Posts Tagged ‘pulapol’

1.

Naaa… belum register phd lagi. Belum.

Inilah akibat mengumpat. Fakta yang disebarkan dari mulut ke mulut memang boleh ke laut.

Doktor?

Fuh!

Amin…………………..

.

2.

Saya rasa ramai di antara kita pernah main game ‘cerita berantai’. Biasanya game ni dibuat masa camping, kursus, orientasi, bengkel, training, team building dan yang sewaktu dengannya. Dalam game ini, satu teks akan diberi kepada seorang peserta. Peserta ini akan bertindak sebagai peserta pertama dan dikehendaki menceritakan semula teks berkenaan kepada peserta yang kedua. Peserta yang kedua pula perlu menyampaikan kepada peserta yang ketiga, dan begitulah seterusnya. Peserta yang terakhir kemudian dikehendaki menceritakan semula input yang diperoleh. Dan selalunya apa yang disampaikan oleh peserta terakhir ini sangat jauh berbeza berbanding cerita asal.

Masa darjah 6, saya pernah main game ini dalam satu kumpulan yang besar. Lebih kurang 100++ orang. Kata kunci yang perlu disebarkan ketika itu ialah “ayam”. Di pertengahan rantaian peserta itu, sebaran telah menjadi “diam-diam, nanti cikgu marah!”.

Kesian “ayam”. Yang paling kesian adalah cikgu itu. Sape suruh buat game macam ni pukul 1 pagi?

.

3.

Ketika dalam latihan di Pulapol, Iszrole mendapat kecederaan lutut yang dipanggil sebagai “meniskus tear”. Kekerapan berulang ke HKL bagi menjalani rawatan fisioterapi dan temu janji pakar secara tidak langsung menimbulkan sangsi satu (atau mungkin beberapa) pihak di Pulapol. Iszrole juga berulang kali dipersoalkan kenapa beliau selalu mendapat privilege dari HKL (entah apa privilege-nya saya pun taktau). Bagi melengkapkan spekulasi sendiri, sang speculator ini mengandaikan isteri Iszrole yang bekerja sebagai pensyarah di sebuah kolej universiti kesihatan pasti ada connection dengan doktor2 di HKL. Walhal sekiranya sang speculator yang merupakan seorang anggota polis terlatih dan berpengalaman ini cuba menyelidik perkara sebenar, beliau akan mendapati bahawa spekulasi beliau itu adalah melucukan kerana hakikatnya saya sang isteri Iszrole ini merupakan seorang pensyarah teknologi maklumat!

Jangan kan kata doktor HKL, pegawai teknologi maklumat di mana2 jabatan kerajaan pun saya tak kenal.

Cerita berantai memang hebat. Bayangkan, kalau permulaannya pun dengan sebuah spekulasi yang berunsur fitnah, bagaimana pula dengan corak sebarannya? Itu baru cerita pekerjaan isteri Iszrole dan connection-nya dengan doktor2 HKL. Belum lagi cerita isteri Iszrole berkrisis dengan OC Kompeni F, isteri Iszrole bercakap buruk dengan kakitangan Kompeni F, isteri Iszrole selalu telefon Kompeni F, isteri Iszrole itu, isteri Iszrole ini… ya isteri Iszrole ini terkenal tahu? Beliau menghantui Pulapol!

Sila tabik spring kepada saya.

Rantaian cerita itu rupanya belum berhenti meski latihan telah tamat awal Januari lalu. Terkini, ada seorang kakitangan Bukit Aman bertanya kepada Iszrole;

“Isrol, wife kau doktor kan?”

.

*mari ketawa besar-besaran

.

Yes sahab, tak lama lagi la tu. Cuma bukan doktor perubatan ye sahab. Kang ramai pulak yang mampus akibat salah makan ubat!

saye: ayat skema? Peralihan kepada bahasa bijaksana ;-)

Related posts:

7 Januari 2012

.

