Archive for the Category »safi «

Minggu Penyusuan Ibu Sedunia

1 – 7 Ogos 2010

Kos permulaan susu ibu (RM):

  • Breastpump (medela harmony) = 199.00
  • Storage bottle (8 pcs ~ safety plus) = 32.00
  • Cooler bag (safety plus) = 65.90
  • Ice pack (4 pcs ~ safety plus) = 40.00
  • Disposable storage bag (300 pcs ~ youhaveababy.com) = 60.00
  • Glass feeding bottle (safety plus) = 22.90

TOTAL = 419.80

Anggaran kos di atas adalah bagi tempoh sekurang-kurangnya setahun. Tetapi bagi gadjet seperti breastpump, jangka hayatnya adalah lebih lama, bergantung kepada penggunaan dan penjagaan.

Kos susu formula (berdasarkan survey di forum)

Anggaran kasar (RM)

Sebulan = 100.00

Setahun = 1200.00

Anggaran kos di atas adalah berdasarkan harga susu formula yang terdapat di pasaran. Ianya mungkin meningkat bergantung kepada keperluan bayi terhadap kuantiti dan kesesuaian terhadap sesuatu produk susu. Susu tertentu seperti susu hypoallergenic adalah jauh lebih mahal.

Susukan bayi anda di mana sahaja pada bila-bila masa.

Makan banyak, berat turun dan maintain.

Ibu yang menyusukan akan sentiasa cun. Selain kos yang rendah, anda hanya perlukan sedikit kesabaran dan pengorbanan. Tidakkah anda mahu yang terbaik untuk yang tersayang.

Katakan YA kepada penyusuan eksklusif.

Tahniah kepada yang telah berjaya.

Gud luck bagi yang baru bermula.

saye: kenapa tak pernah ada iklan tv pasal penyusuan eksklusif kat negara ni?

(baca entri tentang penyusuan ibu yang lalu >> Membudayakan Penyusuan Ibu ~ Part 2 ~ Air Kosong)

Ceeka The Great

Dah tengok gambo-gambo cik safi kat fb? Terima kasih besar-besar kepada ceeka lensa.

Heart korang…

Memposing dengan aksi ataupun secara candid adalah… horror. Walaupun pernah terpaksa memposing semasa wedding dulu, tapi posing outdoor was soooooooo tiring. Mebi sebab terpaksa menguruskan dua budak kicik.

Bapak penat okeh!

Cik safi boleh la. Penat je, tido. Lapar je, mintak susu. Mak ni haa yang sangap nak carik port angkat baju. Ngahaha….

Tu belum masuk exercise free mendukung cik safi seberat tujuh setengah kilo sejauh satu kilometer (kot?), disebabkan tahap konpiden cik-cik ceeka yang akhirnya tersosek jalan. Weh, kamera korang tak sampai tujuh kilo okeh! Aku yang hongeh! Sabau je la.

Eh tak cakap lagi lokasi ek? Ala tau kan. Ini sume kat bukit tinggi, pahang. Kitorang landing kat tiga tempat. Japanese village, colmar tropicale dan rabbit park.

Of cos la japanese village paling best. Bagi aku la. Sebab masa tu masih pagi, sejuk dan tempat itu wangiiii.

Ini sesi tido yang pertama. Nak je aku join sekali. Dah le aku bangun pukul lima pagi weekend tuh. Siap masak lagi nak bagi cik-cik ceeka makan

Sebelum kena maki, baik aku ngaku aje. Bukan aku yang masak. Itu mi, encik asben yang goreng. Amacam ceeka girl? Boleh kami bukak warung? Aku jadi manager aje la. Sambil bungkus sandwich. Boleh?

Err… bukak warung dekat parking lot strategik tak? Lalalalala….

Snap sampai abis bateri. Tak aci, memory belom abis, bateri dah abis. Saje je korang eh? Ngahahahaha!

Naik sawan aku handle keinginan dia nak naik donkey. Berjaya jugak naik. Tapi sangat respek sama ini pakcik. Mana la dia warisi semangat kesukanan macam ni?

Conclusion, hepi enough. Len kali boleh panggil ceeka lagi. Diskaun okeh? Jangan riak. Tak baik untuk kesihatan. Hahahaha… eh tak kelakar ek?

saye: kalau dah best, jangan dengki kat orang yang tak berapa nak best… tapi ceeka memang best… apalagi… promosiiiiiiiiiii

Tade Tangan?

Kejadian berlaku di dalam sebuah rumah yang memiliki;

  1. Bayi berusia 5 bulan dengan berat badan 7.5 kg di mana parents beliau menjadi ghairah membeli pakaian bagi kanak-kanak berusia tiga tahun dengan alasan “boleh pakai lama” kerana baju-baju sedia ada begitu cepat mengecik di badan bayi berkenaan.
  2. Kanak-kanak berusia 3 tahun yang memiliki mulut, tangan dan kaki yang sangat aktif sepanjang masa (kecuali ketika beliau sedang tido)

Waktu kejadian: maghrib beberapa hari yang lalu

Bayi 5 bulan: *merengek, meneran suara macam kena dera akibat kebosanan

Kanak-kanak 3 tahun: *bermain kereta mini sebanyak 9 biji sambil memekak tanpa limit

Ibu bayi 5 bulan: Abang, adik nangis. Bagi kereta abang tu kat dia.

Selepas 2 minit

Bayi 5 bulan: *masih merengek, meneran suara macam kena dera akibat kebosanan

Ibu bayi 5 bulan: Abang, tak dengar ke adik nangis? Bagi la dia kereta abang tu satu.

Kanak-kanak 3 tahun: Abang dah bagi dah… tapi dia tade tangan.

saye: fine

Category: family, safi  One Comment

Majlis Aqiqah Dan Cukur Jambul Cik Safi

Okeh… sungguh annoying sebab begitu lambat dapat all da pic dari photographer… macam dah lupa pun ye. So sungguh malas nak bercerita.

Majlis aqiqah ni berlangsung pada 20 Mac 2010, ketika cik Safi berumur 46 hari. Bertempat di rumah parents encik asben.

Ini le cik kambing yang diaqiqahkan hari tu. Adorable dari rupa sehingga kepada rasanya. Yummy.

Group marhaban yang hot dan kecoh sepanjang majlis

Ada ciri-ciri kebosanan di situ… huhuhu

Cik Nus… ada jugak dalam koleksi photog tu… hihi

Safi 46 hari

Okeh… dah malas… lain-lain pic sila tgk di fb… tata

saye: ni yang aku nyampah photog di kalangan member… selow okeh

Category: family, safi  2 Comments

Riang-Ria Bersama Cik Safi

Okeh Safi… are you ready?

Barkh!!! (baby’s language)

*

*

*

SMILE!

*

*

*

LAUGH!

*

*

*

ONE MORE!

*

*

*

FAT FACE!

*

*

*

OKEYH LETS CHECK!

*

THE END

saye: boolat enough…