Archive for the ‘wordpress’ Category
Jemput singgah http://karya.widura.org/.
Menyimpan sebahagian koleksi tulisan aku yang dah berzaman dan tak seberapa.
saye: dedikasi untuk diri sendiri… huhew
Related posts:
Mahu kembali bersih dan ringkas… supaya tenang langsung cemerlang gemilang dan terbilang.
Selamat tinggal wooden fence… theme yang telah menceriakan aku selama beberapa bulan.

Selamat datang plainscape… supaya aku merasa lebih lapang untuk menghadapi peperangan minda buat masa ini.

Tapi sebenarnya aku jeran dengan cubaan membesarkan sidebar untuk memasukkan facebook live stream. Sebab facebook live stream akan menjadi selebet apabila widthnya dikecikkan.
saye: less is more
Related posts:
Tukar baju lagi… tak mampu nak beli baju hebat2… semuanya in usd belaka… aku takde paypal… malas nak register… korang ada? Maybank2u aku ada le…
Dari rustic-portrait yang lalu…

… cinta beralih arah kepada Wooden Fence … tepuk tepuk tepuk

Aku donlod yang free ajela.. customize sendiri… terima kasih kepada adobe cs3 tersayang… i heart u… walaupun i tak terer…
Yang tak bestnya template ni… takde navigation button utk page… esp utk home. Kalu ada yang kat header tu, kalaupun tade home… aku still boleh tepek kat header.php dia. Tapi template ni, haram tade. Malas la pulak nak design.
Lepas tu… sidebar dia kecik sgt. 161 px je. Pastu ada margin lagi pulak. Adoiyai… terpaksa la aku transfer nuffnang kepada post. Janji ada sudah.
Try gak nak besaukan sidebar tu. Tapi leceh doh. Dia pakai gambar seketul. Cit!
Tapi i still in love dengan ke-cute-an tema floralnya. Eh floral ke? Tak kisah la kan. Janji nampak cute and fresh. I like!
Satu lagi… itu gambo masa muda ye. Sila jangan ketawa. Hahahaha… aku je boleh ketawa!
Err… azam nak modified theme rustic-portrait tu berkubur aje lah ye… hiks hiks!
saye: bila la aku nak design and code template sendiri? Apa? Dalam mimpi?
Related posts:
Aku dah bosan dengan template lama.
Tak sempat nak printscrn. Tapi dulu aku guna template rhea. Cuma aku dah ubah2 sana sini. Lama pakai theme ni. Lebih setahun.

Asalnya niat nak tukar template sebab jeles tgk template blogger lain yang sgt comey. Usually it comes with header yang comey.
Try2 jugak men-design banner yang cun. But macam biasa… aku bab-bab design memang fail (haih… tataula nak kena cakap bape kali… AKU TAK BOLEH DESIGN).
Dan kemuncaknya bila aku rimas benor nak insert code here and there dalam page. Ngohoho… cabaran yang tak berjaya disahut semasa nak apply facebook social plugin. Malas seh. Maka aku decide untuk tukar template aje.
So after pencarian tak sampai beberapa minit aku jupe rustic-portrait.

Berkenan dengan random imagenya itu. Tempting oh! Terus donlod dan lupakan template hebat yang lain.
Cuma template ni… hebat kat index je. Masuk page lain… tak sempurna. Penat aku nak edit balik.
Cadang nak edit selow-selow. Sampai tak nampak cam original rustic-portrait nye. Caiyok!
saye: iya… saya blogger tegar… kadang-kadang
Related posts:
Howeee… waktu produktif datang kembali. Bulan lepas sakit-sakit belakang duk menggodeh e-commerce plugin kat wordpress, kali ni sampai tak tido malam duk termimpi-mimpi css. Oh betapa i addicted kepada mereka sekarang ini.
Dah lama sangat nak bwat sume n tapi asek tertangguh n rasa malas sungguh. Cik cycledevies memang patut buat parti masa launcing website harmana dengan memberi ucapan dedikasi khusus untuk aku cam ni..
“… dan penghargaan serta jutaan terima kasih yang tak terhingga kepada kawan saya wie atas kerjasama dan tunjuk ajar beliau membangunkan website ini sehinggalah siap sepenuhnya dan boleh digunakan pada hari ini.”
Ngoh hoh hoh…
Godeh wordpress ni tak susah mana pun. Sesape pun buleh bwat asalkan ada keinginan n sedikit effort. Bukannye complicated macam joomla yang encik naza gaban buncit sebuk jaja ke hulur ke hilir tuh. Berlagak, nyampah aku. (to naza:aku penah instal joomla tapi tak wat menda pun
)

Kepada uols yang sedang atau bercadang untuk menjalankan bisnes secara online, aku nasihatkan uols belajar sendiri cane nak godeh web tu. Takde la terkial-kial bergantung pada web developer tu nanti. Buang masa n duit je sebab menda tu senang aje. Bley je upah orang untuk install n bwat setting sket masa mula-mula tapi pastu upah dia untuk ajar skali cane nak godeh perkara-perkara tertentu cthnya nak tukar theme. Alahai, takkan theme pun tak leh tukar sndri kan. Pastu kalu tambah sket lagi effort n kreativiti, boleh tukar2 design dia. Belajar la sket guna css. Senang ajes. Jangan kata tatau sebab boleh stadi ok. Online tutorial pun melambak2. Budak skolah pun boleh bwat. Inikan plak graduan IT, klu tak reti… mak aih, rendam je la diploma/degree tu dalam tab mandi.
Sorry… hee….
Macam cik cycledevies neyh… demi bisnes dia yang aku tak pernah dapat diskaun sesen tu pun, aku telah berjaya mengalahkan sifat pemalas dan tak produktif aku pada teknologi dengan menggodeh theme crafty cart ini kepada theme aku sndri.
ni theme crafty cart
nilah hasil menggodeh css, php dll – versi hijau
theme sama versi oren
Theme hasil menggodeh ni takde nama lagi. Hopefully pas n akan berhasil menjayakan theme yang pelbagai lagi. Tapi biasanya hasil keje aku kalu bab-bab design memang hancus punye. Ngeeee…. nak demo boleh layan kat sini. Tapi belum siap sepenuhnya. Ada kureng here and there. Akan diupgrade dari semasa ke semasa. Banyak lagi nak kena tambah.
Sila ambil perhatian bahawa web ini hanya demo sahaja. Tiada apa-apa sale kat situh ok. Jangan le uols gatal2 nak order. Nak try form dia buleh tapi barang nyer takde le. Hohoh.
Pada uols yang nak berbisnes online, atau sudah berbisnes online tapi mahu web/blog yang lebih efisien (dengan shopping cart, of course), boleh contact aku untuk maklumat lanjut. Charge? Boleh dirunding. Heh heh heh….
saye: encik naza, cepat la bwat web ngan shopping cart guna joomla… promot je banyak, hasil takde bwat apa? hohoh….






