Posts Tagged ‘safi’

Hampir semua orang yang ditemui telah bertanya, “Safi aje?”. Lepas tu akan terpancut satu statement, “Pendeknya!”.

Iya, aku tau nama bayi-bayi alaf baru ni paling kurang dua nama. Contohnya cam nama anak buah aku, Ashraff Akmi. Paling trend masa kini, berjela tiga ke empat nama. Contohnya nama anak cousin (2nd cousin ekceli), Azra Nur Arfa dan Azra Durrah Arifa (promote ye, jangan mare ummi Arfa). Atau lagi nama anak cousin (again 2nd cousin) Emir Adam Raihan. Dan yang sama waktu dengannya.

Atau tak perlu pergi jauh-jauh… nama encik asben, Mohd Iszrole Al Halmy. Dah le panjang 4 gerabak. Ejaan pusing-pusing. Nasib tak tergeliat lidah tok kadi menyebut. (nyaris tergeliat aku rasa).

Tapi yang sorang ni… Safi.

Kenapa Safi?

Pertama, nama ayahnya aje dah 4 gerabak. Kalau la nak diletakkan nama anaknya 4 gerabak jugak, alamatnya nanti lenguh la tangan budak tu nak menyempurnakan nama penuhnya bila terpaksa menulis kat mana-mana. Silap-silap masa exam, orang len dah jawab soalan nombor lima, dia tak abis lagi tulis nama. Tsk.


say hi to 5.8kg

 

Kedua, aku suka nama yang simple. Sebab aku mahu panggil dia dengan nama penuh. Sebab lebih afdal dipanggil dengan nama penuh. Kalau nak dikira, nama bergerabak pun apa fungsinya? Ada ke orang nak panggil nama penuh kalau dah  panjang berjela? Contohnya, cam nama encik asben. Ada ke kawan-kawan ke, cikgu ke, officemate ke, yang nak panggil dia dengan nama penuh? Seingat aku, satu-satunya masa yang nama dia disebut penuh satu-persatu ialah masa nikah. Waktu lain? Nama Mohd Iszrole Al Halmy… tapi bila panggil… “Rol” atau “Is”. Even nama aku yang simple ni pun, Widura… dipanggil “Wie” (padahal aku yang suruh :P ). Membazir je kan?

Ketiga, nama melambangkan empunya diri. Aku pernah dengar, (again dari cik Ana emak cik ismellme), kalau huruf-huruf jawi, setiap huruf tu ada kiraannya. Dan kalau ditambah semua huruf pada nama kita, akan ada nilainya. Makin banyak huruf, makin berat nilainya. Ada yang mengatakan, semakin berat nilai nama, semakin berat nak membawanya. Cuba tengok nama Nabi Muhammad SAW. Dalam jawi, hanya ada 4 huruf. Mim, Ha, Mim, Dal.  Simple bukan?

Apa pun, aku hanya sukakan kesederhanaan.

Tapi aku tidak menolak kemungkinan, anak-anak… bila besar kelak, akan suka-suki create nama glamer pulak.  Tapi aku harap Safi akan berbangga dengan nama dia. Dan menggunakannya dalam segenap acara.


i’m bald but i’m beautiful :)

Safi maksudnya bersih dan murni. Semoga dia membesar dengan sihat dan menjadi anak yang solehah. InsyaAllah.

saye: cikgu-cikgu mesti suke. Easy, no?

Related posts:

Safi Binti Mohd Iszrole Al Halmy

Lahir 3 Februari 2010, jam 2.40ptg di HUKM

Berat 2.98kg

Normal delivery

Lain2 gambar sila lawat facebook saye ea…

saye: Alhamdulillah

Related posts:

Adv
About Me

the name is widura.

seorang anak, isteri, ibu, pendidik, pelajar.

suke pada kesederhanaan, bukan kesempurnaan.

Facebook

Widura Abd Kadir

Archives
Categories
Recent Comments