Posts Tagged ‘milk colostrum’
POLISI PENYUSUAN SUSU IBU MALAYSIA
Okeh, sambung entri part 1 hari tu.
Sebaik sahaja aku mahir dengan cara untuk menyusukan direct, aku tidak lagi membekalkan Safi dengan susu formula. Aku juga tidak cuba memberikan Safi air kosong. Aku memang ada terbaca yang bayi di bawah 6 bulan tidak perlu diberikan air kosong. Ini ialah polisi penyusuan susu ibu yang aku selalu nampak setiap kali buat check up kat hukm.
Tapi aku tak pernah pulak nak selidik dengan lebih mendalam, kenapa bayi di bawah 6 bulan tidak perlu diberi air kosong. Aku cuma agak, yang susu ibu telah lengkap dengan segala keperluan bayi termasuk kandungan air. Sehinggalah aku diberitahu oleh pediatrician kat hospital an nur, yang pemberian air kosong kepada bayi adalah tidak digalakkan. Tapi aku tak sempat nak tanya kenapa.
Maka, bila balik dari hospital, aku cuba google. Dan yang aku temui pada masa itu hanyalah dikatakan air kosong adalah tidak sesuai untuk perut bayi. Itu sahaja.
Agak sukar untuk melaksanakan misi tidak memberi air kosong ni. Tambahan lagi bila dah terbiasa dengan budaya orang-orang lama yang memang akan berikan air kosong pada baby. Aku memang ada cakap dekat mak ngan kakak aku. Dorang ada jugak persoalkan balik tapi aku cuma jawab apa yang aku tahu. Lebih payah lagi, kalau orang cuba nak bandingkan dengan anak masing-masing yang dorang sumbat dengan air kosong dan masih sihat hingga kini.
Aku akan mati kutu.
Tambah pening lagi, kalau ramai pulak yang datang ke rumah, sokong menda yang sama. Bila aku cakap, yang aku tak ajar Safi minum air kosong, dorang akan suruh aku ajar Safi minum air kosong. Menda ni selalu terjadi kalau Safi tersedu. Mesti suruh sumbat air kosong.
Aku memang tensen. Maklumlah, anak aku bukan aku jaga sorang. Kang cakap lebih-lebih orang akan claim aku over, mengada-ngada.
Maka ada la beberapa kali juge, Safi disumbat air kosong. Sehinggalah aku menemui info tentang bahaya sebenar pemberian air kosong kepada bayi di bawah 6 bulan.
Setakat kata air kosong tu boleh membawa pencemaran aku tak takut sangat. Ewah, bley pulak? Tapi bila tahu bahawa air kosong boleh menghakis salutan pelindung penyakit yang telah dibentuk oleh susu ibu, aku rasa sayang sangat. Penat-penat menyusu badan, bagi imunisasi semulajadi, lepas tu kikis balik.
Pembaziran!
Tanpa salutan pelindung penyakit ni, of cos la bayi akan lebih terdedah kepada risiko jangkitan penyakit. Aku ada jugak terpk, thats y la, walaupun bayi menyusu badan, belum tentu dia kebal. Hanya dengan penyusuan eksklusif sahaja yang boleh memberi kekebalan tersebut.
Dan lagi, pemberian air kosong kepada bayi juga akan meningkatkan keracunan air. Sebabnya, air kosong akan mencairkan kandungan garam dalam darah yang akan mengakibatkan suhu badan menjadi rendah, masalah kembung perut dan menyebabkan sawan tarik.
Ini kang… dah la budak tu kembung… disumbatnya lagi dengan air kosong. Tak dapek den nak tolong.
Dan lagi… bagi bayi yang menghidap jaundis, air yang terlalu banyak boleh menrencatkan akal. Hah… takut kan?
Sesungguhnya apa yang telah Allah ciptakan itu adalah yang sebaik-baiknya untuk kita. Bagi bayi anda yang masih di bawah enam bulan, katakan TIDAK pada air kosong.
Jumpa lagi dalam topik yang sama pada masa akan datang.
Baca part 3 >> Minggu Penyusuan Ibu Sedunia
saye: susu cap gantung
Related posts:
Topik ini adalah membosankan sekiranya anda belum pernah berumah tangga, belum pernah hamil, belum pernah melahirkan bayi, direkodkan sebagai lelaki di jabatan pendaftaran negara atau sekiranya anda bukan dilahirkan dalam spesis homo sapiens.

- Tahukah anda bahawa susu ibu mengandungi lebih daripada 300 nutrien yang sebahagiannya masih belum dapat dikenalpasti oleh para saintis?
- Tahukah anda bahawa susu ibu mengandungi antibodi, antiviral, enzim dan protein yang takkan pernah boleh ditiru oleh mana-mana susu yang wujud dalam dunia ini?
Sekiranya anda pernah membaca dan mengetahui fakta di atas, mengapa masih tega membekalkan susu formula kepada bayi anda sendiri?
