Archive for the ‘tentang saya’ Category
1.
Naaa… belum register phd lagi. Belum.
Inilah akibat mengumpat. Fakta yang disebarkan dari mulut ke mulut memang boleh ke laut.
Doktor?
Fuh!
Amin…………………..
.
2.
Saya rasa ramai di antara kita pernah main game ‘cerita berantai’. Biasanya game ni dibuat masa camping, kursus, orientasi, bengkel, training, team building dan yang sewaktu dengannya. Dalam game ini, satu teks akan diberi kepada seorang peserta. Peserta ini akan bertindak sebagai peserta pertama dan dikehendaki menceritakan semula teks berkenaan kepada peserta yang kedua. Peserta yang kedua pula perlu menyampaikan kepada peserta yang ketiga, dan begitulah seterusnya. Peserta yang terakhir kemudian dikehendaki menceritakan semula input yang diperoleh. Dan selalunya apa yang disampaikan oleh peserta terakhir ini sangat jauh berbeza berbanding cerita asal.
Masa darjah 6, saya pernah main game ini dalam satu kumpulan yang besar. Lebih kurang 100++ orang. Kata kunci yang perlu disebarkan ketika itu ialah “ayam”. Di pertengahan rantaian peserta itu, sebaran telah menjadi “diam-diam, nanti cikgu marah!”.
Kesian “ayam”. Yang paling kesian adalah cikgu itu. Sape suruh buat game macam ni pukul 1 pagi?
.
3.
Ketika dalam latihan di Pulapol, Iszrole mendapat kecederaan lutut yang dipanggil sebagai “meniskus tear”. Kekerapan berulang ke HKL bagi menjalani rawatan fisioterapi dan temu janji pakar secara tidak langsung menimbulkan sangsi satu (atau mungkin beberapa) pihak di Pulapol. Iszrole juga berulang kali dipersoalkan kenapa beliau selalu mendapat privilege dari HKL (entah apa privilege-nya saya pun taktau). Bagi melengkapkan spekulasi sendiri, sang speculator ini mengandaikan isteri Iszrole yang bekerja sebagai pensyarah di sebuah kolej universiti kesihatan pasti ada connection dengan doktor2 di HKL. Walhal sekiranya sang speculator yang merupakan seorang anggota polis terlatih dan berpengalaman ini cuba menyelidik perkara sebenar, beliau akan mendapati bahawa spekulasi beliau itu adalah melucukan kerana hakikatnya saya sang isteri Iszrole ini merupakan seorang pensyarah teknologi maklumat!
Jangan kan kata doktor HKL, pegawai teknologi maklumat di mana2 jabatan kerajaan pun saya tak kenal.
Cerita berantai memang hebat. Bayangkan, kalau permulaannya pun dengan sebuah spekulasi yang berunsur fitnah, bagaimana pula dengan corak sebarannya? Itu baru cerita pekerjaan isteri Iszrole dan connection-nya dengan doktor2 HKL. Belum lagi cerita isteri Iszrole berkrisis dengan OC Kompeni F, isteri Iszrole bercakap buruk dengan kakitangan Kompeni F, isteri Iszrole selalu telefon Kompeni F, isteri Iszrole itu, isteri Iszrole ini… ya isteri Iszrole ini terkenal tahu? Beliau menghantui Pulapol!
Sila tabik spring kepada saya.
Rantaian cerita itu rupanya belum berhenti meski latihan telah tamat awal Januari lalu. Terkini, ada seorang kakitangan Bukit Aman bertanya kepada Iszrole;
“Isrol, wife kau doktor kan?”
.
*mari ketawa besar-besaran
.
Yes sahab, tak lama lagi la tu. Cuma bukan doktor perubatan ye sahab. Kang ramai pulak yang mampus akibat salah makan ubat!

saye: ayat skema? Peralihan kepada bahasa bijaksana
Related posts:

7 Januari 2012
.
Tentulah perancangan Allah mengatasi segala pengetahuan yang ada di muka bumi. Dengan kepahitan, kami belajar mengecap manisnya ujian. Benar, alah bisa menerima ujian, perlahan-lahan kepahitan itu menjadi nikmat manis meskipun peritnya masih tetap terasa. Kesakitan beransur menjadi penawar dosa. Derita menjadi sekolah yang mendidik tabah. Fitnah, tohmahan dan hinaan dengan sendirinya menjadi peluang untuk menikmati makna sebenar hidup. Malah, melalui segala kerenah birokrasi dan diskriminasi itulah kami belajar erti kebergantungan penuh kepada Al-Malik.
Meski kami tahu cabaran selepas ini jauh lebih besar, semoga kami tidak terlalu takut untuk melaluinya.
InsyaAllah.
saye: menjadi orang ‘biasa’.
Related posts:
Aku teringat term ‘menangis lelaki’ yang keluar dari mulut sorang kawan isrol kat Pulapol. Bunyinya janggal tapi unik. Bukan tak biasa tengok lelaki menangis. Dalam hindustan bersepah. Tapi kebanyakannya tak begitu menepati kedalaman maksud ‘menangis lelaki’. Sehinggalah aku menemuinya dalam Ombak Rindu versi filem.
