Posts Tagged ‘management and sciense university’
Peringatan: Entri ini dipenuhi gambar… pastikan anda mempunyai data volume yang mencukupi…
“Daripada jumlah institusi pengajian tinggi (IPT) yang menerima tahap cemerlang tersebut, tujuh daripadanya merupakan IPTA dan 11 lagi IPTS.
Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin (gambar) yang mengumumkannya berkata, IPTS berkenaan pula adalah Universiti Kuala Lumpur (UniKL), Universiti Multimedia (MMU), Universiti Teknologi Petronas (UTP) serta Universiti Sains dan Pengurusan (MSU).” sumber Utusan Malaysia, 13 Julai 2010.
Hoyeh hoyeh.
Bagi uols yang seangkatan dengan aku, silakan berbangga tanpa sempadan.
Maklum la, dari kampus buruk yang serba-serbi kena kutuk, kini telah berpindah ke kampus indah, yang serba-serbi nampak megah. Syabas MSU… namamu tetap di hati… cewah!
Ini adalah catatan x-student MSU terlampau yang terjakun melakukan site visit ketika kampus baru hanya baru beroperasi 1/3. Apa pedulik?
Aku rasa nak jadi student degree balik lah…





Suasana msu di waktu malam. Semangat gilak kan aku pi sana waktu malam? Padahal istana aku punyalah nun di kajang… sanggup ke shah alam? Orang yang kerap-kerap balik shah alam pun tade datang kan kan?


Dasat ah student parking bawah jembatan… syiok ho! Tade dah jadik ayam salai saat balik kelas macam aku dulu. Konpem budak2 yang merasa kampus baru ni seperti di syurga aje.

Parking staff and lecturer kat basement. Tayah dah berebut ngan student. Teringat aku sekali ada satu keta block keta aku, sib bek dia tinggalkan note n phone number. Aku tak ingat la sape nama org tu… So kitorg (mit la tu otai nye) tepon la mamat ni suh alih keta. Alih-alih lecturer sendiri yang turun. Dah la masa kol tak berencik ke hape. Pakai dan je ingat student. Btw, sape suh block keta aku kan? Hahahaha…


Entrance yang vogidebas lah. Lantai luar tu adalah world map/world globe? Ha, papelah. Tapi mmg peta dunia kat situ. Kiranya warga msu ni sungguh kelas la di mana dunia berada di tapak kaki mereka. Dasat ah!

Ada floor plan, takkan sesat. Yeah! Rasa macam kat shopping mall pulak. Nak jalan-jalan kena semak floor plan. Jika tidak, alamat ko macam masuk umah sesat. Err… binaan kampus ni agak kreatif ye. Jadi kiranya kalau korang tatau jalan memang agak sakit pale. Heh!




Lif… yes… tayah mengah-mengah joging ke level 3. Eh macam la aku yang kena joging lagi kan. Tong sampah pun siap ada logo msu… kelas kau. Pernah tak korang jupe tong sampah yang ada bunga raya? Tade okeh. Kat msu je ada. And yang pastinya, sinki toilet msu. Hee… aku cuak time ni ada bunyik tapak kaki orang nak masuk toilet, so tak jadi nak amik gamba besau. Dan ewah… ada toilet utk oku. Tabik!

Dorang tgh exam time ni. Apa lagi, aku jadi la paparazzi. Ni class room kot. Bapak besar kan? Kalu kampus lama siap boleh langgar-langgar siku candidate sebelah. Haha… saje je aku kasi fitnah.

Tiap-tiap pintu wajib ada nih. Konpem korang tau fungsi sesebuah bilik dengan jelas. Bunga raya tak tinggal okeh. Ek eh, ada bayang-bayang aku snap lagik kat glass tu…


Kaunter dan opis. Baru le semangat depa nak keje. Kalu opis kat kampus lama tuh, dah macam sarang tikus je aku tgk. Haha… gila jahat.


Food court / Cafe. Masih available untuk tender. Kot? Cafe ni tak siap mana pun lagi. Mebi akan ada kerusi yang melekat kat lantai macam kat R&R Plus tu kot? Teringat time aku study. Lepak kat belakang kedai pun dah kira bersyukur. Tapi seronok gilak masa tu. Orang-orang yang pernah mengalaminya aje yang tahu. Betoi?

Iya… i memang love u. I heart u. I miss u. Terima kasih msu. Tunggu lain kali aku datang lagi serbu. Kali ni dengan kawan-kawan biol aku tu.
saye: jom nyanyi lagi konvo… konpem meleleh lah!


