Archive for the ‘seni’ Category

Da abes koir semalam… settle… fuh.

Kalau ada yang nak tanya pasal koir ni, aku cuma nak kata… woh, aku enjoy. Satu feeling yang aku tak jangka langsung sebab aku ingat aku akan regret dan rasa nak sembam muka dalam laci tapi terus tak jadi. Grup lain lima belas orang, grup kami bole pulak jadi lapan orang…. da tu dengan prektis dua tiga kali yang setiap kali pun tak cukup orang… tambah lagi yang mabuk mengandung la, yang anak sakit la… kira da belasah habis dan end up… kami enjoy. Bunyik macam apekah… kira berbaloi la aku loncat2 belakang stage konon nak hilangkan neves… sekali atas stage… biaq pi lantak la sume pun… last-last kuar pentas punyala hepi padahal simpang siur…. Ngahahahaha.

Err… anak sape la ni. Rupa gaya bahasa mengalahkan lecturer. Depa kata dia ni tolak medik dekat uia semata-mata nak jadi pharmasis… aiyo… punyala ramai mangkuk kat luar tu yang menonggeng2 bangga diri amik medik padahal asalnya duk turun naik pejabat cari kabel, yang satu ni… lain paten pulak… nak berkenalan boleh? heh…. tentera phamasi saye… sila jual blog saya kepada dia… cakap kat dia… dia bess!

Cakap pasal sambutan kemerdekaan, aku teringat sambutan masa kat sekolah. Masa aku form 4, aku ada sponsor belon untuk ditiup-tiup lepas tu diletup-letup lepas laungan merdeka merdeka tu. Sekolah aku dulu ada tingkap macam tingkap iklan adabi tu… ala tingkap kayu yang bukak kiri kanan tu. So yang konon-konon jadi tengku abdul rahman ni bukak la tingkap ni dekat tingkat atas, masa tu bebudak duduk kat bawah… kira macam dont cry for me argentina la… dramatik sgt la kot masa tu… tapi bes jugak sebab bukan aku yang duduk bawah kena sambut laungan merdeka tu. Aku join duduk atas pecahkan belon. Macam bodo piang sket la, tapi syiok.

Sape yang pernah baca belog aku dari dulu, mebi korang tau yang aku dulu aktif menulis menda yang berilmiah. Masa lepak tgk penutupan sambutan hari kemerdekaan MUCH semalam, aku tetiba teringat yang aku banyak tulis sajak patriotik masa kat sekolah. Ada yang suka-suka tapi most untuk kerja kursus sendiri dan kerja kursus orang lain. Haha… foc kau. Kalu aku tau, aku charge depa dulu. So misi aku hari ini adalah mencari soft copy puisi2 tu dalam harddisk. Aku jumpa dua.  Nak baca? Silala… kalu rajin.

Mebi ada bahasa yang pelik dan tak seswai kat situ… tapi biaq pi lantak la kat situ… aku tulis pun ss aje… pastu cikgu aku pun tak komplen apa-apa…. kira on ajelah.

Yang ini aku tulis tahun 1999, masa form 3, untuk kerja kursus sejarah kot.

Sejarah
sebuah luahan hati dan perasaan
suara seorang insan dari naluri sebuah kerajaan
yang perlu didengar, difahami dan diyakini
lantas apa yang diperjuangkan
tidak bukan inilah hasilnya
sebuah kekayaan dari sebuah kejayaan
sebuah kejayaan dari sebuah kegigihan
dan gahlah masyarakat
membentuk perpaduan
membina kerajaan

Sejarah
menceritakan kesengsaraan
kepayahan dan penderitaan
daripada Jepun hinggalah Malayan Union
sejarah menyaksikan sedekad ini
perpaduan melahirkan masyarakat berwibawa
membawa kerajaan ke puncak tertinggi
di puncak dunia

Dari sudut manakah
sejarah memandang
pahlawan gugur dalam perjuangan
rakyat bangkit menentang penjajahan
dan wanita bangun bersuara?

Dan dari sudut manakah
sejarah menilai
erti sebuah pengorbanan
rakyat Tanah Melayu
demi sebuah kebebasan
yang dilaung-laungkan
setiap detik, tiap waktu?

Maka erti sebuah kebebasan itu
tiada lain hari inilah buktinya
matahari semakin letih
cahayanya makin suram
tetapi hati seorang pejuang kian dibakar semangat
laungan merdeka merdeka merdeka
dan tepukan bergemuruh
matahari mula mengukir senyum
seakan mengerti

Maka erti sebuah kebebasan itu
hari ini jugalah buktinya
matahari memancar terik
cahayanya terang menerbit silau
hati seorang rakyat kerdil kian dibakar semangat
lauangan reformasi bersulam Allahuakbar
dan sorakan bergemuruh
matahari tersenyum lagi
lebih mengerti.

