Posts Tagged ‘pulapol’
Memaksa mood untuk bercerita.
9 mac, rabu – pagi dalam jam 6.30am, aku dah siap nak pi keje, dapat kol. Adalah agak pelik mendapat kol dari nombor talian tetap yang tak dikenali pada subuh hari maka sila expect sesuatu yang tak best. Betul, itu dari hkl, informing yang isrol admitted. Aku tanya pasai apa, dia cakap… “suspek…. ah, nanti you dtg tanya dr sendiri lah”.
Cit!
So berkecahlah pulak aku nak ke hkl pagi tu jugak. Selain aku, kaklong aku pun terpaksa EL. Sebabnya, sumpah aku ni buta tuli jalan-jalan raya kat kl. Mak aku plak tak bley ikut sebab dia ada keje kat Shah Alam. Lagipun hkl tu, haish… sape yang pernah pegi, tau le betapa huru-haranya keadaan dalam tu. Dengan susah nak parking, dengan sempit, dengan crowd dan dengan polis bantuan muda yang tak hensem tapi perangai kerek nak mampus.
Sepanjang perjalanan tu, aku duk buat spekulasi sendiri, tentang penyebab isrol masuk spital. Memandangkan nurse tadi ada tersebut perkataan “suspek”, aku punya pk, denggi or h1n1. Tapi mak aku punya spekulasi lagi best… appendiks… sebab latihan berat. Cey. Aku bab2 appendiks ni mmg tak larat dengor sebab konpem kena operate. Klu da operate, makan masa la nak pulih kepada asal.
Masa on the way, aku dapat satu lagi kol. Kali ni, nurse tu pas kat isrol sendiri. So aku tanya, apehei? Betullah tekaan aku, suspek h1n1.
Sempat mention pulak, sorang dah mati.
Saspen kejap.
Jalanraya hari tu adalah sangat sesak. Aku kuar dari kajang kul 7 am, sampai hkl jam 9 am. Mujur masa aku sampai hari tu, kes wabak kat Pulapol ni belum berleluasa. Belum masuk paper pun. Maka aku berjaya tembus Pintu C yang sgt sukar ditembusi tanpa pas masuk tu dengan mudah, tanpa sesi soal jawab. Pelik tetapi benar. Aku buat muka konpiden je masuk. Aku bajet yang hari tu aku ada personaliti dan aura sebagai doktor. Padahal baju aku kaler oren. Memang tak bley blah kan bajet macam tu? Ooo mebi depa ingat aku adalah kerani spital yang terlupa nak pakai ID. In fact, aku tak kisah kalu depa ingat aku adalah cleaner indon yang try-try nak melaram sekalipun.
Janji bley masuk.
Masa sampai kat wad 27 (tingkat 5), menggagau la aku carik nama isrol kat name list depan wad. Tapi tade, nama beliau yang unik dan maha panjang tu tade dalam list. Mebi sebab beliau baru admit pagi tu. Sib baik masuk je dalam wad, aku dapat cam beliau kat katil hujung tepi tingkap. Cara mudah mengesan saspek h1n1 ialah mereka konpem memakai mask.
1st aku nampak beliau, agak sedih la. Masih demam tinggi dengan mood yang sgt teruk. He cried, yes. Aku paham stress sgt tinggi. Cuma… cuma… beliau belum kurus (keji betul dok inspect saiz badan instead of tahap kesihatan). Tapi suda agak gelap sikit. Nasib tak rentung macam yg aku bayangkan. Baru seminggu je pun training. Mana nak ada perubahan sgt kecuali masa aku tepuk lengan dia, erghh… apsai macam batang pokok? Keras oke! Dia kata, mana tak? Pumping tak kira masa. Denda aje, klu tak kena lari, pumping. Oke, padan la pun. Bagus jugak, tak payah kuar duit beli dumbell. Jimat!
Pagi tu, masa Dr. dtg, depa blum dapat konpem penyakit sebenar. Masa depa dok explain test yang telah dan akan dibuat sume, sket tak pandang muka aku oke. Siyes terasa macam budak-budak kat situ. Bila aku mencelah serba sket, baru la depa tu nak pandang muka aku sekali dua. Mebi depa ingat aku tah sape-sape. Mebi juge depa ingat aku budak sesat dari tah mana. Ada gak rasa nak sound aje, “Dr, saya ni dah handle banyak orang masuk spital ye, jadi sila la explain pada saya juge sebab saya memahami segala word dan terms yang Dr. guna.”
Tapi siyes poyo la klu aku cakap macam tu.
Baru 1st day. Segala ketidakpuashatian, sila abaikan.
Keputusan blood test shows ada infection dekat liver. So kena panjangkan test kepada segala jenis hepatitis pulak. Amek darah lagi. Takpe, beliau banyak darah. Halal.