Tentulah perancangan Allah mengatasi segala pengetahuan yang ada di muka bumi. Dengan kepahitan, kami belajar mengecap manisnya ujian. Benar, alah bisa menerima ujian, perlahan-lahan kepahitan itu menjadi nikmat manis meskipun peritnya masih tetap terasa. Kesakitan beransur menjadi penawar dosa. Derita menjadi sekolah yang mendidik tabah. Fitnah, tohmahan dan hinaan dengan sendirinya menjadi peluang untuk menikmati makna sebenar hidup. Malah, melalui segala kerenah birokrasi dan diskriminasi itulah kami belajar erti kebergantungan penuh kepada Al-Malik.

Meski kami tahu cabaran selepas ini jauh lebih besar, semoga kami tidak terlalu takut untuk melaluinya.

InsyaAllah.

saye: menjadi orang ‘biasa’.

Related posts:

Baca entri part 4

Rasanya aku takkan sambung kot cite ni. Sebab utamanya, aku malas.

Siot je kan, beriya-iya tulis panjang2, pastu tak abeskan.

Malas, tade mood.

Tapi aku buat part 5 ni sebab saje nak cite, yang file rekod isrol kat hkl selama seminggu dirawat kat hkl pada mac 2011 tu dah hilang.

Ye… tade rekod berkenaan.

Pelik woo.

Pelik woo.

Depa cuba trace guna no ic tade.

Try guna no polis pun tade.

Padahal kejadian baru 2 bulan lepas. Mana pegi?

saye: hospital winning brand 2008? podah!

Related posts:

Baca entri part 3

Petang hari ketiga, masa otw ke hkl, isrol kol aku bitau tayah datang. Sebab pelawat dah tak dibenarkan masuk. Wad 19 dah betul-betul dijadikan wad pengasingan. Masa kol tu jugak, isrol bitau aku yang doktor konpemkan dia positive leptospirosis. Itupun lepas beliau desak dr. untuk bitau beliau punya blood test result. Iyalah, beliau dah admitted since subuh rabu lagi. Tapi sampai petang jumaat pun, setiap kali tanya pasal result blood test, jawapan depa mesti = tak pasti lagi.

So, aku dengan mak aku menyimpang la pegi makan. Masa ni aku dah start tak selera. Try google info pasal leptospirosis  pulak guna hp. Belum habis google, isrol kol balik. Beliau bitau, doktor kata tak konpem lagi pulak.

Masa beliau kol tu, beliau bitau aku yang ada je family members yang dapat tembus masuk wad 19 tu. So, aku decide untuk pegi  hkl lepas makan since beliau jugak kirim beberapa barang kat aku. Sampai kat depan wad, memang dah tampal note:

WAD PENGASINGAN

PELAWAT TIDAK DIBENARKAN MASUK

Tapi kecik jela. Dan disebabkan tade sesape yang jaga depan pintu, maka aku terjah je masuk.

One thing bila masuk wad pengasingan, sila gagahkan diri memakai mask dan gigihkan diri membasuh tangan dengan sanitizer yang sememangnya tersedia dengan banyaknya kat dalam wad. Aku memang mencuci tangan tu tatau le bape kali. Bukan sebab nak prevent sgt pun, tapi sebab habit aku yang suka ngabihkan menda free (selain feeling2 clean gitu).

Masa aku sampai kat katil isrol, aku nampak dia tengah duduk kat kerusi sambil membongkokkan badan. Aku ingat beliau tengah solat. Tapi rupanya beliau sedang muntah dengan dasatnya. Beliau menadah muntah itu dengan plastik kuning (helo students, apakah nama plastik kuning itu?). Benda yang dimuntahkan pulak kebanyakannya berunsur cecair belaka. Situasi masa tu memang tak kool la. Sebab aku rasa macam nak pi mengamuk kat meja nurse dan suh depa mintak approval untuk transferkan isrol time tu jugak.

Tapi bila tgk keliling, mmg ada la 3-4 orang patients lain yang jugak menadah muka depan plastik kuning tu. Maka aku pun macam, oke! Sila bersabau sket.

Tapi bab-bab kesihatan ni, agak sukar nak berkompromi sebenarnya. Nak nak apabila treatment yang diberikan adalah cikai belaka sedangkan ko tau yang ada treatment yang lebih baik boleh didapati di tempat lain.

