Posts Tagged ‘johor’

Balik Johor lepas empat bulan tak balik, excitement dia macam perantau yang dah bertahun tak pulang ke pangkuan keluarga. Satu minggu aku takde hati nak pegi keje, berharap-harap masa akan jalan laju-laju sampai weekend pun tiba.

Antara agenda balik kampung kali ni ialah Mersing. Mohdiszrolealhalmy tu, sejak kawin lagi mengendeng nak pi Mersing. Aku bukan tamau layan, korang pun tau betapa indoornya aku. Eh korang tau ke? Wah… ada hati nak bajet glamer.

Plan dengan cikzu, kul 6.45am nak gerak. Maka, bangun la aku subuh-subuh ahad. Mandi, ironing, siapkan safi sume, 7.15am jugak baru aku kuar umah. Ingatkan  da lambat, bajet kena perli dengan cikzu punye. Sekali, sampai depan umah cikzu, sonyap. Bila kol, dengar sore orang baru bangun tido. Dem!

Blabla gitu gini, pi breakfast sume, dalam kul 8.30 baru gerak dari Kluang. Dan sampai Mersing nak dekat kul 10.00am. Masih tak panas. Maka terus pi kat pantai air papan.

Last aku pi sini masa sekolah. Huhuhu!

safi dan mamazu masa otw to mersing

*

Sampai aje kat pantai, aku punya excitement mencanak-canak. Padahal yang kecoh nak pi mersing ialah mohdiszrolealhamly. Tapi then, aku yang lebih. Tu la, kutuk orang tak ingat-ingat. Sampai masa, aku yang over.

Cemana aku tak over? Pantai masa ni kool gile doh. Sebab baru lepas musim tengkujuh, maka pantai jadi bersih (teori aku je, kalau sesat sila abaikan). Nak nak orang tak ramai, padahal hari ahad. Ni sebab, last week baru je cuti cny. Maka orang dah tak berjalan masa ni. Tu yang pantai lengang.

Cuaca memang superb. Tak hujan, tak panas. Angin pulak, perghhh. Memang syok la kalu nak main layang-layang.

Aku punya plan, memang tade nak mandi. Maka aku tak bawak sebarang persalinan pun. Sebab tujuan asal pi mersing adalah untuk menunaikan cita-cita mohdiszrolealhalmy untuk sampai ke mersing je. Tapi dah alang-alang sampai beach, aku nak la bawak safi merasa pasir pantai ngan air laut. Ni kira first time la. Tapi aku lupe, kalau aku nak bawak safi main pasir, aku pun kena duduk atas pasir sekali. Kalau nak bawak dia berendam dalam air laut, dengan aku aku sekali la kena masuk laut.

Belajar tinggi-tinggi, when come to simple things, mula la jadi bangang.

Oleh yang demikian, terpaksa la membeli-belah. Beli yang tak boleh blah langsung. Janji ada je. Seluar kaler oren, t-shirt kaler biru. Selipar pun terpaksa rembat sepasang. Total kerugian RM55.00.

cover muka… sakai abes!

*

First time safi pijak pasir pantai. Aku yang terkinja lebih. Beliau ni pulak kena ikut mood. Kalau time malas, umpan dengan mc dee pun takde hingin dia nak bangun amek. Masa jejak kaki, konpem jingkit. Nak tanak terpaksa la heret.

Aku saje tak buttonkan romper tu. Agak-agak kalu dia buat hajat besar, bley terus cabut diaper tu dan buat dia jadi macam bot kertas… muehehehe .

Nampak tak pokok-pokok jadi senget. Angin kuat woo. Best!

Ntah-ntah pokok tu memang senget tak? Tak kisahla, tapi angin hari tu memang best.

mamat di belakang itu sedang sexi… maka beliau disamarkan dalam entri ini

Beliau tak suke air. Beliau menggigil. Air laut hari tu memang sejuk. Hakikatnya, beliau memang takut dengan air sejuk walaupun tetiap hari aku mandikan beliau dengan air sejuk. Iye, aku tak percaya dengan fungsi air panas kepada bayi. No no no. Dari masa pantang lagi aku sudah simbah beliau dengan air sejuk supaya beliau tidak membesar dengan takutkan air sejuk terutama di pagi hari. Air sejuk adalah terapi yang baik. Sape nak sanggah? Bolehlah aku kuarkan entri pasal air sejuk pulak lepas ni.

tapi beliau enjoy dengan pasir itu

*

aku mohon nak bersentimental sket bley? betapa aku berharap agar masa berhenti, memberi ruang untuk aku nikmati saat sebegini lebih lama lagi. terima kasih Allah untuk anugerah terhebat ini.