Membaca review dari pengkritik filem / wartawan memang lebih adil. Review begini hampir menyeluruhi segenap aspek Ombak Rindu termasuk novel dan penulis. Kalau baca review dari bloggers (tak semua), apa yang kita akan dapat hanyalah… Aaron Aziz.
Jujur, aku bukan peminat Aaron. Tapi, sebab utama aku pegi tonton Ombak Rindu adalah Aaron juga. Akibat menggatal tonton klip video ost-nya, terpaksalah terkinja2 penasaran nak menonton.
Advantage untuk aku kali ini ialah, aku tak pernah baca novel Ombak Rindu. Maka risiko filem ini menjadi pemusnah jurus bayangan memang tak ada sama sekali. Tapi, meskipun tak pernah baca novel Ombak Rindu, aku memang dapat rasakan scene2 dalam filem ni melompat-lompat. Pastinya sebab nak compact-kan isi cerita nan panjang kepada durasi filem yang hanya 2 jam.
Sebenarnya, amat menakutkan untuk menonton filem yang diadaptasi daripada sebuah novel. Aku pernah mengomel pasal benda ni kat entri Ayat-ayat Novel Versi Filem. Aku percaya, adalah mustahil untuk memuaskan hati semua pihak terutama pembaca tegar sesebuah novel apabila kisahnya diadaptasi ke filem. Novel dan filem memberikan impak yang berbeza terhadap penceritaan masing-masing. Filem memberikan cerita dan imej visual dengan serentak. Penonton secara langsung akan mendapat gambaran latar tempat dan watak hasil garapan produksi filem. Contohnya, kalau watak Hariz dalam Ombak Rindu dipegang oleh Aaron Aziz, maka itulah gambaran yang terpaksa diterima oleh penonton mengenai watak Hariz. Ianya berbeza dengan novel yang memerlukan pembaca membina imaginasi tersendiri dengan panduan penulis. Bermakna, setiap pembaca akan mungkin mempunyai imaginasi yang berbeza terhadap latar tempat dan watak. Oleh itu, gambaran watak Hariz dalam novel Ombak Rindu juga adalah berbeza-beza bagi setiap pembaca.
Hanya pembaca tegar sahaja yang tahu bagaimana seronoknya melayari pembacaan dengan lakaran imaginasi sendiri.

Dalam banyak2 adaptasi novel ke filem, aku kira hanya Ketika Cinta Bertasbih sahaja yang betul2 menepati kisah sebenar tanpa terlalu merosakkan imaginasi pembaca. Tapi ini tidak bermakna filem perlu menurut sepenuhnya intipati novel. Adunan semula untuk meringkas, memperbaik dan memperkemas jalan cerita dan latar watak adalah juga penting kerana tak mungkin setiap plot dalam novel sesuai dimasukkan ke dalam filem. Asal saje kisah asal dan watak2-nya tidak teruk dirosakkan, ayat-ayat novel versi filem pasti setidak-tidaknya mampu memberi kepuasan minimum.
Ombak Rindu mungkin tidak sebaik dan sekemas yang aku harapkan. Cukuplah ianya berjaya meringkaskan kisah dalam novel tanpa mencacatkan. Malah perubahan pada beberapa latar watak juga aku kira satu usaha untuk memperbaik. Ini berbeza dengan apa yang aku kesalkan dalam filem Ayat-Ayat Cinta yang bagi aku merosakkan beberapa latar watak terutama watak Aishah isteri Fahri. Begitu juga pemansuhan watak bapa Maria yang ketara merosakkan jalan cerita termasuk maklumat dakwah yang sangat penting.

Alangkah bagus kalau filem melayu boleh melebar lebih dari 2 jam asalkan plotnya disusun kemas, skrip natural dan mantap serta tidak meleweh2.
Secara peribadi, aku rasa kekuatan ombak rindu versi filem ini adalah pada Aaron Aziz. Lakonan Aaron adalah terbaik. Terbaik sebab sangat bersahaja. Macam aku kata tadi, aku bukan peminat Aaron. Maka tak timbul unsur bias di sini. Aku bukan pengikut tegar Aaron dalam sebarang drama bersiri. Malah, aku pernah berasa hairan melihat kegilaan orang ramai terhadap Aaron. Sebab sebelum ni, aku tatau apa best-nya Aaron Aziz.
Nak kata hensem, hensem lagi Hans Isacc.
Tapi aku mula admire beliau dalam KL Gangster. Lakonan selamba. Effortless. In fact, aku memang prefer lakonan yang bersahaja rather than yg beriya2 berlakon macam Rosyam Nor ke, Shahrukh Khan ke. Sebab tu aku lagi prefer Salman Khan. Ops, terkeluar topik.
Dalam Ombak Rindu, tahap admire aku dah tak terbendung lagi. Aku mmg kagum secara melampau dengan lakonan Aaron Aziz. Nak nak tang leleh (rujuk scene Hariz + Izzah kat dalam bilik umah Pak Dolah). Serta-merta rasa ralat kenapa beliau bukan warganegara Malaysia yang dengan tidak adilnya menghalang beliau daripada dicalonkan dalam FFM.
