Posts Tagged ‘cikgu’
“Aku tak reti mengajar. Aku tak mungkin jadi cikgu.”
Itu titah aku… satu masa dulu.
Mungkin titah telah makan tuan. Hari ini, aku terpaksa tunduk akur kepada ketentuan Tuhan yang lebih kenal jalan yang terbaik untuk aku jadikan pilihan.
Nanti la aku cerita sikit-sikit macam mana aku boleh tiba ke jalan yang ini. Later.

Guru adalah pemandu arah kehidupan. Aku sesungguhnya tidak menafikan, bahawa peranan guru dalam membina jati diri insan telah memberi pengaruh besar kepada siapa diri kita pada hari ini. Secara langsung atau pun tidak.
Di ruang ini, pernah aku katakan dulu (sini).. guru itu terlalu ramai jumlahnya, terlalu luas pengertiannya. Dari seawal pelajaran pertama ~ sehingga telah melelapkan mata. Guru mengiringi sepanjang usia.
Justeru guru… walau siapa pun mereka, walau apa pun pelajaran meraka yang telah aku kunyah dan hadamkan, terima kasih ke akhir nyawa. Selagi tubuh ini bernafas, selagi ilmu itu bermanfaat, jasa kalian utuh takkan pernah pudar.
Kepada cikgu tadika, cikgu sekolah rendah, cikgu sekolah menengah, cikgu uitm, cikgu ktc college, cikgu msu, dan cikgu ukm. Tidak ketinggalan cikgu penulisan, cikgu php, cikgu wordpress, cikgu flash dan bermacam-macam cikgu lagi.
HAPPY TEACHER’S DAY.
Kalian akan abadi di dalam hati ini.
saye: the best teachers teach from the heart, not from the book.


