Archive for the ‘tentang saya’ Category
Sambungan part 1
Sedar-sedar hidung dah bersumbat dengan menda yang depa panggil sebagai paket. Bila aku google, ada juga yang panggil pack. Sama la kan. Disebabkan pack ni, aku tak leh breath guna hidung. Lepas aku sedar tu, nurse2 yang kejutkan aku kat OT tu terus suruh nafas guna mulut. Kepala aku siyes berat time ni. Macam kena hempuk dari belakang. Dan nasal pack tu memang buat aku rasa panik sekejap. Aku macam masih konpius, pastu tak ble bernapas secara normal. Tataulah nak describe cane, tapi agak panik dan hampir nak meroyan. Tapi inside je lah. Luaran aku try maintain kool.
Sampai kat wad, aku tgk jam dalam pukul 10 am. Aku bajet nak sambung tido. Harem la tak bole. Nasal pack tu mmg sangat-sangat mengganggu. Padahal sebelum tu macam tak boleh nak bukak mata kesan dari bius. Aku sms mak aku, bitau surgeri dah settle, sgt xselesa dan mintak bawak food yg lembut. Aku bajet mak dtg cepat la, sebab aku kembali rasa nak terkucil. Boleh tak aku lupa yg ekceli boleh mintak tolong nurse. Memang tak ingat. So aku dah tak tahan, after almost 2 hours, aku jalan sendiri pegi toilet. Ampun laa… kuar toilet mmg nyaris kelabu pandangan aku, pitam! Nasib baik sempat sampai katil.
Bila doc sampai, aku cite kejadian tadi. Doc cakap memang tak boleh bangun sebab masih terlalu awal dan bius masih ada. Mana aku tau… hangpa tak cakap awal2. Aku jugak dari awal memang 2 kali tanya, 1st aku tanya kat nurse, then kat doc… bila nak remove nasal pack tu. Gila… memang aku tak selesa. Nak bercakap pun susah. Nak makan susah. Nak tido lagi susah. Nak telan air liur pun struggle. Tiap kali telan, ngan telinga sekali rasa cam kena block. Seksa!
Aku memang tade amek gambo sendiri sepanjang kat spital. Eh ada, tapi aku delete sebab of cos la hodoh. Jadi supaya korang yg tatau menatang pack ni cemana, aku kasik gambo dari carian google.

Gamba ni comel dan tak berapa scary. More than 24 hours aku berada dalam keadaan camni. Nampak biasa je kan. Dalam lobang hidung sampai ke rongga2 sinus dalam tu, adalah macam kapas yg sangat panjang. Sebab rongga sinus tu kan masih bleeding lepas surgeri, so pack serap semua tu bagi mengelakkan bleeding yang lebih teruk kot. Lepas baca beberapa artikel dan info tru internet, aku rasa procedure nasal packing ni berbeza dengan setiap hospital, doc dan patient. Kiranya keperluan terhadap nasal pack ni bergantung kepada doc yang handle kes tu. Samalah jugak dengan tempoh pack tu duduk dalam lobang hidung. Ade je yang less than 24 hours. Yang 12 hours pun ada. Yang sampai 48 hours pun ada. Nasib le kalo lama. Tapi bagi aku, lagi cepat remove lagi bagus.

Pengalaman aku sendiri, beberapa jam pertama selepas surgeri quite bad. Tak selesa dan tak bleh nak handle lagi. Lepas tu rasa macam oke. Tapi lama kelamaan aku rasa nak meroyan. Sebab darah makin banyak nak kuar. Dengan lendir2 sekali. So kapas yang dekat luar hidung tu, akan kena tukar setiap kali rasa basah. Basah tu sebab darah dan lendir. Tu yang keluar la. Yang dalam hidung aku tu toksah cite. Memang merimaskan sangat2. Tiap kali tukar pack, kalo dapat nurse yang komited, depa akan bersihkan hidung aku mana yg boleh. Kalu kena yang pemalas, dia tukar buta-buta je. Darah ngan lendir yang dekat hujung2 hidung aku haram dia tak lap. Macam mangkuk! Nak je aku sekeh hidung masing2.