Err… cikgu BM aku masa tu kata aku berbakat tau. Ewah!

Lagi satu… aku tulis tahun 2001, masa form 5, untuk adik angkat aku punya kerja kursus sejarah jugak.

Bumi ini
semarak kasih tertumpah selaut
kebangkitan masa yang bercambah
melenyapkan feudalisme
rakyat golongan akar
meninjau seraya menerjah
“Bangun!”

Figuratifnya merdeka
memartabatkan marhaen
meletakkan beban-beban kepimpinan
pada bahu yang sepatutnya

Fijarullah, budaya kita
pemangkin ummah
pelaras kemakmuran
tinggalkan detik-detik Nippon
campakkan duka-duka Malayan Union
dunia kini bukan untuk menangis lagi
dunia kini
dunia yang melonjak menyahut peradaban

Iya cabarlah!
aku menyahut di sini
dari sudut sekangkang kera ini
dunia pasti terkesima
hujahku bukan pidato
bahasku bukan ceramah
ceritaku bukan omongan kosong
bedikit-dikit nusaku bercambah
bernafas dari benih-benih matlamat

Ayuh!
tidakkah kau melihat
perjuangan partai-partai itu?
anak bangsaku sudah celik siasah
pertahanan hak asasi mulah bertelingkah
semuanya menuntut kemakmuran, keamanan
ikatan tangan-tangan pagun
bergayutan melaungkan perpaduan

Cuba kau mendongak
kepadatan batu-batu butih
tidak melepaskan kehijauan
kampungku sudah bersinar
forum kedai kopi bijak berpolitik
bukankah itu perubahan?

Proton mengetuk
tersengih di balik pintu
kenyitan-kenyitan memorabilia Malaysia
KLIA
KLCC
nusaku jauh kini
tidak menoleh lagi.

Skang aku dah bertahun tak tulis puisi. Jangan kata nak tulis, baca puisi orang pun aku tak sudi.

Dan cakap pasal puisi/sajak, aku teringat masa sambutan kemerdekaan kat sekolah, selalu yang best deklamasi ni, mesti yang dapat nombor dua. Bagi aku lah. Yang dapat juara tu mesti jenis pekik-pekik. Apa? Kalu deklamasi aje mesti pekik ke? Merdeka merdeka merdeka tu mesti pekik jugak ke? Nangis tak bole? Da la tu tak reti pulak guna mic, dah tau nak pekik… jauhkan la mic tu sket. Ni pekik-pekik dekat mic, pecah gegendang telinga “anak bangsa” tau tak? Kang abes la sume pekak sape nak dengar dah?

*Sigh

Bertahun jugak aku tak dengar deklamasi sajak yang boleh remang-remang buku tengkuk. Betul! Dulu, kalu yang pandai deklamasi tu, tayah pekik-pekik langsung. Sore toya pun bole buat aku remang sana-sini. Selalu depa ni jenis sore seksi… kira bukak mulut baris pertama sajak pun da bole wat napas aku macam terhenti. Memang mengancam la wa cakap lu. Kalu ada yang datang bawak gitar kapak sekali mesti meleleh la aku kat situ.

Betul tak cik nus? Imagine imagine.

comel lah… ngehehehe… tidak… dia bukan murid saye… dia pensyarah bahasa malaysia… peng peng peng

Ok la… sekali lagi aku nak wish in advance, selamat menyambut hari kemerdekaan ke 53. Pelis la jangan merambu tengok konsert-konsert live yang sememangnya buang pahala dan buang masa. Ni kan bulan pose, sambut merdeka takkan la pegi karaoke sampai pukul tiga? Orang pegi terawih, kau pegi terkinja-kinja. Lepas tu bangga pulak uplod dekat facebook dengan blogger. Akai ada?

saye: tido lagi bes

Related posts:

Date: 29 December 2009

Kalau bercakap pasal zapin, otomatik aku akan rasa bangga gilos menjadi warga johor. Tetiba berkobar-kobar ngaku orang johor. Aku ni bukan le jenis yang suka nak expose2 kan diri nak jadi orang glamer dengan menari, tapi kalu ada show zapin, mmg aku suka sgt tgk. Even masa wedding aku dulu pun ambik budak2 zapin. Dah kata suka kan… heh heh!

Alhamdulillah tercapai jugak hasrat terpendam bertahun aku nak tgk gema zafana. Dulu masa Yayasan Warisan Johor  (YWJ) buat show yang sama pada tahun 2004, aku tak dapat pegi sebab takde geng. Hohoh! Dan tahun ni, awal2 aku dah tau akan ada show ni pada penghujung tahun sebab dah cek kalender Istana Budaya (IB). Walaupun mengah ngan perut 34 minggu aku ni, aku tetap gagahkan diri untuk pegi.