Trainees yang duduk sebelah katil isrol tu, nama dia shazril. Dia ni agak tipikal anak polis, family polis. Kalu panggil orang, tadenya nak panggil nama. Sume orang dia belasah panggil “bai”. Nasib dia tak panggil aku “bai” jugak. Klu tak, naya muka dia bersepai. Haaaa….

Aku bukan nak mengumpat shazril sebenanya. Beliau oke je (baca: aku exaggerate). Aku nak cite yang beliau telah mengeluarkan teori bahawa muntah itu disebabkan efek ubat yang kuat. Ye, aku setuju dengan teori tu. Sebab aku sendiri klu tak tahan dengan certain ubat, perut aku akan terasa macam nak beranak lagi satu.

Oh ye, pakcik katil depan yang kronik 2 hari sebelum tu dah meninggal malam jumat tu. Innalillah.

Masa pesta muntah2 ni, jurulatih2 depa datang (letih plak aku tgk jurulatih ni… mari la kita gelarkan mereka jurulEtih). Sorang jurulEtih tu kata, masa pagi tu depa mai, isrol look oke je. Aku kata memang ye. Sebab pagi tu aku kol dia pun, dia sounds oke.

Elok2 aku duk meneman isrol muntah, satu brader (tah attenden or nurse lelaki) sound aku supaya jangan lama-lama dalam wad. Sebab ekceli tak bley masuk. Aku pun… haish. Kuar la sesekejap. Dan masuk balik sesekejap. Tapi jurulEtih-jurulEtih tu tade plak kena halaunyer. Apsai eh? Sebab depa kebal? Ke sebab depa da dapat any vaksin? Ke diskriminasi?

Watevalah.

Last2, isrol suh aku balik je. Sebelum balik tu, aku tgk beliau dah oke. Dah tak muntah. So aku cakap kat dia, take it easy. Mebi betul itu efek ubat. Jangan stress blablablabla. Tak kisah la klu tak bley balik umah, yang penting kembali sihat.

Masa hari ke-empat bersamaan sabtu, aku tetap datang petang. Kali ni yeah… sungguh2 tak boleh masuk. Depa letak pak pacak tak hensem berbaju putih bertag hkl kat depan pintu. So aku pas barang kat brader tu, tunjuk nama isrol kat list depan pintu wad. Pandai-pandai la ko cari.

Pastu aku kol isrol, cakap takleh masuk dah. Beliau tergezut gak la. Sebab beliau kata, pagi tu, masih ada family bley masuk. Then, masa aku duduk kat kerusi luar wad, ada gak la borak-borak ngan pakcik makcik yang jugak tak ley masuk. Depa lagi kesian. Itu kira 1st weekend lepas wabak tu jadi isu nasional. Jadi kebanyakan depa baru dapat datang. Dah la datang jauh-jauh sebab anak sakit. Sekali tak kasi jumpa. Ada yang menangis sebab jangan kata nak jumpa, cakap tru phone pun takde.

Sedih.

Sedih.

Mebi aku exaggerate sket. Tapi btoi apa. Selagi kita tak berdepan situasi tu, kita takkan tau cane derita dia. Wah, derita tu! Let me tell u… aku dah handle beberapa situasi family sakit. Ayah, mak, husband, anak. Dan setiap kali tu jugak, peritnya jiwa aku, orang yang dah rasa je tau.

Nak nak yang pernah rasa kehilangan. Lepas tu family yang lain pulak sakit kuat. Pernah rasa? Pernah? Pernah?

Hari tu aku cuma jumpa isrol kat pintu wad. Dia pass barang kat aku. Since dia masih on drip, so tak leh la nak berlama-lama cakap kat pintu. Nak nak sambil diperhati oleh encik penjaga pintu yang tak hensem. Annoying habes.

Hari kelima, pagi Ahad tu kuar kat Harian Metro yang lima pelatih yang dah discharge dari HKL dibenarkan balik ke rumah. Yes, bebudak ni punyala merayu supaya dibenarkan balik rumah lepas discharge. Tapi tak dapat-dapat. Alasan – takut virus spread. Iyolah sangat, kalau alasan tu betul. Sebab yang sebetul-betulnya, aku pun memang tatau.