Sekiranya aku bukan penghuni general studies department selama 45 jam seminggu, aku mungkin bukan tergolong dalam kumpulan ibu-ibu yang gigih dalam usaha membudayakan penyusuan eksklusif. Terima kasih kepada mak sha yang menjadi pelopor dalam industri pengeluaran susu semasa waktu bekerja. Sifat keibuan sejati sebeginilah yang membuatkan aku rasa berdosa sekiranya gagal untuk turut serta melakukan hal yang sama.
Juga tahniah kepada Kak Azie dan Mak Lin yang masih gigih sehingga kini. Mungkin lepas ni, lokasi industri pengeluaran susu itu akan mengalami kesesakan berganda. Maka jadual kerja-kerja operasi masing-masing perlu disusun semula bagi mengurangkan masalah trafik.
Aku rasa sangat perlu untuk menyebarkan kebaikan penyusuan eksklusif ini. Jangan jadi macam aku. Dah bersalin baru sibuk-sibuk nak ambik tahu. Masa mengandung, topik penyusuan bayi ini memang agak kurang menarik. Ibu yang hamil kali pertama lebih cenderung untuk mendapatkan info mengenai hal-hal semasa mengandung dan keadaan bayi dari minggu ke minggu. Ini nasihat aku… dapatkanlah seberapa banyak info yang ada tentang penyusuan ibu.
Mungkin korang selalu terdengar atau terbaca masalah-masalah seperti susu badan sedikit, berkurangan, habis atau tiada langsung. Sebenarnya masalah sebegini boleh diatasi sekiranya ibu-ibu ini mempunyai pengetahuan dan ilmu yang lengkap dalam hal-hal penyusuan ibu.
Kenapa susu badan sedikit?
Sememangnya pada 3 hari pertama selepas melahirkan bayi, yang ada hanyalah kolostrum. Kolostrum ini berwarna kekuningan dan langsung tidak sama seperti air susu. Adalah sangat pernting untuk membekalkan bayi dengan kolostrum ini kerana ianya mengandungi antibodi yang sangat tinggi bagi melindungi bayi daripada jangkitan penyakit.
Pernah dengar tentang susu awal lembu? Itu adalah kolostrum lembu. Dan ianya langsung tidak seswai untuk bayi manusia.
Kolostrum terlalu tinggi nilai dan khasiatnya. Jangan persiakan makanan pertama bayi ini. Selain kurang lemak dan tinggi karbohidrat, ianya juga mudah dihadam. Kolostrum turut membantu mengkumuhkan bilirubin yang menjadi punca penyakit jaundis di kalangan bayi baru lahir.
Pemberian kolostrum pada 3 hari pertama kelahiran bayi juga akan memberi peluang kepada bayi untuk memdapat imunisasi semulajadi mereka yang pertama. Ia bukan sahaja melindungi bayi dari jangkitan malahan mengelakkan bayi dari apa-apa jenis alahan. Pemberian susu formula dan air kosong kepada bayi hanya akan mendedahkan bayi kepada pencemaran dan alahan.
Ingatlah, kolostrum hanya keluar sekali itu sahaja. Ianya akan digantikan dengan susu matang beberapa hari seterusnya.
Okeh, mari kita beralih kepada pengalaman aku.
Sebaik melahirkan Safi, aku bertanya kepada nurse, boleh tak menyusukan bayi ketika ini. Dia kata boleh. Aku memang tak reti apa-apa pasal menyusukan bayi, jadi aku kata aku tak reti. Maka nurse yang budiman itu telah mengajar aku untuk menyusukan Safi. Pengalaman pertama ini berlaku di hadapan encik asben sendiri. Seronok bukan?
Aku diajar untuk menyusukan dalam dua posisi; duduk dan baring. Agak sukar ketika itu sebab both baby and mummy masih blur tatau cara. Tapi aku keep trying dengan dorongan dari emak dan encik asben.
Aku juga diberitahu untuk menyusukan mengikut kehendak baby. Banyak mana pun tak kisah, kerana susu ibu tidak mendatangkan mudarat. Tetapi kalau baby tidur atau tidak menyusu dalam tempoh 3 jam, hendaklah dikejut dan disusukan.
Memang pada waktu ni, susu tidak ada. Kurang. Mulai petang, Safi mulai merengek kelaparan. Aku keep trying breastfeed Safi. Bertukar-tukar breast kanan dan kiri.
Sebelah malam, selepas emak balik, aku tinggal berdua dengan Safi. Waktu ni, Safi semakin giat merengek. Walaupun tak menangis kuat, tapi dia takmo tido. Keep merengek n merengek. Aku terusan bf dia. Tapi mebi dia langsung tak puas. Tak lama pastu, ada sorang nurse prihatin datang jenguk. Nurse tu kata, mebi baby lapar. Pastu dia dtg dan beri susu dalam botol. Aku tak sure itu susu apa. Tapi sebab aku sendiri pun dah letih + tatau nak wat apa, aku sumbat aje kat Safi. Betul la agaknya Safi lapar, dia minum dengan gelojoh. Tapi sket saje n terus tertido. Tak sampai bape minit, Safi keluarkan balik semua susu tu. Tatau kenapa. Tapi dia tak nangis dan terus continue tido sampai besok.