Nasib baik masa beli tiket masih ada seat kat Stalls pada tarikh yang aku plan nak pegi. Kalu tak, sangap lagi la kena tgk show dari Upper Circle macam masa tgk teater muzikal P.Ramlee n PGL dulu. Aku pegi show hari terakhir. Bertembung la tgk show dengan Tun Mahathir, Tun Siti Asmah, Ghani Othman (MB Johor) dan beberapa orang penting negeri Johor yang aku tak kenal sangat. Pengalaman aku tgk Tun secara in person ni… alahai…. walaupun aku cukup menyampah ngan Tun, tapi bila tgk dia secara live, depan bijik mata, aku hanya melihat seorang tua yang telah berjasa. Sungguh!

Pegi show kebudayaan kat IB ni memang tak sama macam gi tgk teater popular. Aku dah agak majoriti audien akan well-dressed sebab masa ku gi tgk show YWJ yang lain iaitu keroncong pada pertengahan 2004, mmg gitew. Sebab tu masa gi tgk teater aku dok pelik apsai ramai pakai sempoi2, siap pakai jeans ngan t-shirt jes. Ohoh. Memula aku dah kata ngan asben, pakaila baju batik sebab aku konpiden ramai pakai baju batik. Tapi dia tamau, takut terover plak. Tapi bila sampai IB je, ha… i told u, mmg macam gi kenduri kawen kat hotel besar2! Tambah lagi ada VVIP. Amek kau!

Kalau nak suh cite pasai zapin, i tell u aku mmg tatau sgt. Almost zero! Yang aku tau sket2, zapin ni asalnya dari Yaman. Kemudian dah serap ngan budaya Melayu sampai jadik macam2 jenis zapin. Antara zapin yang dipersembahkan malam tu ialah Dodoi Anak, zapin Syahadat, Semerah Padi, zapin Berperi, Renjis Direnjis, zapin Sarawak, zapin Pekan, zapin Kota Iskandar, zapin Budi dan lain-lain (sumber Utusan Malaysia).

Opening Gema Zafana memang gempak abes. Kembang2 idung aku ngan rasa bangga. Tapi pastu agak meleret n bosan masa lagu2 slow. Second half lebih enjoy sebab penuh ngan zapin rancak. Bila tengok ada group India ngan Cina kuar, aku cam bley baca je, pasni mesti ada geng hiphop. Aik betul plak tuh! Hahah. Secara umum, aku mmg cam dapat baca susunan show ni, even aku tak mahir langsung pasal zapin. Bagi aku show n terlalu lama dan meleret. Sebahagian lagu2 yang dibawa bukan lagu yang popular menyebabkan orang cam aku n bosan sket. Tambah2 lagi, semua lagu nak abeskan lirik. Ada yang ulang2 corus plak, menyebabkan lagi la lambat nak abes. Patut satu lagu bwat pendek n ringkas je dah cukup. Yang penting mesej sampai n audiens terhibur n tak nguap. Zzzz… maklumla, malam hari keje… hee.

Satu lagi aku rasa IB dah kena wat renovation besar-besaran la. Seatnya sangat sempit n tak selesa. Sian abg asben aku balik ngan sakit2 pinggang. Dah le dia tak paham n tak enjoy sgt sepanjang show. Rimas aku dengar dia mendengus. Len kali gi show kebudayaan, malas aku nak bawak dia lagi. Ngeh ngeh! Ow ye, sound system juga teramat la kuat n membingitkan, dulu tak penah aku g IB sound dia gini. Memang spoil abes la.

Gambar2 pulak memang tak banyak sebab aku sampai masa show dah nak start sgt n balik sebaik saje show tamat sebab esoknya kena keja. Show dari 8.30 mlm (lambat sket start sebab Tun sampai lambat) n habis kul 11.50mlm (pun sebab VVIP lambat masuk hall masa second half).

Gambar muka aku tu adalah bukti kehadiran aku tgk show n (i sgt gemok, i terima itu). Heheh. Yang lain2 aku curik dari blog Jari Jari Bercerita. Mana la dia amek gambo2 ni, kalau dia snap sndri mmg i tabik u pasai aku mmg tak berani nak angkat camera masa show berjalan. Maklumla, aku kan penonton berhemah. Auw!

saye: anak wilayah yang selalu bangga dengan johornya :)

Related posts:

Walaupun tau akan kena gelak, tapi aku tetap tabahkan hati mengaplod skrinshot pojek animasi untuk subjek multimedia innovation semester ni. Asben aku kata macam hasil keje budak diploma je… tsk tsk. Aku ni punya le gigih membuatnya di antara keje-keje kat opis bersama perut yang semakin membulat. Kecik ati i. Tsk tsk.