Dekat celah2 cerobong hidung pun aku bley rasa darah ngan lendir. Kadang2 aku rasa cam menggelegak je buih2 lendir tu berebut kat dalam. Dah le sah2 tak boleh breathing guna hidung kan. Siap imagine, kalo lah mulut aku kena tekup, memang arwah kejap2 tu jugak. Tu belum masuk rasa bengang (baca: numb) kat upper teeth, kat belakang kepala, kat sekeliling muka dan bengang tak tentu pasal dalam jiwa.
Dalam jam 2 pm ++, mak ngan kaklong aku sampai. Tak lama pastu encik sulhi pulak sampai. Aku masa nampak encik sulhi ni masuk, nak pitam balik aku rasa. Sebab siyes aku tak expect visitor masa ni. Aku memang tak selesa terima visitor selain keluarga rapat kalo sakit. Sebab aku tak suka orang tgk aku sakit di mana masa sakit ni selalunya wajah aku konpem huduh punya. Plus masa ni pun aku tak bernapsu nak bercakap sebab hidung yang bersumbat. Tapi thanks jugak la kat beliau sebab sudi melawat aku dengan sejambak bunga deepavali. Ini memang sah-sah la bunga deepavali sebab beliau beli tepi jalan ketika hari besoknya memang sambutan deepavali. Siap bungkus dengan old newspaper. Terbaekkkk!

Eh aku bukan perli ko tau encik sulhi. Aku tak kisah sangat pun. Cuma tak syiok arr hang tgk aku masa huduh. Not fair lah. Ke aku dah memang huduh tanpa mengira sakit atau tidak?
Masa ni aku tak leh senyum dah. Dah le menunggu panggilan dari Pulapol tak sampai2. Bila mak aku kol OC Kompeni F, beliau kata belum terima mesej. Fine. Bila mintak supaya isrol bole balik jaga aku, beliau jawab… jaga tak boleh lah kot, melawat boleh lah. Ewah, kalo anak somebody, alasan kecik gado laki bini pun senang-senang ko rekemen supaya dapat cuti. Kalo anak nobody, ko nak rekemen melawat je? Mulia sungguh hati ko la OC. Takpe, memang aku tak ada kabel fiber optic. Tapi kabel aku lebih power dari segala tok nenek kabel yang ada dalam dunia ni. Wireless!
Tak putus asa, mak aku kol lagi petang tu. Orang pejabat yang jawab kol sebab OC meeting. Kalo kol depa ni mmg meeting manjang, kol setiap jam pun meeting, after lunch pun meeting, tepat jam 2 pm pun meeting siot. Projek mega pun tak meeting macam tu. Bizi mengalahkan PM. Kalo request something tu memang boleh beruban tunggu feedback. Tapi i told u, kalo depa yang nak something, sepantas peluru pun depa boleh tercegat depan umah aku. Nak kata lagu mana tu? Pastu procedure. Aku dah muak dengan procedure depa. Sibuk ngan ko punya procedure. Macam procedure ko je yang paling besar dalam dunia ni. Kang aku membebel pasal human rights, barulah nak kata “kami takde kuasa, kami cuma terima arahan, kalo tak nanti kami kena marah”. Memang patut pun ko kena marah. Tak reti buat keje.
MESRA, CEPAT DAN BETUL.