Aku kol isrol bitau pasal news tu. Sempat lagi dia loudspeak-kan henpon, sampai jurulEtih2 yang visit sume dengor. Tapi depa kata, depa tatau menahu pasal tu. Depa kata newspaper buat spekulasi sendiri. Tapi logik ka? Dah dalam news tu siap mention nama komanden Pulapol sekali. Klu depa buat laporan dusta, komanden boleh saman kan?

Mebi tuan komanden sorang yang kool. Sebab tu dia decide berdiam diri. Silence is golden. Kot la!

Ye aku exaggerate lagi!

Harian Metro – 13 Mac 2011 (sumber)

Klu korang la, klu info dari polis dengan reporter bercanggah, ko nak percaya sape?

Aku rasa nak emel je reporter di atas. Tapi aku ada member yang keje kat HM. So aku tanya dia dan mintak contact number dia terus. Dia mention gini.

Aku tak salahkan sgt la jurulEtih2 tu. Depa tu dah memang kerja ikut arahan (sebab tu depa tak kreatif meng-create alasan oke… dah kena sangkal pun still nak ulang alasan sama… nak tarbiah orang pun guna taktik lama). Tapi nak bercakap tu, kasi pikir la sket. Orang-orang yang ko tarbiahkan tu sume graduate dari merata-rata. Walaupun depa tak menjawab, tapi bukan depa tak boleh pikir mana yang betul, mana yang mengcover.

Petang ahad tu, isrol dah tak on drip. Lepas desak doktor banyak kali, baru la doktor konpemkan yang beliau free from sume tok nenek virus. Kiranya blood test dia sume clear = negatif. Jadi masa aku visit beliau, beliau mintak untuk jumpa aku kat luar wad. Dan ketua nurse tu benarkan. Punyalah susah nak tau result blood test sendiri. Depa macam antara nak rahsiakan sesuatu due to something or ada jugak unsur-unsur malas nak explain sebab ingat trainees tu bodo takkan paham kot.

Yang aku duk bising pasal kelulusan n pangkat bagai kat previous entries, ni le antara sebabnya. Doktor2 kat situ treat depa ni macam patient yang bodo belaka. Bila tanya,  macam malas nak explain. Helo, sume patient ada hak untuk tahu keadaan masing-masing. Mana boleh bantai kata taktau aje.

Aku rasa, ada certain doktor yang expect patient takkan paham la tu. Ingat trainees tu sume  takat abes spm je ke? Sebab ada satu doktor tu siap cakap, eh bukan requirement masuk inspector cuma diploma je ke?

Perghhhhhhhhhh begitu sekali ko pandang rendah kat orang wehhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh!

Melenting la yang trainees inspector oke. Kalau aku pun. Dah la belajar penat-penat, pegi training, kena maki, sakit lagi, sedap je ko tala orang macam tu. Depa bising la kat situ yang intake inspektor terbaru kali ni requirement at least degree since position inspector tu dah diwartakan sebagai pegawai kanan.

(sumber) – (rujuk pekeliling)

In fact, antara trainees tu, ada yang dah grad master pun. Ada yang dah dapat grant untuk buat phd lagi.

Ko ada?

Maka berjumpa la aku dengan isrol kat luar wad. Tapi tak ley la pi jauh-jauh kan. Ikutkan nak je aku seludup bawa beliau makan-makan kat mc dee.

Masa sembang2 dengan beliau kat luar, ada kejadian amuk kecil-kecilan. Satu brader tak puas hati sebab since semalam (sabtu), mak dia tak dibenarkan visit adik dia. Dah le admit since rabu, jumat baru pulapol nak bitau. Pastu bila datang hkl, tak kasi jumpa jugak. Mau tak hangin brader tu.

Aku tergelak je dengan adegan tu (tak lama pastu paid cash – double). Sebab brader tu dah angin sungguh. Sore dah kuat masa tu. Nurse dengan doktor still tak bagi, takut virus spread la apa la. Amuk amuk amuk! Brader tu kata, klu dah tau tak kasi visit, cakap la dalam phone, yang tak leh visit. Jangan la menyusahkan orang datang hkl susah-susah dari jauh, tapi tak boleh jumpa. Apakejadah kan?