Maya Karin bagi aku nod bad. Cuma masih canggung melihatnya bertutur dengan intonasi Bahasa Melayu yang asli. Aku terbayang-bayang andainya watak Izzah dipegang oleh Fazura, lebih feel agaknya. Sebab aku pernah tengok Fazura berlakon jadi perempuan kampung. Untuk watak Izzah ni, aku rasa Fazura lebih sesuai. Natural dan effortless.
Lisa Surihani juga boleh tahan bagus. Cuma untuk watak Mila, imaginasi aku melihat alangkah cantiknya jika watak Mila dilembutkan sedikit lagi. Tak perlulah Mila terjerit-jerit memberontak setiap kali keinginan tak dipatuhi. Dengan kedudukan, kuasa dan pesonanya, Mila mungkin hanya perlu bertegas dalam nada yang lembut tetapi persistent. Dan aku membayangkan watak itu dipegang oleh Maya Karin.
Secara keseluruhan, Ombak Rindu adalah Aaron Aziz. Tanpa Aaron Aziz, Ombak Rindu mungkin tidak berombak mana pun. Sebab aku quite sure, at least 50% jumlah penonton yang berkejar ke panggung adalah kerana Aaron. Tapi itu tidak pelik kerana kombinasi ego dan air mata Hariz yang diperan Aaron adalah pesona yang langsung tidak menghampakan.
Kerana Aaron Aziz, aku mengerti apa itu ‘menangis lelaki’.
saye: Aaron = 2 thumbs up
Related posts:
Sambungan part 2
Jam 11 am ++ baru pegi bilik treatment untuk remove nasal pack. Proses ni memerlukan aku duduk dan menunduk sket sebab semasa dan selepas pack tu dikeluarkan, darah pun akan berebut2 kuar. Kalo aku baring, for sure la darah tu masuk balik.
Kebanyakan cerita yang aku baca dan dengar pasal proses removal of nasal pack ni, depa kata sangat menyakitkan. Pengalaman aku sendiri, takde lah sakit sangat. Sebelum doc nak cabut tu pun, doc cakap proses ni perit sket. Tapi bagi aku tak perit pun. Terasa la macam ada benda dikeluarkan dari rongga hidung tu. Mebi sebab aku dah 24 hours wish mendalah tu kuar sesegera mungkin, jadi tak terasa pulak keperitannya. Rasa syiok lagi ada.
Lepas pack tu dikeluarkan sepenuhnya dari hidung, darah berebut kuar dari hidung dan mulut. Time ni aku terus pitam. Doc tanya, pening or pitam. PITAM! Rasa nak rebah terus tapi tak boleh sebab nanti darah masuk hidung balik. Dan dan tu jugak kaki ngan tangan aku jadi kebas. Teruk punya kebas dan macam tak boleh move. Doc boleh bulak selamba kuar dari bilik treatment meninggalkan aku terkontang-kanting dengan nurse. Mebi bagi dia biasa je menda tu. Aku of cos la panik. Siyes! Sangat-sangat panik. Kebas tu yang paling buat aku panik. Ada la almost 5 minit macam tu. Nurse tolong la pegang tangan aku yang kebas tu sebab very the sejuk woo. Darah tak jalan kan. So dia suruh aku gerak2 kan anggota yang kebas. Alhamdulillah it works.
5 minit yang horrible. Lagi horrible dari 24 jam menahan nasal pack dalam hidung.
Lepas bebas dari pitam dan kebas, baru la buat procedure seterusnya iaitu membersihkan hidung. Ekceli depa ajar aku cane nak bersihkan hidung because untuk satu tempoh masa, terutama hari2 awal selepas surgeri, memang banyak darah akan keluar dari hidung esp darah beku. Procedure dia, gunakan syringe untuk semburkan air ke dalam hidung. Aku tak sure sangatlah air tu air apa. Tapi aku rasa air garam kot. Sebab rasa dia masin2. Proses ni sama macam kita nak bagi kids makan ubat guna syringe, tapi instead of syringe tu dihalakan ke mulut, syringe ni di halakan ke dalam lobang hidung dan press kuat2 supaya dapat membersihkan rongga2 yang sukar dicapai untuk dibersihkan. Untuk dua tiga hari, tiap kali buat proses ni memang darah2 akan join sekaki keluar. Oh ye, masa buat proses pembersihan ni jugak, satu bekas diperlukan untuk menadah lebihan air yang akan keluar semula dari hidung tu. Nak lebih senang, pegi buat dekat sinki. Aku cuma boleh picit hidung untuk kuarkan apa-apa yang nak kuar dari hidung dan try bersihkan guna tisu. Tapi tak boleh blow.
Aku bajet hari tu jugak aku dapat discharge. Tapi doc nasihatkan aku stay untuk satu malam lagi sebagai pemantauan. Yang dibimbangi adalah sekiranya berlaku pendarahan atau demam kot. Tapi kalo nak discharge jugak bleh je. Disebabkan aku agak trauma dengan detik aku pitam dan kebas tadi, aku ikut je la nasihat doc. Tapi dalam masa yang sama, aku dah meronta-ronta nak balik umah. Standard la kan. Once dah terlepas dari bala, tak hingin nye aku stay wad. Baik balik umah.