So depa cakap masih belum terima mesej. Jadi dicadangkan hantar semboyan sekali lagi dan sampaikan mesej dengan detail. Depa akan follow up lah kot. Mak ngan kaklong aku pegi lah hantar semboyan lagi. Kali ni very the detail. Siap kol pejabat kompeni lagi sekali untuk inform dah hantar semboyan kali kedua pada sekian2 waktu. Kalo tade feedback jugak, memang kitorang pakat nak bakor je Pulapol petang tu. Nasib baik dalam jam 5 pm ++, dapat panggilan dari depa. Isrol dapat cuti 3 hari. Kompeni suggest dia balik esok pagi (rabu) so that dia boleh balik petang jumaat. Tapi mak aku insist isrol balik malam tu jugak, sebab yang tempoh kritikal aku memerlukan org utk accompany aku adalah malam tu. Kalo jumaat tu rasanya aku dah oke. Cuma bila balik malam selasa tu, rugi lah satu hari. Tapi kalo tanya aku pun, aku prefer dia balik malam tu jugak. Sebab aku dah mula nak meroyan tak selesa.
Petang tu tade menyanggupnye aku nak mandi. Nasib baik pagi tu aku dah mandi siap syampu sekali.
Malam tu, dekat jam 9 pm, the whole family sampai. Depa bawak kfc, sumpah aku tak makan sgt. Aku try cilok mashed potato tapi sesudu je. Aku try jugak makan yogurt. Tu pun nak kena berebut dengan anak aku. Last-last langsung aku malas makan. Aku minum susu je utk alas perut. Tu pun sebab nak kena telan ubat.
Lepas makan2 kat wad, depa sume balik. Isrol pun balik sama, nak mandi blablabla. Aku mintak beliau datang balik asap. Sebab aku rasa release sket tahap meroyan aku bila beliau di sisi. Kalo bley, aku nak suh beliau mandi kat wad tu jugak. Ahaha gedik sangat la gitu kan. Memandangkan jarak rumah aku dengan kpj kajang tu sedepa je, aku expect beliau akan datang balik dalam kurang sejam. Tapi bley pulak beliau tertido kat rumah sekejap. Jadi le lebih dua jam aku meroyan tunggu beliau kembali ke sisi.
Walaupun aku tak larat nak mandi petang tu, malam sebelum tido aku gigihkan pegi berus gigi. Aku pun tak leh ingat cane feel dia. Dengan upper teeth yang masih bengang gile, aku brush buat syarat je. Sebab aku jenis tak leh kalo dalam mulit berlengas. Mau berlipat ganda rasa meroyan.
Alhamdulillah, malam tu dengan ditemani isrol yang tido bertenggek kat kerusi, aku rasa half of meroyan aku macam release jugak. Bukannya beliau ada tolong sangat, padahal tido je kat tepi aku. Tapi dengan adanya beliau di sisi, memang aku rasa separuh tenang la. Nak nak jenis macam aku, yang sangat jarang dapat bersama asben. Bila beliau ada, aku rasa macam heaven gile. Walhal aku sendiri langsung tak boleh tido. Asek duk memandang jam, menghitung waktu. Tak sabar aku nak tunggu saat nasal pack tu dikeluarkan dari lobang hidung aku.
Esok pagi, aku still tak makan. Mandi pun memang tak la. Haha. Aku nak tunggu nasal pack tu berambus dulu baru nak makan. Breakfast aku tu sah-sah le isrol yang bedal. Aku minum susu je.
Dekat jam 11 am baru doc sampai. Aku punyalah expect doc datang dalam jam 8 am. Siyes aku tak sanggup menatang nasal pack tu lagi. Dalam jam 10 am tu, ada visitor. Aku masa ni kalu terima visitor, mau menyumpah dalam hati. Padahal yang datang tu pak anjang dengan ayong (cousin) aku. Ampun laa… orang tak sihat ni memang biol aje. Cuma takdelah meroyan aku dizahirkan. Dalam hati je la pun.
Kisah proses removal of nasal pack tu akan terbit selepas ini. Nantikan. Harap bersabar
Baca Part 3.
Related posts:
Hasrat untuk update kurang dari seminggu tidak berhasil. Apa boleh buat. Bukan mudah nak pupuk semangat. Blog bukannya perut. Ada amaran lapar mintak diisi. Sama sekali tidak!