Amuk amuk amuk.

Aku nak je cakap… misi oiii, bagi je la depa masuk sorang lima minit. Apa la yang masalah bebenor? Pakai la mask, baju ujan, baju angkasawan sekalipun klu nak prevent sgt. Just pk if anak ko yang sakit dengan virus yang dah jadi isu nasional, yang jadi front page newspaper, yang dah ada korban, tak ke ko nak jumpa jugak? At least tgk muka?

Amuk amuk amuk.

Baru la ketua misi tu bagi jumpa. Masuk 2 orang selama 10 minit. Settle.

Lepas tu aku pun balik.

Sekian cerita setakat hari kelima.

Bersambung.

saye: berhenti look down kat orang… drgomenmuda

Baca entri part 5

Related posts:

Baca entri part 2

The next day, terpapar la secara besar-besaran pasal virus yang serang Pulapol. Terutama kisah trainee konstabel yang meninggal tu. Tak silap aku, laporan post-mortem konpemkan beliau meninggal akibat adenovirus (selain pneumonia akibat virus yang sama). Adenovirus ni jugaklah yang dikatakan menular kat Pulapol tu. Maka aku pun tanya Dr. Gugel pasal menda ni.

Adenovirus infections most commonly cause illness of the respiratory system; however, depending on the infecting serotype, they may also cause various other illnesses, such as gastroenteritis, conjunctivitis, cystitis, and rash illness. Symptoms of respiratory illness caused by adenovirus infection range from the common cold syndrome to pneumonia, croup, and bronchitis. Patients with compromised immune systems are especially susceptible to severe complications of adenovirus infection. Acute respiratory disease (ARD), first recognized among military recruits during World War II, can be caused by adenovirus infections during conditions of crowding and stress. (sumber-wikipedia)

Sila baca yang aku bold dan underlined tu. Maka teori awal aku tentang serangan adenovirus kat Pulapol ni adalah disebabkan persekitaran depa kat situ. Walaupun orang-orang Pulapol yang aku jumpa sumenya seboleh-boleh mengatakan yang virus ni berpunca dari sorang pelatih yang bawak dari luar, according to trainees sendiri, itu adalah tak mungkin sebab masa trainees inspektor masuk pada 1 mac, trainees konstabel memang dah ramai yang sakit. Tak mungkin jugak ada trainee konstabel yang sebarkan virus tu dari luar sebab depa sendiri dah sebulan lebih tak kuar dari Pulapol masa wabak tu start. Kalau depa bawak dari luar, maka masa awal-awal training lagi wabak tu dah menular kan? (konstabel dah start training on january 2011 klu tak salah).

Menyalahkan orang sangatla best bukan?

Hari kedua kat HKL, sume trainees yang sakit dapat ni.

Err itu kad ucapan je. Bukan kad ekceli… kertas yang di-print dengan ucapan dan dipotong2. IGP bagi sorang satu goodie bag berisi mineral water, biskut, buah, milo dan… condensed milk.

Apakejadah bagi condensed milk? Apsai tak bagi milo 3 in 1 terus? Aduiyai… bijak bijak! Aku tak salahkan IGP. Bukan dia pun yang buat sume tu. Tapi pihak-pihak yang menguruskan goodie bag tu. Meh sini aku nak tanya, apsai ko tak letak satu paket gula 1kg sekali? Ooo lupa, gula kena catu.

Hari-hari seterusnya, aku lawat isrol waktu petang. Masa 2nd day dia kat wad, aku keje half day dan sampai kat hkl sebelum waktu melawat. Time ni masih bley kawtim dengan polis bantuan aka security yang tak hensem kat pintu C tu. So dapat la masuk. Tapi lewat petang tu, aku dapati kawalan dah mula ketat. Kids under 12 dah tak boleh naik. Depa sume majoriti pun dah pakai mask.

Masa 2nd day jugak, aku ada mintak pass masuk dari nurse tapi depa tanak bagi dengan alasan depa tak encourage pelawat masuk wad 19. Sebab wad tu telah menjadi wad pengasingan. Tapi masa ni, aku still melepak lama jugak la dalam wad tu. Siap join baring2 lagi dekat katil isrol.

