Archive for the ‘pregnancy’ Category

Bismillahirrahmanirrahim

Saya dengan ini memulakan entri terbaru saya dengan tajuk yang terang lagi jujur… update terpaksa. Almaklum, sudah commit pada blog (berbayar plak tuh), maka perlulah ada update. Klu tak berabuk je buat buang space kat dunia maya. Cewah!

First of all, welcome to Cikzu yang baru sahaja menghidupkan sebuah lagi blog d dunia maya bagi mewakili dirinya iaitu I Smell Me (tak le baru benor, aku je yang agak baru tengok). Huhu terasa macam blog tu tribute untuk aku plak. Wawawa. Anyway aku akan sentiasa menyokong ngko (walaupun ternyata aku tak larat nak menyokong berat badan ngko… kuikui) sampai bila-bila. Caiyok!

Masuk hari ni, dah lebih 2 bulan saya jadi manusia yang paling tak produktif dalam dunia. Kerjanya makan, tido, termenung. Oh ye, plus pening, lesu, mengah, loya, muntah dan yang sepekej dengannya. MC yang disubmit ke Human and Capital Management Department dah berkepuk macam bangsa paling pemalas nak pegi keje. Kerja umah, mintak sorry memang hamba tak sanggup melakukannya. Jadi korang boleh bayangkan le betapa antinya saya waima nak meng-turn-on laptop tercinta ini. Ampun!

Baru-baru ni semua warga universiti telah pun pulang ke kampus untuk semester baru. Saya yang dengan bahagianya telah clear 4 paper terdahulu pun turut sama berjuang menyelesaikan coursework yang tinggal seketul ini. Lepas ni azab tesis akan menyerang. Malah sepatutnya Julai lepas dah pun submit proposal namun dek sakit tak berpenyakit saya ini, maka terpaksalah delay saje ke semester depan atau lebih teruk lagi tahun depan. Oyyo, bila nak grad macam neyh? Leceh la. Bila dah sakit-sakit, memang keinginan apa pun tak ada. Rasa nak defer semester pun ada. Tu belum rasa nak unpaid leave n makan gaji buta. Muahaha. Oh Tuhan, tolonglah berikan aku kesihatan dan semangat seadanya.

Virus H1N1 dengarnya pulak dah sampai ke MUCH. Setiap kali masuk kelas saya tanya kuat-kuat… “SEMUA SIHAT? SAPE TAK SIHAT SILA JANGAN DATANG KELAS!!!”. Hello, sape tak takut virus kan? Mintak simpang ya Allah. Jauhilah kami dari penyakit berjangkit.

Ok la, rasanya dah terbayar sikit tugasan menghapdet yang tak termaktub kat  mana-mana kanun undang-undang kuno maupun moden di seluruh dunia ni. Terima kasih kepada semua pembaca yang masih sudi menjenguk blog berabuk saya. Di kesempatan yang terada ini, marilah kita bersama-sama berdoa semoga dijauhkan Tuhan dari segala keburukan yang boleh datang tanpa warning. Semoga kita, ibubapa kita dan anak-anak kita akan sentiasa selamat di bawah lindunganNya. InsyaAllah.

saye: mengah mengah mengah

Related posts:

Adv
About Me

the name is widura.

seorang anak, isteri, ibu, pendidik, pelajar.

suke pada kesederhanaan, bukan kesempurnaan.

Facebook

Widura Abd Kadir

Archives
Categories
Recent Comments