoalah semoga mereka mendapat kebahagiaan untuk hidup dalam kebaikan. Apa juga watak kehidupan sebetulnya tidak perlu menjadi ultraman mahupun raksasa, kerana takdirnya kita manusia diciptakan sebagai makhluk yang paling sempurna.

Wallahualam.

saya: hidup di atas lautan politik yang sentiasa bergelora.

sumber gambar: http://ehem.blogsome.com

Related posts:

Adv
About Me

the name is widura.

seorang anak, isteri, ibu, pendidik, pelajar.

suke pada kesederhanaan, bukan kesempurnaan.

Facebook

Widura Abd Kadir

Archives
Categories
Recent Comments