Demi mencapai matlamat sendiri, entri mesti dinaikkan. Paling teruk, sekali dalam seminggu. Topik bukan tak ada. Cuma tak ada kajian teliti untuk mengembangkan topik untuk dijadikan entri. Jadi kalau tidak mahu kena kritik dan kutuk, lebih baik simpan gosip dalam kepala sampai terlupa.
Beberapa minggu sebelum ini adalah tempoh tidak sihat. Bila-bila masa, tanpa amaran boleh diserang gatal tekak yang melampau, bersin melampau, hingus melampau, batuk melampau, hampir mendapat asma, pening, lesu, seram sejuk dan lain-lain penyakit berkaitan. Pastinya ini bukan simptom kehamilan.
Ingatkan lepas submit thesis boleh berjimba sakan. Namun hidup dan ujian adalah sahabat rapat. Syukurlah sekurang-kurangnya tidak bertimpa. Bak kata orang, one step at a time. Step? Tak kisahlah. Setiap hari adalah satu langkah. Langkah menuju abadi. Perjalanan menuju kematian bermula sebaik kita dilahirkan (wah gila kau tetiba kuar ayat majalah solusi).
Sebenarnya ada satu projek yang dah lama aku rancang tapi tak terbuat-buat. Kebetulan agak senggang, mari perbaiki kualiti hidup dengan menjana tubuh yang sihat. Dan kebetulan masih memegang insuran yang dibayar oleh majikan, mari gunakan dengan berhemah. Dimulakan dengan mendapatkan surat rujukan dari klinik, aku gigihkan hati dan mental menghadap pakar ENT kat KPJ Kajang. Nak jumpa doktor pun kena bulatkan tekad. Kalo tak kerana dah sebulan menjalani rutin hidup yang tidak sihat, memang mencarik alasan ajelah aku.
First jumpa ENT, doc tgk hidung guna camera. Dari sini je dah nampak ada block kat rongga hidung. Both side. Tu yang aku susah nak bernapas dengan selesa. Manjang tersumbat. So untuk tengok lebih detail, kena buat CT scan. Disebabkan nak mengelat bayar yuran perubatan, tanpa dipinta, doc admitkan aku untuk buat CT scan. Ikutkan doc nak admit aku terus hari yang aku mula datang, tapi aku mintak tangguh. Aku mintak tarikh 24 Oct sebab minggu itu students cuti deepavali. Bila awal2 setkan date untuk admission rasanya lagi mudah. Tiba hari nak kena admit, mmg dah siap prepare. Packing macam nak pegi holiday ko!
Admission jam 10.30 am. Disebabkan aku guna insuran yang dibayar oleh company (ING), maka eligibility cuma untuk double bedded sebab ING cover RM120 saje. Standard harga bilik untuk almost sume insuran (plan termurah) lah kan. Depa ada tanya, nak bilik lain or x, aku just mintak ikut eligibility. Sebab mmg dah set mind akan dapat double bedded room. Untuk ING ni, aku tak sure if kita amek bilik yg tak ikut eligibility, kita hanya perlu tambah perbezaan harga bilik saje or cane. Sebab dulu, dulu la… insuran MAA, kalau amek bilik tak ikut eligibility, kena bayar 20% of total bil. Tapi kalo konpem kena bayar perbezaan harga bilik je, dengan riang rianya aku amek single room. Ala kalo satu hari bayar beza Rm30 je, apake sangat kan? Wahhaaaaaa.
Tapi aku sure, disebabkan double bedded room penuh untuk patient pompuan, maka depa terpaksa letak aku kat double bedded deluxe (RM138) dengan diskaun 15%. Diskaun tu membolehkan room charge still dalam di bawah room charge yg aku layak. Tapi apa-apa pun aku tak kisah sangat. Janji selesa, ada sket privacy dan surgeri berjaya.
Jam 11.00 am ++ dipanggil buat CT scan. After CT scan, terus kena pasang menda yang aku panggil drip ni.

Jam 1.15 pm, doc datang bagi explanation, tak sampai 5 minit, decide buat surgery. Doc ENT aku ni namanya Dr. Sahrir Sanusi. Orangnya amatlah tak banyak cakap, serius dan bermuka ketat.

