Posts Tagged ‘rawsha’
Semalam cuma aku dan encik asben yang pose. Maka otak kami mula mencarik port yang indah untuk mentekedarah di luar umah. Mula ingat mau port yang dekat-dekat umah saje. Aku hanya boleh membayangkan kenny rogers dan juge papa john. Tetapi itu direjek oleh sang pelantak yang bernafsu naga itu. Kata beliau, muak. Maka aku pun mencadangkan chillis ka, tgi friday ka, bombay palace ka. Itu juge direjek beliau dengan alasan tak ada dalam list web halal jakim. Apakah?
Lepas itu beliau mencadangkan order saje dominos dilevery. Hoi……….. baik aku beli murtabak dekat bazar aje okeh! Dan mak aku pun ketawa berdekah-dekah kerana carik port makan punyalah beriya-iya sampai cek halal jakim, tapi at last nak order dominos. Sangat tak cool.
Disebabkan aku bengang dengan insan-insan yang dengki dengan rezeki insan lain yang berpose, aku gagahkan jugak otak untuk memikir jenis makanan apekah yang aku teringin sangat hendak makan. Tiba-tiba encik pelantak yang bernafsu naga itu menjadi sangat bijak.
Arab!!!!!!!!
Dari zaman batu lagi aku nak kebab arab yang ori. Teringat-ingat kebab dekat mekah. Kebab dia kan, roti dia tu, lebar dan panjang, pastu tak lembik macam roti hotdog ramley tu (sila jangan imagine benda lain), pastu daging dia tukan, dia hiris nipis-nipis, bukannya ketul-ketul macam kebab kat psar malam tu, lepas tu kan, daging dia tu adalah daging yang terpanggang dengan panggangan yang tersedap, di mana aku tatau apakah rahsianya sebab masa makan kebab jenis ini aku masih budak yang hanya tau makan dan tidak cuba untuk melihat apakah ingredient dalamnya yang menjadikannya sedap tidak munasabah. Termabelos lah.
Bulan pose, sila tahan air liur anda.
Dan juge, aku super terpedaya dengan cerita ustaz zaman aku belajar pasal kebab ditambah lagi cerita encik-encik ustaz kat department aku nih pasal baryani kambing yang mahal tapi portionnya boleh masuk tangki dua tiga orang. Aku kan, kalau korang cakap pasal makan, telinga aku akan jadi lebih besar daripada tangkai kuali walaupun tangki aku hanya muat untuk makan megi satu bungkus sekali.
Nikmat makan bukan hanya di perut. Ia mula-mula sampai ke tekak dan ditafsir oleh otak barulah ia turun ke perut.
Maka selepas itu aku pun mem-buzz encik naza si gaban buncit untuk bertanya apakah beliau boleh mensuggest restoren makanan arab yang femes. Dan beliau mencadangkan rawsha. Jadi aku pun menggoogle rawsha dan menjumpai menu penuh siap dengan harga lagi.
Sila kelik gambar di bawah yang akan membawa korang kepada full list makanan dekat rawsha.
Kami pun memilih-milih makanan sambil mengira total harga sambil kena gelak lagi sekali dengan emak aku. Dia adalah insan yang jeles, maka abaikan. Oh ye, sebelum korang tuduh aku tinggalkan emak aku untuk bermakan-makan sedap, aku explain di sini bahawa cik kakak aku adalah demam panas waktu itu maka beliau tidak mahu keluar dan emak mahu menemankan beliau di rumah.
Mula-mula aku bajet tamau angkut ini budak, tapi encik ayah nya tidak selera makan sekiranya minah ini tidak me-messykan beliau dan aku di meja makan.

Oleh kerana ini bulan pose, maka secara tiba-tiba restoren ini ada menu buffet. Satu kepala dewasa adalah rm40 manakala budak-budak rm15. Dan oleh kerana aku mempunyai nafsu yang tidak setimpal dengan saiz tangki, maka aku menukar plan untuk makan buffet saje dengan alasan aku boleh rasa banyak benda.
Aku tak amek banyak gamba suasana restoren sebab masa sampai sedang ujan, lepas tu aku pilih untuk duduk inside restoren rather than luar, lepas tu aku rasa sangat tak kool untuk keluar kat tempat buffet semata-mata untuk snap here and there lagipun kamera aku bukannya dslr so nampak macam jakun padahal orang lain sungguh sopan duduk menunggu makan. Jadi korang google image aje lah ye.
Lepak inside agak okeh sebab meja dan kerusi dia ada partition lepas tu ada langsir sehingga aku sempat breastfeed cik safi dengan sungguh aman.


Menu buffet adalah agak susah untuk aku listkan sebab aku tatau pun apakah nama menu-menu berkenaan. Tapi yang boleh aku list adalah macam segala jenis sup macam mushroom soup, baryani, ayam, kambing, ikan, kebab, roti yang macam roti pita, yang macam roti nan, pastu ada spagethi, yogurt, bermacam dessert yang aku tatau nama tapi adala macam samosa, pudding, kek, buah, air teh o, teh susu, air anggur yang macam blueberi pun ada dan air oren kot.


Sedap.
Kambing lembut gemalai ah bila aku kunyah dan telan. Ayam pun besar dan lembut secara extrim. Nasi toksah cakap la, dah la beras panjang-panjang (of cos la kan), pastu bape kali suap aje dah kenyang macam melantak satu pinggan penuh. Dessert bagi aku ada yang sedap ada yang just ok, tgk selera memasing kot.
Orang yang paling berpuas hati pastilah encik pelantak yang bernafsu naga. Dia makan baryani kambing dua kali. Dia bertangki airbus. Aku bertangki proton saga. Life is not fair. Sepatutnya aku datang sini masa mengandung sembilan bulan hari tu. Itu adalah jawapan tentang selera makan cik safi yang sungguh bagus.
Kesimpulannya, rawsha adalah tidak seswai bagi mereka yang dalam program penurunan berat dan pembentukan badan. Ia adalah restorenku syurgaku dan ianya wajib untuk dimasuki sekurang-kurangnya sekali, dua kali, tiga kali atau berkali-kali sebelum mati.


Ini adalah budak yang telah totally bosan melihat mak bapaknya mentekedarah sambil melupakannya di kerusi bayi.
saye: boleh tak produk papa john yang dapat halal jakin cuma doh piza itu saje? habis nak suh aku makan doh aje ke? aku caples jugak si jakim ni karang!