Kitorang ada gak try-try tanya kot-kot bley transfer private hospital. Jawapan yang telah diexpect… TIDAK BOLEH ya tuan-tuan. Sila jangan mengada-ngada. Status sebagai pelatih Pulapol siyes menyebabkan ko mendapat treatment yang menyerupai seorang tahanan. Walaupun ko telah diwartakan berpangkat pegawai sekalipun, dengan kepala hotak, eh botak… dan kulit yang telah rentung itu juge menyebabkan ko dilayan seperti askar berpangkat prebet keluaran SPM dengan keputusan so-so.
Sorilah sebab aku membebel pasal pangkat dan kelulusan. Later korang akan paham kenapa.
In fact, according to isrol, pagi masa beliau insist nak pi hospital jugak, beliau ada mintak supaya hantar ke private. Kena la sergah, BANYAK DUIT KAU? Dengan penuh integriti beliau jawab = saya ada insuran cik.
TAK BOLEH!
Pagi tu jugak, dua orang jurulatih isrol dtg melawat. Aku adalah tercuak sket sebab takut kot-kot trainee still tak dibenar jupe family. Mana tau kan, depa still nak guna peraturan Pulapol yang tak kasi jumpa 2 bulan (bukan 1 bulan macam yang aku stori kat entri ni dulu) walaupun trainee tu sakit. Nak nak, yang kol bagitau isrol admitted bukannya Pulapol, tapi hkl. Tu pun atas permintaan beliau jugak.
Jurulatih isrol sendiri sempat tanya, cane wife tau?
Dengan penuh integriti lagi beliau jawab = saya mintak nurse kol.
Nasib baik isrol panjang akal mintak nurse kol aku oke. Klu tak, hazab! Coz later aku dapat tau ada trainee yang dah admitted 3 hari, baru Pulapol nak contact family.
Kejam! Ke… tak buat keje?
Doktor-doktor kat hkl memang bersepah-sepah. Dari yang muda, sampai yang tua bangka. Tapi yang banyak bersepah tu memang la yang muda. Masa jurulatih isrol ada kat situ, doktor tanya-tanya jugak pasal trainee yang meninggal malam sebelum tu. One thing yang aku amaze, even jurulatih tu datang tak pakai uniform polis, orang tetap tau bahawa depa adalah polis. Sangat la tipikal gaya mereka. Hopefully, laki aku kelak takkan nampak macam tipikal polis, tapi nampak “please…..”.
Boleh?
Aku kol pak metua aku waktu pagi, which tak lama pastu, mak metua aku pun kol jugak. Ekceli aku berat hati sket nak inform menda-menda macam ni coz tak suke kecoh-kecoh kat opis lama isrol. Depa ni kang konpem buat spekulasi sendiri. In fact ,sebelum tau isrol ni saspek h1n1 pun, sesape yang tau beliau admitted, akan buat spekulasi bahawa isrol tak tahan dengan training maka sakit sehingga masuk wad.
Tapi tak guna pun aku nak senyap-senyap coz esoknya aje dah jadi berita front page kat surat kabar.
Pak metua aku datang dalam tgh hari. Aku adalah agak bengang jugak dengan abah aku ni masa dia datang sebab masa isrol duk mengadu, dia pi bantai gelak aje. Hot oke! Member dah la tgh down. Statement biasa dari pak mail ni ialah, kalu ko sakit adalah sebab ko kurang air, ko kurang selawat, ko kurang berdoa. Apakejenis diagnosis la! Tapi sebab dah tau dia macam tu, maka sila bersabau aje. Mak metua aku plak dtg petang tu. Kali ni, beliau tak gelak, tapi ada unsur-unsur sarkastik sket lah. Cuma yang aku saspek same beliau ialah, sanggup tu drive dari sg buloh ke hkl, which klu hal-hal lain beliau memang takkan buat punyalah. Tapi sebab anak… lautan api pun sanggup direntasi.
Memanglah syurga di bawah tapak kaki ibu.
Aku spent the whole day kat hkl hari tu. Ada gak la tiga empat kali turun naik beli barang kat hospimart bawah. Ada masa, kalau lif selo sgt, aku guna tangga aje. Bapaklah mengah tapi itu lebih baik daripada aku menunggu lif yang selonya tahap tak boleh kompromi lagi. Nak nak masa waktu melawat. Dan aku jugak hampir tak makan hari tu. Makan menda-menda simple aje. Yang peliknya, aku langsung tak lapar.
Wad 27 yang isrol duk hari tu rupanya wad kelas 3. Adalah tak pelik kalau depa campak sesape pun ke wad kelas 3 atas alasan tade katil kosong dekat wad yang ko layak. Itu adalah lebih baik daripada kena campak ke wad kayu yang better sket je dari wad perang. Arwah ayah aku pernah kena campak ke situ dulu walaupun beliau eligible untuk kelas 1A.
Meaning?
Jangan expect yang best-best kalau ko tetiba sakit dan dihantar ke HKL. Expect the worst.