Laporan surat kaba hari tu mengatakan dah 200++ trainees kena kuarantin kat dalam Pulapol. Depa bawak masuk kumpulan perubatan kat dalam. Tapi mana-mana trainees yang agak teruk, still direfer ke hospital. Aku sgt le bersyukur yang isrol dah admitted awal-awal sebab at least aku bley jumpa dan tau perkembangan dia. Lagipun lepas je dia masuk wad, aku terus bagi dia henpon. Senang nak contact if anything. If dia kena kuarantin dalam Pulapol je, bukan setakat tak boleh tengok. Nak contact pun susah.

Trainees yang admitted kat wad tu, ramaila yang menumpang henpon isrol. Tak pasal2 bila aku bukak sent item, bersepah message “abang-sayang” dari macam-macam nombor. Siyes aku gelak besar masa ni.

Memang sangat la kesian dengan trainees yang just kena kuarantin kat dalam Pulapol. Dah la sakit, tak leh contact family pulak. Family pun mesti risau gile dan sedih dengan situasi tu. Aku rasa dalam dua hari lepas tu barulah Pulapol bukak hotline untuk family kol bertanya keadaan pelatih sama ada sihat, dikuarantin atau dah masuk spital.

Angka trainees yang kena kuarantin ni meningkat dari hari ke hari. Dari 200++ kepada 300++, naik 400++, 500++ sehingga kemuncak 700++. Itu adalah dalam 35% jumlah trainees. Bagi aku satu jumlah yang besar. Bayangkan la, 700++ kena kuarantin. Doktor cuma ada 8. Padahal kat hkl tu, satu wad yang cuma dalam 30 patient pun, doktor lima enam orang.

Hari tu jugak Pulapol lock down. Ikut laporan berita, semua aktiviti dihentikan. In fact, masa 1st day isrol kat wad, jurulatih beliau pun kata menda yang sama. But later aku dapat tau, statement tu ada unsur-unsur dusta. Sebab according to trainees yang tak kena kuarantin, hari 1st isrol masuk wad tu, depa still ada latihan keras. Sungguh bercanggah la dengan apa yang jurulatih dia cakap yang since 9 mac lagi latihan dah dihentikan. Dan hari-hari berikutnya pun, depa still ada latihan cuma mebi tak sekeras biasa.

Pointnya ialah, apsai lapor kat paper yang sume bentuk latihan dihentikan? Laporan ni jugak konsisten sehinggalah sehari selepas aku dapat tembus masuk Pulapol yang masih lock down, dan dapat tau bahawa latihan tetap berjalan dan tak pernah pun dihentikan. Tup tup, the next day (sehari selepas aku dapat tembus masuk Pulapol), paper laporkan yang aktiviti dan latihan ringan mula dibenarkan berikutan keadaan yang semakin baik.

Korang rasa cane? Aku rasa macam kena tipu hidup-hidup! Macam, helo… just after aku find out yang laporan akhbar tu dusta, maka kuarlah laporan baru yang seiring dengan info yang aku dapat.

Aku tak salahkan reporter. Aku jugak ada contact dengan kawan aku yang keje dekat Harian Metro. Reporter just laporkan statement yang kuar dari mulut authorized person. Kalau depa bagi statement dusta, maka laporan dusta la yang akan appear kat news.

Mebi aku emosi. Maka mudah berburuk sangka. Tapi sila setuju dengan aku bahawa, sape yang tak suspicious dengan polis? Polis dan ahli politik kat mesia ni dah macam satu kapal oke. Ye, aku tau aku tgh bercakap pasal profession laki aku. So wat?

Masa beliau keje dekat LGM pun, berbakul je aku kutuk. Haha.

Selain adenovirus, ada jugak yang saspek virus kencing tikus (leptospirosis). Kalau difikir-fikirkan, apa lagi punca leptospirosis kalau bukan isu kebersihan? Plis bitau aku.