*

Motif gambo rm1 dua keping itu ialah, nak cite yang duit tu berterbangan dan aku mengejornya agak jauh gak la. makin aku nak capai, makin dia terbang. sib bek depa tak sempat rakan video. klu tak, sure tambah sakai.

Ingatkan lepas abes mandi-mandi nak main layang-layang. Tapi masing-masing dah lapor perut. Gile lapar. So, terus la kuar dari pantai untuk cari makan. Masa otw nak pi town, ternampak menda ni.

Kedai keropok lekor ala-ala kopok losong. Fresh. Buat kat situ jugak. Goreng kat situ jugak. Sos buatan depa jugak. Cikzu cakap, depa ni ada yang memang berasal dari terengganu dan move ke mersing lama dulu. Tapi slang, still slang ganu.

Woh unik tu. Tak pernah aku tau orang johor cakap ganu.

After lunch, terus la pulang. Terpaksa balik awal sebab mohdiszrolealhalmy kena balik kl petang tu jugak. Tapi dia balik naik bas. Sebab ikutkan, kitorg punya cuti sampai selasa. Cuma disebabkan beliau ada masalah teknikal yang tak boleh dielakkan, maka terpaksalah gagahkan diri balik kl naik bas.

Next time balik kampung, harus gigih ke sini lagi. Tu pun harap-harap weather yang sempoi macam masa ni. Kalau panas kedaung tu, mahap la, sanggup aku tunggu lepas musim tengkujuh tahun satu lagi.

Sekian.

saye: johor tetap di hati

Related posts:

Date: 29 December 2009

Kalau bercakap pasal zapin, otomatik aku akan rasa bangga gilos menjadi warga johor. Tetiba berkobar-kobar ngaku orang johor. Aku ni bukan le jenis yang suka nak expose2 kan diri nak jadi orang glamer dengan menari, tapi kalu ada show zapin, mmg aku suka sgt tgk. Even masa wedding aku dulu pun ambik budak2 zapin. Dah kata suka kan… heh heh!

Alhamdulillah tercapai jugak hasrat terpendam bertahun aku nak tgk gema zafana. Dulu masa Yayasan Warisan Johor  (YWJ) buat show yang sama pada tahun 2004, aku tak dapat pegi sebab takde geng. Hohoh! Dan tahun ni, awal2 aku dah tau akan ada show ni pada penghujung tahun sebab dah cek kalender Istana Budaya (IB). Walaupun mengah ngan perut 34 minggu aku ni, aku tetap gagahkan diri untuk pegi.

Nasib baik masa beli tiket masih ada seat kat Stalls pada tarikh yang aku plan nak pegi. Kalu tak, sangap lagi la kena tgk show dari Upper Circle macam masa tgk teater muzikal P.Ramlee n PGL dulu. Aku pegi show hari terakhir. Bertembung la tgk show dengan Tun Mahathir, Tun Siti Asmah, Ghani Othman (MB Johor) dan beberapa orang penting negeri Johor yang aku tak kenal sangat. Pengalaman aku tgk Tun secara in person ni… alahai…. walaupun aku cukup menyampah ngan Tun, tapi bila tgk dia secara live, depan bijik mata, aku hanya melihat seorang tua yang telah berjasa. Sungguh!

Pegi show kebudayaan kat IB ni memang tak sama macam gi tgk teater popular. Aku dah agak majoriti audien akan well-dressed sebab masa ku gi tgk show YWJ yang lain iaitu keroncong pada pertengahan 2004, mmg gitew. Sebab tu masa gi tgk teater aku dok pelik apsai ramai pakai sempoi2, siap pakai jeans ngan t-shirt jes. Ohoh. Memula aku dah kata ngan asben, pakaila baju batik sebab aku konpiden ramai pakai baju batik. Tapi dia tamau, takut terover plak. Tapi bila sampai IB je, ha… i told u, mmg macam gi kenduri kawen kat hotel besar2! Tambah lagi ada VVIP. Amek kau!

