Posts Tagged ‘air pasang dalam’
Okey, tak jadi nak tunggu beberapa hari sebelum boleh post next entri. Sebab skang aku sangat bernapsu untuk menulis ok. Kang bila dah tade mood nak tulis, konpem blog aku jadi lapor entri. Sementara bernapsu besar ni, biar aje dia mentekedarah.
Lantak la kalu style penulisan aku terpengaruh dek blog sape-sape pun. Ada korang kisah? Kalu kisah pun, aku tak kisah.
Ehee, sebenarnya aku juz nak tepek lirik lagu raya yang aku compose sendiri. Ni lagu air pasang dalam lah. Anak buah aku selalu kena dera nanyi lagu ni.
Lirik ni bertukar jadi lagu raya sebab tabiat aku yang suka nak mendajal makhluk kecik tu dan suka nak tengok dia terpekik sebab bengang kat aku. So bila aku modified lagu ni jadik lagu raya, dia jerit kat aku… “bukanlah ummi, bukan macam tu…”
Ada aku kisah? Lagi aku nyanyi. Kuat-kuat!
Tak lama pastu, dia pun ikut sama. Tak pesal-pesal bila aku nyanyi balik yang ori, dia suh tukar yang versi raya punya.
Heh, ini betul-betul aku yang cipta ye. Secara spontan sahaja. Jangan kata aku copycat kat mana-mana. Sekiranya ada yang serupa, itu adalah kebetulan sahaja. Sumpah aku tak tipu.
Air pasang dalam
surut pukul lima
nyonya bangun pagi
siram pokok bunga
pokok bunga raya
tanam tepi paya
itik bertelur
ayam beraya
cik baba
jatuh dalam paya
cik aminah
makan kuih raya
naik kereta api
pegi kampung paya
jumpe istri comel
sambut hari raya
Boleh?
Cik Mass @ Nasyeed.com, boleh tak compose record lagu ni untuk album raya? Tak lama dah nak puasa ni. Kena cepat-cepat ni. (eh betul ke record/compose? kang salah word kang kena sound sedas… ok i’m ready)
Marghhhh ngah ngah ngah ngah….
saye: beraya di kampung paya… dulu-dulu la