Tapi wad 27 tu sangat la meriah. Walaupun agak bising dan panas. Hari tu jugak la depa nak mop lantai. Berkecahlah bangla-bangla tu angkat katil dengan patient sekali untuk alih tempat lain sebab depa mop section by section.
Sepanjang hari tu jugak, isrol buat macam-macam test termasuk x-ray segala. Treatment setakat drip masuk air. Ubat… nan ado. Masa Dr. explain kemain lagi list-kan segala tok nenek ubat. Tapi sampai sudah tade kasi ubat. Paracetamol pun tade, padahal dia demam tinggi. 39 degree tak turun-turun. Aku usahakan jugak tuam dan pakaikan cool fever. It works tapi demam dia of cos on and off.
Sehinggalah senja, baru depa transferkan isrol pi wad 19 kat tingkat 4. Masa Dr. cakap-cakap nak transferkan dia, aku tanya kenapa? Depa kata, sebab wad 19 tu wad kelas 2. Wad 27 tu kelas 3. Dia eligible untuk kelas 2.
Dalam hati aku… aik, eligible kelas 2 je? Apsai downgrade sgt? Kot ye pun sebab trainee? Ke sebab depa sapu rata sume ni trainee konstabel? Sebab isrol adalah antara trainee inspektor terawal yang admitted. Before tu memang ramai trainee konstabel dah masuk wad. Sume depa dah letak kat wad 19.
Sori la klu aku bangkitkan eligibility konstabel vs inspector. Again, later korang akan paham kenapa.
Ekceli depa patut mention bukan pasal eligibility. Coz ini kes infection disease, so depa kena isolate isrol dengan geng2 trainees lain kat dalam satu wad.
Ekcelikan, wad 19 tu lagi scary oke. Dia ada kaler grey. Macam wad 27 tu, kaler pink. Jadi ko bley bayang tak, masa memula kitorg masuk wad tu, dalam hati ingat better ward, sebab pertukaran kelad 3 ke kelas 2. Tapi kaler grey tu mmg such a turn off. Nak nak masa kitorg masuk wad tu dah senja. Patient dan nurse dalam tu majoriti plak pakai mask. Pastu sume macam senyappppppp. Dan dan… elok depan katil isrol, adalah seorang patient berpangkat pakcik yang sedang tenat dengan dikelilingi mesin di sisi beliau di samping family members beliau yang sedang membaca yassin.
Aku rasa macam nak seludup isrol ke private hospital masa tu jugak. Huahuahuahuahua.
Isrol plak dari awal sebolehnya tak mau transfer wad. Sebab wad 19 tu dah cram dengan trainees yang mmg sah-sah ada infection disease. Beliau kata, kang elok-elok beliau nak sembuh, sakit balik. Haha… itu statement orang tengah stress. Aku layankan aje.
Tapi ekceli ada baik jugak beliau duk dalam wad tu sebab otomatik ramai geng seangkatan. Tolak pakcik yang tengah tenat tu, lain-lain adalah geng botak rentung.
Berkenaan dengan wabak yang tengah menular masa ni, according to isrol, trainees mula ramai-ramai dihantar ke hkl pada 5 mac 2011 – sabtu. Itu pun lepas dah ramai yang sakit dengan demam tinggi. Punca wabak belum dikenalpasti tapi isrol mula realize masa dekat masjid sebab ramai trainees konstabel yang batuk-batuk. Dah le masjid tu bertutup dan ekon. Maka bila orang batuk2, konpemla virus tersebar dengan mudah kan.
Tapi pada awalnya, bila trainees mengadu sakit, depa just suh amek panadol. Mebi ingat sakit biasa. Kalau sakit biasa, paling tinggi pun, 3 hari mesti kebah, ye dok? But bila dah masuk virus, kalau tak treat awal dengan betul, alamat la… mula la spread dalam badan. Aku rasa ini la punca kenapa ada trainee yang tak survive macam trainee konstabel yang 1st meninggal tu. Mebi dia lambat treat, so virus dan attact major organ. Bila virus dah attact major organ, potensi untuk sembuh bukan takde. Tapi bergantung kepada tahap serangan tu, kalau dah teruk ditambah dengan sistem imuniti badan yang low, memang la agak susah.
Kalau ikutkan, akak aku pernah je konpem h1n1 last year. Tapi beliau di-treat awal, dan dapat treatment yang baik dekat KPJ Kajang. Selain treatment yang baik, keadaan tempat beliau dikuarantin pun adalah superb. Maka, beliau sembuh dengan cepat dan mudah.
Later aku dapat tau, wabak yang tgh menular kat pulapol tu bukan h1n1. Tapi influenza like illness (ILI) iaitu sejenis penyakit di mana simptom dia menyerupai apa-apa jenis influenza. Tapi jenis kuman dia berbeza.
Oke, cukup takat ni untuk entri kali ni. Kita continue next entry.
saye: hari pertama belum stress


