Posts Tagged ‘raja lawak’
Aku harap tidak terlalu lewat untuk menulis entri ini. Ini adalah sebuah entri dedikasi.
Terima kasih kerana menceriakan hidup kami selama ini.
Tanpa pernah bersua muka, aku rasakan seperti terlalu mengenalinya.
Tetapi Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk kita semua.
Aku tersentak dan stress sendiri.
Terima kasih arwah… terima kasih kerana selalu menyenangkan hati kami. Sering membuatkan kami tak kering gusi. Pernah membantutkan kemarahan kami. Selalu menghilangkan resah di hati. Pernah meleraikan pertengkaran senyap. Kerap memecahkan buntu dan kesunyian. Selalu melenyapkan rasa bosan. Semua itu adalah motivasi yang paling berkesan.
Pemergianmu terlalu berat untuk kami terima.
Kamu yang sering membuat insan lain gembira, semoga bahagia di sampingNya.
Terima kasih sekali lagi.
Al Fatihah
saye: bila lagi akan berdekah-dekah di pagi hari?