Dalam kes aku, sinus blockage tak teruk sgt. Agaknyalah. Sinus blockage ni selalunya terjadi bila ada penghalang dalam rongga sinus yang menyekat pengaliran udara dari memasuki paranasal sinuses. Haa kang cite secara saintifik konpem korang tak baca. Senang cite, rongga sinus kita ni ada 4 pasang di kiri dan kanan.Of cos la, lubang hidung pun ada dua kan.
Rongga2 ni sepatutnya terbuka, maksudnya ada ruang untuk udara kuar masuk dari hidung. Bagi sesetengah orang, rongga ni boleh diblock oleh dinding yang menebal secara natural. So, bila ada rongga yang kena block, udara tak bley kuar masuk dan cairan mukus yang terhasil dalam sinus tak dapat keluar. Itu jugaklah penyebab pelbagai alergi. Kalau nak info yang detail, korang carik la sendiri. Aku cite pun ikut apa yang aku paham. Kang explain lelebih jadi ajaran sesat pulak. Tak tercapai plak hasrat nak menulis demi manfaat orang lain. Ewah!
Bawah ni adalah film ct scan aku. Tak reti sgt aku nak explain nye. Tapi according to doc, ada beberapa blockage yang boleh ‘dicantikkan’ semula. Doc guna word ‘shave’ menggantikan apa yang aku paham sebagai potong dan kikis bahagian yang block tu.

Bawah ni pulak adalah report dari Radiologist. Mucosal thickening seen in bilateral maxillary sinuses more on the right side. Oke aku tak paham. Para physician, mohon terangkan.

Suppose buat surgery hari tu jugak, tapi sebab aku dah membedal burger kurang setengah jam sebelum tu, maka perlu tunggu 6 jam sebelum boleh surgery. Dan atas alasan bukan kes kritikal, surgery tak boleh dilangsungkan selepas waktu pejabat maka ditunda ke esok pagi.
Selamat aku! Untuk beberapa jam lah.
Petang dalam jam 3 pm, family aku hantar semboyan ke Pulapol dari IPD Kajang. Semboyan tu bahasa pdrm lah. Maksudnya pesanan/mesej. Semboyan memberitahu yang bini Mohd Iszrole Alhalmy masuk wad dan akan menjalani pembedahan. So mintak beliau dibenarkan pulang bercuti. Tapi sehingga malam, takde kabo berita. Aku tatau la orang lain. Tapi dalam kes isrol ni, kalo berhubung dengan Pulapol, selagi tak dikejar, selagi tu diam seribu bahasa. Itu kalo kita mintak something la. Cuba depa nak mintak dari kita. Sepantas kilat, sesegera, sepantas, se-efficient mungkin dorang bertindak oke. Kalo boleh, dan dan tu jugak muncul depan rumah aku. Macam magik pun ada.
Malam tu aku batuk2. Biasala, aku semenjak kronik ngan penyakit ni, mudah kena batuk secara sudden. Kalau dah start batuk, dia macam tak leh stop. Pas tu stuck kat dada. Macam banyak kahak pekat tamo keluar. Lepas tu sure jadi macam semput. Menda ni akan hold dalam 3-4 jam jugaklah sebelum lega dengan sendirinya. Ini la antara sebab2 kenapa aku nak buat surgeri sinus ni dengan segera.
Bermula jam 12.00 am, aku puasa. Ekceli jam 11.30 pm aku dah tak makan pape. Switch off tv, tutup semua lampu, dengan kedinginan air cond paling minima dan bunyi hujan lebat nun di luar, krohhh krohhh. Syiok woo. Bajet akan tidur paling sempurna sebelum masuk OT. Tetapi macam biasa, perancangan adalah milik manusia. Ketentuan adalah milik Allah jua. Jam 1.00 am ++, katil kosong di sebelah mula diisi. Dah nama pun jam 1.00 am ++, sure punya kes emergency. Dah nama kes emergency, confirm lah akan berlaku sikit huru-hara dan kebisingan. Dan yang paling tak cool adalah lampu dipasang. Termasuk lampu atas katil aku. Jadi, sebagai manusia yang ada sket hormon kelawar, adalah sukar sama sekali untuk aku mendapat tidur penuh yang sempurna sehingga ke pagi. Maka tido-tido ayam ajelah aku sampai jam 6 am.