Ini pandangan aku tentang wabak adenovirus yang menyerang Pulapol. Pendapat aku ni dipengaruhi oleh segala info yang aku dapat tru Dr. Gugel, doktor-doktor HKL, doktor-doktor Hospital Sg. Buloh dan info dari surat khabar. Mebi sesape saje boleh sangkal teori aku sebab aku memang bukan dalam line perubatan dan kesihatan.

Berdasarkan sume info yang aku kutip, aku yakin virus ni menular sebab faktor-faktor berikut (baca: ini versi aku sahaja, tak mesti betul):

1. Kesesakan dalam Pulapol. Jumlah trainee konstabel + inspektor adalah +-2000. Fakta ni aku dah bold dekat definisi adenovirus infection kat atas tadi, selain turut disahkan oleh sorang doktor kat Hospital Sg Buloh. Doktor tu kata, adenovirus ni selalunya menyerang kanak-kanak. Tapi mengikut case study depa, virus ni menular antara trainees sebab depa cram kat dalam.

2. Persekitaran yang tidak bersih. Budaya membiarkan dorm dan bilik air tanpa dibersihkan selepas keluarnya satu-satu platun sejak dulu lagi. Yes, mebi sudah tiba masanya, Tuhan mau kasi warning, bahawa budaya ini tidak sihat, maka akibat tidak bersih, tersebarlah satu penyakit. Kalau sorang dua dapat penyakit, memang depa ni boleh sombong lagi, siap cakap “korang kalau nak mati, mati kat dalam ni (Pulapol)”. Tapi Allah tu nak tunjuk kan, sekali beratus-ratus yang sakit, haa… boleh ko bior sume tu mati dalam Pulapol? Memang menggagau la nak menjawab nanti kan? Oke membebel sudah!

Moral: jangan cakap besar. Sebab sebesar mana pun pangkat ko, Allah jauh lagi besar!

3. Stress. Stress adalah penyebab penyakit menjadi lebih teruk. Sebab bila fizikal kita stress, sistem badan jadi down. Ni bukan fakta yang aku reka. Btoi kan? Sebab tu orang yang tak boleh kawal stress akan lebih mudah dapat penyakit. And of cos trainees dalam Pulapol tu sumenya tengah stress tinggi sebab latihan fizikal dan ujian mental yang keras. Tu belum campur dengan rindu kat family, kena raging, kena maki, kena denda, tak cukup rehat, tak cukup tido dan segala bentuk tekanan yang lain.

Yes, aku boleh paham bahawa semua bentuk tekanan tu dah memang jadi silibus dalam Pulapol. Point aku kat sini ialah, pihak berkenaan perlu mengakui bahawa, keadaan inilah yang merupakan faktor penularan wabak dan bukannya wabak tu dibawa oleh seseorang individu.

sumber – News Straits Times 18 Mac 2011

4. Air tidak bersih dan masalah kekurangan bekalan air minum. Sape boleh sangkal bahwa air yang kotor sememangnya penyebab apa jugak penyakit atas muka bumi ni? Aku memang tak tengok sendiri keadaan air kat dalam Pulapol tu. Tapi dalam surat kaba banyak mention yang IGP sendiri tak tolak kemungkinan faktor air yang kotor. Ntah-ntah, dah kena kencing tikus sekali. Lagipun, trainees sendiri mengkonpemkan yang sumber air memang kotor = merah. In fact, pada mulanya depa kata memang susah nak dapat minum air bersih. Sebab memang tak disediakan. Yang ada air adalah kat dewan makan, tu pun air nescafe. Sedangkan trainees sume perlukan jumlah air yang mencukupi sebab depa dah dehydrated akibat latihan terutama semasa cuaca panas. According to trainees, lepas dah ramai yang sakit-sakit, baru la depa beli water cooler yang bekalkan air minum (itupun perlu dibayar sendiri oleh trainees).

5. Makanan tidak bersih. Pernah la aku dengar dari isrol yang trainees kat Pulapol komplen nasi dan lauk basi. Even masa tu kes adenovirus tu dah seminggu jadi isu nasional. It shows what? Kalau masa dah kecoh pun kebersihan makanan masih out, apatah lagi yang sebelum2 tu. Sendiri mau ingat la. Ada jugak dengar rumors yang tikus kat dapur dewan makan Pulapol bagak-bagak belaka. Tapi jurulatih2 isrol yang datang  melawat, sokmo la menafikan (of cos la kan). Whateva it is, aku percaya, memang ada unsur-unsur makanan tak bersih dalam Pulapol tu. If not, apsai ada jugak staff yang sakit sama? Dan staff2 yang sakit ni sume mengaku depa ada makan makanan yang sama disajikan dekat dewan makan.