Walaupun terselit kepoyoan, aku tetap nak arkibkan skrinshot ni sebagai kenang-kenangan sendiri pada masa akan datang. Ngee~~

Kalu uols ada terbaca entri aku pasal kembali kepada adobe hari tuh, ketahuilah bahawa aku tak antar pun hasil logo yang mengerikan tu. Aku buat logo lain yang tak kurang patetik nyer. Tak kisah la… janji anto assemen, daripada tak antar langsung….

Pojek animasi flash ni aku buat ngan kumpulan ibu-ibu yang sungguh gigih. Kak Nida masa aku datang umah dia, sempat breastfeed baby sambil buat drawing storyboard. Kak Ani pulak selamat deliver twin babies masa exam dah mendekat. Tabik kakak-kakakku. Uuu~~

(boleh kelik untuk view gambor besor)

Dulu aku ingat course industrial computing yang aku amek n lah yang paling teribel syllabusnyer. Rupanya multimedia jauh lebih teribel daripada sekian banyak course… pada aku lah – walaupun pada hakikatnya aku tak lebih daripada mengulang balik apa yang aku dah telan bulat-bulat masa bwat degree dulu. Pada uols yang pandai dan hebat designing, multimedia ni kacang je dok? *_____*

saya: nak jimat pakej broadband 3Gb, aplod gambar suda… hehee

Related posts:

Dah berzaman abg asben terpekik2 nyanyi lagu2 Ebiet G Ade… since mula kawin, baru skang aku duk tergedik2 nak mengenali karyawan ini. Time kaceh to abg asben, walaupun abg asben suke layan blues dan drama melayu, kadang2 ada banyak hasil karya yang indah untuk dinikmati.

Perjalanan ini terasa sangat menyedihkan
Sayang, engkau tak duduk di sampingku kawan
Banyak cerita yang mestinya kau saksikan
Di tanah kering berbatuan

Tubuh ku terguncang di hempas batu jalanan
Hati tergetar menampak kering rerumputan
Perjalan ini pun seperti jadi saksi
Gembala kecil menangis sedih

Kawan coba dengar apa jawabnya
Ketika ia ku tanya “Mengapa?”
Bapak ibunya telah lama mati
Ditelan bencana tanah ini

Sesampainya di laut ku khabarkan semuanya
Kepada karang, kepada ombak, kepada matahari
Tetapi semua diam, tetapi semua bisu
Tinggal aku sendiri terpaku menatap langit

Barangkali di sana ada jawabnya
Mengapa di tanahku terjadi bencana

Mungkin Tuhan mulai bosan melihat tingkah kita
Yang selalu salah dan bangga dengan dosa-dosa
Atau alam mulai enggan bersahabat dengan kita
Coba kita bertanya pada rumput yang bergoyang

saya: kupu-kupu kertas yang lakiku dok terpekik2 tu ebiet juge rupanya… haih patetiknya saye

Related posts:

Kau nak tahu, suatu masa dulu saya memang seorang yang energetic dan motivated. Buktinya penemuan ini.

Kau agak-agak, apa le kejadahnya yang diconteng ke atas kertas-kertas buruk tuh kan? Ada kertas kecik, kertas besar, kertas A4, kertas buku nota sampailah kepada kertas yang hanya diedarkan di dewan peperiksaan termasuk kertas soalannya sekali. Gulp! Dahsyat sungguh saya menulis waktu tuh. Macam ketagih tahap bahaya. Tapi tu semua dulu….

Kau percaya tak yang saya dulu menulis cerpen dengan handwriting saje? Saya pun baru tau! Muahaha! Walaupun tulisan saya tuh tak senonoh mengalahkan tulisan doktor, sekurang-kurangnya saya sungguh prolifik pada waktu itu. Walaupun prolifik dalam erti kata karya eceran itu untuk diterbitkan di dalam fail yang dipasarkan di dalam kabinet selama bertahun-tahun.

Draf pertama cerpen Psikik… Amman – Singapura


Hanya 6 cerpen dan 5 puisi pernah tersiar secara sah. 2 daripadanya hanya menerima bayaran berupa novel popular yang sungguh tak pernah hingin saya nak baca. Karangkraf… nama je syarikat publisher besar, tapi bayar ciput nampak sgt penulis-penulis kat Malaysia ni takde harga. Sob sob… tumpang lalu… emosi sket.

Sebenarnya saya la manusia pemalas yang tak termotivasi untuk terus menulis. Iya, “M” saya lebih besar dari “M” Mc Donald. Nak bwat macam mana? Mc Donald… uh!

 

Menjumpai fail ini setelah 8 tahun, inilah cebisan paling hebat dalam hidup saya… tsk tsk (terharu).

saya: seni itu hidup

 

Related posts:

Adv
About Me

the name is widura.

seorang anak, isteri, ibu, pendidik, pelajar.

suke pada kesederhanaan, bukan kesempurnaan.

Facebook

Widura Abd Kadir

Archives
Categories
Recent Comments