Lepas remove nasal pack ni, of cos la aku rasa tersangat selesa. Dah kurang la rasa bengang, berdengung dan pedih. Cuma upper teeth tu mmg still rasa numb. Dan inilah satu2 nya rasa numb yang berterusan sampai skang (hingga entri ini ditulis dah sebulan selepas surgeri). Cuma rasa numb tu berkurangan dari semasa ke semasa. Aku cuba cari info kat internet dan dari info yang aku dapat, ada sesetengah patient boleh mendapat kesan yang sama hingga berbulan lamanya. Tapi ini bukanlah horror sgt pun. Bila aku tanya doc pasal upper teeth ni, dia tak rasa itu disebabkan surgeri yang dia buat. Mebi disebabkan masa bius, pakar bius masukkan tiub ke dalam mulut (terus ke tekak aku rasa, aku tak sedar time ni), so mebi dia terlanggar upper teeth menyebabkan bengkak kot. Tu yang aku rasa numb kat situ. Tade rasa sakit. Just rasa numb.
Dalam jam 3 pm, family in law aku visit. Hari tu adalah cuti deepavali. Masa ni aku dah tak kisah terima visitor. Sebab muka aku dah cun sket compare masa aku ada nasal pack dalam hidung. Masa ni jugak dah tak ada bleeding dari hidung. Ada gak rasa nak mintak discharge. Disebabkan rasa dah terlepas dari bala, aku plan nak makan kat luar je dinner nanti.
Bila senja menjelma, aku dah tak sabar2 nak mandi. More than 24 hours tak mandi adalah penyeksaan. Nasib baik wad tu sejuk. Kalo tak alamat bau pekung la aku. Dan disebabkan sejuk jugak, aku bantai mandi air panas. Guess what? Yeah… elok2 hidung dah tak bleeding, cantek je darah meleleh2 kat hidung masa aku mandi. Fresh blood. Kalo darah beku takpe. Itu normal. Kalo fresh blood ni menunjukkan pendarahan sedang berlaku kan? Aku ni biasa la kadang agak sengal. Bukan terlupa, tapi tak terfikir pun akibat mandi air panas ke atas hidung aku. Bila dah bleeding, baru la aku buat andaian sendiri, mebi sebab mandi air panas. Dan andaian aku tu memang tepat. Mandi air panas akan menyebabkan pembuluh darah menjadi kembang dan oleh kerana rongga hidung aku masih luka, jadilah pendarahan ye kawan-kawan. Untuk segera stopkan bleeding, aku letak ais kat hidung.
Maka tak jadi nak makan luar. Padahal isrol dah sign surat untuk mintak keluar sekejap. Aku malas nak kuar la kalo jadi lagu ni. Kang takkan manjang nak tahan hidung dengan tisu/kapas? Tak cun la. So kitorang order dominos. Berselera sungguh la. Masa ni la baru aku bernafsu nak makan dan nak bercakap.
Sepanjang kat wad ni, manusia yang paling aku dambakan adalah dr. sahrir sanusi ni. Beliau lah manusia yang paling bernilai bagi aku setiap hari. Sehingga ke hari sepatutnya aku discharge, tunggu punya tunggu, punyalah berzaman beliau nak datang. Ingatkan paling lewat jam 11 am dia nak datang. Tapi tak jugak sampai-sampai. Aku mintak nurse kejarkan doc sebab aku kalo boleh nak discharge dalam tgh hari jugak sebab isrol nak kena balik sebelum jam 6 pm. Then depa cakap, doc ada kes. Wuhuhu.
Dalam jam 2.30 pm barulah nurse panggil aku suh pegi ke klinik doc kat level 1. Lega! Kat dalam klinik, doc ada banyak device dia sendiri so senang sket dia nak godamkan hidung aku. Dia try kuarkan darah beku yang melekat2 kat bahagian dalam hidung. Lepas ni, kalo nak bersihkan hidung, aku dah boleh blow secara perlahan. Haa, dengar dah boleh blow ni best la sket. Kalo tak terasa macam ada benda tak lepas je dari hidung dan tatau cane nak kuarkan.
Then doc cakap aku boleh discharge. Bila tanya ada tak pantang, doc cakap tade. But, doc jugak kata, kalo aku nak berpantang, please do so. Masalahnya aku pun tatau nak pantang apa. Aku dapat hospitalization leave sampai hari rabu berikutnya. Rabu berikutnya tu, aku kena datang untuk follow up.
Lepas kuar dari klinik, sementara hospital settlekan urusan discharge, kitorg pun packing. Tak lama lepas tu, nurse datang hantar ubat dan cakap dah boleh discharge. Yang aku ingat, ubat yang depa bekalkan adalah air untuk aku bersihkan hidung yang aku cite tadi, antiobitik yang aku kena habiskan dalam 4 hari, clarinase, uphamol dan sterimar.
