Posts Tagged ‘polisi penyusuan susu ibu malaysia’

1 – 7 Ogos 2010

Kos permulaan susu ibu (RM):

  • Breastpump (medela harmony) = 199.00
  • Storage bottle (8 pcs ~ safety plus) = 32.00
  • Cooler bag (safety plus) = 65.90
  • Ice pack (4 pcs ~ safety plus) = 40.00
  • Disposable storage bag (300 pcs ~ youhaveababy.com) = 60.00
  • Glass feeding bottle (safety plus) = 22.90

TOTAL = 419.80

Anggaran kos di atas adalah bagi tempoh sekurang-kurangnya setahun. Tetapi bagi gadjet seperti breastpump, jangka hayatnya adalah lebih lama, bergantung kepada penggunaan dan penjagaan.

Kos susu formula (berdasarkan survey di forum)

Anggaran kasar (RM)

Sebulan = 100.00

Setahun = 1200.00

Anggaran kos di atas adalah berdasarkan harga susu formula yang terdapat di pasaran. Ianya mungkin meningkat bergantung kepada keperluan bayi terhadap kuantiti dan kesesuaian terhadap sesuatu produk susu. Susu tertentu seperti susu hypoallergenic adalah jauh lebih mahal.

Susukan bayi anda di mana sahaja pada bila-bila masa.

Makan banyak, berat turun dan maintain.

Ibu yang menyusukan akan sentiasa cun. Selain kos yang rendah, anda hanya perlukan sedikit kesabaran dan pengorbanan. Tidakkah anda mahu yang terbaik untuk yang tersayang.

Katakan YA kepada penyusuan eksklusif.

Tahniah kepada yang telah berjaya.

Gud luck bagi yang baru bermula.

saye: kenapa tak pernah ada iklan tv pasal penyusuan eksklusif kat negara ni?

(baca entri tentang penyusuan ibu yang lalu >> Membudayakan Penyusuan Ibu ~ Part 2 ~ Air Kosong)

Related posts:

POLISI PENYUSUAN SUSU IBU MALAYSIA

Okeh, sambung entri part 1 hari tu.

Sebaik sahaja aku mahir dengan cara untuk menyusukan direct, aku tidak lagi membekalkan Safi dengan susu formula. Aku juga tidak cuba memberikan Safi air kosong. Aku memang ada terbaca yang bayi di bawah 6 bulan tidak perlu diberikan air kosong. Ini ialah polisi penyusuan susu ibu yang aku selalu nampak setiap kali buat check up kat hukm.

Tapi aku tak pernah pulak nak selidik dengan lebih mendalam, kenapa bayi di bawah 6 bulan tidak perlu diberi air kosong. Aku cuma agak, yang susu ibu telah lengkap dengan segala keperluan bayi termasuk kandungan air. Sehinggalah aku diberitahu oleh pediatrician kat hospital an nur, yang pemberian air kosong kepada bayi adalah tidak digalakkan. Tapi aku tak sempat nak tanya kenapa.

Maka, bila balik dari hospital, aku cuba google. Dan yang aku temui pada masa itu hanyalah dikatakan air kosong adalah tidak sesuai untuk perut bayi. Itu sahaja.

Agak sukar untuk melaksanakan misi tidak memberi air kosong ni. Tambahan lagi bila dah terbiasa dengan budaya orang-orang lama yang memang akan berikan air kosong pada baby. Aku memang ada cakap dekat mak ngan kakak aku. Dorang ada jugak persoalkan balik tapi aku cuma jawab apa yang aku tahu. Lebih payah lagi, kalau orang cuba nak bandingkan dengan anak masing-masing yang dorang sumbat dengan air kosong dan masih sihat hingga kini.

Aku akan mati kutu.

Tambah pening lagi, kalau ramai pulak yang datang ke rumah, sokong menda yang sama. Bila aku cakap, yang aku tak ajar Safi minum air kosong, dorang akan suruh aku ajar Safi minum air kosong. Menda ni selalu terjadi kalau Safi tersedu. Mesti suruh sumbat air kosong.

Aku memang tensen. Maklumlah, anak aku bukan aku jaga sorang. Kang cakap lebih-lebih orang akan claim aku over, mengada-ngada.

Maka ada la beberapa kali juge, Safi disumbat air kosong. Sehinggalah aku menemui info tentang bahaya sebenar pemberian air kosong kepada bayi di bawah 6 bulan.

Setakat kata air kosong tu boleh membawa pencemaran aku tak takut sangat. Ewah, bley pulak? Tapi bila tahu bahawa air kosong boleh menghakis salutan pelindung penyakit yang telah dibentuk oleh susu ibu, aku rasa sayang sangat. Penat-penat menyusu badan, bagi imunisasi semulajadi, lepas tu kikis balik.

Pembaziran!

Tanpa salutan pelindung penyakit ni, of cos la bayi akan lebih terdedah kepada risiko jangkitan penyakit. Aku ada jugak terpk, thats y la, walaupun bayi menyusu badan, belum tentu dia kebal. Hanya dengan penyusuan eksklusif sahaja yang boleh memberi kekebalan tersebut.

Dan lagi, pemberian air kosong kepada bayi juga akan meningkatkan keracunan air. Sebabnya, air kosong akan mencairkan kandungan garam dalam darah yang akan mengakibatkan suhu badan menjadi rendah, masalah kembung perut dan menyebabkan sawan tarik.

Ini kang… dah la budak tu kembung… disumbatnya lagi dengan air kosong. Tak dapek den nak tolong.

Dan lagi… bagi bayi yang menghidap jaundis, air yang terlalu banyak boleh menrencatkan akal. Hah… takut kan?

Sesungguhnya apa yang telah Allah ciptakan itu adalah yang sebaik-baiknya untuk kita. Bagi bayi anda yang masih di bawah enam bulan, katakan TIDAK pada air kosong.

Jumpa lagi dalam topik yang sama pada masa akan datang.

Baca part 3 >> Minggu Penyusuan Ibu Sedunia

saye: susu cap gantung

Related posts:

Adv
About Me

the name is widura.

seorang anak, isteri, ibu, pendidik, pelajar.

suke pada kesederhanaan, bukan kesempurnaan.

Facebook

Widura Abd Kadir

Archives
Categories
Recent Comments