Posts Tagged ‘kuala pilah’
Berhoghok-honghok… aktiviti kegilaan. Esp dengan family. Tanpa mengira letak lokasi.
Kuala Pilah, daerah paling kering dalam peta Malaysia. Always panas tak terkira. Tapi dengan family, segalanya indah semua.
Dah lama tak jupe angah. Mak sedara yang membela aku dari kecik sampai agak dewasa.
Agak dewasa?
Sebab belum sempat nak betul-betul dewasa, atas nama jodoh, angah pun berumah tangga. Tapi kira cukup la plot cerita, kalau-kalau angah nak open table, nak bukak fail laporan hidup aku sepanjang berada dalam jagaan dia. Tak kiralah bab kesukaan aku, bab kebencian aku, bab kerenah aku hingga segala bab tabiat-tabiat aku.
Err… tapi kalau korang jupe dia, takyah la tanya tu sume ye.
Aku jugak suke nak jumpa sang suaminya, paklong… encik bekas polis trafik yang tinggi disiplin diri sampai ayam pun dia train kawat kaki.
Umah angah ni, umah kayu. Ada umah atas, ada umah bawah. Konpem kalu kanak-kanak bawah umor ada dalam 2-3 orang, dorang akan bantai berlari dengan gembiranya. Sebab bunyik detak-detak-detak itu akan menggamit dorang untuk terus bersuka-ria. Kadang aku suke, kadang aku tensen gile! Nak nak, time kita nak membuta. Dorang bukan reti bahasa!
Gambar atas, sesi membuat kerja sekolah sambil dipantau oleh mama bengkeng. Cousin aku yang sorang tu, kalu bab-bab wat kijo sekolah, mula la sakit mata la, sakit gigi la, sakit lutut la, sakit hati la. Tapi elok je dapat green light untuk stop, terus sambar beskal bawah umah. Mau nye mak dia tak bengkek?
Seterusnya adalah sesi membuat coconut shake. Bermula dari sesi mengait kelapa muda, membelah kelapa, menuang air sehingga kepada mengorek isinya. Hasil? Takdonya ghope shake. Jadi air kelapa biasa aje.
Orang sume nak relax, makan tido… tak kose nak mem-blend segala.
Sesi makan sambil mengumpat. Syabas kepada puan angah yang gigih menghasilkan koleksi lauk-pauk kampung esp segala yang bersalai ~ ikan semilang salai + daging salai. Melatop! Walaupun lauk-pauk angah sudah agak tidak bergaram akibat menepati selera sang suaminya itu.
Ini sesi mengganggu cik safi tido. Aku perasan betul cik baby ni kalu berjalan jauh, dia akan jadik kaki tido. Budak-budak keliling pulak asik duk ushar kot-kot dia dah bangun… nak wat main la konon. Tapi bila si kenit ni dah bangun, dorang layan kejap-kejap aje. Bila dia merengek mau dokong, buat-buat tak perasan pulak.
Dulu kalau balik kampung, budak2 berendam dalam parit. Skang dapat masuk besen pun dah kira baik.
Sesi menggentel badak berendam. Saksikan puan angah mengukur kelapa secara tradisi. Hasilnya… yummy!
Koleksi harta-karun yang dibawa pulang. Nak kabo, nenas itu, buruk tapi mengancam. Perghhh!!! Nasib aku dah tak pantang.
Err… macam umah-umah kampung yang lain, siang panas nak gila. Bila malam, suam-suam. Pagi nak dekat subuh, siaplah ko kalu takde selimut, menggigil tahan sejuk.
Aku sebenarnya bukanlah peminat suasana kampung. Cuma dambakan sesi bersama mereka.
saye: masak lomak cili api














