Posts Tagged ‘ombak rindu’

Adalah normal bagi sesebuah karya yang menjadi fenomena untuk memasuki ruang diskusi yang akan diisi dengan kritikan, pujian dan kutukan. Ianya membuktikan bahawa karya tersebut mempunyai aura tersendiri sehingga diperdebatkan sebegitu rupa.

Sebelum ini, satu ulasan berkenaan filem Ombak Rindu (OR) telah dinaikkan di blog ini. Ulasan ini sebetulnya cenderung menyentuh isu adaptasi karya novel ke filem. Ia sama sekali tidak memberi tekanan terhadap isu moral yang menjadi kontroversi dalam filem ini. Namun kemelut Ombak Rindu yang dimainkan beberapa pihak di sana-sini telah membangkitkan beberapa persoalan di benak saya. Malah, sewaktu artikel ini ditulis, beberapa status di facebook yang memaut trailer Hafalan Shalat Delisa (HSD) telah dinaikkan dengan sebahagian besarnya mengaitkan atau membandingkannya dengan OR. Hampir kesemua status ini termasuk deretan komen yang diberikan menjurus kepada kritikan yang menonjolkan kerendahan mutu dan nilai karya filem anak tempatan. Situasi ini benar-benar membuatkan saya terfikir, salah siapa semua ini?

Bukan tidak ada karya kita yang bermutu tinggi. Tetapi bagaimana dengan sambutannya? Kita sendiri yang banyak mengkritik kebobrokan karya tempatan, kita sendiri juga sebenarnya tidak sedar dengan kewujudan karya-karya terbaik yang pernah terbit atau telah diharamkan.

Adakah fenomena OR membuka mata kita untuk mencari karya-karya ini? Tidak! Kita hanya sibuk mengutuk hasil karya anak tempatan sedangkan kita sendiri tak pernah mampu walau untuk mengedit sebuah video peribadi. Lebih buruk lagi, untuk menaikkan sebuah entri yang bermanfaat di blog pun kita tidak mampu. Malah, selepas gagal menjawab pelbagai isu dan persoalan yang kita naikkan ke facebook pun, kita lebih suka lari dan mengambil jalan pintas menuding kepada pihak lain untuk menjawab.

HSD berkait rapat dengan tragedi alam. Malah, kalau kita amati, Indonesia sendiri akrab dengan pelbagai tragedi tidak kira tragedi alam mahupun tragedi manusia. Rakyat negara jiran ini telah bertahun bergelumang dengan tragedi dan perjuangan sebagai rencah kesinambungan hidup. Sedarkah kita bahawa tragedi dan perjuangan ini telah sekian lama mencorak pemikiran seterusnya menjadi pencetus kepada lahirnya karya mereka?

Bagaimana dengan pemikiran kita?

Kalau kita fikir pengkarya perlu menghasilkan karya yang bernilai, bermoral, kritis dan menonjolkan tahap pemikiran yang tinggi, kita inilah yang perlu mula membuktikan telah menjadi manusia yang bernilai, bermoral, kritis dan mempunyai daya pemikiran yang tinggi. Kerana pengkarya tidak mahu rugi menghasilkan karya yang tidak boleh dijiwai oleh penontonnya seterusnya merencatkan keuntungan.

Perhatikan sahaja facebook kita. Isu apakah yang paling banyak kita naikkan? Kisah peribadi? Dialog suami isteri? Perkembangan anak-anak? Maklumat agama? Isu semasa? Isu politik? Ekonomi? Ilmiah? Nah, masing-masing lebih tahu facebook sendiri. Itulah antara cerminan pemikiran kita. Dan kita tidak malu pula memperlekeh karya tempatan yang hakikatnya mencerminkan jiwa dan minda sebenar kita. Maka bagaimana pula anda mengandaikan pemikiran pengkarya kita?

Hanya pengkarya dengan jati diri yang tinggi sahaja yang sanggup menongkah arus. Tetapi berapa ramai yang sanggup melaburkan berjuta-juta ringgit untuk mengangkat moral, etika dan pemikiran manusia yang belum tentu memberi pulangan? Sedangkan penonton/pembaca hanya melabur RM8 – RM30 untuk menghadam hasil keringat dan idea orang lain.

Saya tentu sekali bukan seorang pengkarya semasa. Namun pengalaman menghasilkan beberapa karya kecil membuatkan saya faham perit jerih berkarya. Ianya umpama anda bersusah-payah memasak, dan orang yang menghadam makanan itu dengan mudah memberi komen “tidak sedap! Sedap lagi makanan Indonesia”.

Seperti mana saya bukan peminat Aaron Aziz (telah disebut dalam ulasan OR), saya juga bukan peminat OR. Namun saya kira, menghukum OR sebagaimana yang dilakukan ramai sekarang ini agak tidak adil. Berapakah peratus kerosakan dilakukan oleh OR sehingga disifatkan sebagai tragedi murahan di sini? Berapa banyakkah penderhakaan plot OR terhadap nilai agama dan kemanusiaan? Adakah di antara anda di luar sana yang pernah cuba membandingkan jumlah kerosakan itu dengan tingkat kerosakan dan penderhakaan yang disajikan dalam banyak filem Melayu yang lain? Jika tidak, anda sama sekali terlalu bias!