Kalau nak suh cite pasai zapin, i tell u aku mmg tatau sgt. Almost zero! Yang aku tau sket2, zapin ni asalnya dari Yaman. Kemudian dah serap ngan budaya Melayu sampai jadik macam2 jenis zapin. Antara zapin yang dipersembahkan malam tu ialah Dodoi Anak, zapin Syahadat, Semerah Padi, zapin Berperi, Renjis Direnjis, zapin Sarawak, zapin Pekan, zapin Kota Iskandar, zapin Budi dan lain-lain (sumber Utusan Malaysia).

Opening Gema Zafana memang gempak abes. Kembang2 idung aku ngan rasa bangga. Tapi pastu agak meleret n bosan masa lagu2 slow. Second half lebih enjoy sebab penuh ngan zapin rancak. Bila tengok ada group India ngan Cina kuar, aku cam bley baca je, pasni mesti ada geng hiphop. Aik betul plak tuh! Hahah. Secara umum, aku mmg cam dapat baca susunan show ni, even aku tak mahir langsung pasal zapin. Bagi aku show n terlalu lama dan meleret. Sebahagian lagu2 yang dibawa bukan lagu yang popular menyebabkan orang cam aku n bosan sket. Tambah2 lagi, semua lagu nak abeskan lirik. Ada yang ulang2 corus plak, menyebabkan lagi la lambat nak abes. Patut satu lagu bwat pendek n ringkas je dah cukup. Yang penting mesej sampai n audiens terhibur n tak nguap. Zzzz… maklumla, malam hari keje… hee.

Satu lagi aku rasa IB dah kena wat renovation besar-besaran la. Seatnya sangat sempit n tak selesa. Sian abg asben aku balik ngan sakit2 pinggang. Dah le dia tak paham n tak enjoy sgt sepanjang show. Rimas aku dengar dia mendengus. Len kali gi show kebudayaan, malas aku nak bawak dia lagi. Ngeh ngeh! Ow ye, sound system juga teramat la kuat n membingitkan, dulu tak penah aku g IB sound dia gini. Memang spoil abes la.

Gambar2 pulak memang tak banyak sebab aku sampai masa show dah nak start sgt n balik sebaik saje show tamat sebab esoknya kena keja. Show dari 8.30 mlm (lambat sket start sebab Tun sampai lambat) n habis kul 11.50mlm (pun sebab VVIP lambat masuk hall masa second half).

Gambar muka aku tu adalah bukti kehadiran aku tgk show n (i sgt gemok, i terima itu). Heheh. Yang lain2 aku curik dari blog Jari Jari Bercerita. Mana la dia amek gambo2 ni, kalau dia snap sndri mmg i tabik u pasai aku mmg tak berani nak angkat camera masa show berjalan. Maklumla, aku kan penonton berhemah. Auw!

saye: anak wilayah yang selalu bangga dengan johornya :)

Related posts:

Okay, saya mendapat arahan lagi. Kali ini untuk melaporkan aktiviti terkini family yang sgt sempoi. Jumaat lepas, sempena cuti labour day, dengan hati yang tabah lagi gumbira, kami berduyun2 pulang ke Kluang. Helo, sape yang tak excited balik kampong kan? Tu pun pasai kaklong cikzu punya wedding. Klu tak, takdo la can nak balik coz dengan bertuahnya hari isnin 4 mei tu saya exam kat ukm. Tekanan kan? Miahaha….

Kami berangkat dengan xcitednya pada khamis malam. Sampai kluang around 11.30pm. Biasa la, balik selatan musim2 cuti ni, jam memanjang. Xciden sana-sini. Ditambah dengan keprihatinan rakyat malaysia yang memperlahankan keta untuk melihat xciden-xciden tersebut. Sabo ajelah.

Tomoro morning, even dah jaga awal pagi, seperti hari2 cuti biasa, maleh je nak membangunkan diri. Ngan tiba2 dikejutkan oleh sang kakak yang menyuruh kami siap. “Kita gi jalan-jalan. Copek siap! Copek g, bley copek balik.” Ayo mana mau pigi? “Mana-manalah yang si isrol nak. Dia yang sebok nak jenjalan.”