Daripada terus tido-tido ayam, baik le aku bangun mandi even masih terlalu awal. Kali ni dah set nak syampu rambut sekali sebab bajet mesti lepas surgeri akan ada difficulties untuk mandi apatah lagi membasuh rambut.
Dalam jam 8 am gitu, nurse datang suh tukar baju utk surgeri. Then depa tolak dengan katil. Seram? Of cos! First time oke surgeri2 ni. Masa pakar bius tanya aku risau tak? Memang la aku jawab risau. So dia jawab lebih kurang… “haa… kalau risau, saya tak risau. Kalau tak risau tu yang saya risau.”
Masa ni jugaklah kan aku rasa nak terkencing. OT tu konpem la sejuk. Ada la dalam lima belas minit tunggu b4 depa tolak aku kat tempat surgeri yang bawah lampu bulat tu. Aku sempat cakap yang aku terasa nak terkucil. Doc tanya, terasa nak sangat ke? Aku jawab sket je. So doc kata, oke takpe, surgeri ni kejap je. Huhu. Tak sempat nak pk apa sgt, depa dah suakan aku dengan menatang cam oksigen tu. Dua kali sedut, padam!
Memang padam sungguh la. Alhamdulillah. Siyes aku cuak kalau bius tu tak jalan kat badan aku. Aku pernah tgk satu program kat tv, ada satu patient ni, bius tak jalan. Yang aku tau, bius masa surgeri ni supaya kita tak tatau apa yg berlaku, tak rasa sakit, dan tak respon pada apa-apa yg berlaku masa surgeri berlangsung. Kiranya memang totally tak sedar. Atau secara saintifiknya, dengan merujuk kepada wikipedia, general anaesthesia bertujuan untuk perkara berikut:
1. Analgesia — loss of response to pain.
2. Amnesia — loss of memory.
3. Immobility — loss of motor reflexes.
4. Hypnosis — loss of consciousness.
5. Skeletal muscle relaxation.
So, ada beberapa kes yang bius tak jalan. Bukan semua bius. Kalau semua bius tak jalan tade masalah lagi. Doc tau ko still sedar. What if, bius yang jalan ialah bius yang mematikan segala pergerakan kita, tapi kita masih sedar, boleh dengar dan boleh rasa sakit. Perghh… macam situasi orang koma dalam cite hindustan tu (rujuk: har dil jo pyaar karega). Tak leh gerak dan bercakap tapi boleh dengar, rasa dan melihat.
Alhamdulillah, setakat untuk surgeri sinus ni, mmg aku tak sedar langsung. So apa yang berlaku masa surgeri konpemlah aku tatau. Yang aku paham, doc akan ‘shave’ menatang yg memblock rongga sinus aku. Surgeri ni tak melibatkan proses toreh dan jahit. Dia hanya buat ikut rongga hidung saje. Gambar di bawah adalah ihsan google.


Nak lebih clear, video melambak kat youtube. Amaran: hanya untuk yang cekal saje. Jangan sok, sesape yg bertahun menderita sinus pun takmo buat surgery sebab trauma tgk video. Ala, scary2 pun bukan kita sedar apa yang digodehnya. Surgeri pun tak lama. Patut lebih kurang sejam je. Dan sume menda pun aku tak sedar. Selagi bius berfungsilah. Hehe.
Oke kisah after surgeri akan disambung ke entri seterusnya. Harap bersabar
.
Baca Part 2.