Sterimar ni adalah satu anjakan paradigma bagi aku. Anjakan paradigma tuuuuuuu. Sebelum ni sori la, aku memang tak boleh pakai segala bentuk semburan ke dalam hidung. Padahal aku dah start disuruh gunakan nasal spray since umur 18 tahun lagi. Tiap kali sembur, aku akan menggelupur macam ikan tak jumpa air. Fobia. Gambo bawah ni adalah lain2 jenis semburan hidung yang selalu aku ngelat untuk habiskan.
Tapi since surgeri, sterimar ni dah macam cleanser bagi aku. Aku menyembur hidung tanpa rasa annoying lagi.
Segala tok nenek bil sepanjang warded adalah 100% di bawah tanggungan ING. Lebih menarik lagi, ING turut memberikan 60 days GL bagi rawatan susulan. Kiranya dalam tempoh 60 hari, kalo aku menggatal nak jumpa doc, semuanya dicover oleh ING. Syiok woo… boleh request ubat macam-macam. Free….. oke jakun. Baru dapat GL 60 hari dah jakun semacam. Tu belum dapat panel sepanjang hayat lagi tu. Mau canang satu Malaya.
Disebabkan bil dah disettlekan oleh ING, nurse memang tade bagi resit. Untuk mendapatkan resit (sebab gatal sangat nak tau total bil), kitorang pegi kat cashier dan mintak depa printkan. Untuk 4 hari 3 malam berserta segala rawatan dan surgeri, bil aku berjumlah Rm 9465.65. Murah kan? Tapi kalo nak kena kuar duit sendiri, ada yang aku pitam balik dan kebas satu badan pulak.
Aku setel sume urusan kat spital lewat petang. Jam 5 pm ++ baru dapat kuar dengan bahagianya.
Malam pertama kat rumah boleh tahan renyah. Setiap masa rasa macam nak keluarkan kahak. Sebab darah2 beku dan lendir dalam rongga2 hidung tu banyak dan tak bleh keluar sekaligus. Dia macam ko ada banyak sangat kahak dan sentiasa nak keluar. Memula, tiap kali rasa nak meludah, aku akan pegi toilet. Last-last dah kerap sgt pegi, aku amek je bekas, isi air sket dan letak tepi katil. Agak2 rasa nak spit je, buang kat situ. Tayah bangun pi toilet. Ada la dalam beberapa hari (4-5 hari) aku kena buat macam ni. Nak tido tu toksah cakap la. Memang terganggu sangat2.
Hari pertama lepas kuar wad, memang banyak darah beku berebut-rebut kuar dari hidung. Darah beku ni macam jelly kan, berlendir, so memang baik punya mengaco lobang hidung aku. Nasib baik gak boleh blow. Dari konon blow perlahan, sampai sepenuh hati aku blow. Haha, mana bley tahan beb. Berketul2.
Dalam tempoh seminggu sebelum hari follow up, aku kira cuma dua kali hidung aku bleeding. Agaknya sebab aku paksa2 or kerap blow, tu pun dia bleeding waktu tengah malam. So cepat2 aku amek ais letak atas batang hidung.
First follow up, doc tolong buangkan darah beku yang aku sendiri tak dapat kuarkan. Lepas tu sambung lagi mc. Kiranya dari hari pertama aku masuk wad, aku cuti selama 3 minggu. Best? Huh, sehingga terlupa apakah itu kerja? Waa… over oke. Cuti materniti pun tak over macam ni.
So apakah perubahan yang aku alami setelah surgeri? Pertama sekali of cos, aku rasa rongga hidung aku jadi luas. Nak bernapas lebih mudah dan selesa. Rasa macam sebelum ni aku tak cukup ruang nak bernapas, tapi now dah dapat almost sepenuhnya. Dan alergi berkurangan. Kalo dulu, aku paling alergik dengan angin esp part muka. Kalo angin kipas or ekon kena muka, immediately aku bersin. Elok je kuar spital, aku try tadah muka kat ekon. Langsung tak de rasa nak bersin. Best!
Antara ubat lain yang dibekalkan masa follow up ialah menda yang dipanggil kristal ni.
Tak clear eh? Sori aku snap guna camera henpon. Kristal ni kasik rendam dalam air panas (secubit saje), dia akan kuarkan bau berangin yang sangat menyenangkan deria bau. First time buat ni, aku baru balik dari 1st follow up, baru je doc buang segala darah beku yang memblock hidung aku, so dengan rongga yang lapang, sedut bau kristal ni memang TERBAEKKK laaaaaaaa.
Terbaek terbaek terbaek tarbaek terbaek.
Pengalaman paling syok dalam tempoh recovery ni adalah ketika almost 2 weeks after surgeri. Masa ni aku kalo blow mmg tade nye perlahan dah. Sekali hembus je, kuar darah beku ketul2 tu, pergh nikmat gileeeeee! Memang feel gua cakap sama lu beb.