Iya. Balik Kluang for me is rest rest rest. Lepak as long as i can. Huhuhu. Tp my abg hasben mau jenjalan johor. Tak kesah la p mana pun. Even Kahang pun dia dah redah (poyo kan? kahang pun nak tgk? ceyh!). So after breakfast kat umah, kitaorg naik keta dan amek jalan ke bandar tenggara. Destinasi? Masih belum decide. After sampai satu simpang antara mersing dan kota tinggi, barulah abg hasben decide utk ke kota tinggi. Okay, lets check it out.

Memula sampai kota, kami trus ke air terjun. Tapi sampai pintu gerbang jelah. Tak masuk pun. Masuk kena bayar, kita org bukan nak mandi-manda pun. Pastu, abg hasben mau jenguk2 Institut Penyelidikan LGM Pelepah. Adoi, kalu dah org LGM tu, nampak je logo LGM, cam budak2 nampak funfair. Gedik betul! Tu la antara sebab kenapa abg hasben nak ke kota. Sebab ada 3 institut penyelidikan LGM kat situ.

 

Then kitaorg lepak makan kat restoren minang kat bandar. Pastu trus ke Desaru. Wuhuu… tgk beach pulak. Lama sgt dah tak g desaru. Seingat saya, mmg tak penah pun mandi-manda kat sini. Selalu cam n la, juz jadi tourist guide utk org2 yang tak penah g desaru. Desaru n pantainya ala-ala laut dalam. Sampai satu part, dia terus tenggelam tak ingat punya. Ombak dia plak, jenis ombak 3 beradik tambah jenis mengaut. Kira kalu tak ingat2, mmg bley hilang la. So for safety reason, jgn mandi. Cuma pantai dia cantik dan sgt meriah. Sonok! Masa kitaorg g tu, ada macam bazar coz esoknya ada pertandingan joran. Manusia toksah kata la… sgt2 ramai esp chinese. Singaporian kot?

kena bayar rm2 satu keta

After lepak minum abc, ktorg pun blah. Kali ni jalan2 tgk jeti2 yang saya pun tak tau sgt. Kira kalu ikut jeti A bley naik bot g B, jeti C g tempat D. Gitulah gamaknya. Tak arif sgt. Dan tak ambik pot sgt sebab cuaca sgt2 panas plus saya mengantuk tak ingat dunia. Singgah jugakla coz abg hasben sgt xcited utk bertanya harga tiket.

On the way, asal nampak tempat yg menarik kitaorg stop. Cth, kitaorg stop kat ostrich farm. Saya yg tgh tdo trus bukak mata, harapan nak makan daging ostrich… sekali tgk2 farm tu cina punya daa. Aiya, keciwa, bila tgk kat luar, siap ada bakuteh pulak. Sib bek tak singgah. Miahaha. Sempat jugak tgk2 ostrich tu tapi dari jauh je la. Tak amek gamba pun.

Pastu, on the way jugak kitaorg jumpa chocolate house. Kira cam kilang coklat. Made in Malaysia n. Kitaorg singgah n membeli la barang sekeping dua coklat buatan Malaysia n. Bley la tahan sedap dark chocolate dia.

 

 

Paling beriya, saya nak tunjuk makam sultan mahmud mangkat dijulang. N if kau orang tak penah tau sejarah dia, bley lepak sat kat sini. But my abg hasben nampaknya tak interested ngan history plus hari dah mulai ujan, so amek gamba jelah. Tak singgah pun. Huhu.

 

Settle kota tinggi, kitaorg trus ke jb lak. Tp tatau nak g mana. So lepas sampai jb, kami decide ke danga bay je. Uuuu dah lama gler tak g danga bay. Jakun tahap maksimum siyot. Best gler. Nasib tak bek camera penuh n camera hp saya plak tak lawa amek gamba malam. Tapi mmg best tahap gaban la.

 

 

shami hepi dapat naik tren

 

meriah gler… xcited

 

ada marching band lagi

 

ntah apa la nama menatang n… tapi tak sempat nak nek… sume dah lesu

Haih, tak sabau nak cuti-cuti n jenjalan johor lagi.

saye: love johor foreva n eva

 

Related posts:

Adv
About Me

the name is widura.

seorang anak, isteri, ibu, pendidik, pelajar.

suke pada kesederhanaan, bukan kesempurnaan.

Facebook

Widura Abd Kadir

Archives
Categories
Recent Comments