Related posts:
Dah submit thesis. Mungkin free satu-dua bulan sementara tunggu panggilan viva. Jadi sekarang berada dalam mood yang agak bagus. Otak rasa lapang, tenang, terang, girang, gemilang dan terbilang.
Lepas ini boleh tinjau senarai projek untuk diteruskan, dimulakan atau ditamatkan. Yang pasti, soul sudah mula ada untuk go through lain-lain perkara selain thesis. Go through dengan ‘jiwa’. Iya, sebab sebelum ni kurang atau tak ada jiwa.
Buat masa ni, isrol masih ongoing training dekat pulapol. Bila abesnya adalah sukar diketahui dengan tepat. Apa-apa perkara berkaitan pulapol hanya boleh percaya setelah benda tu berlaku saje. Sama ada pulapol mahupun mana2 agensi kerajaan yang lain sememangnya terkenal dengan arahan yang boleh berubah dalam seminit dua. Itu tak masuk dengan segala rumors oleh sang radio buruk. Memang buruk!
Bila kita semua nak berubah?
Projek utama adalah memunggah bahan2 bacaan yang telah dihindarkan selama lebih setahun ini. Kalaupun ada satu dua yang berjaya ditamatkan rasanya cuma Bumi Cinta (sedikit ulasan yang tidak membantu oleh dr. sufugarpu) dan Ranah 3 Warna. Siyesly teringin nak buat review on books. Tak kisah la ada yang minat nak baca or tak. Buat review pasal books atau movie adalah macam kool. Sebab nak buat ulasan plus kritikan perlu diperah2 processor yang dah outdated dalam kepala ni. Performance low. Perlu asah! Err memang sepanjang masa ni aku tulis thesis. Tapi tu tak sama. Dem! Kalau bawak loghat literature review ke blog ini, macam membawa bahasa buku ke tengah pasar. “Encik, saya ingin membeli seekor ayam yang siap dipotong.” Hows that?
Projek sampingan antaranya menonton movie sampai lebam. Ini tak boleh nak kata projek sangat. Sebab dah pun dilaksanakan secara berperingkat. Antaranya telah pun menonton filem2 hindustan yang telah diabaikan bertahun2. Kerana itu, telah kembali jatuh cinta kepada salman khan. Mungkin kerana beliau telah kembali tampan (mungkin setelah buat treatment eye bag dan kedut2). Malangnya setiap hari pun terpaksa berebut tv dengan encik ashraff akmi. Kalau sehari tak perang saudara memang janggal jadinya. Akhirnya hanya banyak menonton Handy Mandy. Sigh!
Projek seterusnya adalah untuk kembali ghairah berblogging. Setelah berbulan-bulan tidak bernafsu untuk blogging, maka harus gigih mencari topik untuk digosip dalam blog berbayar ini. Perlu dipastikan topik adalah tidak meng-annoy-kan atau sekurang-kurang separuh tidak annoying. Kalau annoying sila beritahu. Paling bagus beritau secara private sebab kalau masuk ruang komen akan jadi masalah lain pulak. Maklum la, bukan ramai orang mampu menelan kritikan walaupun ianya benar. The truth may be bitter, but it must be told. Kalo tak, takkan sedar diri sampai bila-bila. Ampun!
Oh ya, entri tanpa gambar sangat melesukan.
Memanjat-manjat dalam kereta adalah rutin wajib
Kemudian beri senyuman paling menawan
Ada hati nak pangku baby, bila dah tak larat, lepaskan saje baby berkenaan sampai tergolek.
Baiklah. Sehingga di sini dulu entri kali ini. Moga bertemu lagi kurang dari satu minggu. Kalaulah boleh berlaku!
saye: sinus semakin kronik.
Related posts:
Bermula dengan tarik tali cuti raya untuk trainee pulapol, aku sememangnya telah bersedia untuk sebarang kemungkinan. Untuk aku sendiri, cuti seminggu sebab dah tentu-tentu force leave. Tengah hari Khamis terakhir puasa, aku dapat email dari isrol bitau telah kuar announcement tade cuti. Kecewa of cos.