Tempoh paling kritikal adalah 2 minggu pertama lepas surgeri. Then doc bagi 6 weeks lagi untuk recovery process. Kiranya rongga hidung ni belum pulih penuh. Next follow up aku 20 dec ni. So lets see apakah perkembangan selanjutnya kelak. Cuma buat masa ni, alergi aku memang sgt kurang lah. Kurang yang banyak. Haha. Kalo dulu aku paling tak tahan bau menyengit, now tidak lagi. Dulu, even bau lotion yang ada bau perfume pun boleh buat aku bersin. In fact, kalo aku letak perfume kat lengan, aku boleh bersin sepanjang hari dek bau sendiri. Sadis bukan? Tapi skang dah tak macam tu. Deria bau pun dah agak baik skang ni.
Kiranya segala benda tak best yang aku alami sebelum surgeri tu berkurangan la. Bukan nak kata dia stop terus. Sebab take time la kan. Penyakit2 lain tu mmg boleh kata tade dah, cuma yang ada berulang ialah kahak dan batuk sudden yang ada la menyerang sekali dua. Tak kerap tapi still buat aku rasa bimbang gak sebab aku bajet akan tak kena terus after surgeri. Cuma cara serangan dan cara dia hold (stuck kat dada sampai rasa nak semput) tu tak seteruk sebelum surgeri. But according to doc, mmg akan ada sket simptom2 tu sebab aku masih dalam proses recovery, masih ada cecair2 apatah. Tak kisah la, yang penting simptom tu slowly berkurangan dan harapnya nyah dari hidup aku secepat mungkin dan tak muncul2 lagi.
Lain-lain, aku dah tak bergantung kepada tisu sepanjang masa. Kalo dulu, memang ke mana2, kalo tade tisu aku rasa cam tak hidup. Sebab hidung aku bley berair tak tentu masa. Walaupun sket, aku mesti rasa nak mengesat hidung. Tapi skang tidak lagi. Aku kini adalah individu yang bebas dari tisu. Waahhaa, feeling macam bebas rokok gitu.
Buat masa ni, aku masih amek zyrtec setiap malam. Just untuk kurangkan rasa nak terbersin sebab rongga sinus aku masih belum pulih penuh, masih ada luka2 kot. Jadi kekadang ada rasa pelik yang menusuk2 sket dan otomatik nak bersin. Tapi dia just bersin macam tu je, tidak diikuti dengan selsema yang berlarutan atau hingus yang banyak ye. Tidak lagi!
Jadi kepada penderita2 sinus di luar sana, ambillah langkah pemulihan secapat mungkin. Sinus ni nampak remeh bila tak teruk. Masa teruk, sape yang pernah melalui sahaja yang tau betapa seksanya menjadi pesakit sinus. Dan yang paling dibimbangi, resdung ni boleh mengakibatkan pelbagai penyakit bahaya yang lain seperti meningitis sehingga kepada kanser. Jadi, cegah sebelum melarat. Semoga catatan melalut aku ni sedikit sebanyak dapat membantu korang untuk mendapat info dan gambaran berkenaan surgeri sinus. Bagi aku, surgeri ni sangat bagus sebab ianya membuang punca penyakit. Kebanyakan rawatan resdung terutama rawatan tradisional dan ubatan hanya mengurangkan alahan dan penyakit tu boleh datang balik dalam tempoh yang pendek. Tataulah aku kalo ada rawatan alternatif terkini yang mampu membuang punca penyakit sinus sama seperti surgeri ni. Kalo ada sebar2 kan lah.
Sekian sahaja kisah hidung saya yang telah cantik. Diharapkan akan terus cantik sehingga ke akhirnya. Semoga kita semua dapat menjalani kehidupan yang sihat dan bermakna.
saye: sape belum ada medical insuran (tak kira anda dilindungi oleh spouse yg bekerja kerajaan atau kakitangan swasta yang dilindungi majikan), pastikan anda telah pun memiliki medical insuran sendiri selagi masih sihat sepenuhnya dari penyakit kronik. jangan menyesal di kemudian hari.
Related posts:
Sambungan part 1
Sedar-sedar hidung dah bersumbat dengan menda yang depa panggil sebagai paket. Bila aku google, ada juga yang panggil pack. Sama la kan. Disebabkan pack ni, aku tak leh breath guna hidung. Lepas aku sedar tu, nurse2 yang kejutkan aku kat OT tu terus suruh nafas guna mulut. Kepala aku siyes berat time ni. Macam kena hempuk dari belakang. Dan nasal pack tu memang buat aku rasa panik sekejap. Aku macam masih konpius, pastu tak ble bernapas secara normal. Tataulah nak describe cane, tapi agak panik dan hampir nak meroyan. Tapi inside je lah. Luaran aku try maintain kool.
Sampai kat wad, aku tgk jam dalam pukul 10 am. Aku bajet nak sambung tido. Harem la tak bole. Nasal pack tu mmg sangat-sangat mengganggu. Padahal sebelum tu macam tak boleh nak bukak mata kesan dari bius. Aku sms mak aku, bitau surgeri dah settle, sgt xselesa dan mintak bawak food yg lembut. Aku bajet mak dtg cepat la, sebab aku kembali rasa nak terkucil. Boleh tak aku lupa yg ekceli boleh mintak tolong nurse. Memang tak ingat. So aku dah tak tahan, after almost 2 hours, aku jalan sendiri pegi toilet. Ampun laa… kuar toilet mmg nyaris kelabu pandangan aku, pitam! Nasib baik sempat sampai katil.