Cuba kaitkan sebentar perenggan di atas dengan tragedi Superman Faizal Tahir yang telah dihukum Vs trend pakaian tidak senonoh sesetengah selebriti wanita tanah air yang tidak pernah dihadapkan ke muka pengadilan sebagai satu bentuk pengajaran kepada diri sendiri dan individu lain. Dapatkah anda menterjemahkan konotasinya? Adilkah kita menghukum satu pihak sedangkan pihak yang lain terus ghairah berkarya dalam kemaksiatan?

Di sisi saya, OR memang bukan sebuah filem moral. Ia hanya sebuah filem yang mempertaruhkan idea asal sebuah novel yang laris, barisan pelakon pujaan dan dendangan lagu yang menusuk jiwa untuk bermain dengan emosi penonton rakyat Malaysia yang memang gemarkan melodrama. Ia adalah kehendak pasaran sendiri.

Sekiranya kita masih diulit perkembangan lilitan terbaru hijab muslimah, ghairah mempromosi konsert rock tanah air, masih hanyut mengulit majalah fesyen/keluarga terkini, rasanya lebih molek kita muhasabah diri. Bak kata kawan-kawan facebook saya, carilah cermin.

OR bagaimanapun masih lebih baik dalam beberapa sisi moralnya berbanding lambakan filem-filem tempatan sebelum ini. Ia telah menunjukkan satu peningkatan dan telah pun mendapat sambutan (di sini saya menegaskan bahawa saya 100% menolak keperluan wujudnya adegan ranjang atas sebab apa sekalipun). Sebagai penonton/pembaca yang menikmati hasil kerja pengkarya, buktikan bahawa kita telah bersedia untuk menerima dan memberi sambutan terhadap sebuah karya yang kuat dengan isu kemanusiaan, jati diri dan moral hasil dari pemikiran yang tinggi. Dan semoga lebih ramai pengkarya filem/novel kita akan mampu menghasilkan karya bermutu yang bukan hanya mampu menjadi medan sebaran dakwah dan moral, tetapi mampu meraih keuntungan berganda hasil sambutan pasaran yang hakikatnya adalah terhad.

Berilah peluang kepada karya kita untuk bergerak di atas landasan ‘sokong dan dorong’ rakyatnya sendiri. Kurangkan kritikan membunuh. Keparahan nilai moral dalam karya perlu dibimbing, dipapah, dimotivasikan serta dirawat. Jangan biarkan ianya jadi seperti pokok-pokok yang mati selepas dicaci-maki oleh satu kaum di Pulau Solomon (sumber).

Karya kita, cerminan bangsa kita. Tak percaya? Semak profile facebook masing-masing.

saye: ini belum masuk lagi kekangan berkarya akibat dictatorship. Ada beran?

Related posts:

Aku teringat term ‘menangis lelaki’ yang keluar dari mulut sorang kawan isrol kat Pulapol. Bunyinya janggal tapi unik. Bukan tak biasa tengok lelaki menangis. Dalam hindustan bersepah. Tapi kebanyakannya tak begitu menepati kedalaman maksud ‘menangis lelaki’. Sehinggalah aku menemuinya dalam Ombak Rindu versi filem.

Membaca review dari pengkritik filem / wartawan memang lebih adil. Review begini hampir menyeluruhi segenap aspek Ombak Rindu termasuk novel dan penulis. Kalau baca review dari bloggers (tak semua), apa yang kita akan dapat hanyalah… Aaron Aziz.

Jujur, aku bukan peminat Aaron. Tapi, sebab utama aku pegi tonton Ombak Rindu adalah Aaron juga. Akibat menggatal tonton klip video ost-nya, terpaksalah terkinja2 penasaran nak menonton.

Advantage untuk aku kali ini ialah, aku tak pernah baca novel Ombak Rindu. Maka risiko filem ini menjadi pemusnah jurus bayangan memang tak ada sama sekali. Tapi, meskipun tak pernah baca novel Ombak Rindu, aku memang dapat rasakan scene2 dalam filem ni melompat-lompat. Pastinya sebab nak compact-kan isi cerita nan panjang kepada durasi filem yang hanya 2 jam.

Sebenarnya, amat menakutkan untuk menonton filem yang diadaptasi daripada sebuah novel. Aku pernah mengomel pasal benda ni kat entri Ayat-ayat Novel Versi Filem. Aku percaya, adalah mustahil untuk memuaskan hati semua pihak terutama pembaca tegar sesebuah novel apabila kisahnya diadaptasi ke filem. Novel dan filem memberikan impak yang berbeza terhadap penceritaan masing-masing. Filem memberikan cerita dan imej visual dengan serentak. Penonton secara langsung akan mendapat gambaran latar tempat dan watak hasil garapan produksi filem. Contohnya, kalau watak Hariz dalam Ombak Rindu dipegang oleh Aaron Aziz, maka itulah gambaran yang terpaksa diterima oleh penonton mengenai watak Hariz. Ianya berbeza dengan novel yang memerlukan pembaca membina imaginasi tersendiri dengan panduan penulis. Bermakna, setiap pembaca akan mungkin mempunyai imaginasi yang berbeza terhadap latar tempat dan watak. Oleh itu, gambaran watak Hariz dalam novel Ombak Rindu juga adalah berbeza-beza bagi setiap pembaca.

