Posts Tagged ‘kata semangat’

Jumaat lagi. Aku mohon kepada Tuhan, berikan kau iman, berikan kau keberanian. Aku di sini sedang membekalkan doa – moga kau tabah.

Setiap manusia dijadualkan kesempatan untuk meniti minit-minit menangis. Dalam hayat kita, walau sekali, saat getir mesti ditempuh. Ia menjelaskan kepada kita, bahawa dunia bukan syurga… bukan untuk selalu ketawa. Ia memberitahu kita, bahawa menangis itu juga kehidupan… satu simpang untuk menuju masa depan.

Manusia normal akan menangis. Jika tidak menangis, kau bukan manusia. Mungkin kau adalah batu… atau pokok.

Tiap-tiap seorang daripada kita, diperuntukkan bahagian yang berbeza-beza. Nisbahnya sama. Andai kau rasa hidup kau sering dilimpahi suka, bersyukurlah. Andai sebaliknya, yakinlah bahawa rencana Tuhan itu lebih bijak, lebih saksama. Dengan kesusahan, kita diangkat sedarjat lebih tinggi di sisiNya.

Tuhan maha adil. Percaya?

Garisan hayat ini tidak mungkin selalu lurus. Ia normal berbelok-belok, bersimpang-siur dan berliku-liku. Jatuh bangun itu perlu. Jika tidak, kita tidak belajar menjadi tabah. Kerana hidup tanpa cabaran, bukanlah hidup yang sebenar. Watak yang hidup tanpa cabaran, tidak pernah wujud dalam mana-mana buku, filem, hikayat atau sejarah.

Aku mungkin jauh untuk menghulur tisu atau bahu. Aku hanya ada sedikit kata-kata.

Kawan, melangkahlah. Sinar di hadapan menunggu.

saye: life without challenges is not worth living

Related posts:

Ada ketikanya aku rasa down. Macam malam tadi.

Sindrom kemurungan dan kerisauan melampau telah mengakibatkan insomnia sementara bersama jujuhan air mata dan pekikan meroyan dalam hati.

Aku pun manusia. Boleh jadi biol tak semena-mena.

Penyakit ni sama je seperti yang pernah aku alami masa buntu dengan final projek masa degree. Aku tak boleh tido dan jadik menangis lebat di malam hari. Ingatkan aku ni yang mengalami masalah jiwa, rupanya semua orang pun sama. Jadi aku ni normal la… belum lagi gila.

Perasaan takut dan bimbang ni, memang dah tak boleh nak cover dengan angan-angan nak kawin dengan brat pit sebelum tido. Sebab perasaan tu terlalu kuat dari segala perasaan lain yang boleh direka-reka. Macam kalau kita tak boleh tido sebab dengar ada sore mengilai… sebab nampak jembalang… sebab takut hantu. Dah tak boleh nak cover apa dah. Baca ayat kursi tak putus-putus, masih kembang kecut dalam perut.

Patut aku bangun tahajud, tapi biasala… lebih suka layan perasaan. Dengar pengaruh setan.

Kadang aku rasa life aku cam tak boleh settle. Rasa cam menyesal sambung belajar. Sebab aku rasa buat tekanan berganda pada diri sendiri. Tapi dah alang-alang menyeluk pekasam… mmmm korang sambung la sendiri.

Tu pun ada hati nak sambung phd.

Aku kalau dah start meroyan, mula la pekik-pekik arwah ayah dalam hati. Seolah-olah rasa dengan panggilan tu, aku akan nampak jalan penyelesaian depan mata. Padahal akal sihat aku penuh sedar bahawa arwah takkan pernah hadir ke alam nyata.

Orang yang ada pengalaman je tahu macam mana rasa dia.

Aku pujuk diri sendiri. Aku kata… aku boleh, aku boleh. Aku strong, mesti boleh. Ini cuma dugaan kecik. Masih jauh perjalanan aku, kalau Allah izinkan usia aku untuk melaluinya. Kalau kat sini aku dah give up, macam mana nak capai cita-cita? Macam mana nak gembirakan emak? Macam mana nak tingkatkan taraf hidup keluarga? Macam mana nak jadi kaya?

Ada phd boleh jadi kaya ke?

Memang down kalau takdir Allah tidak selari dengan perancangan hidup yang kita bina.

Aku cuma perlukan sedikit kata-kata semangat. Perkataan positif, perkatan boleh, perkatan ok.

Kawan… katakanlah kepada aku begitu.

Aku menunggu….

saye: survivor

Related posts:

Adv
About Me

the name is widura.

seorang anak, isteri, ibu, pendidik, pelajar.

suke pada kesederhanaan, bukan kesempurnaan.

Facebook

Widura Abd Kadir

Archives
Categories
Recent Comments