Pengalaman Mengandung, Bersalin dan Berpantang – Part 3
Aku benci orang yang mengkhianati janji. Sungguh!
Allah juga tidak suka hambaNya mengabaikan janji. Betul!
Maka untuk tidak menyamakan diri aku dengan golongan di atas, akan aku sempurnakan kisah seperti yang tertera pada tajuk.
Bahagian ketiga.
Al kisah.
BERPANTANG
Kerana mahukan kesederhanaan, aku memilih untuk berpantang selama 44 hari. Kalau la boleh dikirakan 44 hari. Hee~. Nama pun kerja makan gaji. Takkan nak berpantang sampai 100 hari? Kalau nak 100 hari, ada yang akaun banknya segan nak berisi. Lain la kalau laki aku tu pak menteri.
Aku menyempurnakan acara berpantang ini di tapak jajahan aku di Cheras. Sepanjang tempoh nan bahagia itu, aku ditemani oleh puan emak terchenta. Selalunya puan emak cuma ingatkan aku buat itu dan ini, sebab kebanyakan kerja-kerja menjaga baby dilakukan sendiri oleh encik asben sebagai superdaddy. Cuma kalau encik asben tidak berada di tempat kejadian, barulah puan emak menghulur tangan memberi bantuan. Tapi bab menu-menu berpantang, kebanyakan memang puan emak yang masakkan.
Sape kata aku mengelat berpantang? Aku berpantang macam orang Melayu lain juge. Pakai bengkung, sarung kain batik, sarung stokin, berurut, lulur (sekali dua aje
), pakai param (again… sekali saje), mandi air panas, mandi herba (dua kali), tak makan benda sejuk, tak makan benda gatal dan lain-lain. Puan emak pulak memang masak yang sedap-sedap. Takde la macam aku baca cerita bloggers lain, yang kena makan nasi ngan lada itam setiap masa. Oh! Mengambil kata-kata emak Cik IsmellMe, yang mana diturunkan kata-kata itu dari emaknya pula,
“kau bersalin dah banyak hilang darah, hah makan sedap-sedap”
Hamik.

cik ismellme yang selalu di sisi tak kira senang atau susah, kaya atau sengkek, gembira atau sedih
Aku paling suka menu ikan haruan goreng. Perghhh! Tapi bila disuakan kepala dia, serentak aku meloncat lalu mencampak ikan tu jauh-jauh. Sempat pulak jeling-jeling sambil menguis dan mencubit-cubit dagingnya tanpa memandang kepalanya itu. Bley gitu?
Berpantang cara orang dulu-dulu, kena sukat-sukat masa minum air. Tak boleh banyak. Aku pun sukat jugak. Sukat kasi banyak. Har har har. Ko gile musim panas nak catu aku minum air? Tambah-tambah baru lepas bersalin. Ada nanti yang melolong terpekik sembelit kau tahu!
Makan jamu? Mintak ampun. Secara tidak sengaja, aku telah contribute meng-kaya-kan tokey Salindah. Promosi sikit. Takde testimonial, makan tak proper.
Tak kuar umah? Hari ke-4 aku dah kuar umah. Aku tak pegi Ikea. Aku tak pegi Mid Valley. KLCC jauh sekali. Hee~. Mana boleh ummi duduk melangok kat rumah bila baby kena duduk dalam incubator sebab jaundice. Tengah pantang, emosi rapuh 24 jam. Tahu-tahu baby kena tahan wad, aku masuk bilik air nanges puas-puas. Baru kau tahu perasaan menjadi seorang ibu. Sarat berat tenat bila masuk bab anak. Even Safi menonggeng dalam incubator dengan darjah kecomelan yang mengagumkan pun aku tak sanggup nak snap gambar. Sentap betul masa tu.
Aku rela Safi memekak sampai aku tak tido malam. Jangan dia takde kat sebelah aku bila aku terjaga tengah malam.
Pernah satu malam, rasanya malam kedua lepas bersalin. Aku pegang Safi yang berbedung sambil sandar kat katil. Mata yang mengantuk tak hengat tetiba terlelap pulak. Dan Safi yang molek di tangan berguling-guling jatuh. Nasib baik atas katil. Aku yang saspen gile, “astaghfirullah astaghfirullah astaghfirullah”, yang Safinya lena memejam mata. Aduhai anak!
Aku tak menghadapi sindrom kebosanan melampau sepanjang tempoh berpantang. Ini disebabkan aku dikelilingi oleh sekian ramai hamba Allah yang sukerela melayan dan menjaga aku tanpa banyak komplen. Juga diziarahi saudara-mara dan sahabat handai terhebat yang takkan terlupakan.

pinjam model saya… sila bayar sewa
Malah perayaan Chinese New Year tahun ini juga bersambut dengan BBQ ala Rob Rainford di samping pertunjukan bunga api percuma tanpa henti di kawasan sekitar.

license to grill versi malaya

tak payah pegi klcc
Okey cerita pasal perkembangan lain pulak.
Berat badan aku? Perlu ke nak tahu? Wuwuwu~ Aku naik 23 kilo. Sudah turun 13 kilo. Okey… amik kalkulator dek. Kira la sendiri how many kilos to go. Tapi kadang-kadang aku rasa body skang cam solid gitew! Takde la lagi orang panggil aku papan. Problemnya, baju-baju aku yang dah super sendat tu nak taruh mana? Ouch!

dalam pantang… debab to the max (gambar curik dari fb fizza, tqs)

hujung tempoh berpantang… 43 hari… masih debab debab debab

terkini… helah gambar kabur… hakikatnya tidak seindah gambar… (kalau la gambar pun indah) ohooo… tolonglah kata saya telah comel… pls pls pls
Berat Safi? Bagai juara. Berketak membulat membelon. Mau tidak, makan tido berak. Lebih berat dari sekampit beras lima kilo. Ramai duk tanya, Safi minum susu apa. Jawabnya, susu termahal di alam buana. Tidak terdapat di pasaran.

bulat bulat bulat

minah lasak sudah tersasar dari tempat parking… hoih

hokey… describe sendirik

posisi tido feberet
3 minggu pertama, Safi bantai tido siang, malam-malam dia bikin orkestra. Bak nenek-nenek si bongkok tiga, siang mengantok malam berjaga.
3 minggu berpantang, aku balik Kluang… cukur jambul kecil-kecilan.

5 minggu berpantang, aku holiday kat Penang. Hahaha! Jangan mare la. Aku masih pantang makan. Tak caya tanya mak aku.

very nice view dari bilik2 hotel ini… view ajelah
InsyaAllah later nak cerita pasal cuti-cuti ni.
Nak cerita pasal majlis aqiqah dan cukur jambul Safi.
Nak cerita pasal pindah umah terkini.
Semuanya berlangsung masa aku cuti materniti.
InsyaAllah akan masuk satu-persatu ke dalam entri.
Tapi tak janji.
Hehehee~
Anak dara aku


saye: macam nak join the biggest loser… rasa-rasa diterima tak? tsk














Recent Comments