Bila doc sampai, aku cite kejadian tadi. Doc cakap memang tak boleh bangun sebab masih terlalu awal dan bius masih ada. Mana aku tau… hangpa tak cakap awal2. Aku jugak dari awal memang 2 kali tanya, 1st aku tanya kat nurse, then kat doc… bila nak remove nasal pack tu. Gila… memang aku tak selesa. Nak bercakap pun susah. Nak makan susah. Nak tido lagi susah. Nak telan air liur pun struggle. Tiap kali telan, ngan telinga sekali rasa cam kena block. Seksa!
Aku memang tade amek gambo sendiri sepanjang kat spital. Eh ada, tapi aku delete sebab of cos la hodoh. Jadi supaya korang yg tatau menatang pack ni cemana, aku kasik gambo dari carian google.

Gamba ni comel dan tak berapa scary. More than 24 hours aku berada dalam keadaan camni. Nampak biasa je kan. Dalam lobang hidung sampai ke rongga2 sinus dalam tu, adalah macam kapas yg sangat panjang. Sebab rongga sinus tu kan masih bleeding lepas surgeri, so pack serap semua tu bagi mengelakkan bleeding yang lebih teruk kot. Lepas baca beberapa artikel dan info tru internet, aku rasa procedure nasal packing ni berbeza dengan setiap hospital, doc dan patient. Kiranya keperluan terhadap nasal pack ni bergantung kepada doc yang handle kes tu. Samalah jugak dengan tempoh pack tu duduk dalam lobang hidung. Ade je yang less than 24 hours. Yang 12 hours pun ada. Yang sampai 48 hours pun ada. Nasib le kalo lama. Tapi bagi aku, lagi cepat remove lagi bagus.

Pengalaman aku sendiri, beberapa jam pertama selepas surgeri quite bad. Tak selesa dan tak bleh nak handle lagi. Lepas tu rasa macam oke. Tapi lama kelamaan aku rasa nak meroyan. Sebab darah makin banyak nak kuar. Dengan lendir2 sekali. So kapas yang dekat luar hidung tu, akan kena tukar setiap kali rasa basah. Basah tu sebab darah dan lendir. Tu yang keluar la. Yang dalam hidung aku tu toksah cite. Memang merimaskan sangat2. Tiap kali tukar pack, kalo dapat nurse yang komited, depa akan bersihkan hidung aku mana yg boleh. Kalu kena yang pemalas, dia tukar buta-buta je. Darah ngan lendir yang dekat hujung2 hidung aku haram dia tak lap. Macam mangkuk! Nak je aku sekeh hidung masing2.
Dekat celah2 cerobong hidung pun aku bley rasa darah ngan lendir. Kadang2 aku rasa cam menggelegak je buih2 lendir tu berebut kat dalam. Dah le sah2 tak boleh breathing guna hidung kan. Siap imagine, kalo lah mulut aku kena tekup, memang arwah kejap2 tu jugak. Tu belum masuk rasa bengang (baca: numb) kat upper teeth, kat belakang kepala, kat sekeliling muka dan bengang tak tentu pasal dalam jiwa.
Dalam jam 2 pm ++, mak ngan kaklong aku sampai. Tak lama pastu encik sulhi pulak sampai. Aku masa nampak encik sulhi ni masuk, nak pitam balik aku rasa. Sebab siyes aku tak expect visitor masa ni. Aku memang tak selesa terima visitor selain keluarga rapat kalo sakit. Sebab aku tak suka orang tgk aku sakit di mana masa sakit ni selalunya wajah aku konpem huduh punya. Plus masa ni pun aku tak bernapsu nak bercakap sebab hidung yang bersumbat. Tapi thanks jugak la kat beliau sebab sudi melawat aku dengan sejambak bunga deepavali. Ini memang sah-sah la bunga deepavali sebab beliau beli tepi jalan ketika hari besoknya memang sambutan deepavali. Siap bungkus dengan old newspaper. Terbaekkkk!

Eh aku bukan perli ko tau encik sulhi. Aku tak kisah sangat pun. Cuma tak syiok arr hang tgk aku masa huduh. Not fair lah. Ke aku dah memang huduh tanpa mengira sakit atau tidak?
Masa ni aku tak leh senyum dah. Dah le menunggu panggilan dari Pulapol tak sampai2. Bila mak aku kol OC Kompeni F, beliau kata belum terima mesej. Fine. Bila mintak supaya isrol bole balik jaga aku, beliau jawab… jaga tak boleh lah kot, melawat boleh lah. Ewah, kalo anak somebody, alasan kecik gado laki bini pun senang-senang ko rekemen supaya dapat cuti. Kalo anak nobody, ko nak rekemen melawat je? Mulia sungguh hati ko la OC. Takpe, memang aku tak ada kabel fiber optic. Tapi kabel aku lebih power dari segala tok nenek kabel yang ada dalam dunia ni. Wireless!