Hanya pembaca tegar sahaja yang tahu bagaimana seronoknya melayari pembacaan dengan lakaran imaginasi sendiri.

Dalam banyak2 adaptasi novel ke filem, aku kira hanya Ketika Cinta Bertasbih sahaja yang betul2 menepati kisah sebenar tanpa terlalu merosakkan imaginasi pembaca. Tapi ini tidak bermakna filem perlu menurut sepenuhnya intipati novel. Adunan semula untuk meringkas, memperbaik dan memperkemas jalan cerita dan latar watak adalah juga penting kerana tak mungkin setiap plot dalam novel sesuai dimasukkan ke dalam filem. Asal saje kisah asal dan watak2-nya tidak teruk dirosakkan, ayat-ayat novel versi filem pasti setidak-tidaknya mampu memberi kepuasan minimum.

Ombak Rindu mungkin tidak sebaik dan sekemas yang aku harapkan. Cukuplah ianya berjaya meringkaskan kisah dalam novel tanpa mencacatkan. Malah perubahan pada beberapa latar watak juga aku kira satu usaha untuk memperbaik. Ini berbeza dengan apa yang aku kesalkan dalam filem Ayat-Ayat Cinta yang bagi aku merosakkan beberapa latar watak terutama watak Aishah isteri Fahri. Begitu juga pemansuhan watak bapa Maria yang ketara merosakkan jalan cerita termasuk maklumat dakwah yang sangat penting.

Alangkah bagus kalau filem melayu boleh melebar lebih dari 2 jam asalkan plotnya disusun kemas, skrip natural dan mantap serta tidak meleweh2.

Secara peribadi, aku rasa kekuatan ombak rindu versi filem ini adalah pada Aaron Aziz. Lakonan Aaron adalah terbaik. Terbaik sebab sangat bersahaja. Macam aku kata tadi, aku bukan peminat Aaron. Maka tak timbul unsur bias di sini. Aku bukan pengikut tegar Aaron dalam sebarang drama bersiri. Malah, aku pernah berasa hairan melihat kegilaan orang ramai terhadap Aaron. Sebab sebelum ni, aku tatau apa best-nya Aaron Aziz.

Nak kata hensem, hensem lagi Hans Isacc.

Tapi aku mula admire beliau dalam KL Gangster. Lakonan selamba. Effortless. In fact, aku memang prefer lakonan yang bersahaja rather than yg beriya2 berlakon macam Rosyam Nor ke, Shahrukh Khan ke. Sebab tu aku lagi prefer Salman Khan. Ops, terkeluar topik.

Dalam Ombak Rindu, tahap admire aku dah tak terbendung lagi. Aku mmg kagum secara melampau dengan lakonan Aaron Aziz. Nak nak tang leleh (rujuk scene Hariz + Izzah kat dalam bilik umah Pak Dolah). Serta-merta rasa ralat kenapa beliau bukan warganegara Malaysia yang dengan tidak adilnya menghalang beliau daripada dicalonkan dalam FFM.

Maya Karin bagi aku nod bad. Cuma masih canggung melihatnya bertutur dengan intonasi Bahasa Melayu yang asli. Aku terbayang-bayang andainya watak Izzah dipegang oleh Fazura, lebih feel agaknya. Sebab aku pernah tengok Fazura berlakon jadi perempuan kampung. Untuk watak Izzah ni, aku rasa Fazura lebih sesuai. Natural dan effortless.

Lisa Surihani juga boleh tahan bagus. Cuma untuk watak Mila, imaginasi aku melihat alangkah cantiknya jika watak Mila dilembutkan sedikit lagi. Tak perlulah Mila terjerit-jerit memberontak setiap kali keinginan tak dipatuhi. Dengan kedudukan, kuasa dan pesonanya, Mila mungkin hanya perlu bertegas dalam nada yang lembut tetapi persistent. Dan aku membayangkan watak itu dipegang oleh Maya Karin.

Secara keseluruhan, Ombak Rindu adalah Aaron Aziz. Tanpa Aaron Aziz, Ombak Rindu mungkin tidak berombak mana pun. Sebab aku quite sure, at least 50% jumlah penonton yang berkejar ke panggung adalah kerana Aaron. Tapi itu tidak pelik kerana kombinasi ego dan air mata Hariz yang diperan Aaron adalah pesona yang langsung tidak menghampakan.

Kerana Aaron Aziz, aku mengerti apa itu ‘menangis lelaki’.

saye: Aaron = 2 thumbs up

Related posts:

Adv
About Me

the name is widura.

seorang anak, isteri, ibu, pendidik, pelajar.

suke pada kesederhanaan, bukan kesempurnaan.

Facebook

Widura Abd Kadir

Archives
Categories
Recent Comments