Posts Tagged ‘brastagi’

Date: 6 – 13 Jun 2009…

Masih ingat aku ada stori pasal trip neyh? Sila baca part 1. Laporan penuh terlalu lewat… sebab saya tak sehat… hihih. Untuk pengetahuan masa trip ni aku baru tahu yg aku preggy. Masa ni rasanya baru 5 weeks. Dan baru bermula alerginya di pertengahan holiday ini. Agak spoil tapi nak wat cane pun….

Aku gi Medan dengan family encik asben. Dalam 10 orang gitu. Kat Medan, kitorg duk umah sedara, call him abg am. Umah dia kat Jalan Helvetia. Tapi 3 malam terakhir, aku n encik asben check in Hotel Semarak. Saje nak privacy plus senang nak jalan-jalan. Hotel Semarak ni owner dia orang Malaysia. 3 star saje, tapi harge mak ai… tak berbaloi ngan servis dan rupa. But again, nak wat cane? Nak check in Marriot takut kena bom pule… hadap aje le~

Inilah laporan comel nan tertangguh. Sila kelik gambo untuk view yang lebih super.

LCCT – Medan. Flight tengah hari dalam kul 12 gitu. First time aku naik air asia. Mak aih sempit tak terkata. Pastu kena berjalan sejauh-jauhnya. Isk, kalu naik MAS konpem dapat layanan macam raja. Nak wat cemana?

A wedding. Yang kawen n ialah adik pada maid mak sedara encik asben. Tatau la konsep apa. Minang rasanya. Style wedding ni macam jamuan raya je. Amek food (buffet) then duduk la mana-mana (takde meja). Food dia nasi putih, lauk ntah apa. Tapi aku cam tak selera. so aku makan pisang je. Cuba carik pisang setandan dalam gambar di atas kalu korang terer.

Istana Maimon. Tak banyak yang menarik melainkan kena pau dengan encik penjaga meriam puntung yang kononnya kerabat kesultanan deli. Nak duit RM pulak tuh. Tak lupa kena pau juga untuk parking keta rp 5000. Mahalnye oi tak berbaloi ngan lawatan.

Masjid Raya. Solat sekali saje di sini. Tu pun kena make sure ada yang menunggu kasut kat luar. Klu tidak alamat balik kaki ayam.

Makan-makan kat gerai. Berani kitorang makan kat gerai kan? Sebab abg am yang bawak, kitorg bedal je la. Roti telur dia dah macam telur dadar kalu kat sini. Pastu teh o dia… manis macam lori gula tumpah tepi dapur. Dah 2-3 kali campur air kosong pun still manis lagik.

Pantai Chermin. Ihh… tak selera nak mandi. Dah la panas gilos. Port lepak pun kena sewa rp70k. Mak aih. Cekik darah betul org2 Medan neyh.

Wajib gi bookstore. Ni la tempat yang aku tergedik2 nak pegi. Tak abis2 aku bodek abg am mintak bawak gi bookstore. Akhirnya berjaya melengkapkan siri tetralogi laskar pelangi versi indonesia yang sangat diidamkan. Yg menariknya bookstore sini, banyak buku yang dah translate bahasa indonesia. Malah encik asben pun berjaya membeli buku spss yang amat murah harganya. Tak lupa adek ipar aku yang memborong buku-buku perubatan herba. Kat Malaysia bukan tak ada, tapi mahal amat coz imported punya. Yang kat sini sume sudah alih bahasa.

Jalan-jalan kat Carrefour. Jakun nak makan fastfood versi indonesia. KFC – out, A&W – ok, Mc Dee – sedap, Pizza Hut – boleyla.

Makan sate n mee rebus medan. Ada sikit lain tapi boley la. Sodap. Sate minang cam ni ada gak kat kampung baru kl. Kuah dia bukan kuah kacang tapi kuah tepung, dia bungkus sekali dengan sate.

Otw to danau toba. Banyak jumpa kampung org batak. Jalan raya sini memang tak best btol ah. Walaupun aku naik avanza, tapi aku rasa dah macam koboi amatur naik kuda.

Dah sampai danau toba. Mangga comel yang sungguh yummy. Jarang dah nak jupe kat malaysia. Lepak2 tepi danau sambil makan nasik di samping menghirup udara sejuk.

Danau toba nak dekat2 maghrib. Pusing-pusing keliling. Singgah kedai makan meggi goreng. Pun mahal rasa cam nak tempeleng.

Shopping time. Dok gaduh ngan satu tokey kedai sebab asik mintak diskaun sana-sini. Tapi kitorg hadap jugak kedai dia sebab kena marah pun dapat jugak diskaun.

Kitorg stay kat parapat. Sejuk dowh. Menggigil subuh-subuh mandi air kolah. Malam sebelum tu aku kena kacau ngan makhluk halus pulak… wuwuwu.

Masa ni atas bot nak ke tomok. Ada pulak 2 boys wat show. Best gaks lagu dorang. Gambar bukit batu tu ialah batu tergantung. Tapi kecik sgt. Nak tunjuk pun tak nampak clear. Lagendanya, ada sorg perempuan yang kena paksa kawen nak bunuh diri dengan terjun ke danau tapi tersangkut so trus jadi batu yang tergantung dengan anjingnya.

Dekat silintong hotel. Lepak2 je. View bole tahan. Pe lagi masing-masing mula la berposing sakan. Cuba tenung gambar aku masa tu, selim kan? Keh keh keh

Ni kat pulau samosir. Shoping kat sini mmg murah2. Nyesal tak shop kat sini sebab dah tak cukup masa. Sempat singgah kat kuburan tua raja sidabutar (stone grave) dan si gale-gale (batak dance). Yang mcm umah minang tu ekceli ialah umah batak. Aku tak bape ingat la si pakcik tua tu explain pasal kubur tu. Panjang ceritanya oh. Tapi yang tongkat dia pegang tu aku ingat. Hahaha… kalu nak tahu sangat, baca la sini. Yang pastinya, ktorang sekali lagi dipau dalam RM. Nak kaler ijau… hamik! Sib bek dia tak mintak purple. Mau aku tampar sekali.

Ni la 5 jenis orang batak. Batak karo, batak simalungun, batak toba, batak pakpak dan batak mandailing.

Kat brastagi. Macam cameron je. Cuma lebih murah. Strawberi longgok2 je. Masa ni aku dah mual-mual. Malas nak shoping apa-apa.

Otw balik. Lepak makan jagung bakar. Kaya sekajap tokey jagung tu dek rombongan cik kiah ktorang.

Sun plaza. Gedix nak tgk ketika cinta bertasbih. Berjaya menontonnya pada hari pertama tayangan di indonesia. Bangga tak ingat. Org malaysia hujung tahun tu baru nak tengok. Kah kah kah.

Merdeka walk. Tatau nak makan apa. Last-last lepak mc dee je. Lagipun aku dah loya.

Aik, da balik? Gitu le gamaknya. Flight delay. Pukul 12 pagi baru sampai Malaysia.

Ikutkan banyak lagi nak cerita. Tapi sebab dah lama banyak dah lupa. Gambar n video pun tatau dah gi mana.

saye: holiday dengan mabuk dan loya

Related posts:

Adv
About Me

the name is widura.

seorang anak, isteri, ibu, pendidik, pelajar.

suke pada kesederhanaan, bukan kesempurnaan.

Facebook

Widura Abd Kadir

Archives
Categories
Recent Comments