HUKM mungkin bukan hospital rakan bayi. Kalau hospital rakan bayi… memang tak ada can nak jumpe situasi macam ni. Biarla baby melalak sampai pagi.
Besoknya, aku dah cam konpiden dengan susu yang diberi hospital akan dapat mengenyangkan Safi. Aku pun cuba mintak. Tapi nurse yang ada waktu tu tamo bagi. Aku kata susu kurang. Muka nurse tu ala-ala bengis kata… kena jugak stimulate. Pastu dia blah tinggalkan aku terkebil-kebil kena marah.
Patutnya dia datang kat aku dan explen keadaan yang sebenarnya waktu tu. Explen yang ada masa tu hanyalah kolostrum yang sangat hebat. Explen yang pemberian susu formula dan air suam akan hanya memberi mudarat. Explen yang aku kena banyak sabar.
Atau sekurang-kurangnya tolong la ajor aku lagi cane nak bf. Dah le nipple aku agak tenggelam menyebabkan aku lebih lagi rasa down nak continue bf. Mujur emak campur menyokong suh aku keep stimulate. Kira rasa semangat la sket.
Tapi bagi korang yang planning nak bersalin kat hukm jangan le rasa cuak. Itu satu part je yang tak best. Honestly bagi aku, servis kat hukm still not bad.
Masa balik, kami beli susu formula untuk stand by. Kalau la aku tau masa tu… aku takkan beli langsung apa-apa susu.
Hari-hari awal ni, Safi ada juga diberi susu formula. Tapi aku tetap practise bf dia. Banyak kali tapi macam tak berapa nak berjaya. Agak susah nak keluarkan susu sebab aku tak amalkan tarik2 nipple masa pregnen dulu. Even dah banyak orang bagi tau.
Maka encik asben memberi satu solution. Beli breast pump. Ni pun satu isu. Masa pregnen langsung tak ingin nak amik tau. Brend apa yang bagus ke, harga ke… tak pernah survey, tak pernah nak tanya. Angan-angan lepas pantang baru nak carik. Tak patut tak patut. Sila amik tauladan dari kisah aku.
Disebabkan nak jimat, aku suh beli breast pump yang paling murah. Yang manual. Yang lebih kurang macam ni;

Tapi aku tak ingat brand apa. Harga RM30++. Adoiyai sangat susah dan penat guna itu pump. So encik asben decide aje untuk beli yang letrik. Sebab kami tatau pape dan takde experience, encik asben pegi try sume jenis breast pump kat kedai. Kedai tu ada replika breast, so kita boleh tgk cane pump2 tu berfungsi. Bagus atau tidak. Finally encik asben decide untuk beli brand spectra. Harga dia masa tu rm388.
gambar atas: hari-hari awal safi, di sebelah safi ialah spectra 3 yang gabak dan agak berat
Pengalaman pertama guna breast pump, lebih-lebih lagi yang letrik, adalah sangat menyakitkan. Nipple rasa terbakar dan luka teruk. Berkuping dan berdarah. Tapi kata mak sedara aku, air liur bayi akan jadi penawar dia. Jadi untuk pulih, aku tetap kena direct bf.
Bila Safi disahkan jaundis pada hari 3, aku giat mempraktis bf. Ketahuilah bahawa ubat terbaik untuk jaundis adalah susu ibu dan bukannya susu kambing! Masa Safi kena tahan wad kat Hospital Pakar An-Nur Bangi, aku akan pump kat rumah dan bawak ke hospital. Aku juga cuba bagi direct bf setiap kali visit dia. Masa tu, nurse perasan yang aku macam tak keruan untuk bf. Dia tanya first baby ke? Aku kata iye. So, dorang terus ajar cara yang betul untuk bf. Ada 2 kali aku diajar oleh 2 nurse yang berbeza. Hasilnya… aku berjaya!
Korang boleh google aje untuk ketahui tips menyusukan bayi buat kali pertama. Ada guide siap dengan gambar sekali. Atau boleh jenguk ke sini.
Dan ketahuilah bahawa untuk membanyakkan susu badan, keraplah menyusukan bayi masing-masing. Semakin kerap penyusuan dilakukan, semakin banyak susu yang akan dihasilkan. Sekiranya kita mula kurang memberikan susu badan, ianya akan mula berkurangan sehingga sampai waktu, pengeluarannya terhenti terus. Waktu ni memang konpem menangis lah kan. Tapi sebenarnya, susu itu boleh direlaktasi iaitu dimulakan semula. Later kita cakap pasal pulak okeh.
Cukup wat kali ni… part 2 akan menyusul nanti…
Baca part 2 >> Membudayakan Penyusuan Ibu ~ Part 2 ~ Air Kosong
saye: susu ibu no.1



