Related posts:

Bermula dengan tarik tali cuti raya untuk trainee pulapol, aku sememangnya telah bersedia untuk sebarang kemungkinan. Untuk aku sendiri, cuti seminggu sebab dah tentu-tentu force leave. Tengah hari Khamis terakhir puasa, aku dapat email dari isrol bitau telah kuar announcement tade cuti. Kecewa of cos.

Tapi x lama. Pulapol kan akademi fantasia. Banyak kejutan gitu. Kononlah!

Maka dengan kehadiran inspektor sahab di sisi, produktiviti aku menurun tanpa belas. Kerjanya melepak, outing dan tido. Best! Sampai semua benda pun aku tak peduli. Bunyi aje cuti 5 hari. Tapi sungguh, tak sempat nak buat apa sangat pun.

1st syawal, pagi2 gerak ke sg buloh. Bajet sempat nak solat hari raya kat masjid lgm. Tapi 8.15 masih atas jalan. Mujur sangat jalan lengang ala-ala boleh baring tengah2 highway. Maka singgah masjid UM. Sementara inspektor sahab solat, aku ngan budak berdua tu melepak dalam keta. Nasib baik jugak masjid UM punya solat raya start awal dan khutbahnya pun super pantas. Jam 9 sudah settle. Even masa kitorang sampai lgm pun, masjid lgm baru je abes khutbah. Ngam ho.

Oleh kerana inspektor sahab dapat cuti sampai petang rabu saje, maka 1st raya dihabiskan dekat sg buloh dan paya jaras. Balik umah, basuh baju, ampai… bajet nak pakai balik 2nd raya sebab tak sempat nak bergambor dengan geng tema hitam kat kajang.

Lain-lain raya seperti biasa… lokasi wajib – ampatin, temerloh dan bahau. Johor belum masuk list. Terpaksa dianaktirikan sementara.

Gambar2 sila tengok dekat facebook. Aku make it public.

Oke sekian laporan raya. Masih belum ada mood utk blogging.

saye: selamat hari raya

 

Related posts:

Ramadhan dah nak sampai hujung. Baru aku terasa perlu mengupdate blog secara bertulis.

Ini bukan pertama kali aku melalui Ramadhan yang tak terasa ramadhannya. Mungkin kali kedua. Dulu, masa tenat siapkan final project degree, gitulah jugak perasaannya. Ramadhan berlalu tanpa terasa.

Tup tup raya.

1st Ramadhan berlangsung dengan aku menjadi zombie. Terketar-ketar akibat tak tido malam siapkan tesis. Elok pagi, dalam tak cukup tido, tak cukup makan, ditambah dengan seram sejuk dan stress, ada pulak yang dok buat jiwa aku menggelegak. Dugaan. Terima kasih kepada kesibukan tesis yang membantu aku menjadi malas nak melayan perkara remeh-temeh (wah remeh-temeh konon, tapi ko cite jugak kat sini).

5th Ramadhan, trainees Pulapol dapat kelepasan. So berjimbalah aku sekejap. Kebetulan fasa pertama pemeriksaan tesis pada supervisor aku dah siap-siap antor. Maka bolehlah berjimba seminggu dua sebelum melangkah ke fasa seterusnya. Gambo-gambo sila rujuk Wordless Wednesday 20, 21 dan 22. Nampak benau pemalas menulisnya. Al maklum, sibuk dengan penulisan ilmiah. Blog-blog ni tade masa nak layan.

Lepas tu, aku balas dendam dengan ini.

Berzaman rasanya tak membaca fiksyen. Sangat rekemen Ranah 3 Warna. Tapi perlu mulakan dengan Negeri 5 Menara. Ketagih oke!

Elok nak masuk 10 akhir Ramadhan, sudah dapat panggillan emas dari supervisor. Dan, masa untuk kembali bekerja keras. Sememangnya aku akan beraya dengan tesis correction.

Tapi sebelum bekerja keras, wajib pekena makanan tinggi kolestrol.

Puas hati! Metod aku melepas tekanan adalah melalui makanan tidak sihat.

Jadi, mohon doakan aku sukes.

Ok bai.

*

*

Eh jap… budak ni kirim salam.

saye: betul2 takde mood blogging… takut bahasa aku jadi skema… ilmiah beb… ilmiah!

Related posts:

Related posts:

Related posts:

Adv
About Me

the name is widura.

seorang anak, isteri, ibu, pendidik, pelajar.

suke pada kesederhanaan, bukan kesempurnaan.

Facebook

Widura Abd Kadir

Archives
Categories
Recent Comments