Archive for the ‘safi’ Category

*
Kalau si anak yang berebut, memang biasa. Tapi kalo bapaknya yang over, rasa nak tampa aje.
Berlokasi di alamanda, dua beranak sedang berebut makan eskrem mcdee.
*
*
saye: musim makan macam badak! badak makan banyak ke?
Related posts:
3 Februari 2011. Safi setahun.
Oleh kerana aku ni jenis so not into party dan celebration esp secara grand, maka untuk safi punya 1st birthday party ni, aku suda plan awal-awal untuk buat kat mc dee.
Itu alasan je. Sebenarnya aku malas nak susun dan kemas rumah. Wakaka.Dasar pemalas kan.
Alhamdulillah, planning untuk celebrate kat mc dee adalah kool sebab tak payah susah payah buat preparation, dan tayah susah payah mengemas. Cuma datang bawak kek… dan sumenya diuruskan oleh pihak yang berwajib.
Credit gambo kepada ayong. Mabelos birthday cake itu disponsor oleh wan glamer. Maceh wan. Len kali sponsor lagi.
Bagi yang bertanya “apsai tak jemput???”… jawapan pihak kami ialah… ruangan yang disediakan oleh mc dee untuk sesebuah party hanya boleh memuatkan +-30 orang. So campur atok nenek pak sedara mak sedara sepupu sepapat saje suda lebih 30 orang. Tu pun tak sume yang datang. Kalau datang, memang haruk!
Apapun, thx for all the wishes. Semoga Safi benar-benar dapat membesar dengan sihat dan berhasil menjadi anak yang solehah. InsyaAllah.
More pic akan update later yep. Masih menunggu cik photog menyetelkan apa yang patut. Apapun, thx banyak pada cik Ceeka yang mabelos dan kool selalu. Cepat-cepat siapkan gambo kami yek
.
Sedikit info mengenai parti di Mc Dee, terdapat 2 pakej iaitu pakej A dan pakej B. Pakej A memerlukan pembelian minimum 10 happy meal dan 10 party pack manakala Pakej B bermula dari RM150. Deposit hanya Rm50 dan akan dapat voucher Rm10 secret recipe’s birthday cake. Lain-lain info click sini.
saye: suda kurang mendonut sebab terlalu buas…
Related posts:
Ini blog untuk Safi. Aku dah lama nak upkan tapi tak terbuat langsung. Baru-baru ni nekadkan hati untuk teruskan. Tujuan blog ini sekadar untuk uplod kan photo2 Safi sebab aku malas nak print. Bole juge jadi kenangan untuk cik Safi in future.
Buat masa ni belum siap uplod semua. Ada gambor yang da masuk external tapi aku tak cari-cari lagi. Tapi malas aku nak perap lama-lama blog ni maka dengan lafaz bismillah…
SAYE MERASMIKAN BLOG SAFI
ewah…
Selamat berkunjung ke sini selalu-selalu. Any updates akan diberitahu.
Bai.
saye: my donut ~
Related posts:
1 – 7 Ogos 2010

Kos permulaan susu ibu (RM):
- Breastpump (medela harmony) = 199.00
- Storage bottle (8 pcs ~ safety plus) = 32.00
- Cooler bag (safety plus) = 65.90
- Ice pack (4 pcs ~ safety plus) = 40.00
- Disposable storage bag (300 pcs ~ youhaveababy.com) = 60.00
- Glass feeding bottle (safety plus) = 22.90
TOTAL = 419.80
Anggaran kos di atas adalah bagi tempoh sekurang-kurangnya setahun. Tetapi bagi gadjet seperti breastpump, jangka hayatnya adalah lebih lama, bergantung kepada penggunaan dan penjagaan.

Kos susu formula (berdasarkan survey di forum)
Anggaran kasar (RM)
Sebulan = 100.00
Setahun = 1200.00
Anggaran kos di atas adalah berdasarkan harga susu formula yang terdapat di pasaran. Ianya mungkin meningkat bergantung kepada keperluan bayi terhadap kuantiti dan kesesuaian terhadap sesuatu produk susu. Susu tertentu seperti susu hypoallergenic adalah jauh lebih mahal.


Susukan bayi anda di mana sahaja pada bila-bila masa.

Makan banyak, berat turun dan maintain.
Ibu yang menyusukan akan sentiasa cun. Selain kos yang rendah, anda hanya perlukan sedikit kesabaran dan pengorbanan. Tidakkah anda mahu yang terbaik untuk yang tersayang.
Katakan YA kepada penyusuan eksklusif.
Tahniah kepada yang telah berjaya.
Gud luck bagi yang baru bermula.
saye: kenapa tak pernah ada iklan tv pasal penyusuan eksklusif kat negara ni?
(baca entri tentang penyusuan ibu yang lalu >> Membudayakan Penyusuan Ibu ~ Part 2 ~ Air Kosong)
Related posts:
Dah tengok gambo-gambo cik safi kat fb? Terima kasih besar-besar kepada ceeka lensa.
Heart korang…
Memposing dengan aksi ataupun secara candid adalah… horror. Walaupun pernah terpaksa memposing semasa wedding dulu, tapi posing outdoor was soooooooo tiring. Mebi sebab terpaksa menguruskan dua budak kicik.
Bapak penat okeh!
Cik safi boleh la. Penat je, tido. Lapar je, mintak susu. Mak ni haa yang sangap nak carik port angkat baju. Ngahaha….
Tu belum masuk exercise free mendukung cik safi seberat tujuh setengah kilo sejauh satu kilometer (kot?), disebabkan tahap konpiden cik-cik ceeka yang akhirnya tersosek jalan. Weh, kamera korang tak sampai tujuh kilo okeh! Aku yang hongeh! Sabau je la.

Eh tak cakap lagi lokasi ek? Ala tau kan. Ini sume kat bukit tinggi, pahang. Kitorang landing kat tiga tempat. Japanese village, colmar tropicale dan rabbit park.

Of cos la japanese village paling best. Bagi aku la. Sebab masa tu masih pagi, sejuk dan tempat itu wangiiii.


Ini sesi tido yang pertama. Nak je aku join sekali. Dah le aku bangun pukul lima pagi weekend tuh. Siap masak lagi nak bagi cik-cik ceeka makan

Sebelum kena maki, baik aku ngaku aje. Bukan aku yang masak. Itu mi, encik asben yang goreng. Amacam ceeka girl? Boleh kami bukak warung? Aku jadi manager aje la. Sambil bungkus sandwich. Boleh?
Err… bukak warung dekat parking lot strategik tak? Lalalalala….

Snap sampai abis bateri. Tak aci, memory belom abis, bateri dah abis. Saje je korang eh? Ngahahahaha!

Naik sawan aku handle keinginan dia nak naik donkey. Berjaya jugak naik. Tapi sangat respek sama ini pakcik. Mana la dia warisi semangat kesukanan macam ni?
Conclusion, hepi enough. Len kali boleh panggil ceeka lagi. Diskaun okeh? Jangan riak. Tak baik untuk kesihatan. Hahahaha… eh tak kelakar ek?
saye: kalau dah best, jangan dengki kat orang yang tak berapa nak best… tapi ceeka memang best… apalagi… promosiiiiiiiiiii




