Posts Tagged ‘much’
Click Untuk Gambar Besar
saye: hari ni cuti blogging
Related posts:
Ingat nak letak full list tapi tak terbuat. Rasanya list cemerlang sudah cukup ok.
Kalaulah list ini menunjukkan ranking… warga msu dan bekas warga msu boleh melompat ke langit.
Sebab dulu dah puas makan hinaan. Berbakul-bakul. Betul?
Hati mana tak tersagat, bila tempat menimba ilmu diperlekeh. Dulu KUTPM… depa kutuk, kutepem, kutepem. Bila dah jadi msu… mesu mesu… eh!
Bila tanya belajar mana – KUTPM… spontan la kuar statement… K.U what? Mana tu?
Siyes terasa hina.
Hari ni kau tengok… kalau tak lagi hebat pun, universiti cabuk tempat aku belajar tu dah sebaris dengan universiti tua kau tuh.
Ingat main-main ke?
Universiti kau dah berpuluh-puluh tahun. Universiti aku baru sepuluh tahun. Kalau nak kira ukuran persegi, universiti aku tak sampai persepuluh pun universiti kau. Takde pun gila subsidi. Tade pun official support by any agency and company.
Tapi tengok, tengok, tengok la kini.

Gambar ini curik dari fb ciknus.
Pesanan aku kepada semua yang bergelar students, esp students kat MUCH, sayangilah tempat kita menimba ilmu. Bila kita hargai apa yang kita ada, barulah kita akan rasa gembira. Kalau kita asek merungut tak tentu hala, itu tak kena, ini tak kena… susah untuk kita berjaya.
Macam kalau kau kawin, tapi kau tak sayang. Boleh bahagia? Tak boleh kan?
Dulu, masa aku belajar, aku memang sakit hati bila orang kutuk MSU. Nak nak, student MSU sendiri. Kalau kau rasa MSU tu haprak gila, pegila belajar kat UTP ke, Uniten ke, MMU ke… IPTA ke. Tak layak? Ha, sila la redo aje. Dan belajar bersyukur dengan apa yang ada.
Sebab tu lah anak melayu susah nak berjaya. Berjaya komplen aje.
Hari ni kau tengok MSU yang kau hina tu dekat mana? Kalah Lim Kok Weng semua. Kalau tak, takkan ada students MSU yang dapat 4.00 flat segala? Dia pun sama macam kau. Belajar dengan lecturer yang sama, kelas yang sama, lab yang sama, makan kat stall yang sama. Boleh aje?
Lagi satu, kau komplen-komplen. Kau tu best sangat ke? Toksah tanya apa yang universiti boleh bagi pada kau. Kau tu, apa yang kau boleh bagi pada diri sendiri?
Sebenarnya, kalau kita nak berjaya, jangan buat alasan. Tak cukup fasiliti lah, lecturer bangang lah, komputer kat lab tak update ngan technology lah. Bagi aku, tak ada satu perkara yang boleh menghalang kita kalau kita nak berjaya. Allah akan membantu hambaNya yang gigih berusaha. Persetankan apa orang nak kata. Kalau kita bagus, dari Harvard ke, dari MSU ke, dari MUCH ke, kita tetap akan bagus. Benih yang baik, campak ke darat jadi gunung, campak ke laut jadi pulau. Faham kah?
Tak payah la kalau belajar kat oxford sekalipun, abes belajar jadi pendusta anak bangsa. Seumur hidup kau makan sumpah maki orang. Berkat ke hidup?
Bak kata presiden MSU dulu (Datuk Syukri terchenta), kalau yang berjaya tu students dari Harvard, ada kau pelik? Tapi kalau yang datang dari universiti yang tak glemer… barulah salute habis. Sama jugak macam most of best student masa SPM. Ingat Nor Amalina? Datang dari sekolah ulu tiram aje. Tak payah pun belajar kat ssp ke, tkc ke, stf ke, mrsm ke segala.
Ingatlah, apa yang kita nak, tak semestinya kita dapat. Dan apa yang kita dapat, adalah yang terbaik untuk kita. Hargai apa yang kita ada, selagi ia masih ada. Syukurlah kalau belajar kat universiti tak glamer pun. Ada orang lain, tahap akademik jauh lebih layak, tapi kesempitan hidup, family sakit, langsung tade peluang belajar.
Kau nak yang mana?
Hidup kita, pilihan kita. Memilih untuk selalu komplen is about torturing ur ownself. Orang lain tak kisah pun. Instead of complaining that the rosebush is full of thorns, be happy that the thorn bush has roses.
Daripada kau longgok benda negative untuk dicaci, baik kau kumpul benda positif untuk disayangi. Kalau tak, sumpah kau tak bahagia sampai mati.
p/s to warga much>> tak masuk list sebab universiti baru (baru naik taraf KU), belum ada graduate degree… sila sabar ye…
saye: sayang msu sayang much sayang ukm sayang semuanya
Related posts:
Macam best je dapat bunga.

Walaupun bukan aku yang dapat.
Ini untuk mereka…

Sempena hari jururawat antarabangsa.

Kadang-kadang MUCH memang pandai amek hati.
Promosi sket… sini
Semoga menjadi generasi jururawat yang hebat.
saye: nanti teacher’s day ada bunga jugak tak? ngeee~