6. Faktor yang ni menyimpang dari ilmu perubatan la. Ada cerdik pandai agama dan ilmu halus bitau, antara faktor wabak tu ialah pembawaan syaitan. Ini disebabkan, training dalam Pulapol tak kira masa termasuk waktu kemuncak di mana ketika matahari tegak kat langit.

Waktu ketika matahari tegak (rembang) pula, ketika itulah neraka Jahannam dimarakkan dan pintu-pintunya dibuka dan waktu ketika matahari hendak terbenam, maka terbenamnya matahari itu adalah di antara dua tanduk syaitan maka orang kafir bersembahyang untuknya. Pada waktu ini syaitan sedang berkeliaran. Waktu ini panjangnya dalam 5-10mins sebelum waktu zohor (sumber).

Sumber dia atas ialah berkenaan waktu larangan bersolat. Point aku kat sini ialah, waktu tu syaitan berkeliaran. Details nya aku tak dapat nak explain sebab aku sendiri tak dengar hujah panjang lebar dari expert. Cuma dia ada mention yg, dah le tengah hari, trainees ni pulak pegi minum air paip. Sama la macam apa yg sorang sarjan pulapol ni cakap pasal trainee minum air paip. Tapi dah ko tak provide air bersih, depa nak minum apa? Air longkang?

Dan menurut sorang budak kelulusan sport science jugak, dari segi sains sendiri, waktu macam ni jugak ditegah dari menjalani latihan di kawasan terbuka. Sangat tak sihat.

Got it? Fikir la sendiri.

Aku yakin penuh dengan faktor-faktor yang aku senaraikan kat atas sebab, sehingga wabak tu berakhir, tak ada orang luar termasuk penduduk dalam Pulapol even yang ada contact dengan trainees yang sakit, mendapat penyakit yang sama. Yang infected sumenya trainees dan 4-5 orang staff sahaja. In fact, aku sendiri ada direct contact dengan isrol, almost setiap hari sepanjang 2 minggu beliau admitted. Betul-betul direct contact oke. In fact, masa 1st day, aku jarang pakai mask, malah isrol sendiri selalu bukak mask dia masa bercakap dengan aku. Aku jugak mmg banyak sentuh dia tapi alhamdulillah, aku tak dijangkiti pun masa tu.

Mebi orang bley claim yang sistem imuniti aku tinggi. Mebi… alhamdulliah. Sebab masa kakak aku kena h1n1 pun, aku tak infected langsung walaupun aku ada direct contact yang close dengan dia. Tapi even safi yang masih baby pun, ada direct contact dengan isrol, duduk dalam satu keta ber-ekon dan bertutup pun, tak dijangkiti. Masa dalam keta tu jugak, ada sorang kazen aku yang asma dengan sistem imuniti yg low (sebab dia jugak infected masa kakak aku h1n1) pun tak sakit apa-apa lepas tu. Jadi tindakan meng-kuarantin isrol, tak kasi jumpa, tak kasi balik rumah dengan alasan takut men-jangkiti orang lain adalah satu alasan yang sgt keji bagi aku. Silala create alasan lain yang lebih munasabah sebab aku benci alasan bodoh yang aku berjaya sangkal tapi still nak ulang lapan belas kali. Aku cakap macam ni sebab, ini le alasan yang aku terima dari macam-macam pihak berkenaan, tentang pelbagai perkara, which aku akan ceritakan dekat next2 entry plak.

So bersambung lagi.

saye: al fatihah buat Mohd Azizan Airid

Baca entri part 4

Related posts:

Adv
About Me

the name is widura.

seorang anak, isteri, ibu, pendidik, pelajar.

suke pada kesederhanaan, bukan kesempurnaan.

Facebook

Widura Abd Kadir

Archives
Categories
Recent Comments