Posts Tagged ‘jambatan pulau pinang’
Korang pun dah tahu, masa berpantang hari tu, aku pegi merambu.
Pegi Penang pulak tu.
Dulu-dulu gi Penang tahun 1992. Round utara punya acara. Best.
Pastu ikut rombongan skolah tahun 1997. Tido kat USM. Pun best.
Pastu ikut encik asben outstation tahun 2006. So tade jalan-jalan sgt. Tapi simpan niat. Mahu datang lagi. ASAP.
Laa ni suda 2010. Baru dapat kembali. Tu pun sebab puan emak ada agenda sendiri.
Tak kisah la, janji boleh cuti-cuti.
Gini cerita dia.
11 – 14 mac 2010
Kitorang pegi 2 keta. Aku, encik asben, cik baby safi, puan emak, cik puan kaklong, cik puan acu dan encik abg ashraff akmi. Ingatkan nak pegi satu keta je. Mana nak muat. Stroller je dah dua. Padahal bila sampai Penang, haram tak diguna.
Cuti-cuti berjalan 4 hari 3 malam. Kitorg stay kat The Gurney Hotel. Holiday kali ni paling lawak ah. Jalan-jalan sket, sampai hotel dah terkapar memasing. Ntah la apa yang penat kitorg pun pelik. Maybe cuaca panas tapi yang jadi renyah sangat sebab disertai oleh dua peserta bawah umo. Satu tengah superaktif, satu tengah dalam hari. Tambah-tambah ada ibu berpantang. Sudah eh, jadi cuti-cuti dalam hotel. Ahahaha.
Kelik la gambo kalu nak dia besor.
Konon-konon nak piknik. Bawak bekal beriya. Konon-konon nak cari wakaf. Sudahnya tak ade. Perut dah lapar gile. So duduk je kat R&R, bukak tupperware segala. Jadi le….
Dah bape kali lalu pun jakun jugak. Padahal jembatan kat putrajaya pun lagi gempak. Tol dia, korang pun tau kan, rm tujuh. Botak!
Gini le ghope The Gurney Hotel dan view nye. View dari bilik konpem nampak laut. Gambo bangunan hotel dan bilik tu aku rembat dari website. Biasa la dah masuk bilik tade nyempat nak amek gambo nyer. Terus lompat katil punye. Kalu dah masuk beg + barang-barang segala toksah cite. Cam titanic karam la jawabnye.
Bilik2 kat sini sume suite. Besar bilik dia, tapi dah agak lama. Ada jacuzzi. Yang tak bestnya tv dia. Ade ke tv zaman tok kadok tu diletaknya? Upgrade la lcd ke plasma ke. Pastu channel ntah hape-hape. Kadang-kadang pulak tu, hilang sore. Kitorg pe lagi, hentak2 aje. Padan muke!
Kat lobby hotel. Sila abaikan gambo2 saye yang mendebab tu ye << tamo komen tamo komen.
Haa… ni le ghope kitorg dalam bilik. Sila tenung gambo encik asben. Sambil surfing, sambil brp-kan cik baby safi. Superdaddy la katakan. Oh ye, hotel ni ada kasik line internet yang superb.
Orang len berendam jacuzzi, cik baby safi berendam dalam sinki. Ok ape? Itu menunjukkan bilik air ni memang serba guna. Iya?
Orang kata, duduk macam tuan, makan macam kuli. Haa… yang ini memang dah praktik beratus kali. Ala makan kat hotel bukannya gorjes setiap hari. Baik makan meggi. Hihihi.
Hey order makan room service hari tu aje dah ratus-ratus. X sedap nak mampus (xde la mampus, saje je aku nak kasi sedap ayat).
Ada jugak kitorg panggil mc dee ngan pizza hut. Dah dasar pemalas, nak kuar makan pun malas. Baik tayah holiday, ye dok?
Oh ye, sape ada baby yang cute, boleh gedix2 mintak baby cot. Kalu baby dah besar pun boleh kurung dalam tuh. Hari tu nak bagi suasana aman sket, ktorg letak encik abg ashraff akmi dalam tuh. Kalu tak dia buat bilik tu macam balapan. Pusing-pusing macam orang kena sawan.
Berendam berendam. Tak cukup jacuzzi, terjun pulak kat kolam. Kalau nak berendam, sila lakukannya di waktu petang. Kalu tak, kena halau sebab tak pakai swimming trunk. Tang tang tang….
Breakfast breakfast. Buffet ok, boleh tahan best. Seswai ngan harga gitu. RM25 saje.
1st nite lagik da meroyan nak melantak kat padang kota. Nak pesembur katanya. ala, biasa aje.
Yang ini destinasi wajib. Nasi kandar line clear. Sape tak pegi, memang rugi gile. Any kandar shop cannot beat sini punye. Lokasinya celah-celah lorong. Sekali pandang macam tak selera. Tapi sebab rekomended, ktorang serang. More info boleh try google ye. Tak pun baca sini. Sedap gila lah. Makan sampai muntah!
Singgah sat kat Cocoa Boutique. Borong coklat sampai bankrap. Coklat tempatan memang mahal kan. Tapi ada certain produk yang memang sedap.
Ini pulak kat Feringgi. Jalan-jalan cuci mata. Tatau nak beli apa. Sudah nya beli baju t-shirt kanak-kanak aje (gambar 1st atas). So cute oh. Korang pun mesti tergoda kalau tengok. Pilihan aku semestinya mr. elmo. Takde saiz XS pun aku bedal je saiz M. Dengan harapan bila cik baby safi dah besar, baju tu akan aku sarungkan. InsyaAllah.
Wowowo… apsai tak banyak gambo? Kan dah kata, aku masa tu ibu berpantang, tambah-tambah melayan kerenah kanak-kanak superaktif dan bayi dalam hari. Tak menyempat nye nak snap sana-sini.
Selebihnya ktorg banyak jalan-jalan tgk view. Pusing-pusing dari Feringgi ke Balik Pulau. Bukit Bendera pulak under renovation. Tsk. Kat Penang ni jalan asik jem aje. Keta banyak tapi jalan sempit. Pastu pulak mr. driver asek salah masuk jalan.
Kalu shopping pulak, banyak shopping rempah. Berkilo-kilo bwk balik. Hey hey, rempah made in penang memang marbelos tau. Tak caye pegi la cuba. Takkan nyesal punya. Sempat jugak shopping rempah untuk kenduri aqiqah safi next week nye. Nak testimoni, cuba tanya cik nusrah. Hohoho.
Eh eh, aku dah tatau la apa nak cite. Nape tah skang n banyak lupe. Agaknya lepas bersalin banyak urat putus.
saye: love to “berhoghok-hoghok” dengan family