Tak putus asa, mak aku kol lagi petang tu. Orang pejabat yang jawab kol sebab OC meeting. Kalo kol depa ni mmg meeting manjang, kol setiap jam pun meeting, after lunch pun meeting, tepat jam 2 pm pun meeting siot. Projek mega pun tak meeting macam tu. Bizi mengalahkan PM. Kalo request something tu memang boleh beruban tunggu feedback. Tapi i told u, kalo depa yang nak something, sepantas peluru pun depa boleh tercegat depan umah aku. Nak kata lagu mana tu? Pastu procedure. Aku dah muak dengan procedure depa. Sibuk ngan ko punya procedure. Macam procedure ko je yang paling besar dalam dunia ni. Kang aku membebel pasal human rights, barulah nak kata “kami takde kuasa, kami cuma terima arahan, kalo tak nanti kami kena marah”. Memang patut pun ko kena marah. Tak reti buat keje.
MESRA, CEPAT DAN BETUL.
So depa cakap masih belum terima mesej. Jadi dicadangkan hantar semboyan sekali lagi dan sampaikan mesej dengan detail. Depa akan follow up lah kot. Mak ngan kaklong aku pegi lah hantar semboyan lagi. Kali ni very the detail. Siap kol pejabat kompeni lagi sekali untuk inform dah hantar semboyan kali kedua pada sekian2 waktu. Kalo tade feedback jugak, memang kitorang pakat nak bakor je Pulapol petang tu. Nasib baik dalam jam 5 pm ++, dapat panggilan dari depa. Isrol dapat cuti 3 hari. Kompeni suggest dia balik esok pagi (rabu) so that dia boleh balik petang jumaat. Tapi mak aku insist isrol balik malam tu jugak, sebab yang tempoh kritikal aku memerlukan org utk accompany aku adalah malam tu. Kalo jumaat tu rasanya aku dah oke. Cuma bila balik malam selasa tu, rugi lah satu hari. Tapi kalo tanya aku pun, aku prefer dia balik malam tu jugak. Sebab aku dah mula nak meroyan tak selesa.
Petang tu tade menyanggupnye aku nak mandi. Nasib baik pagi tu aku dah mandi siap syampu sekali.
Malam tu, dekat jam 9 pm, the whole family sampai. Depa bawak kfc, sumpah aku tak makan sgt. Aku try cilok mashed potato tapi sesudu je. Aku try jugak makan yogurt. Tu pun nak kena berebut dengan anak aku. Last-last langsung aku malas makan. Aku minum susu je utk alas perut. Tu pun sebab nak kena telan ubat.
Lepas makan2 kat wad, depa sume balik. Isrol pun balik sama, nak mandi blablabla. Aku mintak beliau datang balik asap. Sebab aku rasa release sket tahap meroyan aku bila beliau di sisi. Kalo bley, aku nak suh beliau mandi kat wad tu jugak. Ahaha gedik sangat la gitu kan. Memandangkan jarak rumah aku dengan kpj kajang tu sedepa je, aku expect beliau akan datang balik dalam kurang sejam. Tapi bley pulak beliau tertido kat rumah sekejap. Jadi le lebih dua jam aku meroyan tunggu beliau kembali ke sisi.
Walaupun aku tak larat nak mandi petang tu, malam sebelum tido aku gigihkan pegi berus gigi. Aku pun tak leh ingat cane feel dia. Dengan upper teeth yang masih bengang gile, aku brush buat syarat je. Sebab aku jenis tak leh kalo dalam mulit berlengas. Mau berlipat ganda rasa meroyan.
Alhamdulillah, malam tu dengan ditemani isrol yang tido bertenggek kat kerusi, aku rasa half of meroyan aku macam release jugak. Bukannya beliau ada tolong sangat, padahal tido je kat tepi aku. Tapi dengan adanya beliau di sisi, memang aku rasa separuh tenang la. Nak nak jenis macam aku, yang sangat jarang dapat bersama asben. Bila beliau ada, aku rasa macam heaven gile. Walhal aku sendiri langsung tak boleh tido. Asek duk memandang jam, menghitung waktu. Tak sabar aku nak tunggu saat nasal pack tu dikeluarkan dari lobang hidung aku.
Esok pagi, aku still tak makan. Mandi pun memang tak la. Haha. Aku nak tunggu nasal pack tu berambus dulu baru nak makan. Breakfast aku tu sah-sah le isrol yang bedal. Aku minum susu je.
Dekat jam 11 am baru doc sampai. Aku punyalah expect doc datang dalam jam 8 am. Siyes aku tak sanggup menatang nasal pack tu lagi. Dalam jam 10 am tu, ada visitor. Aku masa ni kalu terima visitor, mau menyumpah dalam hati. Padahal yang datang tu pak anjang dengan ayong (cousin) aku. Ampun laa… orang tak sihat ni memang biol aje. Cuma takdelah meroyan aku dizahirkan. Dalam hati je la pun.
Kisah proses removal of nasal pack tu akan terbit selepas ini. Nantikan. Harap bersabar
Baca Part 3.