Tapi x lama. Pulapol kan akademi fantasia. Banyak kejutan gitu. Kononlah!
Maka dengan kehadiran inspektor sahab di sisi, produktiviti aku menurun tanpa belas. Kerjanya melepak, outing dan tido. Best! Sampai semua benda pun aku tak peduli. Bunyi aje cuti 5 hari. Tapi sungguh, tak sempat nak buat apa sangat pun.
1st syawal, pagi2 gerak ke sg buloh. Bajet sempat nak solat hari raya kat masjid lgm. Tapi 8.15 masih atas jalan. Mujur sangat jalan lengang ala-ala boleh baring tengah2 highway. Maka singgah masjid UM. Sementara inspektor sahab solat, aku ngan budak berdua tu melepak dalam keta. Nasib baik jugak masjid UM punya solat raya start awal dan khutbahnya pun super pantas. Jam 9 sudah settle. Even masa kitorang sampai lgm pun, masjid lgm baru je abes khutbah. Ngam ho.
Oleh kerana inspektor sahab dapat cuti sampai petang rabu saje, maka 1st raya dihabiskan dekat sg buloh dan paya jaras. Balik umah, basuh baju, ampai… bajet nak pakai balik 2nd raya sebab tak sempat nak bergambor dengan geng tema hitam kat kajang.
Lain-lain raya seperti biasa… lokasi wajib – ampatin, temerloh dan bahau. Johor belum masuk list. Terpaksa dianaktirikan sementara.
Gambar2 sila tengok dekat facebook. Aku make it public.
Oke sekian laporan raya. Masih belum ada mood utk blogging.
saye: selamat hari raya
Related posts:
Ramadhan dah nak sampai hujung. Baru aku terasa perlu mengupdate blog secara bertulis.
Ini bukan pertama kali aku melalui Ramadhan yang tak terasa ramadhannya. Mungkin kali kedua. Dulu, masa tenat siapkan final project degree, gitulah jugak perasaannya. Ramadhan berlalu tanpa terasa.
Tup tup raya.
1st Ramadhan berlangsung dengan aku menjadi zombie. Terketar-ketar akibat tak tido malam siapkan tesis. Elok pagi, dalam tak cukup tido, tak cukup makan, ditambah dengan seram sejuk dan stress, ada pulak yang dok buat jiwa aku menggelegak. Dugaan. Terima kasih kepada kesibukan tesis yang membantu aku menjadi malas nak melayan perkara remeh-temeh (wah remeh-temeh konon, tapi ko cite jugak kat sini).
5th Ramadhan, trainees Pulapol dapat kelepasan. So berjimbalah aku sekejap. Kebetulan fasa pertama pemeriksaan tesis pada supervisor aku dah siap-siap antor. Maka bolehlah berjimba seminggu dua sebelum melangkah ke fasa seterusnya. Gambo-gambo sila rujuk Wordless Wednesday 20, 21 dan 22. Nampak benau pemalas menulisnya. Al maklum, sibuk dengan penulisan ilmiah. Blog-blog ni tade masa nak layan.
Lepas tu, aku balas dendam dengan ini.
Berzaman rasanya tak membaca fiksyen. Sangat rekemen Ranah 3 Warna. Tapi perlu mulakan dengan Negeri 5 Menara. Ketagih oke!
Elok nak masuk 10 akhir Ramadhan, sudah dapat panggillan emas dari supervisor. Dan, masa untuk kembali bekerja keras. Sememangnya aku akan beraya dengan tesis correction.
Tapi sebelum bekerja keras, wajib pekena makanan tinggi kolestrol.
Puas hati! Metod aku melepas tekanan adalah melalui makanan tidak sihat.
Jadi, mohon doakan aku sukes.
Ok bai.
*
*
Eh jap… budak ni kirim salam.
saye: betul2 takde mood blogging… takut bahasa aku jadi skema… ilmiah beb… ilmiah!










