Posts Tagged ‘anniversary’

Lima tahun. Di atas itu adalah kad ucapan yang pertama dalam tempoh lima tahun ini. Kalau bukan kerana berjauhan (yang tak berapa nak jauh), entah wujud entah tidak kad macam ni.

Terima kasih kepada encik sarjan zaid (harus mention di sini) sebab sudi menjadi talian telepati kami. Aku rasa macam dah explain betul2 dalam sms, mintak beliau bagi kad ni pada tarikh berkenaan. Tapi masa aku bagi by hand kat beliau depan postguard pulapol tu, bley plak beliau tanya, “ini lpc ke?” Oke sarjan, saya tau previous department laki saya tu selo buat keje. Tapi melampo la klu lpc pun aku yang jadi tukang antor.

Harapan aku tak besar mana. Cuma semoga kad ini mampu memberi sedikit pencerahan kepada inspector trainee kesayangan. Juga mampu menerbitkan sedikit senyum kepada rakan-rakan seperjuangan. Ye, mereka sedang mengalami ujian mental tahap kritikal. Agaknyalah!

Sepanjang lima tahun, dua bulan kebelakangan ini adalah tempoh yang paling indah jika diukur dari sisi cintanya.  Kasih jadi berlimpah, sampai tatau nak tadah dengan apa. Rindu yang membuak  tak tau nak diadu bagaimana. Sebab kaedah berhubung secara halalnya hanya melalui surat. Dan perkhidmatan pos express pun kadang macam pos gerabak barang. Padahal suratnya tak sampai 100 gm. Padahal pulapol dengan kajang tu tak sampai pun lima puluh kilometer.

Berjauhan (jauh la sangat) dengan ada masanya tanpa secebis pun khabar berita selalu mengundang ungkapan spt “haih dah macam zaman jepun” atau “macam orang dulu-dulu bercinta”. Sila ketawakan aku hanya kalau korang pernah berjauhan (tak kira la berapa ribu batu sekalipun) tanpa berhubung langsung (baca: takde apa2 akses tak kira surat, telefon, chat, IM or anything). Tak payah sebulan, tak payah seminggu, cer dua hari dulu. Mampu?

Kalau tak mampu, simpan ketawa korang dalam perut. Sebab kalau terkuar sikit pun, konpem paid cash. Hahah! Ye aku kejam!

Oke dah sangat terkeluar dari mauduk. Mari kembali ke pangkal jalan.

Senang cerita, aku tersangatlah cintakan laki aku sekarang. Lebih cinta berbanding tahun-tahun dulu. Lebih cinta dari masa mula-mula kawin dulu. Dua bulan ini menjadikan aku sangat sedar, bahawa aku hanya mahu beliau seorang. Bahawa tidak ada lelaki lain yang melebihi beliau dalam segala hal. Bahawa ada terlalu banyak sayang dalam diri aku untuk beliau. Bunyik dah macam selama ni aku tak kisah aje lah kan? Jadi, terima kasih kepada proses berjauhan. Ianya priceless.

Ye daling, i still love u… dan i tau u takkan comot macam dulu (hitam mungkin!).

saye: wish many many many years to come… insyaAllah.

Related posts:

Empat tahun dah ye?

Baru empat tahun….

Hope akan ada many many many more years to come.

Sehingga nyawa yang memisahkan.

Mohon Allah panjangkan usia.

Mohon diberi kesempatan tua bersama-sama.

InsyaAllah.

Banyak dah perkara ditempuh… dirempuh… hohoh.

Puas dah gaduh… :P

Gaduh gak lagi… abg asben kan pakar menyakitkan hati?

Tol dak encik asben??? Betul kan kan kan…………

Ngahahahah….

Walaupun sakit ati… aku tetap tunggu dia balik hari-hari.

Apsal tah?

Selagi tak sampai depan pintu pagar, selagi belum muncul helmet merah terhegeh2 bukak pintu… hati aku tak menentu. Rindu? Sori…. i cuma tunggu dia balik mandikan Safi…. kah kah kah.

Ok la… i still love u… walaupun u semakin comot.

Menyampah!

 

saye: wish more more more years to come… amin

Related posts:

Adv
About Me

the name is widura.

seorang anak, isteri, ibu, pendidik, pelajar.

suke pada kesederhanaan, bukan kesempurnaan.

Facebook

Widura Abd Kadir

Archives
Categories
Recent Comments